MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

SELAMAT PAGI DAN SALAM ASPIRASI

0
Assallammualaikum dan selamat pagi jumaat yang indah dan permai..Salam perjuangan dan Salam Aspirasi..Kejayaan memerlukan pengorbanan dan pengorbanan memerlukan kesabaran dan kesabaran memerlukan keimanan dan keimanan itu terbit dari keikhlasan..Utk memanjat ketempat yg lebih tinggi kita tidak perlu menarik org lain kerana takdir kita telah ditentukan oleh Nya..Maka berusaha berdoa dan bertawakallah utk kejayaan didunia dan diakhirat..
Jom Aspirasi

0 comments:

TAHNIAH SUKAN TAHUNAN SK NYALAS KE 33

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan..
Salam Aspirasi
Tahniah kpd SK Nyalas kerana berjaya mengadakan program sukan tahunan ke 33 pada petang tadi..
Tahniah kpd guru guru yg berhempas pulas menjayakan program tersebut dan para ibu bapa yg datang dan support anak anak mereka
yang menyertai sukan tahunan tersebut..
saya berharap selaku pengerusi PIBG SK Nyalas inginkan kemajuan dan kecemerlangan pendidikan di nyalas terus dipertingkatkan..
tahniah SK NYALAS..


0 comments:

PERATURAN BERKEMPEN SEMPENA PEMILIHAN UMNO 2013

0
Calon yang bertanding dalam pemilihan Umno pada Oktober depan tidak dibenarkan berkempen secara bersendirian sekaligus mengeluarkan manifesto peribadi.
Pemangku Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Megat Najmuddin Khas berkata, calon hanya boleh mempromosikan diri melalui program-program yang diaturkan Badan Perhubungan Umno setiap negeri.
Badan Perhubungan Umno Negeri juga akan mengeluarkan jadual untuk calon-calon memperkenalkan di sesuatu program yang akan dianjurkan bermula pada Oktober.
Calon tak boleh kempen secara bersendiri bagi manifesto untuk promosi diri, kena ikut program yang diatur oleh Badan Perhubungan Umno.
Kalau siapa yang keluarkan manifesto, ia langgar etika dan boleh dikenakan tindakan.
Calon yang bertanding juga tidak boleh menganjurkan sebarang perhimpunan, pertemuan, jamuan atau apa-apa majlis membabitkan ahli-ahli kecuali yang telah ditetapkan Ibu Pejabat Umno atau Jawatankuasa Penyelaras Pemilihan Negeri.
Pemilihan Umno kali ini bakal menyaksikan 260 calon yang berentap bagi  merebut jawatan-jawatan peringkat tertinggi dalam sayap parti itu termasuk Ahli Majlis Tertinggi, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan sebagainya.
Peraturan pemilihan Umno bagi kali ini juga  tidak mempunyai perubahan dari segi tata etika dikeluarkan pada 15 Julai lepas.
Tidak ada perubahan tata etika untuk pemilihan kali ini tapi tak boleh berkempen secara melulu ataupun membuat fitnah.

0 comments:

MANDAT DARI TUAN ADALAH AMANAH KEPADA SAYA

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan..
Salam Aspirasi...
Kuasa ada pada perwakilan hendaklah diguna sebaiknya utk memilih halatuju pemuda AG.dan kuasa itu akan diterjemahkan dlm bentuk mengundi kepada calon yg menjadi pilihan perwakilan dan undi itu merupakan mandat kepada calon dan perlu diangkat sebagai amanah utk calon yg menang menunaikan misi dan visi yg telah mereka tetapkan..
vote aspirasi...
undilah barisan Aspirasi Muda AG

0 comments:

BAGI SAYA CALON NAIB PRESIDEN INI YANG TERBAIK

0



Assallammualaikum dan salam perjuangan

Pertembungan jawatan naib presiden UMNO memang sengit dan hebat..masing-masing mempunyai kredibiliti dan keupayaan sendiri untuk mentadbir dengan jayanya. Bagi saya 4 orang tokoh ini mempunyai peluang yang sama sama cerah untuk mendapat mandat dan kepercayaan dari orang orang UMNO yang menjadi perwakilan kelak...insyaAllah...


