Khamis, 31 Mei 2012
25,26,27 MEI DIPUTRAJAYA
Alhamdulillah..selepas dari kursus induksi yang tamat pada 24mei saya dan family telah ke putrajaya persint 14 untuk menziarahi kakak ipar dan keluarga mertua di sana..dapat jugaklah bawa anak-anak ke pusat bandaraya dengan menaiki LRT dari sungai besi.
walaupun LRT kita tidak secanggih MRT di singapura tapi kita tetap merasa bangga dengan pencapaian negara untuk ke arah negara maju.train LRT ini harus diberikan nama 1malaysia sebab pelbagai bangsa dan kaum menggunakan perkhidmatan ini utk ke destinasi masing-masing..sama sama berdiri..duduk..dan memberi duduk kepada warga emas,ibu mengandung dan mereka yang uzur @ memerlukan.
apabila bersama dalam sebuah train yang sesak dan penuh masing-masing dengan fikiran masing-masing dan agenda masing-masing dan pelbagai perkara bermain dalam kotak fikiran kitta masing-masing..
adakah rasa bersyukur dan fikir untuk bersyukur timbul dalam fikiran kita..melihat keamanan dan kesenangan yang dikongsi bersama dalam sebuah negara yang aman tentu kita sama sama bercita cita untuk mengekalkanyya demi masa depan anak-anak yang lebih baik.
mengapa masih ada kelompok kecil yang menyangka mereka suara majoriti sanggup mempertaruhkan keamanan dan kemakmuran sekarang hanya untuk memenuhi cita cita politik dan peribadi mereka.
mereka semua itu adalah pengkhianat yang sanggup melihat negara berpecahbelah dan diambang kolonalis..aku tetap berdoa dan sentiasa berusaha untuk memastikan segala keamanan dan kemakmuran ini akan kekal berpanjangan demi mewarisi sebuah negarabangsa yang berjaya..
inilah perkara yang berlegar dlm kotak fikiranku sehingga sampai kedestinasi yang dituju..my wife nak pergi sogo , so berapalah yang kopak hari ini...
lets go my princess2x kita turun....hati-hati ye sayang...
peace n freedom
luv malaysia
luv my country
my princess dan cousin dia tengah tunggu train lrt di sungai besi
alamak..pic nurin fatehah tak nampak kepala la pulak....steady nurin aleesya dengan beg angrybird
walaupun LRT kita tidak secanggih MRT di singapura tapi kita tetap merasa bangga dengan pencapaian negara untuk ke arah negara maju.train LRT ini harus diberikan nama 1malaysia sebab pelbagai bangsa dan kaum menggunakan perkhidmatan ini utk ke destinasi masing-masing..sama sama berdiri..duduk..dan memberi duduk kepada warga emas,ibu mengandung dan mereka yang uzur @ memerlukan.
apabila bersama dalam sebuah train yang sesak dan penuh masing-masing dengan fikiran masing-masing dan agenda masing-masing dan pelbagai perkara bermain dalam kotak fikiran kitta masing-masing..
adakah rasa bersyukur dan fikir untuk bersyukur timbul dalam fikiran kita..melihat keamanan dan kesenangan yang dikongsi bersama dalam sebuah negara yang aman tentu kita sama sama bercita cita untuk mengekalkanyya demi masa depan anak-anak yang lebih baik.
mengapa masih ada kelompok kecil yang menyangka mereka suara majoriti sanggup mempertaruhkan keamanan dan kemakmuran sekarang hanya untuk memenuhi cita cita politik dan peribadi mereka.
mereka semua itu adalah pengkhianat yang sanggup melihat negara berpecahbelah dan diambang kolonalis..aku tetap berdoa dan sentiasa berusaha untuk memastikan segala keamanan dan kemakmuran ini akan kekal berpanjangan demi mewarisi sebuah negarabangsa yang berjaya..
inilah perkara yang berlegar dlm kotak fikiranku sehingga sampai kedestinasi yang dituju..my wife nak pergi sogo , so berapalah yang kopak hari ini...
lets go my princess2x kita turun....hati-hati ye sayang...
peace n freedom
luv malaysia
luv my country
my princess dan cousin dia tengah tunggu train lrt di sungai besi
alamak..pic nurin fatehah tak nampak kepala la pulak....steady nurin aleesya dengan beg angrybird
TAHNIAH KEPADA PERSAUDARAAN CAHAYA D'LIMA DAN SYEIKH MAULANA ABDULLAH SANI KIYAI HAJI HASHIM
Pada bulan mei yang lepas persaudaraan cahaya d'lima telah dijemput untuk mengadakan pertunjukan keris di seminar keris tamingsari di Melaka. pak syeikh telah mempersembahkan tari silat keris dan keris berdiri dalam persembahan tersebut.Tahniah kepada pak syeikh dan persaudaraan cahaya d'lima bakri muar Johor..
penyerahan sijil kepada ahli persaudaraan yang mengikuti persembahan keris tempohari.
peserta bersama pak syeikh dan sijil yang diberikan oleh penganjur.
bersama menggalas amanah untuk seni budaya yang amat berharga
penyerahan sijil kepada ahli persaudaraan yang mengikuti persembahan keris tempohari.
peserta bersama pak syeikh dan sijil yang diberikan oleh penganjur.
bersama menggalas amanah untuk seni budaya yang amat berharga
KERTAS KERJA RINGKAS PENUBUHAN KIK DI JABATAN @ IKWAS KLUANG
KUMPULAN KARISMA - PENUBUHAN KIK DI JABATAN
*Ketua
Kumpulan : GUNASILAN A/L ANNADURAI
*Ahli-Ahli
Kumpulan :
*1. Suhaizan bin
Noh
*2. Thllaikumaran a/l
Segaran
*3. Faridah binti Mat
Zain
*4. Nurul
Huda bintiMohd Shahrudin
*5. Hafizah binti Ab.
Talib
*6. Noor Imani binti Mohd Yusoff
*7. Mardalina binti Mat
Sonan
*8. Nur Syazwani binti Mohd Nooh
*9. Fauziah Hanim binti Mohd Nor
*10.Zawiah
binti Hambali
OBJEKTIF KIK
*Bagi menambahbaik dan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui:
• Mencipta cara bekerja baru atau menghasilkan inovasi
• Menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan kerja
• Penggalakan penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif
STRATEGI KIK
1. Mengenal pasti potensi diri
*Mengetahui kebolehan individu dalam kumpulan KIK supaya dapat mengatasi masalah atau mengambil peluang yang wujud hasil daripada kreativiti dan inovasi.
2. Ubah persepsi diri
*Melihat masalah atau peluang daripada pelbagai perspektif.
*Analisis masalah dan peluang melalui pemecahan/peleraian masalah kepada bahagian yang kecil dan kemudian cari penyelesaian yang sebenar atau terbaik untuknya.
3. Ubah budaya organisasi
*Mendorong anggota
organisasi menjadi kreatif dan inovatif.
*Ganjaran hendaklah diberikan kepada anggota yang
betul-betul cemerlang dalam mencipta sesuatu yang baru atau unik.
4. Berani untuk gagal
*Setiap kegagalan atau kesilapan perlu dijadikan sebagai motivasi dan panduan untuk bertindak lebih jauh dalam mencari penyelesaian terbaik.
SOKONGAN JABATAN UNTUK KEJAYAAN KIK
*Sokongan dan komitmen daripada pihak pengurusan atasan.
*Penglibatan dan kerjasama menyeluruh daripada organisasi.
*Penyediaan program latihan, seminar, bengkel dan kursus yang berkesan.
*Pemantauan terhadap projek-projek KIK yang dalam pelaksanaan oleh jawatankuasa pemandu KIK.
*Pemilihan pakar rujuk yang berpengalaman kreatif dan
positif serta mempunyai komitmen yang tinggi kepada KIK
KERTAS KERJA KHUSUS SEMASA INDUKSI UMUM DI IKWAS
|
KURSUS INDUKSI UMUM BIL
1
|
May 22
2012
|
|
|
NAMA :
SUHAIZAN BIN HAJI NOH
NO K/P :
781101-01-5733
NO TELEFON : 012-3311452
EMAIL :
suhaizan78@gmail.com
JABATAN : MAJLIS PERBANDARAN JASIN
TARIKH KURSUS : 10 MEI
HINGGA 24 MEI 2012
PENGURUS PROGRAM : PUAN RUZANA BINTI RUSLAN
|
KERJA KHUSUS INDIVIDU
|
|
KERJA KHUSUS INDIVIDU
TARIKH HANTAR :
22 HB MEI 2012 @ 11.00 PAGI
PENGURUS PROGRAM : PUAN RUZANA BINTI RUSLAN
SOALAN
DI DALAM PERATURAN PERATURAN PEGAWAI AWAM
(KELAKUAN DAN TATATERTIB 1993) TERDAPAT TUJUH JENIS HUKUMAN YANG BOLEH
DIKENAKAN KEPADA MEREKA YANG MELANGGAR TATATERTIB. HURAIKAN SIFAT SIFAT TIGA
DARIPADA JENIS HUKUMAN TATATERTIB BERIKUT :-
I. DENDA
II. TURUN GAJI
III. BUANG KERJA
CATATAN :
SILA CATATKAN RUJUKAN PERENGGAN YANG
BERKENAAN DIDALAM PERATURAN PERATURAN YANG BERKAITAN BAGI JAWAPAN YANG
DIBERIKAN.
JAWAPAN
Hukuman
Tatatertib termaktub di dalam Perintah AM , Bab D , Bahagian VI , iaitu Jenis
hukuman tatatertib.
Perintah
AM Bab D 38
Jika
seseorang pegawai didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib , mana-mana
satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman yang berikut , bergantung
kepada keseriusan kesalahan itu , boleh dikenakan ke atas pegawai itu :
(a)
amaran
(b)
denda
(c)
lucut hak emolumen
(d)
tangguh pergerakan gaji
(e)
turun gaji
(f)
turun pangkat
(g)
buang kerja
I.
Denda
Denda
ataupun lucut hak emolumen , (Ruj Perintah AM Bab D 39)
Sifat-sifat
yang berkaitan adalah seperti berikut :-
1)
Hukuman
denda atau lucut hak emolumen hendaklah dibuat mengikut subperaturan (2),(3),(4),(5)
dan (6)[i]
2)
Apa-apa
denda yang dikenakan pada mana-mana satu masa tidak boleh melebihi amaun yang
sama banyak dengan emolumen bagi tujuh hari pegawai yang berkenan.
3)
Jika
seorang pegawai didenda lebih daripada sekali dalam mana mana bulan calendar ,
agregat denda yang dikenakan ke atasnya dalam bulan itu tidak boleh melebihi
amaun yang sama banyak dengan 45%(empat puluh lima peratus) daripada emolument
bulanannya.
4)
Jika
hukuman yang diberikan adalah kerana pegawai yang tidak hadir untuk bertugas
tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang
munasabah apa apa perlucuthakan emolumen pegawai itu hendaklah, melainkan jika
diputuskan selainnya oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan, yang
dihitung dengan mengambil kira tempoh sebenar pegawai itu tidak hadir.
5)
Pelaksanaan
hukuman denda atau lucut hak emolumen tidak boleh dijalankan ke atas seseorang
pegawai yang tidak hadir tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat
kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah jika emolumen pegawai itu
dilucuthakkan, berkenaan dengan ketidakhadiran untuk bertugas itu dibawah
peraturan 27[ii].
6)
Segala
denda atau lucut hak emolumen hendaklah dipotong daripada emolumen bulanan
pegawai itu dan hendaklah dimasukkan kedalam hasil kerajaan.
II.
Turun Gaji
Rujuk
Perintah Am Bab D 41
5
sifat-sifat berkaitan adalah seperti berikut :-
1)
Pihak
berkuasa tatatertib yang berkenaan boleh mengenakan hukuman turun gaji ke atas
seseorang pegawai mengikut peruntukan-peruntukan yang berikut :
a)
Gaji
itu hanya boleh diturunkan secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama;
b)
Penurunan
gaji itu tidak boleh melebihi tiga pergerakan gaji ; dan
c)
Tempoh
hukuman itu tidak boleh kurang daripada duabelas (12) bulan tetapi tidak boleh
melebihi daripada tiga puluh enam bulan (36) pada mana-mana satu masa.
2)
Hukuman
turun gaji yang dikenakan ke atas seorang pegawai hendaklah dilaksanakan pada
tarikh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan atau jika
tiada tarikh ditetapkan , pada tarikh hukuman itu dijatuhkan.
3)
Tarikh
pergerakan gaji seseorang pegawai yang ke atasnya hukuman turun gaji dikenakan
hendaklah diubah ke tarikh pergerakan gaji yang berikutnya selepas hukuman itu
tamat.
4)
Seseorang
pegawai yang ke atasnya hukuman turun gaji dikenakan tidak berhak untuk
menerima apa-apa pergerakan gaji bagi dan dalam tempoh hukuman itu sedang
berkuat kuasa.
III. Buang Kerja
Didalam Perintah Am Bab D Bahagian VII (49) ada menyentuh
tentang Penamatan Demi Kepentingan Awam yang berkait rapat tentang isitlah
Buang Kerja kepada pegawai kerajaan yang didapati bersalah atau kerajaan perlu
menamatkan perkhidmatan pegawai tersebut demi kepentingan awam.
Sifat-sifat yang berkaitan adalah seperti berikut :-
1)
Walau
apa pun apa-apa peruntukan dalam Peraturan-peraturan ini , jika kerajaan
mendapati atau jika respresentasi di buat kepada kerajaan bahawa adalah wajar
perkhidmatan seseorang pegawai ditamatkan demi kepentingan awam kerajaan
bolehlah meminta laporan penuh daripada ketua jabatan di mana pegawai itu
sedang berkhidmat atau telah berkhidmat.
2)
Laporan
yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah mengandungi butiran-butiran
berhubungan dengan kerja dan kelakuan pegawai itu dan ulasan-ulasan ketua
jabatan , jika ada.
3)
Jika
setelah menimbang laporan yang diterima di bawah subperaturan (1) kerajaan
berpuashati bahawa memandangkan syarat-syarat perkhidmatan , kegunaan pegawai
itu kepada perkhidmatan , kerja dan kelakuan pegawai itu dan segala hal keadaan
lain kes itu adalah wajar demi kepentingan awam untuk berbuat demikian ,
kerajaan bolehlah menamatkan perkhidmatan pegawai itu mulai dari tarikh yang
hendaklah ditentukan oleh kerajaan.
4)
Adalah
sah disisi undang-undang bagi pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan untuk
mengesyorkan kepada kerajaan bahawa perkhidmatan seseorang pegawai itu
ditamatkan demi kepentingan awam walaupun prosiding tatatertib belum dijalankan
dibawah mana mana peruntukan peraturan-peraturan ini ; dan kerajaan dengan
demikian menamatkan perkhidmatan pegawai tersebut.
5)
Walau
apa pun apa apa jua dalam Peraturan-peraturan ini dan mana-mana undang-undang
lain yang berlawanan apabila menamatkan perkhidmatan mana mana pegawai demi
kepentingan awam dibawah peraturan ini , pegawai itu boleh tidak diberikan
apa-apa peluang untuk didengar dan seseorang pegawai yang perkhidmatannya telah
ditamatkan demi kepentingan awam di bawah peraturan ini tidak boleh , bagi
maksud Perkara 135(2) Perlembagaan Persekutuan[iii]
, dianggapkan telah dibuang kerja , tidak kira samada penamatan perkhidmatan
pegawai itu melibatkan satu elemen hukuman atau yang berkaitan dengan kelakuan
berhubungan dengan jawatannya yang kerajaan menganggap tidak memuaskan atau
patut disalahkan.
[i] Ruj Bab D 39
(2)
Apa-apa denda yang dikenakan pada mana-mana satu masa tidak boleh melebihi
amaun yang sama banyak dengan emolumen bagi tujuh hari pegawai yang berkenan.
(3)
Jika seorang pegawai didenda lebih daripada sekali dalam mana mana bulan
calendar , agregat denda yang dikenakan ke atasnya dalam bulan itu tidak boleh
melebihi amaun yang sama banyak dengan 45%(empat puluh lima peratus) daripada
emolument bulanannya.
(4)
Jika hukuman yang diberikan adalah kerana pegawai yang tidak hadir untuk
bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa
sebab yang munasabah apa apa perlucuthakan emolumen pegawai itu hendaklah,
melainkan jika diputuskan selainnya oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang
berkenaan, yang dihitung dengan mengambil kira tempoh sebenar pegawai itu tidak
hadir.
(5)
Pelaksanaan hukuman denda atau lucut hak emolumen tidak boleh dijalankan ke
atas seseorang pegawai yang tidak hadir tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah jika emolumen pegawai itu
dilucuthakkan, berkenaan dengan ketidakhadiran untuk bertugas itu dibawah
peraturan 27[i].
(6)
Segala denda atau lucut hak emolumen hendaklah dipotong daripada emolumen
bulanan pegawai itu dan hendaklah dimasukkan ke dalam hasil kerajaan.
[ii] Perintah Am Bab D
27-Pelucuthakan emolument kerana tidak hadir untuk bertugas (1),(2),(3)
[iii]
Perlembagaan Persekutuan Perkara 135- Sekatan mengenai pembuangan kerja dan
penurunan pangkat
(2) Tiada seseorang anggota mana-mana
perkhidmatan yang tersebut di atas itu oleh dibuang kerja atau
diturunkan
pangkat dengan tidak diberi peluang yang munasabah untuk didengar.






