MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

DAULAT TUANKU - SULTAN JOHOR

0
SULTAN ISKANDAR - DALAM KENANGAN

KAMI TETAP TAAT SETIA PADA SULTAN MELAYU

0 comments:

SILAT - WARISAN MELAYU

0
MAJLIS MANDI APUNG PERGURUAN SENI SILAT KOTA SENDENG
DI ASAHAN MELAKA

0 comments:

PROGRAM UMNO FELDA BKT SENGGEH JAYA DAN BAKTI BERSAMA PEMIMPIN

0
TAHNIAH..PROGRAM BERJAYA DAN TERBAIK

0 comments:

MESYUARAT PELAKSANA TAKLIMAT ABN 4B KAW ALOR GAJAH

0
TARIKH : 27/01/2010
MASA : 8.30 MALAM
TEMPAT : BALAIRAYA KEMUNING


BERGERAK..MUGA BERJAYA BERSAMA
ALLAH LINDUNGI KITA

0 comments:

AL FATEHAH BUAT ALMARHUM SULTAN ISKANDAR SULTAN JOHOR

0

 SEMUGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH NYA
AMIN.

0 comments:

SUMBANGAN IKHLAS 4B KAW ALOR GAJAH

0

0 comments:

ZIARAH UKHUWAH MANGSA KEBAKARAN DI GADEK

0

Simpati-itulah perasaan kami bila menziarahi mangsa kebakaran di Taman Bukit Nangka Gadek malam tadi.3 rumah mengalami kerosakan dimana 1 buah rosak teruk , 1 buah lagi rosak 55% manakala sebuah lagi 35% tetapi tidak boleh diduduki atas nasihat bomba. Namun mereka tiada rumah untuk diduduki maka terpaksa duduk disitu juga.Namun apa yang dikesalkan setelah 20 jam kebakaran berlaku tiada lawatan dari agensi kerajaan atau pihak berwajib. Namun lawatan pantas selepas kebakaran YB Datuk Haji Abd Ghafaar ADUN Gadek amat membanggakan..Tahniah YB. Semuga mangsa kebakaran akan mendapat pembelaan sewajarnya dari pihak berwajib.GB4BAG

0 comments:

LAWATAN ZIARAH EHSAN 4B KAWASAN ALOR GAJAH

0
GB4B AG AKAN MENGADAKAN LAWATAN ZIARAH EHSAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI TAMAN BUKIT NANGKA GADEK INI UNTUK MENYALURKAN BANTUAN DAN SUMBANGAN DARIPADA MAIM.HARAP RAKAN-RAKAN BOLEH SAMA-SAMA HADIR

0 comments:

Kebakaran Tiga Buah Rumah Teres

0
Ibu Tunggal & Cucu Antara Yang Terselamat
GADEK, 24 Jan - Seorang ibu tunggal bersama cucunya terselamat apabila rumah mereka musnah dijilat api dalam kebakaran tiga rumah teres kos rendah sederet di Taman Perumahan Kos Rendah Bukit Nangka di sini, lewat malam tadi.
Api yang marak begitu cepat dalam kejadian kira-kira jam 11.00 malam itu turut merosakkan dua buah rumah bersebelahan yang didiami, Samsiah Salim bersama dua anaknya dan Azilina Lajis, 37 juga bersama dua anaknya.
Ibu tunggal terbabit, Esah Dollah, 67 bersama cucunya, Ansyirah Samsudin, 5 serta mangsa-mangsa lain berjaya diselamatkan oleh jiran-jiran.
Rumah yang didiami Esah hangus dalam kejadian itu yang turut memusnahkan barangan elektrik, perabut, kain baju dan sebagainya manakala rumah Samsiah dan Azilina hanya mengalami kerosakan selepas disambar api.
Tiada kemalangan jiwa dilapurkan dalam kejadian itu.
Dua buah jentera bomba berserta 10 orang anggota diketuai Pegawai Operasi K. Karuppanan yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kira-kira jam 11.08 malam berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan lain.Karuppanan ketika dihubungi berkata, punca kebakaran masih lagi dalam siasatan, termasuk kerugian harta benda mangsa kebakaran.Sementara itu ketika ditemui, Esah bersyukur kerana cucunya dapat diselamatkan oleh jiran ketika api sedang marak.“Ketika kejadian, kami berdua sedang nyenyak tidur, sebaik tersedar kami melihat api sedang marak bermula di bahagian dapur rumah,” katanya.Menurutnya, dalam sekelip mata kesemua harta benda dalam rumahnya musnah dijilat api, hanya dokumen penting antaranya My Kad dapat di selamatkan.Beliau yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Alor Gajah menyewa rumah berkenaan bersama cucunya lebih lima tahun lalu, reda terhadap kejadian itu.Sementara itu, seorang lagi mangsa, Samsiah Salim menyifatkan kebakaran itu adalah ketentuan Allah S.W.T. dan mereka bersyukur kerana nyawa mereka terselamat dalam kejadian itu Samsiah berkata, kerugian ditaksir kira-kira RM25,000 kerana sebahagian rumahnya itu termasuk harta benda musnah dijilat.

