MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

UMNO TERUS KUKUH DAN UTUH

0

0 comments:

KURSUS PENGUKUHAN & PEMUGARAN UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH

0



PERBINCANGAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH.

0 comments:

CERAMAH ISRAK MIKRAJ

0





TEMPAT ; SURAU AL ABIDIN KAMPUNG ABBEY
TARIKH : 16 JULAI 2009 / KHAMIS JAM 8.00 MALAM
PENCERAMAH : IMAM ABD MANAF - IMAM MASJID AL GHAFAR JASIN
ANJURAN : LEMBAGA SURAU AL ABIDIN KG ABBEY

0 comments:

TAHNIAH KEPADA MGBM DAN JABATAN BELIA & SUHAN NEGERI MELAKA

0


tahniah kerana berjaya mengadakan hari belia kebangsaan peringkat negeri melaka..
perarakan belia yang terhebat pernah kita anjurkan..
terimakasih YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam kerana sudi menjadi ketua perarakan belia pada hari tersebut..
terimakasih jua kpd TYT kerana sudi perasmi pada hari tersebut..
GO!! BELIA MELAKA

0 comments:

TAHNIAH MGBM & DATUK IR IDRIS HARON

0









misi kemanuasiaan dan program anak angkat MGBM di dabo singkep indonesia

BANYAK kawasan di Indonesia sudah dijejaki, tetapi perjalanan kali ini ke bumi Dabo Singkep, Kabupaten Lingga, Propinsi Kepulauan Riau, Indonesia cukup berbeza.
Walaupun pertama kali menjejakkan kaki ke situ, terasa seolah-olah berada di bumi sendiri, masyarakatnya, pertuturan, bahasa dan budayanya sama. Mereka bertutur bahasa Melayu Riau, lebih tepat jika dikatakan sama ketika berada di Melaka atau Johor. Apa yang pasti, peluang menyertai Program Perkampungan Belia Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) anjuran Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) cukup bermakna dalam usaha menjejak salasilah Melayu di nusantara dan pastinya ia mampu mengukuh serta mengeratkan hubungan kedua-dua negara.

Program itu diadakan serentak dengan Program Bakti Sosial Pembedahan Bibir Sumbing oleh sepasukan doktor Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dengan sokongan beberapa universiti dan jabatan lain termasuk Kementerian Kesihatan.

0 comments:

INTIPATI UCAPAN 100 HARI DS NAJIB - PELUANG UNTUK BELIA

0

disini saya ambil intipati ucapan ds najib yang terbaik utk belia dan pemuda..

TALKING POINTS
YAB. DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABD. RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
SEMPENA "100 HARI YAB. DATO’ SRI MOHD NAJIB BERSAMA RAKYAT"
PADA 11HB JULAI 2009 (SABTU), JAM 10.35 PAGI
DI EXHIBITION HALL 2, LEVEL G
KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE, (KLCC)

15. Baru-baru ini pula, demi untuk mencapai matlamat KPI tersebut dengan lebih berkesan saya telah menggariskan NKRA atau bidang-bidang keberhasilan utama nasional yang meliputi 6 lapangan:
i) Mencegah Jenayah
ii) Memerangi Rasuah
iii) Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
iv) Meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah
v) Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman
vi) Menambah baik Pengangkutan Awam sebagai jangka masa sederhana

4. Selain itu keempat, secara umumnya ke seluruh Malaysia, kerajaan telah memperuntukkan RM 150 juta untuk skim TEKUN bagi faedah peniaga dan penjaja kecil. Manakala RM 15 juta lagi diperuntukkan khusus untuk kegunaan masyarakat India melalui program pembangunan usahawan muda mereka.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

12. Perkara yang kedua belas berkaitan lesen memandu. Sesungguhnya generasi muda adalah taruhan masa depan negara. Kerajaan amat memahami bahawa generasi muda adalah generasi yang idealistik dan mempunyai aspirasi, citarasa serta gaya hidup yang tersendiri. Dunia mereka adalah dunia internet, hiburan dan bersosial sesama mereka di tempat-tempat yang popular. Ini termasuklah kemampuan untuk mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat tanpa melibatkan kos yang tinggi. Makanya, motosikal menjadi mod pengangkutan pilihan sebilangan besar anak muda.