YB DATO MUKHRIZ TUN MAHATHIR


YB DATO ZAHID HAMIDI


YB DATO SHAFIE AFDHAL



YBHG DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM


Tapi yang diperlukan hanya 3 untuk naib presiden.....So timbang timbangkanlah yang terbaik untuk UMNO..




0 comments:

UNDI MUKHRIZ MAHATHIR - CALON NAIB PRESIDEN UMNO

0

Datuk Mukhriz bin Tun Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dilahirkan pada tahun 1964.


Beliau merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik.

Beliau memegang beberapa jawatan dalam beberapa firma yang termasuk Opcom Holdings, Kosmo Tech, selain Persatuan Francias Malaysia.

Mukhriz adalah juga Pengarah Eksekuitf Perdana Peace Global Organisation.

Dalam tahun 2004 Mukhriz memenangi pemilihan ke dalam eksko Pemuda UMNI dengan memperolehi undi tertinggi dan akhirnya dilantik ke dalam jentera itu.

Beliau juga dilihat sebagai seorang calon berpotensi untuk Timbalan Ketua Pemuda UMNO, tapi kemudiannya menarik diri.

Abangnya Datuk Mokhzani juga memainkan peranan aktif di dalam politik UMNO.

Dalam tahun 2006 Mukhriz memenangi pemilihan di UMNO Bahagian Kubang Pasu.

Dalam pilihanraya umum ke-12 ini Mukhriz bertanding di kawasan Parlimen Jerlun, menggantikan Dato' Abd Rahman Ariffin. Abd Rahman ialah Ketua UMNO Bahagian Jerlun, dan sebelum ini pernah menjadi Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah..

Mukhriz yang sudah berumah tangga dengan Datin Norjita Zakaria, mempunyai tiga orang anak.

Kini beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Suntikan Kanser Malaysia, Bioven.

Mukhriz merupakan pengasas, Pengerusi dan Pengarah Urusan Opcom Holdiong serta seorang ahli Jawatankuasa Gaji.

Selain itu beliau memegang saham yang besar dalam syarikat itu.

Mukhtiz seorang lulusan Sarjana Muda Sains dan Pengurusan dan Pentadbiran Pemasaran dari University of Boston, Amerika Syarikat dalam tahun 1989.

Beliau pernah berkhidmat dengan Bank of Tokyo-Mitsubishi Limited, Kuala Lumpur dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang peniagaan dan pembangunan projek dan berkhidmat sebagai Penasihat Kanan kepada Presiden Bank of Tokyo-Mitsubishi Limited.

Beliau juga banyak pengalaman dalam bidang komunikasi serta pelancongan dan dan sector perniagaan praserana.

Beliau bertugas sebagai pengarah di dalam syarikat-syarat seperti Reliance Pasific Berhad, Ajiya Berhad dan Kosmo Technologi Sendirian Berhasd.

Selain itu beliau menjadi Pengerusi Photonics Interest Group di MIGHT, kumpulan pemikir keraqjaan mengenai teknologi tinggi.