Azilina pula berkata, dia bernasib baik rumah yang disewanya itu hanya mengalami kerosakan pada bahagian bilik tidur sahaja selepas pihak bomba berjaya mengawal api dari merebak.Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Gadek, Datuk Abd Ghafaar Atan ketika melakukan lawatan mengejut malam tadi bersimpati nasib mangsa ditimpa bencana itu.Beliau turut menyampaikan bantuan RM500 kepada keluarga terbabit

0 comments:

PERTUBUHAN SENI SILAT ABJAD (ASLI) MALAYSIA GELANGGANG TAMAN SERI KEMUNING

0

Sebuah lagi gelanggang silat diwujudkan demi memastikan seni silat melayu terus berkembang dan terpelihara di bumi Hang Tuah ini. Seni Silat Abjad telah memperluaskan gerak silatnya di negeri Melaka dengan membuka gelanggang di Taman Seri Kemuning di bawah anjuran JKKK , Jawatankuasa Taman , Pemuda UMNO Cawangan dan Gerakan Belia 4B Cawangan Kemuning. 

Usaha ini perlu disokong dan dibantu bagi memastikan kewujudan lebih banyak gelanggang silat pelbagai aliran dinegeri Melaka.Jurulatih gelanggang tersebut Ridzuan bin Mohd Saddan yang telah ditauliahkan untuk mengajar gerak silat ini dinegeri Melaka.Ketua gelanggang yang merupakan penduduk taman Mohd Khan bin Abd Rahman dan dibantu oleh Tuan Sidang Md Ali bin Jani dan rakan seperguruan Encik Sadi bin Mohamad. 

Gelanggang dibuka pada setiap hari Jumaat dan Sabtu pada sebelah malam selepas Isyak sehingaa jam 11.00 malam. Gelanggang cawangan ini telah dibuka pada bulan November yang lepas. Setakat kini seramai 30 orang belia dan pemuda Kemuning telah mengikuti latihan tersebut.Kami telah mengambil inisiatif untuk memastikan warisan melayu terus berkembang di dada setiap anak muda melayu di mana mereka adalah pewaris perjuangan bangsa perlu tahu gerak asas silat dan menggembangkannya. 

Dan kami mohon setiap agensi kerajaan dan swasta berganding bahu bagi memastikan silat terus dibantu untuk memastikan keasliannya dan dikembangkan , kata Mohd Zain bin Jani Ketua Gerakan Belia 4B Cawangan Kemuning ketika lawatan turun padang Pengerusi Belia 4B Kawasan Alor Gajah Encik Suhaizan bin Haji Noh , Faizal Mohd Yusof Jawatankuasa GB4B , Shahril Rohaizat Natershah Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kemuning , Nor Azlan bin Haji Kudin Pemuda UMNO Alor Gajah -GB4BAG

0 comments:

