MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

14/05-TAHNIAH ATAS PERLANTIKAN EXCO KERAJAAN NEGERI MELAKA

0

Senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi. Portfolio Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-13

1. Pengerusi J/Kuasa Negeri
    Kewangan,Tanah,Perancangan Ekonomi,Pelaburan
    dan Perindustrian,Hal Ehwal Agama,Warisan,
    Pembangunan Belia dan Pelancongan
    - YAB Datuk Wira Hj.Idris bin Haron
    Timbalan Pengerusi
    - 1) YB Datuk Hjh.Norpipah bt Abdol
    - 2) YB Datuk Hj.Ghazale bin Muhamad
    - 3) YB En.Sulaiman bin Md Ali

2. Pengerusi J/Kuasa Negeri
    Pelajaran,Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi,
    Teknologi Hijau dan Inovasi
    - YAB Datuk Hj.Md Yunus bin Husin
    Timbalan Pengerusi
    - YB En. Md Rawi bin Mahmud

3. Pengerusi J/Kuasa Negeri
    Kerja Raya,Kemudahan Awam,Pengangkutan dan
    Pemulihan Projek
    - YB Datuk Wira Hj.Abdul Ghafar bin Atan
    Timbalan Pengerusi
    - YB En.Zaidi bin Attan

4. Pengerusi J/Kuasa Negeri
    Komunikasi Perpaduan, Hal Ehwal Pengguna dan
    Koperasi
    - YB Datuk Wira Latiff bin Datuk Hj.Tamby Chik

5. Pengerusi J/Kuasa Negeri
    Kesihatan dan Pembangunan Sukan
    - YB Datuk Hj.Ab Rahaman bin Hj.Ab Karim

6. Pengerusi J/Kuasa Negeri
    Wanita,Pembangunan Keluarga dan
    Hal Ehwal Kebajikan
    - YB Datuk Latipah bt Omar
    Timbala Pengerusi
    - YB En.Roslan bin Datuk Ahmad

7. Pengerusi J/Kuasa Negeri
    Pertanian dan Pembangunan Usahawan
    - YB Datuk Hasan bin Abdul Rahman

8. Pengerusi J/Kuasa Negeri
    Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar
    - YB Datuk Ar.Hj.Ismail bin Hj.Othman
    Timbalan Pengerusi
    - YB En.Sazali bin Muhd Din@Muhammad Din

9. Pengerusi J/Kuasa Negeri
    Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan NGO
    - YB Datuk M.S.Mahadevan a/l Sanacy
    Timbalan Pengerusi
    - YB En.Amiruddin bin Yusof

MELAYU ITU

0


Karya: Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun.

Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah,
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat, Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, 
semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnyaMelayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan.

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara.

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual.

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing.

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan.

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran".

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka.

TAHNIAH YB DATUK WIRA HAJI ABD GHAFAAR ATAN @ADUN ASAHAN

0

Assallamualaikum dan salam perjuangan...

Tahniah dan terimakasih kepada semua pengundi dan jentera PRU di dun Asahan kerana telah memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional dari parti UMNO iaitu Datuk Wira Abd Ghafaar Atan (DWAGA).
Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana kemenangan ini adalah kemenangan untuk semua selepas 25 tahun Dun Asahan berada di bawah parti komponen MIC namun kini telah berjaya mendapat calon UMNO iaitu anak tempatan dun Asahan.
Kemenangan DWAGA telah menyuntik semangat untuk memastikan UMNO terus menjadi tunjang kepada kekuatan dan kestabilan politik negara. kita seharusnya sedar dan bersyukur kerana keamanan dan kemakmuran negara kini ini adalah hasil dari kebijaksanaan dan kematangan BN dalam memerintah negara..sehingga kini pun rakyat masih bebas untuk menghentam dan membuat demonterasi memprotes kerajaan dan ini berlaku adalah kerana keterbukaan kerajaan untuk memastikan rakyatnya benar benar bebas dalam negara ini. Ini menunjukkan kematangan dan keikhlasan kerajaan BN dalam mentadbir negara.
Kami selaku barisan pemuda dan belia dun Asahan akan cuba sebaik mungkin utk membantu yb dalam memberi khidmat terbaik utk penduduk dun Asahan. Kita akan cuba sedaya upaya untuk menjadikan UMNO kekal menjuarai rakyat dan sentiasa bersama rakyat.
insyaAllah segala kepayahan dan getir telah kita lalui bersama utk memastikan UMNO kembali di dun Asahan dan BN kekal menjadi nakhoda di dun Asahan lantas menobatkan dun Asahan kubu kuat BN.
semuga kerjasama yg lebih erat diantara YB dan golongan muda akan terus menerus berjaya dan cemerlang...
Tahniah dan tq YB

PASCA PRU 13- MOHD ALI RUSTAM

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan

Tahniah kepada calon BN yang menang samada majoriti kecil atau besar tapi yang pasti menang. Alhamdulillah melaka masih lagi mendapat mandat 2/3 daripada rakyat walaupun kita kehilangan 3 kawasan lagi kepada pembangkang iaitu
1. Dun Duyong
2. Dun Bukit Baru
3. Parlimen Bukit Katil
Walaupun kita hampir kalah di dun machap tapi majoriti masih berpihak kepada calon BN..dan ironinya kemenagan BN di melaka kali ini bercampur suka duka kerana Datuk Seri Mohd Ali Rustam tewas di parlimen Bukit Katil dengan majoriti yang besar iaitu 5000 lebih undi yang berpihak kepada calon PKR iaitu Samsul Iskandar.
Walaupun keputusan ini amat pahit dan sukar untuk ditelan namun inilah hakikat perjuangan yang harus ditelan dengan redha oleh seorang pejuang melayu yang ulung dan berjiwa besar iaitu DAR. Seolah olah sumbangan dan pengorbanan DAR dalam membangunkan melaka selama 13 tahun tidak dihargai oleh orang kampung sendiri walaupun telah berjaya menjadikan melaka salah satu tempat yang menarik untuk dilawati di dunia dan mencapai status negeri maju oleh konsultan dunia.
Apapun keadaannya kini perjuangan anak bangsa untuk memartabatkan agama bangsa dan negara perlu diteruskan dan ikhlas dalam perjuangan suci ini. Kita harus terus kehadapan kerana apa yang berlaku adalah ketentuan Illahi dan segala galanya adalah dalam naungan Nya.
Kita tetap mendoakan yang terbaik untuk Datuk Seri Mohd Ali Rustam demi Melaka dan Malaysia tercinta..

http://www.sinarharian.com.my/ali-rustam-tewas-di-tangan-shamsul-iskandar-1.157328

http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130504/px_182/Analisis-PRU-13-Jasa-Ali-Rustam-sukar-dilupakan