ALOR SETAR 19 Sept. - Saingan merebut jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti bulan depan semakin sengit selepas Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini mengesahkan bertanding jawatan tersebut.
Mukhriz mengumumkan perkara itu dalam majlis memperkenal calon Kedah yang akan bertanding di peringkat Pusat, sekali gus menjadi calon termuda merebut jawatan tersebut.
Berikutan keputusan itu, pertandingan jawatan Naib Presiden kini semakin terbuka luas dan bakal menyaksikan persaingan enam penjuru.
Sebelum ini, ketiga-tiga penyandang jawatan itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengesahkan akan mempertahan jawatan masing-masing.
Ketiga-tiga mereka bakal dicabar Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang turut menyatakan hasrat merebut jawatan tersebut.
Dalam pada itu, Mukhriz berkata, keputusannya bertanding jawatan ketiga tertinggi dalam parti tersebut berlandaskan kepada hakikat perubahan perlu di dalam UMNO dan ahli-ahli UMNO sebelum ini sudah diingatkan untuk berubah atau bakal diubah.
Selain itu, tambah beliau, setiap perwakilan UMNO juga sudah diberi hak memilih dan perkara tersebut sangat penting dalam proses demokrasi dalam parti.
"Keputusan ini juga merupakan terjemahan kepada proses transformasi yang ingin dilakukan di dalam UMNO dan saya mewakili transformasi itu melalui slogan 'Berani Berubah'.
"Ahli UMNO juga menaruh harapan tinggi untuk melihat perubahan ketara berlaku dalam parti dan mereka melihat saya mewakili harapan tersebut," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini.
Menurut Mukhriz, pencalonan beliau merebut jawatan itu bukan bertujuan mewujudkan dinasti keluarga di dalam UMNO.
"Saya akui saya bin (anak) Mahathir dan perkara ini menarik banyak perhatian, kalau betul saya mahu mewujudkan dinasti, sepatutnya dari dahulu lagi iaitu semasa bapa saya menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
"Secara kebetulan saya berminat dalam politik dan mungkin ada dalam kalangan rakyat yang mula menilai keupayaan saya untuk mentadbir serta memikirkan strategi untuk kelangsungan politik UMNO," katanya.
Dalam pada itu, Mukhriz juga mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerlun setelah jawatan itu dikosongkan penyandangnya, Datuk Abu Hassan Sharif.

0 comments:

TAHNIAH PEMUDA UMNO..MUGA MAJU JAYA

0


Berikut senarai calon calon PERGERAKAN PEMUDA UMNO PUSAT untuk pemilihan UMNO bagi penggal 2013-2016.
 
    Pengerusi Tetap
 
    1. Datuk Zubir Zabidi
    2. Datuk Abdul Fattah Abdullah (Penyandang)
    3. Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad
 
    Timbalan Pengerusi Tetap
 
    1. Muhammad Yadzan Mohammad (Penyandang)
    2. Ahmad Mushawir Abdullah
    3. Bahrul Razha Chuprat
    4. Hisham Ahmad Sabri
    5. Mohd Shoubli Jamal
 
    Ketua Pemuda
  
    1. Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Penyandang)
    2. Syed Rosli Syed Harman
    3. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi
    4. Irwan Ambak Khalid Izhar
    5. Abd Karim Ali
    Naib Ketua Pemuda

    1. Jamawi Jaafar
    2. Lokman Noor Adam
    3. Mohamad Iruan Zulkefli
    4. Khairul Azwan Harun
 
    Ahli Jawatankuasa Pemuda (Exco)
  
    1. Ibdillah Ishak
    2. Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi
    3. Rohsawal Nizam Abd Ghafar
    4. Arman Azha Abu Hanifah
    5. Mohd Aizli Shahar Abdul Malek Shahar
    6. Mohd Rafe Sidek
    7. Nazir Hussin Akhtar Hussin (Penyandang/Dipilih)
    8. Mohamad Fazly Zainudin
    9. Mohd Zamri Mohd Idrus
    10. Armizan Mohd Ali
    11. Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad
    12. Ahmad Faisal Abdul Karim
    13. Rozaidi Abdul Jamil
    14. Suhasni Hayani
    15. Mohd Najib Mohd Isa
    16. Fathulbari Mat Jahya
    17. Dazma Shah Daut @ Daud
    18. Muhammad Yusmizan Md Yunus
    19. Faez Ainstein Nordin
    20. Dr Mazlan Ismail
    21. Muhamad Muqharrabbin Mokhtaruddin
    22. Onn Hafiz Ghazi
    23. Awang Saleh Makmud
    24. Mohamad Suji Bilang Mohd Nordin
    25. Khairul Firdaus Akbar Khan
    26. Rahimi Abd Karim
    27. Mohd Rafiq Naizamohideen
    28. Ahmad Lutfi Ibrahim
    29. Maisham Ma'arof
    30. Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz
    31. Azlan Abdullah
    32. Mohamad Faiz Yaacob
    33. Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman
    34. Abdul Aziz Ismail
    35. Ariffin Kassim
    36. Shahrizal Man Harun
    37. Kamarol Salleh
    38. Jeffri Salim
    39. Mohammad Nawar Ariffin
    40. Zaidel Baharuddin
    41. Mohamed Hazali Abu Hassan
    42. Mohd Safiee Salam
    43. Sallehudin Satar
    44. Erwin Mukhriz Zahari
    45. Mohd Amir Izwan @ Felix Abdullah
    46. Mohd Faizal Daud
    47. Muhamad Saman @ Azizul Kamar Abdul Rahman
    48. Mua'amar Ghadafi Jamaludin
    49. Norhilman Mohd Noor
    50. Mohd Khairul Amri Amihamzah
    51. Mohd Shazril Mohd Khalid
    52. Syahrin Md Jamaludin
    53. Mohamed Noor Mohamed Amin
    54. Nurul Izham Nurul Anuar
    55. Mohd Fairuz Mohd Sakirin
    56. Mohd Idham Yasser Suleiman
    57. Azrinizam Ibrahim
    58. Hasniyusfee Abu Hassan
    59. Mohd Ikhmal Abu Bakar
    60. Zukhairi Md Osman
    61. Muhammad Faiz Hashim
    62. Ariff Hakimi Zulkifli
    63. Jefrizal Mohd Jaafar
    64. Mohamed Noor Affendy Ameerudeen
    65. Mohd Iskandar Jaafar
    66. Mohd Husaimi Hussin
    67. Anuar Abd Manap
    68. Azmi Md Yatim
    69. Manndzri Nasib
    70. Mohmad Asian Ahmad
    71. Khairul Azlan Shah Abd Aziz
    72. Mohd Saiful Mohd Sahak
    73. Shahriman Akma Md Shabudin
    74. Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi
    75. Mohamad Nazari Ahmad
    76. Ahmad Baidzawi Saleh Hamdi
    77. Muhammad Faiz Mahayudin

0 comments:

UNDI SAHABAT AMANAH KAMI - ASPIRASI MUDA AG

0
ASPIRASI MUDA ALOR GAJAH

VISI

MEMPERKASAKAN SUARA ANAK MUDA UNTUK MENJANA TRANSFORMASI PENERAJU GENERASI YANG BERWAWASAN DEMI PERJUANGAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA

MISI


1. MEMPERKASAKAN SUARA ANAK MUDA DARI AKAR UMBI

2. MENJANA MODAL INSAN MUDA DARI SEGI PENDIDIKAN DAN EKONOMI
3. TRANSFORMASI NASIONAL SEIRING DENGAN HASRAT KERAJAAN UNTUK MENERAJUI GENERASI PEWARIS
4. WAWASAN 2020
5. KEKUATAN PERJUANGAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA UNTUK MEMENANGI PRU 14 DENGAN GEMILANG.



0 comments:

MAJLIS MAULUD DIBAIE DI DUN ASAHAN

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan
Salam Aspirasi...

Tahniah kpd yb dw Abd Ghafaar Atan Adun Asahan kerana berterusan mengadakan majlis Maulud Dibaie. Kali ini majlis tersebut telah diadakan dengan jayanya di Masjid Felda Bukit Senggeh dalam siri road tour Maulud Dibaie di Parlimen Alor Gajah.

Majlis ini diadakan utk memberi peluang kepada penduduk kampung dan masyarakat dun Asahan utk samasama berselawat dan memuji Rasulullah.

Semuga usaha ini akan berterusan dan sentiasa mendapat sokongan dan bersama berdakwah sambil beramal dan beribadah.
Tahniah...


0 comments:

FUTSAL PERSAHABATAN BERSAMA SAHABAT DI DURIAN TUNGGAL

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan

Salam Aspirasi


sekali sekala layan futsal bersama sahabat memang best juga..selain kita hanya berjumpa dan berbual mesra kita juga boleh bermain futsal dan sama sama bersenam dan mengeluarkan peluh..

Alhamdulillah program sebegini memang baik dan usaha ini perlu diteruskan secara berkala supaya memberi minat kepada pemuda untuk bersama sama dan mempertingkatkan ukhuwah pemuda bersama..

terimakasih kepada sdr razali majid kerana berjaya mengaturkan perlawanan persahabatan ini...tahniah..




0 comments:

TAHNIAH KEPADA PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAW KG BUKIT SENGGEH

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan

Salam Aspirasi

Tahniah diucapkan kepada sdr Nasir kp pemuda UMNO caw Gapis yang telah berjaya mengadakan program bola sepak 7 sebelah di padang bola sepak sek keb bukit senggeh sabtu lepas. Program ini adalah baik dan bermakna kerana ianya dapat mengeratkan silaturrahim penduduk kampung dan pemuda.

Walaupun sdr nasir baru sahaja menerajui kepimpinan pemuda umno cawangan namun usaha dan komitmen beliau amat tinggi dan terus memberi khidmat yang terbaik untuk pemuda keseluruhannya..

Tahniah..semuga terus maju jaya


0 comments:

PROGRAM TAUTAN KASIH DUN ASAHAN BERSAMA YB DW ABD GHAFAAR ATAN

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan
Salam Aspirasi

Terimakasih kepada YB Datuk Wira kerana berusaha untuk sentiasa menjaga kebajikan rakyatnya di dun Asahan. Pada minggu ini seramai 5 orang penerima bantuan akan mendapat sumbangan dari YB Adun. Dan kali ini UMNO Caw Kg Gapis telah menjadi tuan rumah untuk menerima sumbangan dan kunjungan YB Datuk Wira.

Bermula dengan sarapan pagi di pekan nyalas konvoi menghantar bantuan ini telah bergerak ke 5 buah penerima sumbangan melibatkan orang orang tuan,ibu tunggal,sakit kronik dsb.

Kami berharap agar program sebegini akan berterusan dan menjadi contoh yang terbaik bagi anak anak muda semua pada masa akan datang.


0 comments:

SEMUGA MAJU JAYA ASPIRASI MUDA AG

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan
Salam Aspirasi

Alhamdulillah borang telah selesai di hantar untuk membuktikan komitmen kami pada perjuangan ini tidak berbelah bagi atau main-main..seramai 19 orang JK Aspirasi telah bersedia utk menggalas amanah berbakti kepada agama bangsa dan negara

Saya amat berterimakasih kepada sahabat semua sanggup bertungkus lumus utk sama sama menyediakan borang pencalonan walau pun pada saat akhir wakil calon terpaksa ditukar kerana tidak mengikut kehendak JK Pemilihan UMNO kali ini.

Namun masalah itu telah berjaya diselesaikan dan kami sama sama telah berjaya menyiapkan dan menyediakannya..

Tahniah Aspirasi..kami mohon pertolongan Allah agar semuanya selamat dan dalam Rahmat Allah..


vote4aspirasi

tekad dan sedia

0 comments:

vote4AspirasiMudaAG

0

Assallammualaikum dan salam perjuangan
Salam Aspirasi

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan kasih sayangNya kita dapat hidup dimuka bumi Allah yg permai ini..Sesungguhnya suburkanlah kasih sayang antara manusia kerana dengab kasih sayang yg diredhai Allah kita semua akan mendapat rahmat..

Alhamdulillah kami daripada barisan Aspirasi MudaAG telah bersedia dan memperkuatkan mental dan perasaan utk menawarkan diri dalam pemilihan kali ini..

Telah mengadakan roadshow dalam siri kempen memperkenalkan calon dan kini tibalah masanya masanya utk mengisi borang dsb.

Perjumpaan ini penting kerana ia adalah utk menyuusun dan merangka pewaris akan dayanh..

Semuga Sahabt Semua Maju Jaya

vote4aspirasi AG

0 comments:

PERSIAPAN PEMBUKAAN GELANGGANG PERGURUAN SENI SILAT KOTA SENDENG

0

Assallammualaikum dan Salam Perjuangan..

Tahniah kepada pemuda dan belia kg nyalas kerana berusaha untuk membuka gelanggang silat di kg air repat nyalas..

Mereka telah berbincang dengan wakil perguruan dari perguruan seni silat kota sendeng dan juga telah mwmohon kebenaran dari Pengerusi JKKK.

Lokasi gelanggang di kg air repat dan dan bersebelahan rumah hafiz. Tahniah juga kepada sdr hafiz dan sdr ucak kerana menjadi nadi kepada pembukaan gelanggang tersebut..

Terimakasih juga kepada Shahril ketua pemuda UMNO Nyalas dan Sdr Shamzainal pengerusi JKKK Nyalas yg juga telah sama sama membantu merealisasikan hasrat anak kampung ini.

TAHNIAH SEMUA...

0 comments:

KONSEP IDEA : AKADEMI SILAT MELAYU GELANGGANG ADEPUTRA ASAHAN MELAKA

0



KOMPLEKS SENI SILAT MELAYU

GELANGGANG ADI PUTRA
ASAHAN MELAKA


KELAM KELIP KU SANGKA API
KALAU API MANA SUMBUNYA
HILANG GHAIB KU SANGKA MATI
KALAU MATI MANA KUBURNYA

*******************************************
LAGENDA ADI PUTRA
MAHAGURU SILAT DATO LAKSAMANA HANG TUAH
DAN LIMA PENDEKAR
MENGANGKAT MARTABAT BANGSA
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA
1.0        PENDAHULUAN

Kompleks Seni Silat Melayu satu lagi mercu tanda pencak silat Melayu kian dimertabatkan di negeri bertuah dan bersejarah Melaka Bandaraya Warisan Dunia. Kemajuan Melaka bukan sahaja diukur dari pembangunan fizikal dan urbanisasi tetapi pembangunan Melaka juga sejajar dengan penjagaan dan pemeliharaan warisan seni Melayu iaitu silat warisan bangsa.
Gelanggang Ade Putra diwujudkan di kaki gunung Ledang kerana sejarah dan lagenda Dato Laksamane Hang Tuah dan Lima pahlawan Melaka bermula di gunung Ledang kerana mereka bukan sahaja menuntut ilmu kependekaran tetapi juga menuntut ilmu sufi dengan Pendita Sang Ade Putra di gunung Ledang. Ini juga akan menyuntik semangat dan jatidiri dikalangan anak bangsa untuk mempelajari dan mengembangkan silat seperti mana kata kata Dato Laksamane Hang Tuah..
Takkan Melayu Hilang Di Dunia dan kata kata keramat ini sebenarnya lahir dari Pendeta Sang Ade Putra yang diamanahkan kepada Dato Laksamane untuk anak melayu di dunia ini.

2.0        MATLAMAT

Menyediakan satu tempat latihan yang komprehensif untuk para pesilat dimana konsep adalah tradisional tetapi kemudahan fasiliti adalah moden dan terkini.

3.0        OBJEKTIF

A.   Menyediakan satu kemudahan yang lengkap untuk para pesilat kampong berlatih dan mempersiapkan diri untuk sebarang persembahan dan pertandingan.
B.    Memberi peluang yang luas kepada belia desa untuk mengenegahkan bakat dan meningkatkan potensi diri dan menjadi pusat kecergasan dengan aktiviti yang dijalankan.
C.   Menjadi pusat pengurusan dan pentadbiran silat kawasan / parlimen tersebut.
D.   Menjadi pusat penyebaran ilmu dengan mengadakan bengkel-bengkel atau kursus setiap bulan di pusat tersebut.
4.0        
         PENGISIAN

    A.   GELANGGANG SILAT ADE PUTRA
-      Ruang yang cukup dan berbumbung untuk mengadakan latihan pencak silat bersama dengan peralatan silat olahraga.
-      Ruang yang cukup untuk membuat lompatan dan seni tempur

    B.    WAKAF UNTUK LATIHAN GENDANG
-      Tempat untuk latihan gendang dan instrument untuk mengiringi pencak silat.

    C.   HALAMAN
-      Disediakan kiosk untuk peniaga menjual hasil kraftangan dan barangan tradisional samada makanan ringan atau makanan tradisi

D.   KELENGKAPAN GYMNASIUM (TINGKAT BAWAH RUMAH MELAYU)
-      Tingkat bawah disediakan gymanasium untuk pesilat menjalani latihan kecergasan dan kekuatan fizikal.

 E.    RUANG PENTADBIRAN DAN GALERI SILAT MELAYU (TINGKAT ATAS)
-  Tingkat atas adalah merupakan ruang galeri dan pentadbiran untuk menguruskan persatuan silat di kawasan berdekatan
 
 RANCANGAN AKTIVITI

      A.   SETIAP HARI
·         Membuka latihan gym kepada belia kampong.
·         Latihan pesilat olahraga atau kick boxing kepada belia kampong.
·         Kios dibuka untuk jualan makanan kepada pengunjung.
·         Latihan tarian kebudayaan boleh diadakan.

     B.    HUJUNG MINGGU
·         Bengkel bengkel keilmuaan dan motivasi boleh dijalankan
·         Kursus juga boleh diadakan disegenap lapisan masyarakat.
·         Kursus kemahiran seni beladiri setiap jenis pencak silat.
·         Kursus kemahiran jurulatih untuk silat dan pelbagai seni beladiri lain.
·         Mesyuarat pelarasan aktiviti belia juga boleh diadakan.

    C.   BERKALA ATAU BERMUSIM
·         Program sembang sembang belia bersama pemimpin
·         Tempat pertemuan pelbagai persatuan silat
·         Tempat perhimpunan pesilat
·         Tempat pertandingan persilatan
·         Mengadakan ceramah ditempat terbuka

6.0        LOKASI
Dicadangkan dibina di atas tanah kerajaan di kaki gunung ledang di Asahan lebih kurang 20 km dari Bandar Jasin dan 60 km dari Bandaraya Melaka. Pekan Nyalas terletak di dalam dun Asahan dan dalam Parlimen Alor Gajah.

  AKTIVITI BELIA , NGO DAN MASYARAKAT SETEMPAT
Persatuan belia terbesar di Parlimen Alor Gajah ialah Gerakan Belia 4B , Majlis Belia Felda dan Persatuan Silat-silat Melayu.
·         Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Alor Gajah
·         Majlis Belia Felda
·         Persatuan Seni Silat Melaka
o   Seni Silat Kota Sendeng
o   Seni Silat Gayung Malaysia
o   Seni Silat Gayung Fatani
o   Seni Silat Kilau Cendana
o   Seni Silat Cekak Malaysia
o   Seni Silat Pukulan Melaka

·         Persatuan NGO yang lain seperti:-
o   Pekida Malaysia
o   Perkasa Malaysia
o   Pergerakan Pemuda UMNO
o   Pergerakan Puteri UMNO

 Asahan merupakan sebuah pekan yang terletak di dalam Majlis Perbandaran Jasin. Ia juga terletak di antara tiga buah negeri iaituMelaka, Negeri Sembilan, dan Johor. Pusat pelancongan utama di Asahan ialah Air Terjun Asahan dan Gunung Ledang.

Politik[sunting]

Asahan juga merupakan salah satu Dewan Undangan Negeri N09 Asahan yang terletak dalam Parimen Alor Gajah(dahulunya dikenali sebagai Parlimen Selandar) . DUN Asahan diketuai oleh seorang ADUN Asahan iaitu R.Perumal .

Pelancongan[sunting]

Asahan juga telah dirancang oleh Majlis Perbandaran Jasin sebagai pusat pelancongan . Antara pusat pelancongan yang didirikan antaranya:-
- Taman Rekreaksi Asahan - Air Terjun Asahan Gunung Ledang - Laman Tiga Budaya Asahan

Jarak Perjalanan[sunting]

Dari Asahan Ke :-
·         Bandar Jasin - 19KM
·         Bandaraya Melaka - 45KM
·         Bandar Tangkak, Johor - 18KM
·         Gemencheh, Negeri Sembilan - 38KM
·         Bandar Alor Gajah - 49KM
·         Selandar - 27KM
·         Nyalas - 15KM
·         Simpang Bekoh - 6KM
·         Merlimau - 40KM
·         Bandar Muar - 47KM
Dari Asahan Ke Plaza Tol:-
·         Plaza Tol Tangkak - 22KM
·         Plaza Tol Jasin - 32KM
·         Plaza Tol Ayer Keroh Melaka - 37KM
·         Plaza Tol Simpang Ampat Alor Gajah - 56KM
Dari Asahan Ke Stesen Bas dan Teksi
·         Perhentian Bas Dan Teksi Bandar Jasin - 25KM
·         Melaka Sentral - 43KM
·         Perhentain Bas Dan Teksi Tangkak - 23KM

Taman Perumahan[sunting]

1.  Kampung Bukit Asahan
2.  Kampung Baru Gunung Emas
3.  Kampung Tengah
4.  Kampung Relau
5.  Taman Seri Asahan

Bandar Berdekatan[sunting]

2.  Tangkak

Prasarana[sunting]

Sekolah[sunting]

·         SK Asahan (SKA)
·         SJK (T) Ladang Bukit Asahan (SJKTLBA)
·         SJK (C) Chua Hwa Asahan (SJKCHA)
·         Sekolah Agama Relau Asahan (SARA)

Masjid[sunting]

·         Masjid Asahan
·         Masjid Kampung Relau

Balai raya[sunting]

·         Balai Raya Kampong Baru Asahan
·         Balai Raya Asahan
·         Balai Raya Kampung Relau Sialang
·         Balai Raya Taman Seri Asahan

Pusat Sukan dan Rekreasi[sunting]

·         Kompleks Majlis Sukan Negara, MSN Saujana Asahan
·         Pusat Latihan Khidmat Negara Taman Lagenda, Asahan
·         Laman Tiga Budaya Asahan

Perumahan dan Penduduk[sunting]

Kampung[sunting]

·         Kampung Sungai Dua
·         Kampung Bukit Asahan
·         Kampung Relau Sialang
·         Kampung Relau Tengah
·         Kampung Relau
·         Kampung Relau Dalam
·         Kampung Bukit Panjang

Kampung Taman[sunting]

·         Kampung Baru (Taman Gunung Emas)

Taman Perumahan[sunting]

·         Taman Gunung
·         Taman Seri Asahan

Ladang/Estate[sunting]

·         Ladang Bukit Asahan (Asahan)
·         Ladang Bukit Asahan Melaka (Ayer Tekah)

Perniagaan[sunting]

·         Pekan Asahan
·         Taman Gunung
·         Kampung Relau Tengah
·         Kampung Relau Dalam
·         Taman Seri Asahan

Kemudahan Awam Terdekat[sunting]

·         Klinik Kesihatan Simpang Bekoh
·         Hospital Jasin
·         Hospital Tangkak
·         Jabatan Bomba dan Penyelamat Jasin
·         Jabatan Bomba dan Penyelamat Tangkak
·         Tenaga Nasional Cawangan Jasin
·         Tenaga Nasional Cawangan Tangkak
·         Balai Polis Asahan
·         Pondok Polis Chabau
·         Pondok Polis Belading Bekoh Ledang
·         Balai Polis Simpang Bekoh
·         PETRONAS Jasin
·         PETRONAS Tangkak
·         PETRONAS Selandar
·         SHELL Jasin
·         SHELL Tangkak
·         ESSOMOBIL Jasin
·         ESSOMOBIL Tangkak


DISEDIAKAN OLEH

SUHAIZAN HAJI NOH BKT PJK PBB






0 comments: