Assallammualaikum dan salam perjuangan
Persatuan Seni Silat Kota Sendeng Melaka bersama Persatuan Seni Silat Panji RIA Malaysia telah mengadakan satu program Jejak Hang Tuah Ke Bumi Temasik pada 24 hingga 26 April 2015 dengan kerjasama Dunia Melayu Dunia Islam dan ISMMA telah berjaya membawa barisan pesilat berbusana pendekar Melayu ke negeri Johor dan Singapura.
Rombongan Jejak Hang Tuah ini telah diberi penerangan khas oleh Dato Paiman bin Keromo Pengarah Muzium DiRaja Johor mengenai pembentukan negeri Johor dan sejarah berkaitan Negeri Johor.Taklimat telah diberikan di dewan
Setelah itu rombongan Jejak Hang Tuah telah memasuki ke Singapura dan diberi sambutan yang gemilang oleh Jameyah Singapura. Majlis kemuncak Jejak Hang Tuah di Bumi Temasik telah diadakan di Dewan Utama Banguna Jameyah Singapura di Geylang 12.
Majlis telah dihadiri
1. YB Datuk Hajah Norpipah binti Abdol - Ketua Deligasi
2. Datuk Haji Jamil Mokmin - Naib Presiden DMDI
3. Datuk Abu Bakar Abdul - Setiausaha Agung DMDI
4. Dr Hasbi - Presiden Jameyah Singapura
5.
Program telah bermula dengan ucapan dari kedua dua pihak dan persembahan pencak silat dari Persatuan Pencak Sendeng Singapura.
Persatuan Seni Silat Kota Sendeng Melaka dan Persatuan Seni Silat Panji RIA Malaysia telah mempersembahkan Epic Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang
Dalam majlis itu juga Jameyah Singapura yang merupakan wakil DMDI di Singapura telah mengumpulkan pesilat pesilat dari singapura untuk sama sama memeriahkan majlis tersebut.
Alhamdulillah...tahniah dan terimakasih semua yang membantu kejayaan Program ini.
Terimakasih kepada :-
1. Y.A.B. Ketua Menteri Melaka
2. Y.B. Datuk Hajah Norpipah Abdol - Timb Exco Kerajaan Negeri Melaka
3. Presiden Dunia Melayu Dunia Islam
4. Presiden Jameyah Singapura
5. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor
6. Komander Akademi JPJ Johor
7. Pengurus Besar ISMMA Melaka
9. Pengarah Muzium Istana Diraja Johor
10. En Mohd Nizam Omar , Pengerusi GB4B Melaka
Selasa, 28 April 2015
Jumaat, 17 April 2015
16/4/2015 @ 3.00PM - TAHNIAH PERTANDINGAN BERCERITA DAERAH JASIN
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN
TAHNIAH KEPADA SK NYALAS KERANA BERJAYA MENJADI TUAN RUMAH DAN TAHNIAH JUA KEPADA URUSETIA DAN PENGANJUR PETANDINGAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JASIN DAN NEGERI MELAKA KERANA PROGRAM YANG SUKSESS DAN TERBAIK..
TAHNIAH DARI KAMI
PIBG SK NYALAS
Khamis, 16 April 2015
UCAPAN PERASMIAN BERTANDINGAN BERCERITA DAERAH JASIN SEK SEK RENDAH DAERAH JASIN
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,
Assallammualaikum
wmt wbt
Salam
Satu Malaysia , Salam Melaka Maju Negeriku Sayang Negeri Bandar
Teknologi Hijau , Melaka Maju Fasa Kedua.
Terimakasih
kepada pengacara majlis Cikgu ____________________________ ,
1)YANG BERBAHAGIA___________________________________________________
DARI
:-_________________________________________________________________
2)YANG BERUSAHA______________________________________________________
DARI
:-_________________________________________________________________
3) GURU-GURU
PENOLONG KANAN SEKOLAH KEBANGSAAN NYALAS
4) GURU
– GURU BESAR DAN GURU GURU YANG MEWAKILI SEKOLAH MENGHANTAR PESERTA
PADA HARI INI,
5) GURU
– GURU , MURID MURID YANG BERANI MENYERTAI PERTANDINGAN BERCERITA
PADA HARI INI
6) SETERUSNYA
HADIRIN HADIRAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIN
TERLEBIH
DAHULU MARILAH KITA MEMANJATKAN KESYUKURAN KEPADA ILLAHI KERANA
MEMBERI KITA KEMUDAHAN KEMAKMURAN DAN KEHIDUPAN UNTUK KITA BERSAMA
DALAM MAJLIS YANG BAIK INI.
SAYA
JUGA SELAKU PENGERUSI PIBG SK NYALAS MENGUCAPKAN SETINGGI TINGGI
TERIMAKASIH DAN PENGHARGAAN KEPADA JABATAN PENDIDIKAN DAERAH KERANA
MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA SK NYALAS MENJADI TUAN RUMAH UNTUK
PERTANDINGAN BERCERITA SEMPENA MINGGU BAHASA PERINGKAT DAERAH JASIN
KETUPAT
RENDANG KETUPAT PALAS
MARI
DI MAKAN DI TANJUNG JATI
TERIMAKASIH
MEMILIH SK NYALAS
BUDI
TUAN KAMI HARGAI
TUAN
TUAN / PUAN PUAN YANG DIHURMATI SEKALIAN,
DARI
SUDUT PENGHARAPAN IBU BAPA KAMI MEMANDANG USAHA YANG DIJALANKAN INI
ADALAH BAIK DAN TERPUJI.IBU BAPA JUGA MEMBERI GALAKAN DAN SOKONGAN
KEPADA PROGRAM INI APATAH LAGI ADA DIANTARA ANAK ANAK KAMI YANG
TERLIBAT. BERCERITA DENGAN PENUH PENGHAYATAN DAN EMOSI BESERTA DENGAN
BAHASA BADAN YANG BERSESUAIAN DAN MIMIK MUKA INI JELAS MENUNJUKKAN
PERCAMBAHAN KREATIVITI DAN MENCABAR ANAK ANAK KITA UNTUK BERJAYA
DALAM PERTANDINGAN INI. JUSTERUS ITU KAMI PERCAYA BUKAN HANYA PIBG SK
NYALAS MALAHAN SEMUA PIBG YANG ADA MENYOKONG PROGRAM INI DAN HARUS
DITERUSKAN UNTUK MELAHIRKAN PELAJAR PELAJAR YANG KREATIF DAN BERDAYA
SAING. KERANA DISINI LAHIRNYA BARISAN PEDEBAT UNIVERSITI YANG BAIK ,
BERPIDATO , BERUCAP DI PENGUCAPAN AWAM DAN SAYA SENDIRI SEMASA TAHUN
ENAM PADA TAHUN 1990 ADA MEMASUKI PERTANDINGAN BERCERITA MENGAMBIL
DARI SURAH AL FIL,MASA ITU GURU SAYA CIKGU NOTFI DI SEK KEB MASJID
BARU , WALAUPUN TIDAK MENDAPAT TEMPAT PERTAMA DAERAH JASIN TAPI
PENGALAMAN ITU MENYEBABKAN SAYA BERANI BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI
SEHINGGA HARI INI.
TUAN
PENGARAH , GURU GURU SEKALIAN,
SECARA
TIDAK LANGSUNG INI MENYEMARAKKAN PENGGUNAAN BAHASA YANG BETUL DAN
TEPAT , KERANA KITA TAHU DIDEWASA INI PENGGUNAAN BAHASA MELAYU
ADAKALNYA TIDAK TEPAT DAN BETUL.PENGGUNAAN BAHASA DI PAPAN PAPAN
TANDA IKLAN , DI KACA TELEVISYEN , PEMBUNGKUSAN MAKANAN , PAPAN TANDA
KEDAI DAN SEBAGAINYA , INI MENJADI MUSUH DAN VIRUS YANG MEROSAKKAN
BAHASA , JUGA DI TAMBAHLAGI TEKNOLOGI MENGHANTAR MESEJ BERTULIS DAN
BERGAMBAR SEPERTI WHATSAPP , WECHAT , INSTAGRAM , MEREKA MENULIS
PENDEK DAN RINGKAS SEPERTI AKU JADI AQ ,AWAK ADA DI MANA JADI AWK KT
MN SEHINGGAKAN KANAK KANAK BERUSIA DARJAH 2 HINGGA TADIKA PUN SUDAH
TAHU MENGGUNAKAN SINGKATAN INI DAN INI MENYEBABKAN MEREKA KELIRU
SEKIRANYA DALAM UJIAN PENULISAN DAN LISAN.INI MEMBERI TUGAS YANG
MENCABAR KEPADA GURU GURU UNTUK MEMBERI MEREKA PEMAHAMAN TENTANG
PENGUNAAN BAHASA YANG SEBENAR , TEKNOLOGI TIDAK BOLEH DITAHAN ATAU
DISEKAT TETAPI KITA BOLEH MENGHADAPINYA DENGAN MEMBERI PEMAHAMAN
KEPADA MERAKA UNTUK MENGASINGKAN YANG MANA SALAH DAN YANG MANA
BETUL.DAN ITULAH DIA PERJUANGAN SUCI SEORANG GURU YANG IBARATKAN
SEPERTI LILIN MEMBAKAR DIRI UNTUK MENERANGI SUASANA YANG GELAP.
TUAN
PENGARAH , GURU GURU SEKALIAN.
KAMI
YAKIN USAHA YANG BERPANJANGNA INI AKAN MAMPU MENINGKATKAN PENGUASAAN
BAHASA MELAYU DIKALANGAN MURID MURID KITA.SECARA TIDAK LANGSUNG USAHA
INI AKAN BERJAYA MENGANGKAT MARTABAT BAHASA KITA YANG SATU KETIKA
DAHULU MENJADI BAHASA UTAMA DI NUSANTARA.
(SUKA
JUGA SAYA MENGAMBIL PERHATIAN DISINI SEBAGAI SATU PANDANGAN DARI SAYA
YANG KECIL DIDUNIA BAHASA IBUNDA KITA INI , SAYA SELALU TERFIKIR
KENAPA APABILA SAYA MENONTON SINETRON ATAU CERITA INDONESIA MEREKA
MENGGUNAKAN BAHASA INDONESIA DENGAN LANCAR DAN JELAS NAMUN APABILA
SAYA MENDENGAR LAGU YANG MEREKA ALUNKAN SEPERTI NYANYIAN CHINTA BUNGA
LESTARI , KUMPULAN UNGU , WALI BAND TAPI SEOLAH BERSYAIR DENGAN
BAHASA MELAYU , TAPI LAGU DANGDUT GUNA BAHASA INDONESIA PEKAT , TAPI
SEKIRANYA ADA GURU GURU TIDAK PERASAN DENGAN APA YANG SAYA DENGAR INI
BOLEH CUBA DENGAR LAGU MEREKA YANG POPULAR..
DAN
DISINI SAYA MENGAMBIL KESIMPULAN BAHASA MELAYU ADALAH BAHASA YANG
TINGGI NILAI KESUSASTERAAN DAN MEMPUNYAI NILAI YANG TERSENDIRI.
InsyaAllah
apa yang diusahakan pasti berjaya berkat doa dari ibubapa dan guru
semua dan bertawakal kita menyerahkan segala apa yang kita usahakan
kepada Allah agar keputusannya nanti adalah kejayaan untuk semua anak
anak kita yang merupakan anak bangsa Malaysia yang akan mewarisi
kepimpinan dan kemakmuran negara kita tercinta ini. Jadilah kita
hamba yang bersyukur atas kenikmatan hidup di bumi bertuah ini dan
zahirkanlah terimakasih kita dengan sama sama bersatu padu menjaga
keamanan dan kestabilan negara. Jauhilah fahaman ekstrim yang
menggugat keamanan negara dan bersama kita bendung budaya merusuh
supaya nanti kita sama sama mewarisi negeri dan negara yang stabil
yang sentiasa dalam rahmat Allah seperti yang tertulis didalam al
quran negeri yang Baldatu Toyyibatun Warabbun Ghaffur.
Negeri
Melaka Aman Sentosa
Kaya
Dengan Tumbuh Tumbuhan
Marilah
kita membuat jasa
Mudah
Mudahan Allah kabulkan
ALHAMDULILLAH
PERTANDINGAN TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA , DAN ANAK ANAK KITA
TIDAK SABAR UNTUK MENDAPAT HADIAH DIATAS KEMENANGAN MASING MASING ,
SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA YANG MENANG JUGA KEPADA GURU YANG MELATIH
DAN IBUBAPA YANG MENGIRINGI MEREKA DENGAN DOA DAN HARAPAN,KETAHUILAH
TIADA YANG MENANG ATAU KALAH KERANA SEJAK ADIK ADIK BERSEMANGAT UNTUK
MENYERTAI PERTANDINGAN ITU ADIK ADIK SUDAH MENANG DAN KITA SEMUA
MENANG UNTUK MENJADI INSAN YANG HEBAT,
DENGAN
LAFAZ BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM SAYA MERASMIKAN PERTANDINGAN
BERCERITA SEK SEK KEB DI DAERAH JASIN ANJURAN PPD JASIN..TAHNIAH DAN
SYABAS,
SEKIAN
Terimakasih semua atas komitmen untuk kejayaan pendidikan anak anak
kita disekolah ini. TERIMAKASIH
Isnin, 13 April 2015
EPIK HANG TUAH 5 BERSAUDARA BERSAMA PUTERI GUNUNG LEDANG
JEJAK HANG TUAH DI TEMASIK
TAJUK :
EPIK HANG TUAH 5 BERSAUDARA BERSAMA PUTERI GUNUNG LEDANG
TARIKH :
25 APRIL 2015 , SABTU
MASA :
8.30 MALAM
LOKASI :
DEWAN PUSAT ISLAM SINGAPURA , GEYLANG
|
BIL
|
ITEM
|
TINDAKAN
|
MASA
|
|
1
|
Tiupan
seruling dan paluan gendang
|
Pasukan
Gendang |
3
minit
|
|
2
|
Pembukaan
Gelanggang |
1.
Branco 2. Wakil Kota Sendeng |
6
minit
|
|
3
|
Persembahan
Silat Kota Sendeng |
Kota
Sendeng dan Gendang |
15
minit
|
|
4
|
Sebagai
perjalanan usia muda 5 bersaudara Mempersembahkan seni asas , jurus , bunga , tempur tangan kosong dan pergerakan seragam , lakonan pulang ke kampung |
5
orang pesilat kota sendeng dengan memakai baju layang |
5
minit
|
|
5
|
Tiupan
Seruling |
|
2
minit
|
|
6
|
Melihat
pentempuran 5 saudara menentang lanun
|
10
orang pesilat menentang lanun dengan paluan gendang |
5
minit
|
|
7
|
Tiupan
Seruling |
|
2
minit
|
|
8
|
Barongan
dan Puteri Gunung Ledang |
Barongan
– Ajib dan Agus |
5
minit
|
|
9
|
5
bersaudara menuntut ilmu demonterasi ketahanan dengan kehadiran
adiputra , timbulah hang tuah mengabdi diri dan cinta kepada
puteri gunung ledang , kemudian timbullah raja melaka menghantar
pinangan dgn 7 dulang hantaran...puteri gunung ledang menolak
pinangan maka terjadilah pertempuran jiwa...tatkala itu watak
seperti tun teja ,puteri hang li po bagi memberi peluang persiapan
hang tuah muncul bagi mengesahkan kehadiran beliau di tanah melaka
..Hang Tuah mencampakkan keris dan mengucapkan andai timbul Taming
Sari maka Hang Tuah akan kembali........Ketahanan Api.... |
Panji
RIA |
15
minit
|
|
|
JUMLAH
KESELURUHAN
|
|
58
minit
|
10/03/2015- MAJLIS PEMBUKAAN GELANGGANG SILAT KOTA SENDENG DI KAMPUNG LAPAN MELAKA
ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN
TAHNIAH KEPADA KEKANDA ZAILY RAMLY ATAS PEMBUKAAN GELANGGANG SILAT DI KG LAPAN MELAKA. MAJLIS DOA TELAH DISEMPURNAKAN OLEH TUAN GURU UTAMA DAN GELANGGANG DI BUKA OLEH KEKANDA RAHIM .
ALHAMDULILLAH SEMUGA PERJUANGAN INI MENDAPAT PERLINDUNGAN DAN KESELAMATAN DARI ALLAH SWT.
AMIN
Khamis, 9 April 2015
8.4.2015 - LATIHAN GENDANG NURZULFAKAR
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN
MASIH BERTATIH DAN BANYAK PERLU DIPERBAIKI DAN PERLU MENAMBAH INSTRUMENT MUZIK SUPAYA LEBIH MANTAP DAN BAIK.
WALAU BAGAIMANAPUN MASIH JUGA ANAK MUDA BERJIWA SENI YANG CUBA MENDAPATKAN KOD LAGU YANG SESUAI UNTUK BERMAIN SARON.
INSYAALLAH KAMI CUBA YANG TERBAIK UNTUK PERKEMBANGAN SENI SILAT WARISAN BANGSA INI.
ALHAMDULILLAH
MASIH BERTATIH DAN BANYAK PERLU DIPERBAIKI DAN PERLU MENAMBAH INSTRUMENT MUZIK SUPAYA LEBIH MANTAP DAN BAIK.
WALAU BAGAIMANAPUN MASIH JUGA ANAK MUDA BERJIWA SENI YANG CUBA MENDAPATKAN KOD LAGU YANG SESUAI UNTUK BERMAIN SARON.
INSYAALLAH KAMI CUBA YANG TERBAIK UNTUK PERKEMBANGAN SENI SILAT WARISAN BANGSA INI.
ALHAMDULILLAH
Selasa, 7 April 2015
KERTAS KERJA JEJAK HANG TUAH DIBUMI TEMASIK
JEJAK HANG TUAH DIBUMI TEMASIK
“WARISAN BANGSA MENGUKUH UKHUWAH”
ANJURAN
BIRO KEBUDAYAAN DAN KESENIAAN UMNO ALOR GAJAH
DENGAN
KERJASAMA
KERAJAAN
NEGERI MELAKA
SKRETERIAT
DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM
PERSATUAN
SENI SILAT KOTA SENDENG MELAKA
PERSATUAN
SENI SILAT PANJI RIA MALAYSIA
UNIT
SAHABAT BELIA JABATAN KETUA MENTERI MELAKA
KETUA
DELIGASI
YB
DATUK HAJAH NORPIPAH BINTI ABDOL
TIMBALAN
EXCO PEMBANGUNAN BELIA DAN WARISAN NEGERI MELAKA
TARIKH
24,25,26
APRIL 2015
DIRASMIKAN
OLEH
Y.A.B
DATUK SERI HAJI IR IDRIS BIN HARON
KETUA
MENTERI MELAKA
PENDAHULUAN
Warisan
adalah wadah penyatuan bangsa.Warisan seni silat adalah medium untuk
melatih para pengamalnya menjadi lebih berkeyakinan dan berdisplin
malah mampu mendidik akhlak mulia.Dari situ kita sedari bahawa
wajadiri boleh membina Jatidiri yang kental dan bermaruah.
Takkan
Melayu Hilang Di Dunia
adalah kalimah keramat yang diwarisi oleh bangsa Melayu dari pahlawan
ulung mereka iaitu Laksamana Hang Tuah. Sebagaimana yang kita tahu
Laksamana Hang Tuan adalah pengamal pencak silat yang hebat dari segi
ilmu zahir dan ilmu kebatinan. Hang Tuah juga adalah symbol kehebatan
empayar agung Melaka yang mampu menakluk seluruh kepulauan
Nusantara.Sejarah ini telah membuktikan bangsa Melayu adalah bangsa
yang gemilang dan mampu mengubah mencorakkan peta dunia.
Namun
apa yang berlaku hari ini? Ramai dikalangan anak bangsa kita yang
kian melupakan sejarah dan ada juga yang tidak berminat dengan
sejarah. Kesannya , mereka tidak tahu dan tidak faham apakah
pencapaian bangsa mereka sendiri. Mereka tidak sedar bahawa
kemerdekaan kita adalah hasil dari kebijaksanaan pemimpin-pemimpin
UMNO kita dahulu tanpa menumpahkan setitik darah pun.Mereka pura-pura
tidak berminat dengan politik namun pada yang sama mereka mereka
telah menggunakan politik untuk mencurahkan segala ketidakpuashatian
mereka. Hasilnya mereka tidak tahu kesannya pada masa akan datang ,
dan kini kini menghadapi konflik politik yang harus ditangani dengan
bijaksana oleh pemimpin kita.
Dengan
kesedaran itu kami Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Alor Gajah
bersama-sama pertubuhan persilatan yang bernaung di bawah kami
bersetuju mengadakan bagi membina semangat nasionalisme dan
patriotisme untuk memperkukuhkan Jati Diri Bangsa Melayu yang
berdaulat ini merentasi Nusantara dan kali ini kami memilih singapura
untuk berkongsi pengalaman hidup dan berguna demi survival bangsa
Melayu ini.
Gendang
sudah palu , gong sudah bersahutan , gelanggang sudah dibuka , pencak
sudah ditari , mentera keramat sudah dikamitkan , nah ! mari kita
bersatu menentang petualang bangsa , patahkan gunting dalam lipatan ,
Melayu mesti bersatu , demi Agama Islam yang dijunjung , demi adat
yang dikelek , demi tanahair yang dipijak.Ayuhlah bangsa ku.
ANJURAN
BIRO KEBUDAYAAN DAN KESENIAAN UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH
DENGAN
KERJASAMA
KERAJAAN
NEGERI MELAKA
SKRETERIAT
DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM
PERSATUAN
SENI SILAT KOTA SENDENG MELAKA
PERSATUAN
SENI SILAT PANJI RIA MALAYSIA
UNIT
SAHABAT BELIA , JABATAN KETUA MENTERI
KETUA
DELIGASI
YB
DATUK HAJAH NORPIPAH BINTI ABDOL
TIMBALAN
EXCO PEMBANGUNAN BELIA DAN WARISAN NEGERI MELAKA
TARIKH
24,25,26
APRIL 2015
DIRASMIKAN
OLEH
Y.A.B
DATUK SERI HAJI IR IDRIS BIN HARON
KETUA
MENTERI MELAKA
ATURCARA
24.4.2014
(JUMAAT)
Petang
2.00 -
Berkumpul di Audoturium Seri Negeri
3.00 -
Ketibaan Tetamu VIP
-
YB Datuk Wira Hj Abd Ghafaar bin Atan
-
YB Datuk Hajah Norpipah binti Abdol
-
YB Senator Tan Sri Mohd Ali b Mohd Rustam
3.15 -
Ketibaan YAB Datuk Seri Ir Haji Idris Haron Ketua Menteri Melaka
-
Nyanyian Negaraku dan Melaka Maju Jaya
-
Bacaan Doa
3.30 -
Ucapan YB Datuk Hajah Norpipah Abdol , Timbalan Exco Pembangunan
Belia dan Warisan Melaka merangkap Ketua Deligasi Ke Singapura
-
Ucapan YB Datuk Wira Haji Abd Ghafaar Atan , Exco Kerajaan Negeri
Melaka , Merangkap Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah
4.00 -
Ucapan Perasmian YAB Datuk Seri Ir Haji Idris bin Haron
-
Gimik Perasmian
4.30 -
Jamuan Ringan
5.00 -
Pelepasan Jejak Hang Tuah ke Temasik oleh YAB Datuk Seri
Malam
9.00 -
Jamuan Makan Malam bersama Kerajaan Negeri Johor di Johor Baharu
-
Malam Kebudayaan bersama Negeri Johor
11.00 -
Penginapan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor
25.4.2014
(SABTU)
Pagi
8.00 -
Sarapan pagi
9.00 -
Lawatan ke Istana Negeri Johor
9.30 -
Taklimat Sejarah dan Pembentukan Negeri Johor
10.30 -
Minum pagi
11.00 -
Sessi bergambar
12.30 -
Makan Tengahari
Petang
2.00 -
Bertolak ke Singapura
3.00 -
Lawatan Makam Habib Noh
-
Lawatan ke Istana Kg Gelam
-
Taklimat Sejarah dan Perjuangan Singapura
-
Minum petang
Malam
7.00 -
Makan malam
8.00 -
Ketibaan tetamu Singapura dan Malaysia
8.30 -
Ucapan Alu aluan dari Singapura
9.00 -
Ucapan YB Datuk Hajah Norpipah bte Abdol
9.30 -
Persembahan Pencak Silat dan Kebudayaan dari Melaka
10.45 -
Persembahan Pencak Silat dan Kebudayaan dari Singapura
11.30 -
Selawat dan bersurai
11.45 -
Bergerak ke Johor Baharu
26.4.2014
(AHAD)
Pagi
8.00 -
Sarapan pagi
10.00 -
Bertolak ke Melaka
ATURCARA
PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN DARI MELAKA
|
Masa
|
Acara
|
Tindakan
|
|
9.30
|
Bacaan
Utusan Ukhuwah dari YAB Ketua Menteri Melaka
|
YB
Datuk Hajah Norpipah bte Abdol
|
|
9.45
|
Persembahan
Pencak Silat dari Persatuan Seni Silat Kota Sendeng , Melaka
|
PSSKS
|
|
10.00
|
Epik
Puteri Gunung Ledang
Pencak
Silat Panji RIA Malaysia
|
Panji
RIA Malaysia
|
|
10.30
|
Pencak
Silat Chemande Gerak Sendi
|
Chemande
Gerak Sendi
|
PENUTUP
Adalah
besar harapan dan cita-cita kami agar program ini mendapat sokongan
dan sumbangan dari semua pihak.Sesungguhnya ini hanyalah satu
permulaan untuk satu matlamat yang besar untuk membina jati diri
dalam jiwa bangsa Merdeka. Kita bukan lagi bersemangat perkauman atau
mementingkan sesuatu bangsa , tetapi kita ingin menyampaikan mesej
perpaduan dan keamanan di negara berdaulat ini. Selepas ini akan
dirancang program-program kerakyatan dan pembinaan akhlak juga
semangat berpolitik untuk memacu kuasa rakyat lebih terarah dan
tersusun tanpa mengikut emosi amarah yang merugikan bangsa dan
Negara.
IKHLAS
DALAM PERJUANGAN,
DISEDIAKAN
OLEH :
(SUHAIZAN
BIN HAJI NOH BKT,PJK,PBB
)
017-6876799
http://suhaizannoh.blogspot.com
6/4/2015-SANTAI MALAM
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN
ALHAMDULILLAH SEGALA YANG KITA RANCANG MUGA BERJAYA DAN DIREDHAI ALLAH.
SANTAI BERSAMA SAHABAT MALAM TADI DISAPA OLEH YB DATUK HAJI GHAZALE DUN RIM..PEMIMPIN YANG BAIK DAN MUDAH DITERIMA MASYARAKAT.YB DATUK MINTA BANTU UNTUK MALAM PENDEKAR DUN RIM.
ALHAMDULILLAH SILAT MULA DITERIMA DAN DITEMPATKAN MAJLIS YANG BAIK DAN UKHUWAH.
TERIMAKASIH SEMUA
ALHAMDULILLAH SEGALA YANG KITA RANCANG MUGA BERJAYA DAN DIREDHAI ALLAH.
SANTAI BERSAMA SAHABAT MALAM TADI DISAPA OLEH YB DATUK HAJI GHAZALE DUN RIM..PEMIMPIN YANG BAIK DAN MUDAH DITERIMA MASYARAKAT.YB DATUK MINTA BANTU UNTUK MALAM PENDEKAR DUN RIM.
ALHAMDULILLAH SILAT MULA DITERIMA DAN DITEMPATKAN MAJLIS YANG BAIK DAN UKHUWAH.
TERIMAKASIH SEMUA
Isnin, 6 April 2015
26.03.2015 UCAPAN ALU ALUAN SAYA DI MESYUARAT PIBG SK NYALAS
SUHAIZAN HAJI NOH
Assallammualaikum
wmt wbt
Salam
Satu Malaysia , Salam Melaka Maju Negeriku Sayang Negeri Bandar
Teknologi Hijau , Melaka Maju Fasa Kedua.
Terimakasih
kepada pengacara majlis Cikgu ____________________________ , yang
berbahagia Tuan _____________________________, selaku perasmi
Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini. Yang berbahagia cikgu Asiah bin
Ahmad , Guru besar SKN , Cikgu __________________________ GPK Hal
Ehwal Murid , Cikgu ___________________________ GPK Koku , Guru guru
kanan , guru guru , kakitangan sekolah , barisan jawatankuasa pibg
SKN , seterusnya kepada ibubapa yang dirahmati sekalian.
Alhamdulillah
, segala puji bagi Allah tuhan semesta alam ,selawat dan salam ke
atas junjungan besar nabi Muhamad SAW , kerana dengan limpah kurnia
dan kasih sayangNya kita pada hari ini dapat sama sama berhimpun
dalam sebuah majlis pemuafakatan untuk sama sama menyumbang idea
kearah kemajuan pendidikan anak anak kita di sekolah ini. Ini juga
merupakan salah satu tugas dan tanggung jawab kepada semua ibubapa
apabila mendaftarkan anak anak mereka kesekolah ini , iaitu
menghadirkan diri dalam mesyuarat Agung PIBG setiap tahun.
Kita
juga mengucapkan ribuan terimakasih kepada perasmi mesyuarat kita
pada hari ini kerana sudi melapangkan masa untuk sama sama melihat
dan mendengar perkembangan dan kemajuan pendidikan anak anak kita di
SKN.
Disini
saya ingin merakamkan jutaan terimakasih terutamnya kepada guru guru
yang telah sepenuh jiwa mendidik anak anak kita di sekolah ini,
termakasih kepada kakitangan pejabat skn kerana bersama menguruskan
urusan pentadbiran sekolah dengan baik , terimakasih kepada pekerja
rendah awam dan tukang kebun kerana menjaga kebersihan dan lanskap
sekolah dengan baik , terimakasih kepada warden asrama yang menjaga
anak anak asrama dengan teratur dan baik , terimakasih kepada
pengawal keselamatan sekolah yang sentiasa membantu anak anak kita
melintas jalan ketika datang dan pulang kesekolah dan pastinya
terimakasih kepada ibubapa semua yang menghnatar anak anak kesekolah
saban hari untuk sama sama menyediakan modal insan terbaik untuk
negara kita tercinta.Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga
kerja Sekolah Kebangsaan Nyalas,
Untuk
makluman hari ini merupakan pemilihan semula Jawatankuasa PIBG
sekolah ini dan diharap ibu bapa dapat memilih barisan jawatankuasa
yang boleh sama sama menyumbangkan idea dan tenaga untuk kemajuan
sekolah kita bersama.Dan sekiranya ucapan saya ini ucapan yang
terkahir dalam jawatankuasa PIBG ini saya mewakili AJK PIBG sessi ini
memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan atau ketidakcekapan
sepanjang kami bersama PIBG yang mana kita tahu kekangan masa dan
tugas tugas hakiki yang lain amat mencemburui kita , namun atas rasa
sayang dan tanggung jawab kita pada SKN ini digagahi jua dengan apa
saja peluang dan ruang untuk berbakti dan berkhidmat dengan PIBG.
Namun kami sentiasa berdoa dan berharap agar SKN akan terus maju dan
mara kehadapan. Suka saya ingatkan disini , PIBG bukanlah satu badan
NGO yang ingin bersaing dengan mana mana pihak yang ada
disekelilingnya , kerana PIBG ditubuhkan adalah untuk membantu
sekolah bagi mencapai misi dan visi dasar pendidikan negara. Dan
pemilihan kami untuk menduduki kerusi JK PIBG adalah diatas
kesukarelaan dan tidak menjanjikan sebarang imbuhan. Sebaliknya kami
berlapang dada dan terbuka untuk menerima bantuan dan kerjasama dari
semua pihak asalkan untuk membantu guru guru dan sekolah ini
meningkatkan prestasi murid murid sekolah yang kita cintai dan kasihi
ini.
Untuk
makluman ibubapa dan guru semua , pada tahun ini PIBG mensasarkan
beberapa projek pembangunan di sekolah ini untuk memastikan
keselesaan anak anak kita berada disekolah ini. Dan diantaranya
laluan kedua untuk pejalan kaki masuk kesekolah terutamanya anak anak
murid yang tidak perlu berkongsi jalan masuk dengan kenderaan guru
sekolah. Ini akan dapat membantu menjaga keselamatan anak anak murid
supaya tidak berlaku kecelakaan disuatu hari nanti. Dan kita akan
mengabdikan nama orang yang mewakafkan tanah ini untuk pembinaa
sekolah iaitu _____________________________.
YB
Datuk Wira , Guru guru dan tuan tuan yang dikasihi sekalian,
Didalam
program sarana ibubapa kami amat memerlukan sumbangan dari ibubapa
semua samada dari segi idea , tenaga dan wang ringgit untuk
pembangunan disekolah samada material atau kerohanian. Sumbangan dari
pihak swasta , orang persendirian dan agensi yang berkaitan amat
diperlukan seperti penyediaan wakaf bacaan , bilik konsultan pibg ,
program pembangunan insaniah , kelas tambahan matapelajaran utama dan
sebagainya. Justeru itu kami berharap agar ibubapa dapat memahami
bahawa sumbangan pibg bukanlah satu bebabnan tetapi adalah salah satu
interpetasi atau tanda terimakasih kita kepada sekolah dan guru untuk
membantu kelancaran pendidikan di sekolah ini. Bersamalah kita
menasihati kepada ibubapa lain yang sekiranya meluahkan
teridakpuashatian kenapa perlu menyumbang ke tabung pibg kerana bagi
kami kadar sumbangan ini adalah terendah dikalangan sekolah sekolah
sekitar kita.
InsyaAllah
apa yang diusahakan pasti berjaya berkat doa dari ibubapa semua dan
bertawakal kita menyerahkan segala apa yang kita usahakan kepada
Allah agar keputusannya nanti adalah kejayaan untuk semua anak anak
kita yang merupakan anak bangsa Malaysia yang akan mewarisi
kepimpinan dan kemakmuran negara kita tercinta ini. Jadilah kita
hamba yang bersyukur atas kenikmatan hidup di bumi bertuah ini dan
zahirkanlah terimakasih kita dengan sama sama bersatu padu menjaga
keamanan dan kestabilan negara. Jauhilah fahaman ekstrim yang
menggugat keamanan negara dan bersama kita bendung budaya merusuh
supaya nanti kita sama sama mewarisi negeri dan negara yang stabil
yang sentiasa dalam rahmat Allah seperti yang tertulis didalam al
quran negeri yang Baldatu Toyyibatun Warabbun Ghaffur.
Negeri
Melaka Aman Sentosa
Kaya
Dengan Tumbuh Tumbuhan
Marilah
kita membuat jasa
Mudah
Mudahan Allah kabulkan
Terimakasih semua atas komitmen untuk kejayaan pendidikan anak anak kita disekolah ini. Sekian wabillahi taufiq wal hidayah , Assallammualaikum wmt wbt. Terimakasih.















.jpg)


















