MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

ATURCARA

0
PROGRAM : MAJLIS SAMBUTAN HOL MUHARAM DAN PENCAK SILAT PARLIMEN ALOR GAJAH


TARIKH : 17 DISEMBER 2011

MASA : 8.00 MALAM HINGGA 12.00 MALAM

TEMPAT : DEWAN HANG KASTURI SELANDAR

PERASMI : YB DATUK WIRA HAJI ABD GHAFAAR HAJI ATAN

ATURCARA


MASA MALAM ATURCARA

7.45 PendaftaranPesilat&JamuanMakan

8.15 Ketibaan VVIP dan VIP

8.30 NyanyianLaguNegarakudan Melaka Maju Jaya

8.35 BacaanDoaoleh Tuan Guru Abdullah Sani bin Haji Hashim

PenasihatPerguruanSeniSilatPelandukPutihCahayaDelima

8.45 UcapanAlu-aluanolehSuhaizan bin Haji Noh

PengerusiMajlisSambutanHolMuharamdanPencakSilatParlimenAlor Gajah

9.00 UcapanPerasmian YB DatukWira Haji AbdGhafaar bin Haji Atan

Ketua UMNO BahagianAlor Gajah

9.20 Paluan Gong PerasmiandanPenyampianCenderamata

- Penyerahanselendangkepadaketuapersilatan

- Penyerahancenderamatakepada VVIP dan VIP

9.25 PembukaanGelanggangoleh Guru Abd Rahim bin AbdRahman

PemegangAmanahBungaPadidanKetuaJurulatihPerguruanSeniSilat Kota Sendeng

9.30 PersembahanPerguruanSeniSilatHulubalang @ Dun Gadek

- Guru MohdSabaru bin Usop

9.45 PersembahanPertubuhanSeniSilatGayung Malaysia @ Dun Rumbia

- Tuan Jafizan bin Pilus

10.00 PersembahanPerguruanSeniSilat Kota Sendeng @ Dun Asahan

- Tuan Guru UtamaAbdRahman bin Hamid

10.15 PersembahanSeniSilatPelandokPutihCahayaDelima @ Dun Asahan

- Tuan Guru Aziz bin AbLatif

10.30 PersembahanSeniSilatSetiaBakti @Dun Asahan

- Tuan Guru Hamidi bin Md Nor

10.45 PersembahanPerguruanSeniSilatKilauCendana @Dun Rumbia

- Tuan Guru Rostam bin Mohamad

11.00 PersembahanPerguruanSeniSilatGayungFatani @ Dun Asahan

- Tuan Guru UstazMohdAmizan bin MdYusof

11.15 PersembahanPerguruanSeniSilatSendeng Malaysia @ Jemputan

- Tuan Guru Abd Rahim bin Maidin

11.30 PersembahanPerguruanSeniSilatPanjiPuteraLedang @ Jemputan

- Tuan Guru Imam Mokhtar bin Osman

11.45 PenutupanGelanggangolehSulaiman bin Othman

PemegangAmanahBungaPadiPerguruanSeniSilat Kota Sendeng

12.00 Berselawatdanbersurai

KARNIVAL WAJADIRI PARLIMEN ALOR GAJAH

0
KARNIVAL WAJADIRI  PARLIMEN ALOR GAJAH

WAJADIRI MEMBINA JATI DIRI BANGSA BERMARUAH

A. Pendahuluan

Wajadiri adalah wadah penyatuan bangsa.Wajadiri adalah medium untuk melatih para pengamalnya menjadi lebih berkeyakinan dan berdisplin malah mampu mendidik akhlak mulia.Dari situ kita sedari bahawa wajadiri boleh membina Jatidiri yang kental dan bermaruah.

Takkan Melayu Hilang Di Dunia adalah kalimah keramat yang diwarisi oleh bangsa Melayu dari pahlawan ulung mereka iaitu Laksamana Hang Tuah. Sebagaimana yang kita tahu Laksamana Hang Tuan adalah pengamal pencak silat yang hebat dari segi ilmu zahir dan ilmu kebatinan. Hang Tuah juga adalah symbol kehebatan empayar agung Melaka yang mampu menakluk seluruh kepulauan Nusantara.Sejarah ini telah membuktikan bangsa Melayu adalah bangsa yang gemilang dan mampu mengubah mencorakkan peta dunia.

Namun apa yang berlaku hari ini? Ramai dikalangan anak bangsa kita yang kian melupakan sejarah dan ada juga yang tidak berminat dengan sejarah. Kesannya , mereka tidak tahu dan tidak faham apakah pencapaian bangsa mereka sendiri. Mereka tidak sedar bahawa kemerdekaan kita adalah hasil dari kebijaksanaan pemimpin-pemimpin UMNO kita dahulu tanpa menumpahkan setitik darah pun.Mereka pura-pura tidak berminat dengan politik namun pada yang sama mereka mereka telah menggunakan politik untuk mencurahkan segala ketidakpuashatian mereka. Hasilnya mereka tidak tahu kesannya pada masa akan datang , dan kini kini menghadapi konflik politik yang harus ditangani dengan bijaksana oleh pemimpin kita.

Dengan kesedaran itu kami Gabungan Pesilat Parlimen Alor Gajah bersama-sama pertubuhan belia dibawah naungan kami mengadakan Karnival WajaDiri  bagi membina semangat nasionalisme dan patriotisme untuk memperkukuhkan Jati Diri Bangsa Melayu yang berdaulat ini.

Gendang sudah palu , gong sudah bersahutan , gelanggang sudah dibuka , pencak sudah ditari , mentera keramat sudah dikamitkan , nah ! mari kita bersatu menentang petualang bangsa , patahkan gunting dalam lipatan , Melayu mesti bersatu , demi Agama Islam yang dijunjung , demi adat yang dikelek , demi tanahair yang dipijak.Ayuhlah bangsa ku.

B. ANJURAN

1. Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Alor Gajah

2. Pejabat Parlimen Alor Gajah

3. Jabatan Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah

C. TARIKH / MASA / TEMPAT

1. Tarikh : 4 hb Disember 2011

2. Masa : 8.00 pagi – 7.00 petang

3. Lokasi : Dataran Alor Gajah ,Melaka


D. PESERTA

BIL PERGURUAN GELANGGANG BILANGAN AHLI

1 Perguruan Seni Silat Kota Sendeng Asahan 30

2 Perguruan Seni Silat Kota Sendeng Durian Tunggal 30

3 Perguruan Seni Silat Panji Putera Ledang Asahan 20

4 Perguruan Seni Silat Cekak Hanafi Durian Tunggal 50

5 Perguruan Seni Silat Abjad Kemuning 50

6 Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia Rumbia 50

7 Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia Durian Tunggal 30

8 Perguruan Seni Silat Pukulan Melaka Gadek 50

9 Persatuan Seni Silat Sendeng Asli Gadek 40

10 Persaudaraan Cahaya D'Lima Syeikh Maulana Abdullah Sani

E. MOTTO

Waja Diri Membina Jati Diri Bangsa Bermaruah

KERTAS CADANGAN PERMOHONAN BILIK GERAKAN JPAM DI SELANDAR

0

KERTAS CADANGAN

PERMOHONAN BILIK GERAKAN
JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (JPAM)
DI PEKAN SELANDAR
UNTUK KEGUNAAN SELURUH DUN ASAHAN


OLEH
PERGERAKAN PEMUDA UMNO DUN ASAHAN


PENDAHULUAN
Pekan Selandar adalah merupakan sebuah pekan dipinggir bandar  yang sedang membangun kerana mendapat percikan pembangunan dari Bandar Jasin dan Bandar Alor Gajah. Walaupun pekan Selandar termasuk dalam gazet kawasan tadahan hujan tetapi Selandar telah menjadi tempat pilihan untuk penginapan dan industri pemakanan dan aktiviti aktiviti pembangunan yang tidak melibatkan pencemaran alam dan ekosistem atau ekologi kehidupan. Dan Pekan Selandar telah berupaya menjadi sebuah pekan yang membangun berasakan teknologi hijau yang menjadi tema Melaka Maju Bandar Teknologi Hijau.

LATARBELAKANG
Bantuan kecemasan awal adalah perlu di kawasan selandar ini kerana kedudukan pekan selandar sejauh 20 km dari pekan jasin dan 40 km dari pekan Alor Gajah. Memandangkan penempatan sekeliling pekan selandar yang kian mengembang hasil peningkatan aktiviti ekonomi telah mendorong pekan selandar kian pesat dengan aktivti seharian. Selandar juga menjadi laluan utama dari pekan Gemencheh dan Air Kuning ke Negeri Melaka dan juga menjadi laluan kepada lori-lori membawa hasil pasir dan hutan ke kilang kilang yang terletak di Melaka. Ini menjadikan laluan di pekan selandar amat sibuk dan ini telah meningkatkan risiko kemalangan jalanraya. Ditambahlagi dengan permukaan dan keadaan jalanraya yang uzur yang menyumbangkan risiko kemalangan yang besar. Pembinaan rumah-rumah dan penempatan rakyat dimana kos rumah sederhana beranggaran RM 80,000.00 ke 250,000.00 telah banyak dibina samada taman perumahan atau individu telah meningkatkan kebarangkalian untuk kebakaran dan litar pintas elektrik . Kadangkala bencana alam juga sering berlaku kerana kawasan selandar pernah dilanda banjir besar dan rebut sejak 10 tahun yang lepas. Dan ini telah mendorong kepada penduduk sekitar untuk mendapatkan satu agensi kerajaan yang berupaya memberi bantuan awal untuk menangani kes kes kecemasan. Ini juga ditambahlagi dengan pembinaan stesyen keretapi tercanggih di negeri Melaka iaitu di batang Melaka dengan menyediakan perkhidmatan landasan berkembar perjalanan Utara dan Selatan.

LOKASI
1.       Berada didalam kawasan pentadbiran daerah Jasin iaitu Pejabat Daerah Jasin dan Majlis Perbandaran Jasin , Melaka
2.       Berada didalam Dewan Undangan Negeri Kawasan Asahan
3.       Berada didalam Parlimen Alor Gajah
4.       Berada didalam kawasan politik Bahagian Alor Gajah

KEJADIAN / FAKTA
1.       Pada bulan April tahun 2010 telah berlaku kemalangan di persimpangan medan selera selandar melibatkan motorsikal dengan lori pasir yang mengakibatkan kecederaan parah dikepala. Bantuan segera tidak dapat berikan oleh pihak klinik Selandar kerana tiada kemudahan ambulance dan kurang kakitangan. Setelah beberapa lama menunggu bantuan tiba menyebabkan mangsa kemalangan yang parah itu meninggal dunia kerana tiada bantuan kecemasan awalan diberikan.
2.       Pada bulan September tahun 2011 telah berlaku kemalangan dihadapan pejabat UMNO Alor Gajah diantara motorsikal dan kereta yang menyebabkan pemandu motorsikal tersebut patah kaki. Bantuan kecemasan awalan tidak dapat diberikan dan tiada perkhidmatan ambulance segera dapat diberikan untuk ke hospital Jasin sejauh 20km. Ini memaksa orang ramai menggunakan kenderaan Toyota Hi-Lux untuk menghantar mangsa ke hospital.
3.       Pada awal tahun 2010 juga telah berlaku bencana alam seperti banjir di awal pagi menyebabkan bantuan lewat diterima dan meningkatkan kerugian diakalangan mangsa banjir. 

PENDUDUK DAN PENEMPATAN
1.       Jumlah penduduk sekitar seramai 20,000 orang
2.       Terdapat 6 buah taman berdekatan
3.       Pola penempatan berpusat di pekan Selandar , Pekan Batang Melaka dan Pekan Nyalas
4.       Pola penempatan berjajar meliputi kampong Selandar , kampong Bukit Senggeh , Kampung Jus , Kampung Mantai , kampong kesang pajak dan Kampung Gapis.
5.       Faktor berpusat adalah kerana pekan , pusat ekonomi seperti IKS dan Felda dan pusat pendidikan seperti Sekolah Integrasi , Institut Latihan Perindustrian , Kolej Komuniti dan kolej Pekida Malaysia.

FAKTOR PENDESAK KEPERLUAN BILIK GERAKAN JPAM
1.       Jumlah penduduk yang kian bertambah dari masa kesemasa
2.       Peningkatan aktiviti ekonomi dan pembangunan  pertanian dan perindusrian green-tech.
3.       Pewujudan institusi pendidikan seperti Kolej Komuniti , Institut Latihan Perindustrian , Sekolah Integrasi , Sekolah Agama Berasrama Penuh , Kolej Pekida Malaysia dan sekolah berhampiran.
4.       Laluan atau jalan utama daripada pekan Gemencheh , Air Kuning , Felda felda gugusan Keratong , Jelai , Kepis , Palong dan sebagainya dari Negeri Sembilan untuk kenegeri Melaka.
5.       Persediaan berlaku bencana alam seperti banjir dan ribut kerana bencana ini pernah berlaku 10 tahun sejak kebelakangan ini.

PENUTUP DAN HARAPAN
1.       Besar harapan kami agar Kerajaan dibawah Barisan Nasional memandang serius keperluan bilik gerakan JPAM ini dikawasan selandar.
2.       Pewujudan bilik gerakan ini sebagai satu bukti jelas dan nyata kerajaan mementingkan kebajikan dan keselamatan rakyat kerana kedudukan kawasan Selandar dan Dun Asahan ini dipinggir pinggir Bandar dan juga merupakan kubu kuat Barisan Nasional dan symbol 1 Malaysia.
3.       Kami bersetuju dan menyokong apa saja keputusan untuk meletakkan bilik gerakan JPAM di dalam kawasan pekan selandar ini asalkan ianya memberi menafaat kepada penduduk Selandar dan Dun Asahan sekitarnya.
4.       Rakyat akan berterimakasih dan sentiasa bersama Kerajaan Barisan Nasional bagi memastikan kemenangan BN adalah kemenangan mutlak di Dun Asahan dan Parlimen Alor Gajah.
 
1 MALAYSIA
RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
UMNO JUARA RAKYAT
 
Yang Menjalankan Tugas,
 
(SUHAIZAN BIN HAJI NOH PJK,PBB)
Pengerusi Penyelaras
Pergerakan Pemuda UMNO Dun Asahan
follow on twitter SUHAIZANNOH
Tel : 012-3311452
Email : suhaizan78@gmail.com

persiapan terakhir majlis perasmian bangunan UMNO Alor Gajah di Selandar

0
pergerakan pemuda UMNO AG bersama YB Senator Baharudin membantu urusetia pada malam ini untuk persiapan terakhir di pejabat UMNO Bah Alor Gajah..menyusun kerusi,memantau bendera dan memasang backdrop dsb yang berkaitan..
Pada malam ini juga ada pemuda yg mengawal keselamatan barang barang dikawasan berkaitan..
Yb Datuk Wahab juga memantau kerja kerja akhir untuk memastikan prog perasmian esok berjalan lancar dan mengikut perancangan..