Namun begitu, berdasarkan kepada maklumat jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), hanya 6 juta pemegang lesen memandu motosikal kelas B2 yakni 250cc ke bawah.Ini bermakna ramai yang menunggang motosikal tanpa memiliki lesen memandu. Rata-rata terdiri dari anak muda yang berkapcai ke hulu dan ke hilir.

Masalahnya, saya dapati kos mendapatkan lesen memandu adalah tinggi iaitu di antara RM500 sehingga RM700. Sehubungan ini, sebagai kerajaan yang memahami naluri anak muda, kita memutuskan untuk membantu secara keseluruhan pengguna motosikal mendapatkan lesen memandu mereka dengan mengurangkan kadar bayaran belajar dan kadar lesen memandu. Ini tidak akan menjejaskan kompitensi di mana ujian kelayakan masih lagi dikekalkan. Saya gembira, institut memandu menyambut baik hasrat kerajaan dan telah bersetuju mengurangkan caj bayaran latihan kepada sebanyak RM211. Inisiatif baru ini akan berkuatkuasa mulai 1 September 2009 sempena bulan kemerdekaan.
Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Amanah Saham Wawasan untuk golongan miskin di Bandar

13. Akhir sekali yang ketiga belas, dalam rangka untuk meratakan kemakmuran Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk Skim Amanah Saham Wawasan terutamanya bagi golongan miskin tegar di bandar. Skim ini bertujuan untuk meringankan bebanan mereka terutama di hujung tahun bagi menampung keperluan persekolahan anak-anak. Menjelang 2010, seramai 20,000 isi rumah miskin tegar di bandar akan diberi sebanyak 10,000 unit untuk isi rumah di bawah senarai E-Kasih.

Selaras dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk melabur, kerajaan telah bersetuju bagi PNB untuk menubuhkan satu lagi tabung unit amanah baru iaitu "Amanah Saham 1Malaysia (AS 1MALAYSIA)”. Tabung unit amanah baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi ini akan dibuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan akan mempunyai saiz sehingga 10billion unit tertakluk kepada permintaan semasa.
Penubuhan tabung unit amanah baru pada ketika ini adalah sesuai selaras dengan jangkaan pemilihan ekonomi dalam tempoh separuh tahun kedua tahun ini. Tabung ini dijangka akan memberi peluang pelaburan kepada pelabur untuk menikmati pulangan pendapatan yang

jom belia dan pemuda kita rebut peluang ni..

tq ds Najib...

0 comments:

KEMPEN 1 CAWANGAN BELIA 1 GELANGGANG SILAT

0








isi ucapan saya semasa mesyuarat agung 4b cawangan padang sebang

belia perlu bersatu diperingkat cawangan untuk menggerakkan cawangan.kita perlu ada kesedaran untuk memastikan belia kita terisi dengan ilmu dan pengetahuan samada rohaniah ataupun jasmaniah.saya menggalakan setiap cawangan membuka gelanggang silat untuk mendisplinkan belia dan membentuk keyakinan dan keperibadian yang tinggi.silat bukan sahaja seni mempertahankan diri tetapi silat adalah seni bangsa yang tidak terhingga.

0 comments:

HARAPAN PM KITA-SELEPAS 100 HARI - TAHNIAH DS NAJIB

0

Tuan-tuan dan Puan-Puan sekalian, izinkanlah saya akhiri ucapan ini dengan sebuah nukilan dari lubuk hati saya bertajuk;

Harapan

Di wajah suci anak-anak ini ku lihat sinar

Di hati murni mereka terpahat sebuah impian

Andai sengketa membelenggu sesama

Andai kerakusan menguasai kita

Ke manakan tumpah harapan mereka

Kerna,

Di bahu kitalah terpikul segunung amanah

Di jemala kita terjunjung selaut ikrar

Melunas sumpah, menunai janji

Ayuhlah,

Rakan dan taulan, sahabat dan saingan

Lupakan beda lebihkan menerima

Bertatihlah bersamaku, kita berjalan seiringan, kita melangkah sehaluan

1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1Malaysia

0 comments:

