MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

YA HANANA DI STADIUM HANG TUAH MELAKA

0
Assallammualaikum dan Salam Perjuangan


Alhamdulillah dapat bersama dengan sahabat di konsert Malam Cinta Rasul di Stadium Hang Tuah Melaka yang menampilkan Habib Syeikh As Saggaf dari Indonesia yang popular dengan Ya Hanana.

Lautan manusia yang sama sama berselawat memuji Rasulullah yang memberi keberkatan hidup kepada kita dimuka bumi yang fana ini.Usaha kerajaan negeri Melaka ini perlu mendapat pujiaan dari semua pihak kerana ini adalah satu satunya program yang berjaya dan mendapat tempat di hati masyarakat. Dan sesungguhnya program sebegini akan ditunggu tunggu oleh masyarakat kerana ia memberi kesan yang amat jelas dan nyata dikalangan penonton yang hadir.

Tahniah juga kepada YB Datuk Wira Hj Abd Ghafar Atan kerana menjadi pengelola kepada event yang besar ini dan ianya berjaya dan tip top.

Tahniah Semua

Salam Aspirasi Membina Kecemerlangan Ummah Demi Masa Depan yang Penuh Keberkatan dan Kebaikan Di Dunia dan Diakhirat.

Allahu Akbar

https://www.youtube.com YA HANANA DI MELAKA

ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد   بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad
Telah muncul agama yang didukung,  dengan munculnya sang Nabi Ahmad

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد  ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad   dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami

خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى   وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani   wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna

مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى   وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani   wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر    لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar    liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),


وَافتخَرَت الُ مُضَر   بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor     bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia

يَاهَانَانَأ
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon   wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا   سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon    saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT

يَاهَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام   المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami   al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama

صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا   يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu  yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

يَا هَنَانَا
Qasidah Ya Hanana - Lirik dan Maksud Melayu @ Lirikami


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/02/qasidah-ya-hanana-lirik-dan-maksud.html#ixzz2diBYvwN8


0 comments: