ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN
ALHAMDULILLAH PADA 22.3.2017 JAM 9.00 MALAM SAYA DAN BEBERAPA ORANG PELAJAR TELAH MENGADAKAN MAJLIS PEMBUKAAN KEMBALI GELANGGANG SILAT KOTA SENDENG GELANGGANG KG ABBEY.
KEADAAN SEPERTI YANG LAMA DAN TERASA RINDU YANG AMAT SANGAT UNTUK BERAKSI DAN BELAJAR DI GELANGGANG TERSEBUT.
GELANGGANG BERPASIR DAN DITEMANI BUNYI CENGKRIK DAN SUASANA KAMPUNG MENYOROT KEMBALI PELBAGAI KENANGAN BERMULA DATI TAHUN 2000 HINGGA SEKARANG SUDAH BERUMUR 17 TAHUN GELANGGANG TERSEBUT.
PELBAGAI SUKA DUKA DAN KENANGAN YANG TELAH DIRAKAMKAN DI GELANGGANG TERSEBUT.
HANYA ALLAH JUA YANG TAHU AKAN SEGALANYA YANG TERSIMPAN PELBAGAI NOSTALGIA BERHARGA UNTUK TATAPAN DIRI SENDIRI..
DOAKAN SEMUGA GELANGGANG INI AKAN TERUS SUBUR DAN TERUS MELAHIRKAN PESILAT YANG BERBAKTI PADA KEDUA IBUBAPA , KELUARGA , AGAMA BANGSA DAN NEGARA.
INSYA ALLAH..
Khamis, 23 Mac 2017
Rabu, 22 Mac 2017
TAHNIAH SENI SILAT SENDENG GELANGGANG KG CHOHONG
Assallammualaikum dan salam perjuangan
Alhamdulillah tahniah kepada Persatuan Seni Silat Sendeng Warisan Melaka Gelanggang Chohong kerana telah Berjaya mengadakan Majlis Kkhatam Asas pada 18.3.2017 di kg Chohong yang lepas. Majlis telah berjalan dengan baik dan dihadiri oleh YB Datuk Seri Ahmad Hamzah Ahli Parlimen Jasin dan YB Datuk Wira Haji Ghazale Muhammad Adun RIM.
Tahniah kepada cikgu Azhar yang telah Berjaya mendidik anak anak sendeng dengan baik sekali.
Terimakasih
Alhamdulillah tahniah kepada Persatuan Seni Silat Sendeng Warisan Melaka Gelanggang Chohong kerana telah Berjaya mengadakan Majlis Kkhatam Asas pada 18.3.2017 di kg Chohong yang lepas. Majlis telah berjalan dengan baik dan dihadiri oleh YB Datuk Seri Ahmad Hamzah Ahli Parlimen Jasin dan YB Datuk Wira Haji Ghazale Muhammad Adun RIM.
Tahniah kepada cikgu Azhar yang telah Berjaya mendidik anak anak sendeng dengan baik sekali.
Terimakasih
MAKAM NISAN BELIMBING , CHOHONG JASIN MELAKA
Assallammualaikum dan salam perjuangan
Alhamdulillah pada hari ini 19 Mac 2017 telah diberi kesempatan untuk menziarahi Makam Berlimbing yang ada di kampong Chohong. Saya bernasib baik kerana berjumpa dengan Tuan Haalim Noordin yang ketika itu sedang berbincang dengan sahabat dari Selangor untu menzaiarahi makam tersebut.
Setakat ini belum ada maklumat atau kajian berkaitan kawasan pemakaman tersebut. Diberitakan kawasan pemakanan tersebut sudah lama dan mungkin wujud sebelum atau semasa kerajaan negeri Melaka.
Sebenarnya bukan hanya bentuk belimbing saja nesan tersebut tetapi ada pelbagai bentuk nesan yang ada di kawasan tersebut. Namun setakat ini tiada keputusan atau jawapan khusus berkaitan kawasan pemakaman tersebut.
Mungkin ada sejarah bernialai yang boleh didapati di kawasan pemakaman tersebut dan mungkin pelbagai andaian akan muncul dengan menculnya kawasan pemakaman ini.
Pihak perzim atau issma akan mengerakkan pasukan arkeologi untuk menjalankan sisasatan berkaiatan penemuan makam ini..Sama sama kita nantikan penyelidikan tersebut.
Rabu, 8 Mac 2017
PENDIRIAN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA NEGERI MELAKA DALAM ISU KOREA UTARA
PENDIRIAN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA NEGERI MELAKA DALAM ISU KOREA UTARA
Gerakan Belia 4B Negeri Melaka menyokong Penuh tindakan Kerajaan Persekutuan pimpinan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak dalam isu Korea Utara.
Tindakan Korea Utara yang menyekat rakyat Malaysia keluar dari Negara tersebut adalah satu tindakan yang melanggar prinsip hubungan diplomatik dan undang-undang antarabangsa.
Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan budaya hidup yang memuliakan persahabatan dan mempunyai hubungan diplomatik yang sangat akrab dengan semua negara di dunia dan Negara ini wujud bukan mengamalkan budaya peperangan
Gerakan Belia 4B Negeri Melaka juga menyokong Penuh Segala usaha Kerajaan Persekutuan dibawah pimpinan YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri dalam menyelamatkan Rakyat Malaysia di Korea Utara dan melakukan apa sahaja berlandaskan undang-undang sedia ada di peringkat antarabangsa.
Gerakan Belia 4B Negeri Melaka juga mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang masih berada di Korea Utara dan penyelesaian yang sebaiknya dalam hubungan Bilateral diantara Kuala Lumpur dan Pyongyang.
MOHD NIZAM BIN HJ.OMAR
Pengerusi
Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Melaka
ISU KOREA UTARA - SILA HORMATI NEGARA LAIN
Saya ingat Kim Jong-un (pemimpin Korea Utara) dah kira manusia paling lawak di dunia, rupanya ada yang lebih lawak daripada itu. Mengapa saya kata begitu?
Sebelum itu, mari kita “rewind” dulu pasal drama “Attack on Kim Jong-nam” ini. Kes dia macam ini: Kim Jong-nam abang Kim Jong-un dibunuh di KLIA. Polis Malaysia mahu melakukan bedah siasat. Kedutaan Korea Utara tak bagi, nak tuntut balik mayatnya. Pendirian polis kita ialah sila ikut prosedur Malaysia. Tak puas hati punya pasal, Duta Korea Utara iaitu Kang Chol mempertikaikan undang-undang Malaysia. Maka Malaysia mengisytiharkan Kang Chol sebagai “persona non grata” (orang yang tidak dihargai), dengan arti kata lain, halau. Korea Utara pula membuat pengumuman bahawa rakyat Malaysia (ada dalam 11 orang, kebanyakan kakitangan di Kedutaan Malaysia di Pyongyang) tidak dibenarkan meninggalkan Korea Utara.
Adakah Malaysia berhak untuk mengisytiharkan Duta Korea Utara sebagai “persona non grata”? Ada. Ia telah diperuntukkan dalam Artikel 9, Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Diplomatik 1961. Yang bersalah dalam hal ini ialah Korea Utara kerana 11 rakyat Malaysia yang berkhidmat dalam Kedutaan (9 orang) dan World Food Programme (2 orang) ditahan itu mempunyai kekebalan diplomatik (“diplomatic immunity”). Dalam undang-undang antarabangsa, diplomat hanya boleh dihalau, tidak boleh ditahan.
Dari permulaan drama ini Malaysia telah bertindak mengikut undang-undang dan norma antarabangsa. Namun, bedah siasat akan mendedahkan kebenaran tentang kematian misteri Kim Jong-nam. Kedegilan Korea Utara dalam memberi kerjasama seolah-olah memberi tanda ada udang di sebalik mee Jajangmyeon.
Apa yang Korea Utara buat sekarang ialah “blackmailing” (peras ugut). Ini bukan kali pertama. Tanyalah jiran Korea Utara iaitu Korea Selatan dan Jepun sudah berapa kali diperas ugut olehnya. Di tahun 2009, Korea Utara juga menahan dua orang wartawan Amerika Syarikat, dan mereka hanya dibebaskan selepas bekas presiden Amerika, Bill Clinton melawat Pyongyang untuk rundingan rahsia.
Dengan menjadikan rakyat Malaysia sebagai tebusan (“hostage”), rejim samseng Korea Utara berharap dapat menebus balik mayat Kim Jong-nam yang mengandungi kebenaran yang mereka cuba sembunyikan. Malaysia tidak mencari pasal dengan Korea Utara, Korea Utara yang mencari pasal dengan kita. Kalau kali ini Malaysia membenarkan Korea Utara membawa balik mayat sesuka hati, apa yang bakal terjadi selepas ini? Orang asing datang membunuh rakyatnya dan membawa balik?
“Battle of the wills” ini menguji siapa yang mengalah terlebih dahulu. Dalam hal ini, orang asing sedang memijak kepala kita kerana kita mempertahankan hak kedaulatan kita, jadi kita harus bersatu sebagai rakyat Malaysia yang bermaruah, bukan memperlekehkan kerajaan sendiri. Kalau di saat ini pun anda masih mahu menjadi zombie politik, mohon berpindah ke Korea Utara.
Dalam drama kali ini, ada sebuah aktor yang nampak berdiam, iaitu China. Sebenarnya China mengalami dilema di antara Korea Utara dan Malaysia: China melihat Malaysia sebagai rakan strategik di rantau Asia Tenggara, namun pada masa yang sama Korea Utara ialah bidak penting dalam percaturan geopolitik Asia Timur. Kalau China menyokong Korea Utara, Malaysia akan tersinggung. Kalau China menyokong Malaysia, Korea Utara pula akan tersinggung. Jadi lebih baik China berdiam.
Tahun 1981, tiga kakitangan Kedutaan Soviet Union diisytiharkan sebagai “persona non grata” kerana disyaki mengintip. Dengar, Soviet Union itu. Malaysia pun tidak gentar. Apatah lagi Korea Utara.
“Ha ha ha… tengok, ada orang Malaysia kutuk kerajaan sendiri disebabkan masalah yang kita timbulkan. 바보 (babo)!” Kata seorang ajumma yang sedang menonton berita TV dalam rumahnya di Pyongyang.
Siapakah lawak antarabangsa sekarang?
- Ayman Rashdan Wong -
(SUMBER FB - PATRIOTS)
Selasa, 7 Mac 2017
PERSATUAN KEBAJIKAN ZURIAT KETURUNAN PUSAKA BENTAN MALAYSIA
LATAR BELAKANG PERTUBUHAN
PERSATUAN
KEBAJIKAN ZURIAT KETURUNAN PUSAKA BENTAN MALAYSIA
Dato’ Nazri selaku Presiden Pengasas terbentuknya Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan Bentan Malaysia, menjelaskan : persatuan kebajikan zuriat keturunan pusaka Bentan Malaysia telah didirikan tahun 2012. Tujuannya untuk membuat amal kebajikan serta budaya di bumi Malaysia dan Bintan, Kepulauan Riau serta Riau. Banyak kerja-kerja amal dan budaya sudah dilakukan khusus untuk merapatkan jaringan kekerabatan diantara anak cucu Melayu Bintan, dimanapun mereka berada. Objektifnya untuk membantu dan membangunkan tanah tercinta , tanah leluhur iaitu Bintan
Gunung
Bintan menjadi saksi peradaban kegemilangan bangsa Melayu dengan
sejarah Melayu Bintan, dari istana Bukit Bijana hingga istana Kota
Kara. Dari Tun Telani, permaisuri Wan Seri Beni, Sang Nila Utama,
Laksamana Hang Tuah, Laksamana Megat Sri Rama, dan banyak lagi
tokoh-tokoh pembesar-pembesar dari Bintan yang membuat sejarah Bintan
begitu menjulang dai pelosok nusantara.
Sudah
terbukti kemantapan sejarah Bintan. Dan hari demi hari, persatuan
kebajikan zuriat keturunan Bentan Malaysia akan terus bergandeng
bahu, bekerjasama dalam budaya dan kebajikan di Bintan mempromosikan
Bintan ke mancanegara.
AKTIVITI-AKTIVITI PERTUBUHAN
Pada saat Dato’Nazri melakukan
aktifitas Budaya dan Seni ini beliau juga melibatkan dan bekerja sama dengan
Kepala Daerah setempat, seperti :
► Gubernur dan Wakil
Gubernur Kepri (masa Khidmat 2011-2016) Bapak Drs. H. Muhammad Sani dan Bapak
Soeryo Respationo, bersama Dinas Pariwisata Provinsi dan LAM Provinsi Kepri
►Walikota dan Wakil
Walikota Batam ( DR. H Ahmad Dahlan dan H. Muhammad Rudi) bersama Dinas
Pariwisata Kota Batam dan Lembaga Adat Melayu Kota Batam – Pelancaran Buku
Sejarah Melayu tulisan DR. H. Ahmad Dahlan
►Bupati Bintan ( Bapak
Anshar Ahmad) berserta jajaran
►Bupati Karimun dan
beberapa Daerah di Provinsi Kepulauan Riau.
Berbagai Kerjasama ini Dapat dibuka
Persatuan
Bentan Malaysia ingin mengadakan Konsert Amal Otai Masih Berbisa” bersama-sama
artis tempatn dan jemputan dalam program membantu serba sedikit kepada ibu
tunggal yang berada di sekitar Seremban dan umumnya Negeri Sembilan.Persatuan
kami juga telah beberapa kali membuat program kerja amal sebelum ini.Di antarannya:-
► Perlawanan
Bola Sepak Amal di antara artis melawan bekas-bekas pemain Negeri Sembilan bagi
membantu kutipan derma Rumah Anak-Anak Yatim pada tahun 2013 di Stadium Tunku
Abdul Rahman,Paroi.
►Perlawanan
Bola Sepak artis melawan pilihan Negeri Sembilan dan Malaysia bagi membantu
kutipan tabung derma SELAMATKAN GAZA 2013
► Perlawanan
Bola Sepak pilihan artis Negeri Sembilan melawan pasukan kerabat Di Raja Negeri
Sembilan sempena Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan,Tunku
Mukhriz Ibni Almarhum Tunku Munawir,
►
Pertandingan Golf Amal bagi membantu Pusat Tahfiz Al-Quran As-Salihin,Seremban
dan Maahad Nurul Nurul Quran Tunku Jaafar,Seri Menanti.
► Menyalurkan
bantuan pakaian kepada mangsa-mangsa banjir di Pahang.
►Bekerjasama
dengan Muzium Negeri Sembilan dalam menjayakan Progrm Persukuan Adat Perpatih
di Istana Lama Seri Menanti.Persatuan ini mengadakan gelombang pendekar
nusantara seramai 1282 pesilat nusantara pada tahun 2014
► Program pelancaran
buku sejarah Melayu bekerjasama dengan Yayasan Karyawan Malaysia dan Dewan
Bahasa Pustaka Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 2015
BEBERAPA PENGHARGAAN YANG DIPEROLEH :
-
Menerima anugerah Darjah Kebesaran Mahkota Pahang yang membawa gelaran
Dato’dari Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni
Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 2014
-
Menerima gelaran Dato’ Indera Setia dari Perhimpunan Agong dan kerabat Kerajaan Riau Lingga (Indonesia) oleh Yang
Dipertuan Besar Tengku Hussin Ibni Tengku Saleh Damnah pada tahun 2013
-
Menerima anugerah dari Pemerintah Kota Batam
pada tahun 2015 oleh Walikota Batam iaitu anugerah Mitra budaya
-
Menerima anugerah Ahli Kehormat Pasukan Rela Malaysia(penguasa rela) dibawah
pasukan sukarelawan Malaysia (Wilayah Persekutuan),tempoh lantikan dari
2015-2019
-
Dilantik sebagai penasihat khalifah Persatuan Seni Silat Gayong Pusaka Malaysia
(Seri Pelangi Gangga Chula Sakti) pada tahun 2013
-
Anugerah Perpat sebagai Tokoh Peduli Terhadap Sejarah,Budaya ,Masyarakat
Tempatan & Berdedikasi Dalam Pembangunan Provinsi Kepulauan Riau pada tahun
2016
Khamis, 2 Mac 2017
SINOPSIS LAKSAMANA BENTAN - JEMPUT DATANG BERAMAI RAMAI 25-26 MAC 2017
TEATER BANGSAWAN
LAKSAMANA BENTAN
PENERBIT
Dato’ Nazri Kamal Al-Bentan
Karya, Olahan
dan Arahan
Dato’
Nazri Kamal Al-Bentan & Monaliza Hamzah
KARYA PEMENTASAN
Karya yang ingin kami pentaskan
adalah bertajuk Laksamana Bentan dan berdurasi selama lebih kurang 120 minit.
Hasil nukilan Dato’ Nazri Kamal
Al-Bentan dan Monaliza Hamzah.Ia merupakan sebuah karya yang berbentuk bangsawan.
ANJURAN
Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan Pusaka
Bentan Malaysia dengan kerjasama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI),Institut Seni
Malaysia Melaka,Institut Kajian Sejarah, Patriotisme Malaysia (IKSEP),Persatuan
Kebudayaan Suara Alam,Selangor, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC),Batam BISA Production,Sanggar Seni Bulan
Mengambang dan Provinsi Kepulauan Riau
TARIKH & TEMPAT
Tarikh : 25, 26
Mac 2017 – 2hari pementasan
Masa : 8.45
malam
Tempat : Auditorium
Tunku Abdul Rahman, Pusat
Pelancongan
Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala
Lumpur
SINOPSIS LAKSAMANA BENTAN
LAKSAMANA BENTAN adalah cerita tentang pembalasan (dendam)
Laksamana Megat Seri Rama kepada Raja yang zalim, saya sekadar ingin
menceritakan sinopsis cerita ini kepada semua, pasti semuanya masih ingat filem
lakonan Nordin Ahmad ini dalam cerita Sultan Mahmud Mangkat Di Julang.
Ceritanya adalah tentang konflik
istana, ketaatan hulubalang, penentangan terhadap lanun dan kezaliman sultan
yang membawa kepada kemangkatannya. Ceritanya mencapai klimaks apabila
Laksamana lakonan dihantar ke luar untuk menghapuskan lanun-lanun yang
bermaharajalela merompak dan melakukan kerosakan.
SINOPSIS LAKSAMANA BENTAN
Saat pemergian Laksamana itu, beliau
meninggalkan isterinya yang sarat mengandung. Dalam menjalankan tugasnya dan
isterinya pula mengidamlah untuk memakan buah nangka. Kebetulan pula lalulah
orang istana yang membawa buah nangka Sultan Mahmud. Isteri Laksamana ini
meminta dan merayu untuk diberikan kepadanya walaupun seulas sebagai memenuhi
selera mengidamnya itu. Seulas nangka diberi dan akhirnya membawa kepada
kemurkaan Sultan dan baginda terus menghukum bunuh isteri Laksamana itu dengan
kejam sekali.
Ungkapan yang mungkin paling
digemari penonton bahkan menjadi satu frasa yang tegas lagi indah untuk
dititipkan semula pada masa sekarang adalah "Raja adil raja ku sembah,
raja zalim raja ku sanggah" yang dituturkan oleh pelakon yang berperanan
sebagai Laksamana. Kesudahannya, keturunan Laksamana Megat Sri Rama dan
sekalian anak bentan disumpah muntah darah jika menginjak kaki ke tanah Kota
Tinggi. Cerita ini menunjukkan kepada kita bahawa menentang kezaliman itu
adalah suatu perkara wajib dan sebagaimana al-Quran tidak memberikan ketaatan
mutlak kepada pemimpin sebagaimana ketaatan kepada Allah dan Rasul. Cerita ini
sekadar sinopsis dari cerita Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.
PENUTUP
Permulaan dan proses gerak kerja ke
arah pementasan teater bangsawan ‘Laksamana Bentan’(Megat Sri Rama) ini
memerlukan sokongan dan dorongan daripada semua pihak agar objektif yang
tersurat dan tersirat dapat direalisasikan.
Justeru, penglibatan daripada semua
pihak amatlah dialu-alukan dan diperlukan. Selain itu, dengan usaha murni ini
diharapkan juga satu maklum balas yang positif wujud dan kejayaan amatlah
dinantikan, semoga usaha ini diberkati Allah S.W.T.
Semoga pihak tuan dapat memberi
bantuan dan kerjasama yang akan memudahkan pengurusan dan perjalanan teater ini
akan sentiasa diberkati dan dirahmati serta dilimpahkan kurnia kepadaNya.
Sekian dari kami, Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan Pusaka Bentan Malaysia dan disudahi dengan Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh. Amiinn.
(SUMBER : DATO NAZRI KAMAL AL BENTAN)