SILAT DAN MELAYU

0
Seni Silat dan Melayu sudah sinonim dan tidak boleh dipisahkan.Apabila disebut silat maka pengamalnya adalah melayu yang beragama Islam.Apabila ada bangsa lain yang mengamalkan silat maka boleh dipertikaikan kesenian , keaslian dan pakaian luarnya.Kerana silat mempunyai pakaian luar dan dalam. Pakaian luar menjurus kepada persiapan fizikal untuk bersilat sebaliknya pakaian dalam menjurus kepada ilmu kebatinan dan kerohanian.Walau pelbagai pihak mengkaji asal usul silat sehinggakan ada yang mengatakan silat berasal dari india mahupun dari china maka hari ini rata-rata guru silat berpegang bahawa Silat adalah anugerah Allah kepada Melayu untuk dikembangkan dan dijaga kesuciannya kerana silat mempunyai nilai-nilai yang tersendiri.Tidak boleh disamakan dengan taekwondo , karate , kung fu , silambam dsb tetapi ia adalah pakaian para pendekar (pandai akal ) dan pahlawan (pahalawan-orang yang banyak beribadah) yang dimiliki Melayu dalam Nusantara.Terlalu besar jasa Silat untuk Melayu dari sebuah Negara empayar sehingga dijajah dan kini telah merdeka silat tetap berbakti kepada Melayu dan terus kekal sebagai warisan bangsa yang berharga dan terpelihara. BERSATU MEMPERTAHANKAN WARISAN BANGSA.


Perguruan Seni Silat Kota Sendeng Melaka
Guru Utama : YDP Tuan Guru Utama Abd Rahman bin Hamid
Penasihat : Tuan Guru Utama Abd Rahman bin Rasip Al Qadiri

0 comments:

MAJLIS MANDI APUNG

0
Majlis mandi apung adalah salah satu majlis wajib yang perlu diadakan ketika ingin membuka gelanggang ataupun kenaikan peringkat jurus kepada pukulan. Ini adalah majlis turun temurun dan merupakan salah satu identiti PSSKS. Selain daripada mandi minyak , mandi pelimau , mandi bunga dsb mandi apung juga mempunyai identiti dan tujuan yang tersirat. 

Majlis ini dijalankan samada di sungai yang berarus , jeram gunung dan air laut. Tetapi pada kebiasaannya PSSKS memilih jeram gunung sebagai tempat menyempurnakan mandi apung. Air jeram di kaki gunung ledang , Asahan Melaka menjadi tempat utama kerana kebetulan perguruan ini berpusat di Relau Asahan dan berhampiran dengan jeram tersebut. Sebelum mengadakan majlis mandi apung , anak-anak perguruan perlu mempersiapkan baju latihan silat berwarna hitam berserta bengkung dan ikat kepala. 

Keizinan ibubapa amat penting untuk mendapat berkat ilmu dan majlis akan berjalan lancar. Anak-anak perguruan juga diminta lancar membaca surah Al Fatihah , ayatul Kursi , petikan ayat-ayat dalam surah At Taubah dan selawat nabi. Sebelum mandian dijalankan anak-anak perguruan dikehendaki berhimpun dan bersama-sama mendokan program ini berjalan dengan lancar disamping mendapat keberkatan Allah. 

Mandi apung adalah untuk menguji kekuatan fizikal dan mental pesilat disamping memperkukuhkan ukhuwah sesama anak-anak perguruan.Majlis ini juga perlu diketuai oleh Guru Utama Yang DiPertua PSSKS dan Pemegang Amanah PSSKS sambil dikawal oleh jurulatih-jurulatih yang telah disahkan oleh Lembaga Pewaris Beradat PSSKS.

Tarikh : 15 Januari 2010
Masa : 8.30 malam
Lokasi : Jeram Gunung Ledang Asahan Melaka
Peserta : 40 orang (Gelanggang Relau , Durian Tunggal , Kampung Lapan)
Guru Utama : Yang DiPertua Tuan Guru Utama Abd Rahman bin Hamid

Seni silat perlu dipertahankan dan dibantu supaya terus hidup di negeri Melaka ini. Kita perlu mencari perguruan silat melayu yang belum didaftarkan dibawah ROS juga pesaka dan jabatan kebudayaan di negeri Melaka untuk diwujudkan satu persatuan atau sekreteriat untuk menjaga setiap aktiviti mereka dan membantu mereka untuk mengendalikan pelbagai program silat mereka. 

Usaha ini akan menjadikan Melaka kekal sebuah negeri pahlawan dengan mempunyai gelanggang silat yang aktif dan mengeluarkan ramai pesilat-pesilat melayu yang berkualiti dan berdisplin.- Suhaizan bin Haji Noh Naib Presiden MGBM merangkap Jurulatih Seni Silat Perguruan Seni Silat Kota Sendeng Asahan Melaka.

0 comments:

PUNCA MASALAH PENGGUNAAN ALLAH - SINAR HARIAN 22/01/2010

0


KUALA LUMPUR – Punca masalah penggunaan perkataan Allah dalam kalangan Islam dan Kristian wujud kerana konsep terjemahan Allah yang berlainan antara penganut kedua agama itu, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), kata Tun Abdullah Ahmad Badawi. Menurut bekas Perdana Menteri itu, penggunaan perkataan Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly tidak menepati konsep tuhan yang satu, seperti yang diajar dalam agama Islam, dan ia boleh menimbulkan kemarahan dan kekeliruan umat Islam. “Krisis ini berpunca daripada terjemahan yang salah oleh Kristian berhubung penggunaan nama Allah. Kita menggunakan Allah merujuk kepada Tuhan yang satu, tetapi Kristian ada konsep tiga tuhan.
“Justeru, Ikim menegaskan sekali lagi pendiriannya bahawa kemelut ini telah menimbulkan kekeliruan, kecelaruan dan kesan yang negatif, bukan sahaja kepada orang Islam, bahkan kepada penganut agama Kristian serta tidak membawa kebaikan kepada hubungan agama terbabit,” katanya pada sidang media selepas Muzakarah Pakar ‘Terjemahan God sebagai Allah: Mengenal pasti Punca Permasalahan dan Penyelesaiannya’ di Ikim semalam. Ditanya sama ada krisis ini perlu diselesaikan di mahkamah ataupun melalui perbincangan antara penganut agama, Abdullah berkata krisis ini memerlukan dialog dan perbincangan serta mengambil kira pandangan pakar-pakar sebelum menyelesaikannya di mahkamah.
“Kita kena mula dengan dialog dan perbincangan. Itu yang paling penting. Setelah faham keadaan sebenar dan bawa ke mahkamah, jadi tidak mengapalah,” katanya.
Abdullah, yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata masalah berkaitan perkara itu perlu diselesaikan segera sebelum ia merebak menjadi krisis yang lebih besar.
“Masalah ini perlulah ditangani secara berhati-hati kerana isu agama amat sensitif dan ia perlu diselesaikan dengan cara berdialog dan semangat musyawarah,” katanya.
Abdullah berkata, apa pun perbincangan yang diadakan, ia harus mempersetujui bahawa kita perlu menghormati dan menjunjung Perlembagaan Malaysia yang memberikan kebebasan beragama supaya dapat diteruskan dalam suasana aman dan harmoni.
“Muzakarah pakar ini akan disusuli dengan perbincangan bertajuk ‘Mengurus Krisis Antara Agama’ Isnin ini dengan semua pemimpin Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao,” katanya.
Persidangan semalam dihadiri 70 peserta daripada Jabatan Peguam Negara, Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti Negeri, ahli-ahli akademik dari institusi pengajian tinggi, badan-badan dakwah dan badan-badan bukan kerajaan Islam.
Antara pemimpin parti yang hadir adalah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Mohd Nor Manuty dan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin.

0 comments:

MESYUARAT BIRO PENDIDIKAN/KEBAJIKAN/SUKAN DUN ASAHAN BIL 01/2010

0

TARIKH : 21 JANUARI 2010
MASA : 8.00 MALAM
TEMPAT : BILIK GERAKAN UMNO DUN ASAHAN , PEKAN NYALAS

0 comments:

BARISAN KEKUATAN MGBM MELAKA

0

ECXO MGBM 2010-2012

0 comments:

PENUBUHAN PAPIM MALAYSIA

0


Untuk pengetahuan semua Anak-anak dan Ahli-ahli bahawa sejarah amat penting sebagai pegangan untuk lebih kukuh di dalam perjuangan kita. Antaranya:-

1. Mengapa BADAN seperti ini diwujudkan?

2. Bilakah wujudnya BADAN ADIK BERADIK ini?

3. Dimanakah mula bertapaknya BADAN ini?

4. Siapakah pengasasnya?

5. Bagaimana cara penyusunan awal?

6. Apakah asa atau hala tujunya?

Hanya yang arif sahaja yang boleh menghurai dengan sempurna untuk lebih mantap sebagai pegangan dalam Perjuangan suci ini, antara lainnya ialah KESEDARAN DIRI sebagai seorang HAMBA kepada ALLAH. Perjanjian Awal kita di Alam Roh dulu mesti DIPERHIDUPKAN dan sering kali diulang-ulangi supaya menjadi ingatan sebati dan menjadi pegangan Kukuh dalam apa jua keadaan sekali pun antaranya untuk menyedarkan diri SIAPA KITA?
a. Dari mana kita datang?
b. Di mana kita berada sekarang (dengan siapa kita berada)?

c. Ke mana sudahnya kita akan pergi?
Inilah PERJANJIAN dan PENGAKUAN DIRI SEBAGAI INSAN dan sebagai HAMBA kepada ALLAH, guna untuk menjadi INSAN KAMIL atau sebagai ahli perjuangan untuk mencari keredhaan ALLAH.

