MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

TARIKH PEMBUBARAN PARLIMEN DAN DUN BUKAN RAHSIA LAGI

0

Assallammualaikum dan salam perjuangan

catatan ini dibuat pada 31 Mac 2013 pada jam 8.00 pagi...
sehingga kini belum lagi pembubaran parlimen diumumkan oleh YAB PM kita. sehinggakan Dun di Negeri Sembilan terbubar sendirinya.ini mencipta sejarah kerana pertama kali berlaku dalam sejarah negara dun di salah sebuah negeri terbubar sendirinya.
dan Tun Mahathir sendiri menyatakan bahawa ini tiada masalah sebab sebelum ini tidak pernah berlaku sebab itulah dikatakan kali pertama..
tun Mahathir pun mengulas tidak ada masalah utk bubar lewat kerana kerajaan masih sah kerana pembubaran akan sendirinya berlaku pada bulan Mei kelak.
usaha untuk melewatkan PRU bukan satu usaha utk melengahkan atau dibuat sambil lewa tetapi agensi keselamatan negara dan perisikan negara bekerja siang dan malam tanpa rehat utk memastikan proses kempen..proses membuang undi dan proses kiraan undi berjalan lancar..pelbagai aspek dan andaian diambil kira utk memstikan semuanya berjalan lancar dan teratur.
DS Najib memandang perkara ini dengan begitu berhati hati kerana amanah rakyat terpikul dibahu beliau utk memastikan segala galanya selamat dan tiada ruang dan peluang dari anasir luar utk menangguk di air yang keruh..persoalannya kalah menang BN bukan lagi perkara utama tetapi aspek keselamatan dan keamanan perlu diberi perhatian menyeluruh. BN tidak seperti PR sanggup gunakan apasaja cara asalkan menang dlm PRU kelak.
Kita sebagai rakyat Malaysia samada pengundi BN atau PR harus sama sama berdoa dan mengharapkan yang terbaik untuk negara Malaysia kita tercinta..Pembubaran parlimen bukan satu isu yang besar kerana kita semua sudah tahu bila tarikh parlimen akan terbubar sendirinya dan kini pun semua parti sudah berkempen tetapi kita selaku rakyat Malayska harus berfikiran matang dan siap siaga utk masa hadapan anak cucu cicit kita..
halatuju perlu jelas dan nyata kerana keamanan dan kemakmuran boleh kita hancurkan sekelip mata tetapi utk mendapatkan dan membinanya memerlukan pengorbanan dan air mata..janganlah kita siasiakan pengorbanan dan kepayahan warisan terdahulu hanya kerana kita memenuhi cita cita politikus yang rakus dan sempit..
berilah peluang kepada Najib utk kita sma sama menjalankan proses demokrasi dengan aman dan damai supaya kita rakyat malaysia terus menjadi contoh dimata dunia dan Allah sentiasa merahmati dan memberkati hidup kita semua..InsyaAllah..

TAHNIAH KPD SEMUA PESILAT MELAKA

0

Watch "DEMO PENCAK SILAT KOTA SENDENG" on YouTube

JOM HADIRRR

0

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam sukarelawan kepada semua.

Pada hari Sabtu ini bersamaan dengan 30 Mac 2013, BN Youth Volunteers sekali lagi akan mengadakan sebuah program persediaan PRU-14 iaitu Program Jom Bertindak yang bertujuan untuk mengedarkan kit Jom Bertindak 1 Malaysia yang mengandungi panduan mengundi kepada orang ramai.

Berikut merupakan butiran program Jom Bertindak :

Tarikh : 30 Mac 2013 (Sabtu) Masa : 7.45 P.M. - 10.45 P.M. Tempat : Damansara Uptown Hawkers Centre, Damansara

Aturcara program:

07.45pm - Berkumpul di Blues HQ, Bangsar. 08.00pm - Penerangan tentang program 08.15pm - Bergerak ke Damansara Uptown 08.45pm - Mula mengedarkan kit Jom Bertindak 10.45pm - Program tamat.

Para sukarelawan yang mempunyai kesempatan untuk menyertai program ini diminta untuk hadir ke Blues HQ semasa penerangan pada jam 7.45pm terlebih dahulu bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program ini. Rancangan untuk program ini adalah, semua sukarelawan yang terlibat akan berkonvoi beramai-ramai ke tapak program.

Para sukarelawan juga digalakkan untuk membawa rakan-rakan yang berminat untuk membantu dalam program kali ini.

Terus ikuti perkembangan dan ketahui program-program terbaru BNYV lebih-lebih lagi dalam kehangatan bahang PRU-13 ini di :

Laman web : bnyv.org

: @bnyv2012

Twitter

Facebook : Sukarelawan Barisan Nasional Email : bnyv2012@gmail.com

Bagi sebarang persoalan dan pertanyaan yang lebih lanjut mengenai program ini, sila hubungi no. di bawah:

Rabi'atul Athirah - 012 387 5459 Mohamed Azmadi - 019 552 6155 BNYV Blues HQ - 03 2202 0500

Copyright © 2013 BN Youth Volunteers

DEMONTERASI PENCAK SILAT PELANCARAN KARNIVAL SILAT

0

Assallammualaikum dan salam perjuangan..

tahniah kepada presiden PESAKA Malaysia YAB DS MOHD ALI RUSTAM selaku ketua menteri Melaka kerana berjaya mengadakan demontrasi pencak silat di gelanggang silat antarabangsa HANG TUAH di kg Hang Tuah Duyong.

Malam itu telah berjaya mengumpulkan seramai 2000 orang pesilat diseluruh Melaka walaupun short notice dalam masa 24 jam.

program ini anjuran bersama dgn PESAKA Melaka dan turut hadir presiden pesilat dari Indonesia dan juga merangkap presiden pesilat antarabangsa.

tahniah dari kami PERGURUAN SENI SILAT KOTA SENDENG asahan Melaka

BERSATU MEMPERTAHANKAN WARISAN BANGSA!!!!

Watch "DEMO PENCAK SILAT KOTA SENDENG" on YouTube