MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

KUNJUNG HURMAT SIGMA KEATAS YB DATUK HAJAH NORPIPAH ABDOL

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

TERIMAKASIH KEPADA YB DATUK HAJAH NORPIPAH BINTI ABDOL TIMB EXCO PEMBANGUNAN BELIA DAN WARISAN NEGERI MELAKA KERANA SUDI MENERIMA KUNJUNGAN KAMI SEMALAM (5/5/2014)

BEBERAPA PERKARA DAPAT DISELESAIKAN DAN MENDAPAT NASIHAT DAN PANDANGAN YANG BERNAS DARIPADA YB DATUK

TERIMAKASIH DIUCAPKAN..





HARTA PULAU NANGKA.....BETUL KE??

0


MELAKA: Kerja-kerja pencarian harta karun oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd di Pulau Nangka akhirnya membuahkan kejayaan apabila syiling emas pertama ditemui pada pukul 11.15 malam.
Kejayaan terbabit disusuli penemuan syiling emas kedua pada pukul 11.30 malam yang dipercayai milik Kerajaan Majapahit berdasarkan tulisan yang terdapat di syiling berkenaan.
Pengarah Urusan syarikat, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said berkata, syiling emas itu ditemui semasa kerja-kerja pengorekan yang dilakukan di salah sebuah lubang yang dipercayai di dalamnya terdapat harta berkenaan.
“Syarikat akan menghubungi PERZIM dan kerajaan negeri untuk memaklumkan hal ini dan memohon untuk meneruskan kerja-kerja penggalian di Pulau Nangka akan dimaklumkan secepat mungkin. Berdasarkan pada imbasan bumi memang ianya terdapat dalam gua tersebut. Insya Allah jika tiada aral melintang
setelah blok batu dikeluarkan serta batuan kecil batu dibersihkan, kita akan dapat masuk ruang kosong tempat menyimpan peti peti harta tersebut,” jelas Mohammad Foad Khushairy.
Katanya, kerja-kerja penebukan siap sepenuhnya malam tadi dan dijangka kerja-kerja mengangkat batu keluar akan dilakukan hari ini bagi membolehkan harta terbabit dibawa keluar.
Mohammad Foad yakin harta itu terdapat di bawah batu terbabit selepas melakukan teknik geoteknikal menggunakan imej imbasan bumi.
Sekurang-kurangnya terdapat lima buah peti besi yang dipercayai mengandungi emas di ruang berkenaan daripada 20 bilik yang terdapat di dalam gua itu.
Katanya, berdasarkan imej imbasan itu, mereka menjangkakan terdapat 96 peti besi yang mengandungi pelbagai syiling emas, emas dan barangan berharga yang dikatakan disembunyikan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka bagi mengelak diceroboh pihak Portugis terkandung di gua berkenaan..Berita disunting oleh Muhammad Aiman & Sardy Hj Mahorm Melaka TV

Mesyuarat PSSKS Menyertai Festival Pendekar dan Busana Tradisi Nusantara 2014

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan

Alhamdulillah malam tadi telah berlangsung mesyuarat diantara gelanggang bersama Tuan Guru Utama Rahman Hamid untuk membincangkan penyertaan di festival pendekar dan busana tradisi nusantara di HTC Melaka.

Dijangkan seramai 80 orang pesilat daripada Perguruan Seni Silat Kota Sendeng akan menyertai untuk sama sama memeriahkan majlis tersebut.

Semuga apa yang dirancang akan berjaya dan mendapat berkat dan pertolongan dari Allah SWT.

Tahniah semua..




FESTIVAL PENDEKAR DAN BUSANA TRADISI NUSANTARA 2014

0
Assallammualikum dan salam perjuangan

Alhamdulillah pada cuti umum sempena hari pekerja semalam telah berlangsung satu program untuk mempromosikan festival ini secara media internet iaitu pengambaran video pendek mengenai festival pendekar dan busanan nusantara.


Tahniah kepada guru guru yang menyertainya dan sanggup berkorban cuti untuk bersama keluarga telah diisi dengan program pengambaran tersebut yang dijalankan di HTC duyong melaka. terimakasih juga kepada cikgu heirman yang menjadi director , produksi , screen play dan director untuk pengambaran tersebut.


tahniah dan terimakasih semua..semuga usaha ini akan diterima dan menjadi ibadah kita kepada Allah kerana niat kita tidak lain tidak bukan untuk memakmurkn bumi Allah ini dengan aktiviti memartabatkan budaya bangsa Melayu yang islam menjadi teras pokok kepada kegemilangan bangsa kita..


tahniah semua..


KLIK SINI http://www.youtube.com