FITNAH PAS YANG TIDAK PERNAH PADAM

0

Umno hanya ada tiga cara untuk menang di Manek Urai - Wan Rahim
Intan Abdullah
Thu | Jul 09, 09 | 2:38:26 pm MYT
MANEK URAI, 9 Julai (Hrkh) - Terdapat tiga cara Umno-BN boleh memenangi pilihan raya Kecil Dun Manek Urai. Iklan

Demikian ditegaskan Penasihat Jentera Operasi PAS Pilihan raya Kecil Dun Manek Urai, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
"Saya mencadangkan agar Umno menggunakan tiga cara ini iaitu tipu, pitis dan ugut yang kebiasaannya kita akui pernah digunakan dalam pilihan raya kecil yang sebelum ini," katanya kepada pemberita semalam.
Ini kerana mereka tiada cara lain untuk menawan kawasan ini melainkan dengan cara tersebut, dan PAS tiada cara untuk menanganinya,"
Tambahnya, Umno mungin perlu membelanjakan sebanyak RM25 juta untuk mengupah 5,000 orang pengundi dengan bayaran sebanyak RM5,000 seorang.
"Mungkin itu sahaja cara yang Umno boleh buat untuk memenangi pilihan raya kali ini," tambahnya lagi.
HARAKAH ON LINE 9 JULAI 2009

CONTOH FITNAH PEMBANGKANG YANG TIDAK HABIS-HABIS KE ATAS UMNO..
WAJARKAH SEORANG USTAZ MEGELUARKAN KENYATAAN TANPA BUKTI DAN SAKSI YANG KUKUH.
KEMBALI BERSATU DEMI ISLAM DAN MELAYU.

0 comments:

APA NAK JADI PAS PERAK

0

INI KERAJAAN PAS PERAK ATAU KERAJAAN DAP PERAK?
APAKAH HANYA KUASA SAHAJA DALAM FIKIRAN NIZAR?
ADAKAH TANPA KUASA NIZAR TIDAK BOLEH BERDAKWAH UNTUK KEBENARAN?
PAS PERAK HANYA FIKIR KUASA DARI MEMIKIRKAN KEBAJIKAN RAKYAT
SANGGUP MENDERHAKA KEPADA RAJA DEMI KEPUASAN NAFSU MEMERINTAH
INGAT SIAPA DISEBELAH KAMU ITU NIZAR
DIA PERNAH BERKATA..LANGKAH MAYAT DIA DAHULU SEBELUM MENEGAKKAN DAULAH ISLAM DI TANAH AIR KITA..
PAS DAN UMNO PERLU BERSATU
TINGGALKAN PAKATAN RAKYAT YANG BANYAK MEMBOHONG RAKYAT..

0 comments:

UMNO+PAS=HANCUR PETUALANG BANGSA&NEGARA

0


Bangsa Melayu perlu BERSATU
walau berbeza idealogi politik tapi kita harus bersatu utk membangunkan bangsa dan negara..dan tetap meletakkan Islam Tinggi Menjulang..
Syabas Manek Urai..

0 comments:

BIADAP PADA SULTAN SELANGOR

0
Manoharan enggan pakai songkok
Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail
nazuri@bharian.com.my
Bekas tahanan ISA mahu status Bumiputera

SHAH ALAM: M Manoharan yang dibebaskan dari tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 9 Mei lalu, enggan memakai songkok dan berbaju kebangsaan walaupun menghadiri majlis rasmi dihadiri Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah itu berkata, beliau tidak akan memakai pakaian yang beridentiti atau bercirikan kemelayuan sebagai protes terhadap kerajaan yang enggan memberi status Bumiputera kepada bukan Melayu.

"Saya tidak akan pakai songkok atau baju Melayu dalam apa jua acara, termasuk majlis rasmi yang dianjurkan kerajaan negeri dan dihadiri Sultan Selangor.

Saya akan pakai jika kerajaan berikan status Bumiputera kepada bukan Melayu. Saya akan pakai pakaian rasmi seperti biasa," katanya ketika ditemui di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, semalam.

Ini kali pertama Manoharan menghadiri sidang selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Mac tahun lalu kerana ditahan di Pusat Tahanan Kamunting selepas terbabit dalam pertubuhan haram, Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf).

Manoharan mengulangi desakan menuntut kerajaan memberikan taraf Bumiputera kepada bukan Melayu yang lahir selepas 31 Ogos 1957.

"Ini akan merealisasikan konsep 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menekankan kesamarataan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum," katanya.
berita harian 9julai2009

salam..
saya pun tak tahu apa yg difikir oleh orang yang mengundi bangsat ni..apa perasaan pak lebai berkopiah putih bila mengundi bangsat di kota shah alam..dan apa perasaan orang melayu yang cerdik pandai mengundi bangsat di pada pru yg lepas..
apa dah jadi pada orang melayu pas dan pkr...
inikah yang kamu perjuangkan selama ini????

0 comments:

1 MALAYSIA

0

Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

0 comments:

MESYUARAT MGBD JASIN

0

KITA SAMA-SAMA PASTIKAN KELANCARAN HARI BELIA PERINGKAT NEGERI MELAKA INI BERJAYA.

GO BELIA MELAKA!!!

0 comments:

KENALI WALI SONGO - UKHUWAH NUSANTARA

0

NASRU MINALLAH
WAFAT HUNG KARIB
WABASHIRIL MU'MININ

0 comments:

STREET SOCCER INFO BISTARI 2009

1





SALAM.
PROGRAM TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA PADA 4 JULAI 2009 DI PERKARANGAN DEWAN HANG KASTURI SELANDAR ANJURAN PEMUDA UMNO DUN ASAHAN DAN GERAKAN BELIA 4B

1 comments:

UMNO + PAS = BERSATU

0


RAZALI (kiri) bersalaman dengan Nasrudin sambil disaksikan Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff selepas sidang akhbar di Parlimen, semalam.
Permulaan selesai kemelut dua parti demi kebaikan rakyat

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas semalam secara terbuka menjemput Pemuda Umno mengadakan perbincangan ilmiah atau dialog berhubung isu semasa bagi menyelesaikan krisis antara kedua-dua parti itu.

Pelawaan itu disambut baik oleh Pemuda Umno yang menyifatkannya sebagai satu perkembangan baru yang dapat membuka peluang bagi kedua-dua parti membuat perkara baik demi kepentingan bangsa dan negara.

komen saya:
kukuhkanlah jambatan ukhuwah sesama islam demi kesejahteraan agama bangsa dan negara..keikhlasan perlu dalam muzakarah tanpa berniat hanya kepentingan politik semata tetapi demi bersama membina keutuhan Islam dan Melayu di tanah air kita ini..
tahniah pemuda UMNO dan PAS..

0 comments:

PAS - TIDAK PERLU BERSAMA DAP LAGI

0

Kerjasama Pas, DAP terbukti rapuh: Rais

KUALA LUMPUR: Kemelut politik pakatan pembangkang di Kedah dengan tindakan DAP negeri itu keluar daripada Pakatan Rakyat semalam sekali lagi membuktikan perbezaan dan ketidakmampuan mereka membina negara, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya, perkembangan terbaru itu juga membuktikan pakatan pembangkang adalah pakatan yang rapuh dan berasaskan kepada "kerjasama untuk mencapai kepentingan tertentu" serta tidak boleh lagi dipercayai rakyat.

"Saya sendiri berpendapat bahawa penarikan DAP ini menunjukkan pakatan itu tidak boleh kekal, kerana asas perjuangan mereka berbeda. DAP sertai pakatan pembangkang di Kedah kerana mereka mahu kuasa.

komen saya.....
PAS perlu kembali kepada perjuangan asal supaya lebih dihormati oleh rakan dan lawan.Siapalah DAP untuk membuat tawar menawar kepada PAS..baru pegang negeri sudah demand macam2..bayangkanlah kalau sudah memerintah negara?? Fikir-fikirkanlah wahai saudara-saudara ku

0 comments:

SAMBUTAN HARI BELIA 11 JULAI 2009

0
MAKLUMAN..

DIMINTA SEMUA KETUA BELIA CAWANGAN MENGHANTAR 40 ORANG / SATU BAS UNTUK MENYERTAI PERARAKAN 1BELIA 1MALAYSIA PADA 11 JULAI DI MELAKA
BAS AKAN DISEDIAKAN.SEGERA.

0 comments: