MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

LANTIKAN PENGERUSI DAN TIMB PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI

0

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan senarai baru Pengerusi dan timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang baharu dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majli Tertinggi UMNO di sini Khamis malam.Beliau juga mengumumkan pelantikan empat anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO tambahan iaitu dua daripada pergerakan Wanita dan masing-masing seorang daripada sayap Pemuda serta Puteri.Najib berkata mereka ialah Naib Ketua Wanita Datuk Azizah Mohd Dun, Penolong Setiausaha Wanita Datuk Rosni Sohar, Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri Zahida Zarik Khan.“Kita ada kuasa untuk melantik 13 orang anggota MT tambahan, dua daripada Wanita, seorang daripada Pemuda dan Puteri, jadi baki lagi sembilan orang akan diumumkan pada awal minggu depan,” katanya.“MT juga mengambil keputusan supaya semua menteri besar dijemput untuk turut hadir dalam mesyuarat MT kerana mereka ada kuasa sebagai menteri besar dan pengerusi perhubungan negeri, amalan ini sudah berlaku sebelum ini,” katanya.
Berikut adalah senarai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri
1. PerlisPengerusi – Datuk Seri Shahidan KassimTimbalan Pengerusi – Tuan Azlan Bin Man
2. KedahPengerusi – Datuk Paduka Mukhriz Tun MahathirTimbalan Pengerusi – Datuk Paduka Ahmad Bashah
3. Pulau PinangPengerusi – Datuk Zainal Abidin OsmanTimbalan Pengerusi – Datuk Reezal Merican Naina Merican
4. PerakPengerusi – Datuk Seri Dr. Zambry Abdul KadirTimbalan Pengerusi – Datuk Seri Ahmad Husni
5. SelangorPengerusi – Datuk Seri Noh OmarTimbalan Pengerusi – Datuk Abdul Shukor Idrus
6. Wilayah PersekutuanPengerusi – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorTimbalan Pengerusi – Datuk Raja Nong Chik
7. Negeri SembilanPengerusi – Datuk Seri Utama Mohamad HasanTimbalan Pengerusi – Datuk Hasan Malek
8. MelakaPengerusi – Datuk Idris HaronTimbalan Pengerusi – Datuk Wira Haji Abdul Ghaffar Atan
9. JohorPengerusi – Datuk Seri Mohd Khalid NordinTimbalan Pengerusi – Datuk Seri Dr. Latif Ahmad
10. PahangPengerusi – Datuk Seri Adnan YaakobTimbalan Pengerusi – Datuk Haji Mohd Shakar Shamsudin
11. TerengganuPengerusi – Datuk Seri Ahmad SaidTimbalan Pengerusi – Datuk Jailani Johari
12. KelantanPengerusi – Datuk Seri Mustafa MohamedTimbalan Pengerusi – Datuk Awang Adek
13. SabahPengerusi – Datuk Seri Panglima Musa AmanTimbalan Pengerusi – Datuk Seri Panglima Saleh Said Keruak

0 comments: