MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

ATURCARA MAJLIS PENGKHATAMAN TAPAK ASAS

0

MAJLIS PENGKHATAMAN TAPAK ASAS
PERGURUAN SENI SILAT KOTA SENDENG GELANGGANG NURZULFAKAR
KG ABBEY , ASAHAN MELAKA


ATURCARA


MASA / MALAM
PERKARA
TINDAKAN

7.00
Jamuan Makan Malam
AJK Jamuan
8.00
Pendaftaran
Urusetia
8.30
Kehadiran Jemputan dan VIP
Urusetia
8.45
Ketibaan Tetamu VIP
Urusetia
9.00
Perarakan Masuk Tetamu VIP dan Tuan Guru Utama Rahman Hamid dan Guru Guru Jemputan Lain
Protokol
9.10
Nyanyian Lagu Negaraku
Protokol


Bacaan Ikrar Perguruan Kota Sendeng
Aiman Hakim
9.20
Ucapan Penghargaan Tuan Guru Utama Rahman b Hamid – Tuan Guru Utama PSSKS
Urusetia
9.30
Ucapan Perasmian Sdr Mohd Riduan b Tan Sri Mohd Ali – Presiden Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka
Urusetia
9.45
Bacaan Doa Pembuka Gelanggang oleh Tuan Guru Utama Rahman b Hamid
TGU
9.50
Majlis Pengkhataman
  • Jurus Pembukaan 4 Penjuru
  • Buah Sendeng
  • Latihan Kaki
  • Buah Pukul
Protokol
10.15
Persembahan Seni Silat Panji Ria Malaysia


10.30
Persembahan Lompat Harimau Jatuh Beruang dari PSSKS Kg Abbey


10.45
Persembahan Seni Silat Gerak Hang Tuah


11.00
Persembahan Seni Silat Chemande Gerak Sendi


11.15
Persembahan Seni Silat dari Guru-guru Jemputan / SIGMA


11.30
Penyampaian Lambang Tapak Hijau / Cenderamata
Urusetia
11.45
Penutupan Gelanggang oleh :-
Aiman Hakim dan Mohd Fakhrullah


12.00
Selawat/Bersurai
Protokol



0 comments:

TAHNIAH..SEMUGA TERUS MAJU JAYA - PSSKS KG ABBEY

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN...
ALHAMDULILLAH BERSYUKUR KE HADRAT ILLAHI KERANA DENGAN LIMPAH KUNIANYA TELAH MENGIZINKAN KITA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN DI MUKA BUMI YANG FANA INI..SEMUGA ALLAH MEMBERKATI SEGALA USAHA KITA DIDUNIA DAN DI AKHIRAT...
ALHAMDULILLAH..USAHA UNTUK MENZAHIRKAN ANAK ANAK MUDA BERSATU DALAM SILAT MELAYU YANG DIPANYUNGI KALIMAH TAUHID DAN KALIMAH RASUL...
TERUSKAN PERJUANGAN ANAK MUDA
KITA BERTEMU DI MENARA KEJAYAAN
INSYA ALLAH





0 comments:

KEMBARA JEJAK HANG TUAH DI GUNUNG LEDANG

0




KEMBARA JEJAK HANG TUAH DI GUNUNG LEDANG
 


1.MUQADDIMAH

Kembara Jejak Hang Tuah di Gunung Ledang adalah merupakan satu aktiviti mengenali sebahagian fakta sejarah bagi Negeri Johor dan Melaka. Kehebatan Hang Tuah, yang sudah termasyhur diserata Nusantara. Kisah Hang Tuah, yang pernah menuntut ilmu persilatan dengan Adi Putera di Gunung Ledang dan cerita Hang Tuah meminang Puteri Gunung Ledang untuk Sultan Melaka  amat menarik seperti tercatat didalam buku hikayat Hang Tuah yang ditulis oleh Tun Sri Lanang sekitar abad ke 15.

Tentunya aktiviti begini dapat menarik pelancung luar, agar lebih mengenali Malaysia amnya serta Gunung Ledang dan Hang Tuah khasnya. Program Kembara Jejak Hang Tuah di Gunung Ledang ini bakal disertai oleh Perguruan-perguruan silat,Persatuan NGO, Persatuan Pencinta Alam, Pengemar Busana, Persatuan Sukarela & jabatan kerajaan dan Persatuan Sejarah Johor dan Melaka.

Program ini diharap dapat memberikan satu pengalaman baru dalam sejarah bangsa Melayu, khususnya di Johor dan Melaka. Peserta program ini dapat belajar dari kehidupan alam semula jadi hutan serta mengsyukuri betapa Agungnya  alam kazanah hutan yang dicipta oleh Allah.

Bertitik tolak daripada itu, penganjuran Kembara Jejak Hang Tuah ini di Gunung Ledang bakal menyajikan pengalaman yang berguna serta bakal mencatat Malaysia Book Of Record, dengan penyertaan ramai pesilat memakai Busana Persilatan Melayu lama (bersetanjak, bersamping ) untuk mendaki jejak Hang Tuah di Gunung Ledang.
  

2. OBJEKTIF

Kembara ini mempunyai beberapa objektif yang telah dirangka secara sistemmatik dan praktikal untuk dicapai antaranya ialah :

1.      Memupuk perasaan cinta terhadap seni kebudayaan bangsa berteraskan dunia kependekaran dan Busana Tradisi Melayu Nusantara.

2.    Memartabatkan seni budaya bangsa ketahap yang lebih tertinggi dan membantu melahirkan pelapis yang bertindak sebagai ejen penyebar, pengamal serta menjadi pemangkin mengembangkan seni budaya bangsa.

3.    Mendaki gunung Ledang dengan lengkap berbusana kependekaran Melayu.

4.    Menampilkan daya tarikan yang tersendiri bagi masyarakat dan industri pelancongan.

5.     Menolong memelihara seni budaya Melayu dan tapak bersejarah zaman kegemilangan Hang Tuah di Gunung Ledang.

6.    Memantapkan ukhuwah dan Amal Jama’I ( Team building) sesama pesilat dan perguruan.

7.     Merasai perit jerih pengorbanan pahlawan Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu mempertahankan tanah air daripada penjajah asing serta perjalanannya menempuh pelbagai ranjau dan cabaran dalam menuntut ilmu persilatan Melayu di Gunung Ledang dan meminang puteri Gunung Ledang.

8.    Meningkatkan kesedaran tentang kedaulatan Raja-Raja Melayu dan semangat kependekaran Melayu Islam agar tidak pupus ditelan arus zaman.


3. TEMA

”GENERASI BERMARUAH PENERUS BANGSA BERDAULAT”

4. TEMPAT

GUNUNG LEDANG RESORT, TANGKAK

5. TARIKH

20 dan 21 Desember 2014
( Sabtu dan Ahad)

 6. ANJURAN


( PESAKA ) Silat Daerah Ledang.
Abdul Karim bin Abdul Latip
Setiausaha Pesaka ( silat ) Daerah Ledang
Batu 19, Kampung Payamas, 84900 Tangkak, Ledang, Johor.

Majlis Kebudayaan Daerah Ledang.

Persatuan Seni Silat PANJI RIA MALAYSIA
(PPM-011-14-31122012), No 19, Jalan Cj 10/2-2,
Taman Cheras Jaya, Batu 9 Cheras (Balakong), 43200 Selangor.

Persatuan Seni Silat Kota Sendeng,
Tuan Guru Rahman bin Hamid,
Estet Ho Sen San, 77100, Asahan.Melaka

7. KERJASAMA

Majlis Kebudayaan Negeri  Johor
Persatuan Guru-guru Silat Negeri Melaka (SiGMA)
Persatuan Sejarah Johor
Persatuan Sejarah Melaka


8. SOKONGAN

Ahli Parlimen Ledang
Perguruan-perguruan  Silat Daerah Ledang,Johor /Melaka
Jabatan Pertahanan Awam (JPA 3) Tangkak
Jabatan Hutan Daerah Ledang
Polis Diraja Malaysia ( Ledang )
Bomba Daerah Ledang
Pusat Informasi Pelancongan Daerah Ledang ( LTIC )
Taman Negara Gunung Ledang
Batin Menggek bin Acai ( Batin Kg Air Tawas, Gg Ledang)


9.PENYERTAAN PESILAT
Peserta Kembara Jejak Hang Tuah Di Gunung Ledang :

200  orang pesilat dari pelbagai Perguruan  Johor dan Melaka.
50 orang pesilat dari Perguruan Panji Ria Malaysia

BANTUAN KESELAMATAN

8 orang anggota Jabatan Pertahanan Awam
Renjer Gunung Ledang Resort
5 orang anggota bomba
3 orang renjer perhutanan ledang
6 orang Renjer/Guide Taman Negara Gunung Ledang
  
10.PAKAIAN

   Busana Persilatan Melayu 




TENTATIF KEMBARA JEJAK HANG TUAH

SABTU  ( HARI PERTAMA )  20/12/2014

8.00 pagi             - Pendaftaran/Berkumpul
  Di  Gunung Ledang Resort, Tangkak.
  Minum pagi
                          ( Pakai pakaian Busana persilatan )

8.45 pagi             -  Taklimat program ( Dewan Tun Mamat )
                             -  Bacaan Doa

9.30 pagi             -  Bergerak ke Tapak Perkhemahan
                                Taklimat keselamatan
                                Persiapan diri

11.00 pagi  - Bergerak ke Kolam Puteri/Kolam Gajah
                              
 3.00 petang       -  Bergerak turun ke Tapak Perkhemahan

5.00 petang         - Dijangka sampai ke Tapak perkhemahan
                               Persiapan diri
                               Solat Mahgrib/Isyak

                             ( Makan tengahhari/makan malam)
                               Masak sendiri – bahan masakan peserta bawa.
                               * beras, sardine, bawang secukupnya

9.00 malam        - Perkongsian Sejarah Hang Tuah
                                

12.00 malam       - Rehat / Selamat malam.

AHAD ( HARI KEDUA )  21/12/2014


5.30 pagi             - Persiapan diri/pakaian busana silat Melayu


6.00 pagi             - Solat Subuh


7.30 pagi             - Sarapan pagi             
                              ( peserta bawa roti/kaya ) + air menerial

8.00 pagi             -  Persiapan diri
                                Pembersihan kawasan perkhemahan
                                Berbusana Persilatan Melayu

10.00 pagi - Bergerak turun ke Dewan Tun Mamat                       
                           

            
11.00 pagi  - Majlis penutup Kembara Jejak Hang Tuah
                                Persembahan Tari silat perguruan
                                Ucapan Penutup Kembara Jejak Hang Tuah
                                Ucapan alu-aluan
                              Ucapan Pengerusi penganjur
                                Ucapan Penutup oleh…
                                Penyampaian cenderahati
                           Sesi bergambar beramai-ramai


1.00 petang         - Makan tengahari
                               ( disediakan oleh Gunung Ledang Resort )
                                Menu – Nasi goreng Kampung/air tea o
                          
   Selamat pulang.
                              

PENUTUP

Penganjuran Kembara Jejak Hang Tuah di Gunung Ledang, mengharapkan segala perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan jayanya demi mencapai objektif yang telah digariskan bagi melahirkan sebuah generasi yang celik sejarah, mempunyai daya juang dan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi.

Penganjuran ini juga berharap semoga semua pihak dapat bekerjasama membantu menyumbangkan buah fikiran, tenaga mahupun sumbangan kewangan untuk menjayakan hasrat murni kami. Semoga Allah memberkati usaha dan pengorbanan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan program ini.



Disediakan bersama oleh,

(ABDUL KARIM BIN ABDUL LATIP)
Urussetia
Kembara Jejak Hang Tuah di Gunung Ledang
Ahli Jawatankuasa Majlis Kebudayaan Daerah Ledang
Setiausaha PESAKA (SILAT) Daerah Ledang.



“ SILAT WARISAN BANGSA  “



KEPERLUAN YANG PERLU DIBAWA :

1.         Pakaian Busana pendekar Melayu/pakaian silat.
2.       Keris ( kalau ada )
3.       Baju secukupnya
4.       Kasut/selipar
5.        Lampu picit/lilin
6.       Khemah
7.        Mestin/sudu/pinggan/cawan
8.       Beras/sardine/meggi/roti/kaya
9.       Air mineral secukupnya
   Dan lain keperluan kiranya perlu.
   Contohnya : coklat, makanan ringan,

·        Peringatan : air mineral penting untuk memasak makanan dan membancuh air untuk minuman.


0 comments:

HANYA GAMBAR BERBICARA - KEMERIAHAN MAJLIS SENI SILAT KUNCI MELAYU KESATRIA WARISAN MALAYSIA 2014

1

ASSALLAMUALAIKUM
SALAM PERJUANGAN

ALHAMDULILLAH PADA 6.12.2014 YANG LEPAS TELAH BERSAMA PESILAT MEWAKILI PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG MENGADAKAN PERSEMBAHAN SILAT DI SUNGAI MERAB BANGI SELANGOR..
TERIMAKASIH ATAS KOMITMEN DAN SOKONGAN DARI TUAN GURU UTAMA UNTUK KELANCARAN PERSEMBAHAN KAMI....
TAHNIAH SEMUA!!!!








1 comments:

PERASMIAN HARI KUALITI SEK KEB NYALAS

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

PADA 18.11.2014 SAYA TELAH DIBERI PELUANG SELAKU PENGERUSI PIBG UNTUK MERASMIKAN HARI KUALITI SEK KEB NYALAS..
ALHAMDULILLAH MURID2X SEKOLAH NYALAS TELAH MENUNJUKAN KOMITMEN DAN PENCAPAIAN YANG MEMBANGGAKAN HASIL TITIK PELUH PARA GURU DAN IBU BAPA MEREKA..
TAHNIAH SEMUA..TERUSKAN KECEMERLANGAN





0 comments:

PROGRAM DARI 22/11 HINGGA 30/11/2014 - ALHAMDULILLAH

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan..

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Illahi kerana limpah kurniaNya dapat kita mengupdate  blogspot yang sudah lama tidak update ni...Maklomla kalau tertinggal seminggu atau 2 minggu memang banyak cerita dan sejarah yang tidak dapat dicatat...

(1) Majlis Perkhemahan Jati Diri PSSKS Gelanggang Nurzulfakar Kg Abbey (21-22/11)




(2) Perhimpunan Agung UMNO Malaysia di PWTC sebagai Perwakilan G7 (26-29/11)




(3) Persembahan Silat Di Majlis Perkahwinan Anakanda Datok Rospandi Leman dan Singgah Di Masjid Lama Machap (30/11)




0 comments: