MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

3 Ramadan 1440 - Ramadan terus berlalu...

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan

Alhamdulillah kita da sampai 3 Ramadhan pada tahun ini..dan kita bersyukur kehadrat Illahi kerana memberi kita peluang untuk merasai nikmat ramadan pada tahun ini..semuga ramadan kali ini memberi keberkatan dan mendidik jiwa kita supaya terus mendirikan amalan solat dan berpuasa dengan tabah dan tahan dugaan.


Kita terus berdoa agar diberi kesempatan untuk meneruskan ibadah puasa dengan cemerlang dgn amalan sunat disiang dan dimalam hari..


Ramadan memang terlalu tinggi nilai pada ikatan kekeluargaan..40 tahun hidup bersama mak dan abah hinggakan masih terdengar dan terngiang-ngiang mak mengejut sahur dan abah bersama dalam berbuka puasa..
masa berjalan dengan pantas sehinggakan kadangkala tak percaya sudah 2 tahun abah tinggalkan kami dan mak menyusur sudah hampir setahun.


mak dan abah tinggalkan adalah kasih sayang dan kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang hidup kita..
jasa mak dan abah tidak akan terbalas dan hanya Allah saja yang mampu membalasnya..




Ramadan akan terus berlalu meninggalkan kita dan tiada satu jaminan pun yang kita akan dapat bersama pada ramadan akan datang..namun zikir dan doa tidak pernah lekang dibibir ini untuk kita terus mengingatiNya dan berdoa agar segalanya diterima sebagai ibadah dan ditunjukkan jalan yang lurus..
Ya Allah..aku amat rindu pada abah dan mak....aku mohon padaMu ya Allah agar ampunkanlah dosa mereka dan kasihanilah mereka dan tempatkan lah roh mereka di dalam rahmatMu..
 
Amin ya Rabbal Alamin..
Peliharalah dan lindungilah aku dan keluarga ku ya Allah....



3 Ramadan 1440

KERTAS CADANGAN PROGRAM IHYA RAMADHAN 1440 / 2019 MUKIM NYALAS

0

PANCHA WARISAN MELAKA




PROGRAM IHYA RAMADHAN 1440 / 2019

MUKIM NYALAS

SEPANJANG BULAN RAMADHAN

DENGAN KERJASAMA

YB DATUK SERI MOHD REDZUAN BIN YUSOF

AHLI PARLIMEN ALOR GAJAH



WARISAN ISLAM MENGGILAP UMMAH



*******************************************************************************************************************



 (1)   PERKARA        : PROGRAM IHYA RAMADAN DI MUKIM NYALAS

(2)   TARIKH : 10 MEI 2019 HINGGA 1 JUN 2019

(3)   LOKASI            : SURAU DI MUKIM NYALAS

(4)   ANJURAN         : PERSATUAN PANCHA WARISAN MELAKA



(5)   PENDAHULUAN :

PERSATUAN PANCHA WARISAN BANTU “HIDUPKAN” RAMADHAN DI MASJID DAN SURAU

Penantian bulan Ramadan Al-Mubarak pasti dirindui oleh semua umat Islam di seluruh dunia khususnya Malaysia yang terus ingin merebut keberkatan di bulan yang penuh hikmah ini. Justeru bagi meraikan kedatangan bulan tersebut, Ihya’ Ramadan Peringkat Mukim Nyalas akan diadakan disetiap surau untuk bersama kita menghidupkan malam-malam dibulan Ramadhan ini.

Majlis ini merupakan anjuran bersama Persatuan Pancha Warisan Negeri Melaka dan Ahli Parlimen Alor Gajah

Majlis tersebut adalah sessi Tazkirah kepada masyarakat tentang bulan Ramadhan di surau-surau mukim Nyalas sepanjang Ramadhan ini.


(6)   JAWATANKUASA

Pengerusi         : Encik Shahril Bin Samzainal

Timb Pengerusi : Encik Sulaiman bin Othman

Setiausaha        : Encik Suhaizan bin Haji Noh

Bendahari         : Encik Nor Hafizie bin Abd Rahman

Jawatankuasa   : Encik Faizal bin Mohd Yusof

                        : Encik Aiman Hakim bin Md Lajim

                        : Encik Fakhrullah bin Abd Razak

                        : Encik Hanafi bin Mohd Aris

                        : Encik Mohd Azim bin Zaharuddin





(7)   LOKASI

BIL
SURAU
PETUGAS
PENCERAMAH
TARIKH
1
Surau Ar Rahman Kg Pondok Batang
Encik Aiman Hakim b Md Lajim


2
Surau Al Abidin Kg Abbey
Encik Fakhrullah bin Abd Razak


3
Surau Kg Meriang
Encik Hanafi bin Mohd Aris


4
Surau Kg Gubah
Encik Mohd Azim bin Zaharuddin


5
Surau Kg Bukit Palembang
Encik Shahril bin Samzainal


6
Surau Kg Melangkan
Encik Suhaizan bin Haji Noh


7
Surau Taman Nyalas Permai
Encik Nor Hafizie bin Abd Rahman


8
Surau Kg Mantai
Encik Faizal bin Mohd Yusof


9
Surau Kg Gapis
Encik Hanafi bin Mohd Aris


10
Masjid Al Kautsar Masjid Tua Nyalas
Encik Shahril bin Samzainal





(8)   KEPERLUAN KEWANGAN


BIL
ITEM
RM
KUANTITI
JUMLAH (RM)
1
Penceramah
200.00
10 orang
2,000.00
2
Jamuan
150.00
10
1,500.00
3
Urusetia
150.00
10
1,500.00

JUMLAH BESAR


5,000.00


Segala sumbangan boleh di salurkan melalui akaun seperti di bawah :-

Nama Akaun     : Persatuan Pancha Warisan Melaka

Bank                 : Agro Bank Cawangan Jasin

No Akaun          : 1005621000030614






(9)   PENUTUP :

Besar harapan kami agar kertas kerja ini mendapat sokongan dan bantuan dari semua pihak untuk memastikan Ramadhan kali ini dirasai dan dihayati kemeriahannya.Segala kerjasama dan bantuan kami dahului dengan ucapan terimakasih.



WARISAN ISLAM MENGGILAP UMMAH



Yang Menjalankan Tugas,



SUHAIZAN HAJI NOH BKT PJK PBB

Setiausaha.