MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

perasmian gelanggang & malam Hol muhaaram PANJI RIA DI TELOK MENENGON SELANGOR

0
Telok Menegon,Selangor
Pada 31.10.2015 Telah sempurna majlis perasmian gelanggang & malam Hol muhaaram yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Utama Sham B Hj Abd Rahman Guru Utama Persatuan Seni Silat Panji Ria Malaysia sambil disaksikan Encik Tajuddin bin Tannan Pengerusi Rukun Tetangga dan juga Tuan Haji Hassan bin Musa selaku pengerusi Perkemas/JKKP Kampung Telok Menegon.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan dari pimpinan tempatan dan perasmian dari Tuan Guru Utama.
Tuan Guru Utama telah memukul gong sebanyak 13 kali sebagai simbolik rukun sembahyang dan juga acara memotong pulut kuning ketika menyempurnakan majlis perasmian tersebut.
Persembahan dimulakan dengan persembahan silat dari Gelanggang Telok Menegon dan disusuli dengan Gelanggang Jalan Kuchai Lama.Majlis juga diserikan dengan persembahan jemputan dari Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia Gelanggang Pantai Dalam dan Persatuan Seni Silat Kota Sendeng Asahan,Melaka..Acara diteruskan lagi dengan persembahan silat dari Cikgu Nik Muhamad Nazli bin Nik Abdullah Guru Malaysia yang juga jurulatih untuk gelanggang Telok Menegon.
Pesilat di Gelanggang Telok Menegon seramai 50 orang dan ketua gelanggang cikgu Amirunnizam bin Isemail.Gelanggang ini telah bermula berlatih sejak bulan Mei 2015-dengan jadual latihan setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula pada jam 9.00malam & berakhir kira-bkira jam 12:30 mlm
majlis menjemput & berterimakasih atas kesudian Saudara Suhaizan Hj Noh utk melaksanakn persembahan penutupan gelanggang pd mlm itu.
"Persatuan Seni Silat Panji RIA Malaysia akan terus membuka gelanggang bagi memberi peluang anak anak bangsa mempelajari ilmu persilatan dan mengharapkan sokongan dari semua pihak untuk kejayaan gelanggang ini. mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua anak anak gelanggang yang bertungkus lumus menjayakan majlis perasmian gelanggang ini,dan menghargai segala bentuk sokongan dan bantuan dari pimpinan tempatan sehingga tertubuhnya gelanggang silat Panji Ria di kawasan ini.
Berasa teruja dan terimakasih kepada anak gelanggang kerana kekal bersemangat mengadakan persembahan walau hujan turun ketika majlis berlangsung."-TUAN GURU SHAM HJ ABD RAHMAN
Majlis juga dihadiri guru guru dan Majlis Kerja Tertinggi Persatuan Panji RIA Malaysia.

End..










0 comments: