MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

Penjawat awam perlu kreatif tangani cabaran dunia - Muhyiddin

0

Assallammualaikum dan Salam Perjuangan

Tahniah kepada penjawat awam kerana kerajaan sentiasa menjaga kebajikan dan taraf hidup penjawat awam di negara kita. Pada kali ini kerajaan telah menyediakan pingat / anugerah khas kepada penjawat awam yang berkhidmat dengan cemerlang dan jayanya.

Sebagai seorg penjawat awam kita seharusnya bersyukur dan berterimakasih kepada kerajaan kerana sentiasa menjaga kebajikan dan terus memikirkan untuk meningkatkan taraf hidup mereka. 

PUTRAJAYA 1 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penjawat awam mesti berani mencari penyelesaian yang strategik dan kreatif dalam mendepani cabaran melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada negara.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, cabaran utama kepada penjawat awam hari ini ialah meningkatkan produktiviti dan kapasiti dengan menggunakan sumber terhad sama ada dari segi peruntukan kewangan dan sumber manusia.
Beliau berkata, saranan itu sejajar dengan matlamat kerajaan yang mahu membudayakan elemen kreativiti dan inovasi dalam kalangan penjawat awam bagi memastikan kecemerlangan jentera perkhidmatan awam dapat diteruskan dan dipertingkatkan.
"Kita perlu bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai dan mengubah tanggapan 'bekerja seperti biasa' kerana pendekatan itu akan menyebabkan negara terus ketinggalan dalam kemajuan dunia hari ini.
"Budaya kerja secara sendirian, cemburu dengan jabatan lain dan terlalu melindungi perlulah dielakkan. Semua jentera pentadbiran awam perlu saling bekerjasama bagi mengurangkan birokrasi serta berganding bahu menyelesaikan secara strategik dan efektif," katanya pada majlis Anugerah Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri 2013 di sini hari ini.
Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.
Selain itu, beliau turut melancarkan buku Menelusuri 100 tahun Institusi Ketua Setiausaha Negara.
Terdahulu, Ali berkata, mulai tahun ini Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan memperkenalkan satu kategori anugerah baharu iaitu Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) bertujuan memberi pengiktirafan kepada individu yang mempunyai rekod kecemerlangan luar biasa dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
"Pingat ini dizahirkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melalui Status Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan boleh dipakai oleh pegawai semasa menghadiri majlis rasmi,'' katanya.
Sementara itu penerima PPC, Pegawai Pembangunan Masyarakat, L. Gandesan berkata, anugerah itu menjadi pencetus semangat kepadanya untuk terus berkhidmat dengan lebih baik.
"Saya rasa bertuah kerana menjadi antara penjawat pertama terpilih menerima PPC," katanya.
Juruaudit Jabatan Akauntan Negara, Dr. Mariah Ahmad yang turut menerima anugerah itu berkata, PPC merupakan usaha kerajaan untuk membentuk warga penjawat awam yang lebih kreatif dan inovasi pada masa depan.
Bagi Penolong Pegawai Perpustakaan, Laili Cheong Abdullah, PPC akan merancakkan lagi persaingan sihat dalam kalangan penjawat awam memandangkan anugerah itu merupakan kategori terbaharu dalam menghargai sumbangan dan kecemerlangan para penjawat awam setiap tahun.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131002/dn_03/Penjawat-awam-perlu-kreatif-tangani-cabaran-dunia---Muhyiddin#ixzz2gXpK3sWd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

SELAMAT BERJUANG ASPIRASI MUDA AG

0

Assallamualaikum dan Salam Perjuangan

Alhamdulillah sehingga artikel ini ditulis operasi kempen Aspirasi Muda AG berjalan dengan baik dan mengikut seperti yang dirancangkan.Dalam konteks perjuangan bangsa ini ketika sentiasa inginkan yang terbaik dengan input dan outpun yang boleh menyumbangkan kearah kemantapan parti dan halatuju yang seimbang diantara duniawi dan ukhrawi. Walaupun belbagai cubaan dan rintangan perlu kita hadapi namun kita yakin dan percaya bahawa dengan keyakinan dan kepercayaan yang tinggi dalam diri sendiri telah membentuk satu prinsip perjuangan yang harmoni dan kekal mantap. Aspirasi sendiri telah menggariskan beberapa peraturan dan sandaran dalam waktu berkempen ini. Pastinya dalam tempoh berkempen ini kita :
1. dielakkan untuk menyentuh hal individu atau mengaibkan orang lain.
2. berikan fakta yang jelas bukan propaganda
3. tolak politik fitnah
4. jgn menjadikan wang sebagai unsur dalam berkempen
5. jangan berjanji tetapi yakin kan bahawa kita boleh bekerjasama demi pemuda
6. jangan ada unsur paksaan , ugutan atau gengstarism
7. hurmati orang dan hurmati idea perwakilan.
Kita ahli pemuda sepatutnya berfikiran lagi kreatif dan ceria dalam menghadapi cabaran  kehidupan selaku orang muda. Kita jangan mudah terpengaruh dan terpesong hanya kerana diberi wang saguhati atau janji janji manis yang tidak kunjung padam.
Aturcara kempen yang dijalankan
1. Pengenalan Aspirasi
2. Memperkenalkan calon Aspirasi
3. Memperkenalkan ketua pemuda dan perwakilan yang hadsir
4. Memperkenalkan calon KP dan barisan seterusnya.
5. Sessi Q n A

Keyakinan kita adalah jelas dan bertekad untuk memenangi pemilihan ini dan memastikan semuanya mengikuti peraturan dan susunatur persidangan kelak.

tqvm

vote4ourfuture
vote4aspirasimuda AG

TAKZIAH - MANGSA LEMAS DI KOLAM AIR ASAHAN..

0
Operasi Menyelamat


Operasi Menyelamat

Lawatan YB DW Ghafaar ADUN Asahan meninjau operasi mengeluarkan 
mangsa lemas di kolam air asahan

Assallammualaikum dan salam perjuangan..

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kerana kehilangan orang yang disayangi..Sememangnya sesama hari kejadian pagi itu saya pulang dari berkempen di gadek dalam jam 4.00 am memang keadaan hujan dan basah..Sampai sahaja dirumah hujan terus lebat melanda kampung Abbey dan pastinya seperti kebiasaan kawasan asahan pun pasti hujan. Dan apabila hujan sudah pasti air kolam diasahan akan naik dan memang seronok untuk mandi manda.

Namun dalam keseronokan mandi kita tidak seharusnya leka dengan aspek keselamatan dan kita harus akur bahawa malang itu tidak berbau dan perlu berhati hati dengan setiap perbuatan yang kita lakukan. Kawasan tersebut memang banyak batu batu dan licin apabila hujan..
Namun segalanya ketentuan Illahi dan sentiasalah kita berdoa agar ruhnya dicucuri rahmat..
Al Fatehah..

LEDANG 29 Sept. - Tindakan seorang lelaki yang bersungguh-sungguh mengajak isteri yang baru dikahwininya awal bulan ini dan seorang adik lelakinya mandi-manda di Air Terjun Asahan di Jasin, Melaka, berakhir dengan dia mati lemas hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pada pukul 10.20 pagi itu, mangsa, Mohd. Khidil Ismeet Anuar, 25, lemas ketika cuba menyelamatkan adik bongsunya, Mohd. Aliff Najmi, 13, yang tergelincir ke dalam kawasan air terjun berkenaan.
Menurut Mohd. Aliff, dia bersama abang dan kakak iparnya itu tiba di kawasan tersebut untuk bermandi-manda kira-kira pukul 9 pagi.
"Kami bertiga bersama ayah dan ibu sedang bercuti di kampung halaman di Kampung Bekoh, di sini setelah tiba dari Kuala Lumpur semalam.
"Kira-kira pukul 9 pagi, abang (mangsa) bersungguh-sungguh mengajak saya dan kakak (isteri mangsa) untuk mandi di air terjun itu yang jaraknya tidak jauh dari kampung.
"Saya tidak sangka itu permintaan terakhir abang sebelum dia lemas kerana cuba menyelamatkan saya yang tergelincir dan terjatuh dalam kawasan air terjun itu," katanya ketika ditemui di Hospital Tangkak di sini hari ini.
Jelas Mohd. Aliff, semasa kejadian, dia sedang mandi di kawasan atas air terjun itu dan mahu ke kawasan bawah melalui laluan air yang berbatu tetapi tergelincir dan terjatuh ke kawasan yang airnya dalam.
"Abang yang mengikuti saya dari belakang kemudiannya terjun untuk menyelamatkan saya dengan menolak saya ke tempat air cetek namun dia dibawa arus deras ke kawasan air dalam.
"Selepas menyelamatkan saya, dia terkapai-kapai dan terus tenggelam sebelum orang ramai membantu menghubungi pihak penyelamat," ujarnya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jasin, Johari Masum berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 10.25 pagi.
"Seramai enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jasin dan Jasin Bestari serta lapan anggota Unit Skuba dari Jalan Kubu tiba di tempat kejadian pada pukul 11.10 pagi.
"Mangsa berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat pada pukul 12.08 tengah hari di kawasan dia dikatakan lemas itu dan dihantar ke Hospital Ledang untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Supritendan Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan kes tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130930/je_03/Lelaki-baru-kahwin-mati-lemas-ketika-selamatkan-adik-bongsu#ixzz2gXB3c48t
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PERTANDINGAN 2 PENJURU KETUA UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH

0
Abd Ghafaar sentiasa turun padang

Abd Ghafaar mudah mesra dengan pemuda

Abd Ghafaar spoting dan open minded


MELAKA 26 Sept. - Pemilihan Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah dijangka sengit apabila penyandangnya, Datuk Abdul Ghafaar Atan akan dicabar timbalannya, Datuk Abdul Wahab Abdul Latip.
Abdul Ghafaar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan berkata, beliau menerima dengan hati terbuka keputusan Abdul Wahab yang juga ADUN Durian Tunggal untuk mencabarnya bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Oktober ini.
Menurutnya, UMNO adalah sebuah parti demokrasi dan sesiapa sahaja boleh bertanding mana-mana jawatan berdasarkan Perlembagaan parti yang baharu.
“Saya harap ini adalah pertandingan yang sihat kerana beliau (Abdul Wahab) adalah kawan saya dan pertandingan ini harus diterjemah sebagai pertandingan dalam keluarga.
“Apabila Abdul Wahab menawarkan diri bagi saya ini adalah satu proses demokrasi berdasarkan sistem sedia ada dalam parti.
“Saya serahkan kepada kebijaksanaan seluruh perwakilan di Alor Gajah yang mengenali saya dan kepimpinan sejak dua penggal lalu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Bagi Abdul Ghafaar, usaha mempertahankan jawatan itu kerana ingin terus memperkasakan UMNO di bahagian tersebut khususnya menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.
Sementara itu, Abdul Wahab yang juga Timbalan Speaker DUN berkata, keputusan yang diambilnya untuk mencabar penyandang jawatan tersebut adalah selaras dengan dasar parti mengutamakan demokrasi.
Menurutnya, beliau menawarkan diri bertanding jawatan itu bukan bertujuan memecahbelahkan parti sebaliknya ingin memperbetulkan perjalanan bahagian itu.
“Apabila memikirkan perlunya UMNO bahagian ini diperkasakan, saya merasa terpanggil untuk menawarkan diri bertanding jawatan ketua pada pemilihan kali ini.
“Saya menawarkan diri bertanding secara berhemah dan Abdul Ghafaar tetap kawan dan sahabat saya dan anggaplah ini satu pertandingan yang sihat untuk kebaikan semua," katanya.
Abdul Wahab berkata, beliau menyerahkan keputusannya menawarkan diri itu kepada seluruh ahli parti dari peringkat akar umbi hingga cawangan untuk menilai antara dua calon yang bertanding jawatan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130927/ws_02/Abdul-Ghafaar-mahu-pertandingan-cara-berhemah#ixzz2gX4xEWOw
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Assallammualaikum dan salam perjuangan..

Pertandingan secara sihat dan dalam semangat kekeluargaan adalah dituntut dalam parti UMNO..Pertandingan bukan alasan utk berpecahbelah tetapi sebaliknya pertandingan adalah satu proses penyuburan demokrasi dalam UMNO itu sendiri. Dan ini adalah satu peluang utk kita sama sama belajar untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dan berhemah tinggi.

Bagi saya seorang timbalan yang baik adalah timbalan yang sentiasa menasihatkan ketua atau menegur untuk kebaikan bersama bukannya tugas timbalan hanya look and see atau menanti peluang ketua buat silap selepas tu hentam cukup cukup.

Sepatutnya isi kempen hanya berkisar kepada komitmen dan idea halatuju kepimpinan parti bukannya fitnah memfitnah dan memburukkan calon lain menjadi isi ucapan kempen masing masing. walaupun tiadak ada siapa yg mengaku kerana kita tahu tidak kan ada orang yang mengaku berak ditengah jalan tapi yang nyata pemilih atau perwakilan dengar dan perhalusi setiap bibit kata yang diucapkan..

Secara nyata saya menyokong kepimpinan YB DW Abd Ghafaar Atan kerana selama ini beliau banyak membantu orang UMNO dan juga orang orang di Alor Gajah. Beliau juga berjaya mengekalkan BN di dalam parlimen Alor Gajah. dan tiada sebab mengapa perlu ditukar..kita memandang perkara yg logik untuk masa hadapan kerana tidak mungkin YB Wahab akan terus mara kehadapan sedangkan umurnya yang sudah pun tua dan perlu bersara..Apakah agenda mereka sebenarnya??? saya pun tak tahu..namun yang pasti kita tetap inginkan dan mahukan parlimen Alor Gajah kekal stabil dan sesiapa yang lantang memfitnah dan menyebarkan dakyah atau propaganda perlulah bertaubat segera...Demi Perjuangan UMNO kita perlukan kestabilan dan penyatuan dalam bahagian kita..

ikhlas.