BISMILLAHHIRAHMANNIRRAHIM
Dengan Nama ALLAH yang Amat Mengasihani, yang Pemurah lagi Amat Berkuasa segala-galanya. Yang Amat mengetahui segala gerak-geri, Perilaku kita, Tutur bahasa kita sama ada terang atau tersembunyi. Samada yang hidup atau yang mati adalah dalam kekuasaan ALLAH dalam semua keadaan yang bagi diriku tidak ada langsung kelebihan dan kekuasaan hinggakan pernafasan yang digunakan selama ini adalah hak mutlak ALLAH. Kesimpulannya apa saja yang ada pada diriku sebagai Insan yang sebaik-baik ciptaan ALLAH ini adalah pemberian ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Amat Mengasihani....
Maka dengan demikian fahamlah aku bahawa apa yang ku miliki selama ini hinggakan sehelai bulu roma yang terlekat pada tubuhku adalah hak ALLAH sebagai BARANG AMANAH yang diberi pinjam dan pada bila-bila masa sahaja boleh diambil dan dicabut oleh ALLAH kerana semuanya itu adalah HAK MUTLAK bagi ALLAH seperti dihilangkan PENDENGARAN "Maka Pekaklah kita" dan hilang pemandangan "Maka Butalah kita" dan akhirnya ROH yang paling Berharga dan Bernilai bagi kita diambil atau dicabut oleh ALLAH. Maka tinggal kakulah JASAD kita yang selama ini kita puja hingga seekor nyamuk pun tidak berani menggigit tubuh kita.
Tetapi akhirnya berkecailah JASAD kita itu dibaham oleh Kala Jengking, Cacing dan Ulat yang paling ganas. "Sebaliknya Berbahagialah Roh dan Jasad-Jasad" yang semasa hidupnya TUNAI segala JANJI samada JANJI dengan ALLAH atau sesama insan samada dengan keluarga Sedarah atau Adik Beradik dalam jemaah dan Beramal Amalan Ma'roff Nahi Mungkar membuat kebaikan serta menyeru ke jalan Kebaikan dan dalam hidupnya tidak ada permusuhan kecuali dengan Musuh-musuh ALLAH.
Untuk melaksanakan salah satu dari perintah ALLAH yang menjadi kewajipan serta tanggungjawab sebagai hamba ALLAH juga sebagai Perintis dalam perjuangan yang di AMANAHKAN. "AMAL MA'ROFF NAHI MUNGKAR" khusus bagi diri aku sendiri sebagai seorang MUSLIM yang turut serta dalam JEMAAH ini yang tidak pernah dipaksa.
Maka pada ketika dan saat ini dengan penuh yakin serta dengan rela hati Aku menyerah diri sebagai Adik Beradik dalam JEMAAH ini. Aku Berjanji akan mengikut segala keperluan yang diperlukan demi untuk mencari keredhaan ALLAH SUBHANAHUWATAALA. Di masa yang sama aku sanggup berkorban apa saja demi untuk KESUCIAN AGAMA yang menjadi pegangan hidup ku. Menjaga maruah Bangsa dari diperkotak katikkan dan demi NEGARA jangan diperjudikan dalam masa yang sama taat kita kepada Sultan dan Raja-Raja.
Melayu jangan sesekali diusik dan dipertikaikan, jauh sekali di CABAR yang menjadi pegangan bagi BADAN ini bahawa MELAYU ISLAM - ISLAM MELAYU tidak boleh berpisah dengan RAJA-RAJA Melayu dan selanjutnya aku berjanji akan berkhidmat serta mencurahkan khidmat segala Tenaga, Harta Benda dan Wang Ringgit demi Adik Beradik untuk menuju dan mencari keredhaan ALLAH jauh sekali untuk kepentingan diri. HANYA keredhaan ALLAH yang dipohon dari Dunia hingga Akhirat. YA ALLAH YA TUHAN KU, aku pohon dengan sepenuh hati serta penuh harapan, SEGALA TINDAK TANDUK KU SEGALA GERAK GERI serta TUTUR BAHASA KU tidak Bercanggah dengan PERINTAH MU dan juga SUNNAH RASUL MU. Juga tidak bercanggah dengan undang-undang NEGARA-NEGARA yang kamu redhai dan peraturan dalam JEMAAH Adik Beradik ini sebagai AMANAH langsung dari mu YA ALLAH. Demi untuk membetulkan dan kesempurnaan diriku sebagai seorang Muslim SEMATA KEAMPUNAN DAN KEREDHAAN YANG KU POHON.
AMIN YA RABBALALAMIN
Dan akhirnya dipohon Peringatan dan Harapan Tolonglah ingat mengingati sesama Keluarga Adik Beradik khusus bagi diri kita sendiri seperti SARANAN dan PERINGATAN RASULULLAH dalam Hadisnya yang bermaksud:
"SEMUA KITA ADALAH SEBAGAI PENGEMBALA ATAU PUN ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB. SEGALA TANGGUNGJAWAB ITU AKAN DISOAL DAN AKAN DIBICARAKAN DI ALAM AKHIRAT DI HADAPAN TUHAN ROBBOLJALIL BESOK. DI SANA NANTI TIDAK ADA PEGUAM UNTUK MEMBELA KITA, SEBALIKNYA SEMUA ANGGOTA : TANGAN, KAKI, MATA, TELINGA DAN SEMUA ANGGOTA AKAN MENCERITAKAN SATU PERSATU APA YANG DILAKUKAN DI ALAM DUNIA INI. AKHIRNYA MULUT AKAN MENCERITAKAN TIDAK LARI WALAUPUN SATU PERKATAAN DAN TIDAK JATUH SATU LANGKAH DAN GERAK HATI SESEPI MANA PUN"
Dan untuk terakhirnya sama-sama kita Renungkan serta ambil IKTIBAR yang Baik diamalkan dan yang disebaliknya disempadankan:
PERTAMA: JANGAN MERASA PANDAI (Rasukan Iblis)
YANG LEBIH PENTING PANDAI MERASA ( Arahan ALLAH )
KEDUA : MEMANG BAIK JADI ORANG PENTING(AMANAH) YANG LEBIH PENTING JADI ORANG BAIK (MUKMIN SOLEH)
KETIGA: PENIPUAN YANG DILAKUKAN OLEH KAKI PENIPU MUNGKIN TIDAK RAMAI ORANG YANG TERLIBAT DALAM KERJA PENIPUANNYA. TETAPI PENIPUAN YANG DILAKUKAN OLEH ORANG-ORANG YANG BERPENGARUH DAN BERKEDUDUKAN, TINGGI RISIKONYA. IANYA AMAT MENAKUTKAN KERANA AKAN MELIBATKAN RAMAI RAKYAT MENJADI MANGSA
(sumber : http://papim.blogspot.com/)

0 comments:

PENUBUHAN PAPIM MALAYSIA

0

PAPIM telah diluluskan pendaftarannya oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan pada tahun 2006 dengan nombor pendaftaran 0484-06-SEL dan beralamat No. 1, Jalan Meranti 8A/7, Bandar Utama Batang Kali, 44300 Batang kali Selangor. Badan ini dikenali sebagai BADAN KELUARGA atau lebih mesra dipanggil BADAN ADIK BERADIK. Ianya seolah-olah dilahirkan dari SEPERUT-SEIBU yang mana sama-sama merasai dan bertanggungjawab dalam mengukukuhkan lagi ikatan kekeluargaan atau SEBAGAI SATU BAPA (Ayahanda) yang bertanggungjawab luas di semua bidang perjuangan yang amanahkan sebagai perjanjian awal yang sama-sama diterima dengan kerelaan hati lebih-lebih lagi perjanjian kita dengan ALLAH semasa di Alam Roh dulu, termasuk Roh orang Islam dan Roh Kafir. Semuanya menjawab serentak YA! kamulah Tuhan kami sebenarnya . Menurut segala perintahMU dan Meninggalkan yang dilarang. Sebenarnya BADAN AYAHANDA ini sudah lama diujudkan sejak tahun 70an lagi seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Sanusi Junid pada 11 Ogos 1998 di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah ketika itu di Mentalon, Alor Setar Kedah.Maksudnya jawatankuasa BADAN AYAHANDA ini sudah wujud di semua peringkat di seluruh negara, cuma bezanya yang dahulu tidak didaftarkan secara khusus tetapi sekarang ianya telah didaftarkan dengan sah atas persetujuan Perdana Menteri (Pak Lah) selepas TAJAAN PENUBUHAN dibuat di Pulau Pangkor, Perak. Konsep dan hala tuju badan ini bersesuaian dengan masa ianya dilahirkan sekitar tahun 1937, iaitu sebelum lahirnya parti-parti politik dan lebih tepat lagi semasa negara kita telah dijajah oleh beberapa PENJAJAH. Sebagaimana yang kita sedia maklum waktu itu terlalu ramai diantara kita menerima tekanan daripada penjajah ini dan diperhambakan dengan berbagai-bagai cara. Lantaran timbul KESEDARAN dari Pemimpin-pemimpin kita untuk mewujudkan apa yang disebutkan sebagai BADAN ADIK BERADIK dengan maksud sama-sama merasai apa yang dirasai oleh Adik Beradik dengan kata lain CUBIT PAHA KIRI PEHA KANAN JUGA TERASA. Ianya lahir dari jiwa dan perasaan hati yang tidak BERSEMPADAN dan juga tidak dapat dihuraikan oleh fikiran kita yang terhad ini KECUALI DENGAN ANUGERAH ALLAH yang ketika itu penyatuan umat adalah lebih dari WAJIB kerana seluruh rakyat menyedari inilah satu-satunya NEGARA yang ada pada kita. Ini AMANAH ALLAH. Hidup Mati kita dan anak cucu inilah satu-satunya NEGARA ANUGERAH ALLAH kepada kita. Oleh yang demikan penyatuan bangsa kita ( MELAYU ) mestilah diperkemaskan lagi. Sekarang ini kita nampak perjuangan orang melayu masih di sekitar ALIM dan TAKSUB pada parti politik masing-masing. Kurang memperjuangkan BANGSA, AGAMA DAN NEGARA. Perlu dibuat satu perbandingan sebagai contoh yang mana satu bangsa ini (tidak perlu disebut) walaupun fahaman politik berlainan, mereka tetap bantu membantu sesama bangsa mereka... itulah antaranya pegangan POLITIK yang sebenar sebagai Bangsa yang Bermaruah.

0 comments:

PETIKAN DARI BLOG TUN MAHATHIR - ISU KALIMAH ALLAH

0


1. Ingin saya terangkan secara lebih terperinci pendapat saya berkenaan kegunaan kalimah "Allah" untuk agama yang bukan Islam.
2. Sebenarnya kontroversi ini bermula di waktu saya masih Perdana Menteri. Pendapat Kabinet pada masa itu ialah kegunaannya dalam kitab Injil adalah perkara yang sensitif. Perkara yang sensitif seperti ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya merujuk kepada undang-undang.
3. Sebagai perbandingan agak mudah dirujukkan perkataan "kaum pendatang" kepada mahkamah, Tetapi ia adalah sesuatu yang sensitif yang tidak dapat diselesaikan oleh undang-undang.
4. Penyelesaian kontroversi berkenaan kalimah "Allah" juga tidak boleh dicapai dengan membuat rayuan kepada mahkamah rayuan. Undang-undang tidak mengambilkira soal sensitif atau tidaknya sesuatu, soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut-penganut agama yang berlainan. Undang-undang mengutamakan maksud undang-undang sahaja.
5. Sebenarnya kalimah "Allah" tidak terdapat dalam kitab Taurat atau Talmud Hebrew atau kitab Injil Kristian dalam bahasa Latin, Greek atau bahasa-bahasa Eropah. Nama bagi Tuhan dalam bahasa yahudi ialah "Yahweh", yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris sebagai "Jehovah".
6. Dalam kitab Injil, Jesus (Isa) dan God adalah sama. Tidak ada kalimah Allah dalam kitab Injil dalam
7. Dalam usaha menerangkan agama Kristian di kalangan orang Islam atau masyarakat yang mahir dengan agama Islam, perkataan God diterjemah kepada "Allah" supaya mudah difaham oleh pendengar.
8. Mungkin juga kalimah "Allah" dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Terjemahan ini salah. Sepatutnya perkataan "Tuhan" digunakan untuk God.
9. Tetapi dalam agama Kristian terdapat konsep "Trinity" yang mana terdapat "God the Father, God the Son and the Holy Ghost". Jika dalam bahasa Melayu terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan "Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci", maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam. Dalam Islam Allah tidak ada bapak, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa.
10. Di AMerika Syarikat, orang Kristian yang sudah tidak teguh iman biasa berkata dan menulis, "God is dead". Apakah perasaan orang Islam apabila ini diganti denagn "Allah is dead"?
11. Di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah "Allah" apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu. Kenapa pula kita sekarang akan mengguna kalimah ini?
12. Saya harap pihak Kerajaan berhati-hati dalam perkara ini supaya negara berbilang agama yang aman ini tidak menjadi tegang dan tidak stabil secara berterusan. Wallahua'lam.

0 comments:

MESYUARAT MGBM 1/2010

0


TARIKH : 18 JANUARI 2010
MASA : 9.00 MALAM
LOKASI : DEWAN MGBM MELAKA
TAHNIAH KEPADA RAKAN-RAKAN YANG DILANTIK UNTUK SAMA-SAMA MENERAJUI MGBM DENGAN MAJU DAN BERDAYA SAING. TAHNIAH KEPADA ABD RAZAK ABU HASAN SELAKU SETIAUSAHA AGUNG MGBM , SHAHDAN SELAKU KETUA PENERANGAN , EXCO DILANTIK : CIL ZILA MHI , SHAFIFI , MOHD RIDWANJ DAN ANI PARUJAS.DAN TERIMAKASIH JUGA KEPADA PRESIDEN KERANA MELANTIK SAYA UNTUK MEMPENGERUSIKAN JAWATANKUASA MEMPERKASAKAN PERSATUAN DAN PEMBANGUNAN INSAN MGBM..MOHON BANTUAN RAKAN-RAKAN SEMUA..KOMITED DAN BERJAYA..MGBM PENERAJU BELIA MELAKA..
MEMPERKASAKAN BELIA ; MEMPERKUKUHKAN BANGSA ; MEMPERTAHANKAN NEGARA

0 comments:

MESYUARAT PENUBUHAN PAPIM NEGERI MELAKA

0

0 comments:

TAHNIAH 4B KAWASAN JASIN

0
PROGRAM SEHARI BERSAMA 4B KAW JASIN TELAH BERJAYA DAN SELAMAT DIADAKAN..STEADY AJK DAN PENGERUSI MERANGKAP PENGERUSI 4B NEGERI MELAKA..
BERGERAK..



0 comments:

PROGRAM DI GERAKAN BELIA 4B CAW MELAKA PINDAH

0
TARIKH : 15 JANUARI 2010
TEMPAT : CAWANGAN MELAKA PINDAH
TAHNIAH KEPADA TUAN HAJI BUKHARI KERANA BERJAYA MENJALANKAN PROGRAM DENGAN JAYANYA...
BERGERAK...



0 comments:

PERLUKAH SENARIO INI BERLAKU DI TANAH MELAYU??

0
GAMBAR INI DIHANTAR OLEH SAHABAT SAYA MELALUI EMAIL MENGENAI GEREJA YANG TELAH MENGGUNAKAN NAMA ALLAH....



LAGU YANG DIHARAMKAN DI MALAYSIA KERANA MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH DAN MENYAMAKAN JESUS
APAKAH PERASAAN KITA??

0 comments:

MESYUARAT BIL 01/2010 4B KAWASAN ALOR GAJAH

0
MESYUARAT TELAH DIADAKAN DI BALAIRAYA MELAKA PINDAH..TERIMAKASIH KEPADA HAJI BOKHARI BAHARUDIN KETUA 4B MELAKA PINDAH

TAHNIAH 4B CAW MELAKA PINDAH MENERIMA SIJIL ROY DARIPADA NORSURIAH SETIAUSAHA 4B NEGERI MELAKA


AZMAN TEKUN BERMESYUSRAT

KAK SU DAN AYU

HAJI BOKHARI DAH PENING...NAMPAK FAIRUL TENGAH TEKUN

0 comments:

PENYAMPAIAN SIJIL AJK BELIA 4B CAWANGAN MELAKA PINDAH

0

0 comments: