MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

RONDA RONDA ASPIRASI MERDEKARAYA DI PARLIMEN ALOR GAJAH

0
Assallammualaikum dan Salam Perjuangan
Salam Aspirasi

Hujung minggu yang penuh dengan program bertemu dan berjumpa dengan sahabat sahabat di bahagian Alor Gajah. Hati amat gembira kerana semua sahabat menunjukan kemesraan dan persaudaraan yang begitu erat dikalangan kita. Sekurang kurangnya mengubati keadaan kini yang dilanda musim pertandigan jawatan di cawangan UMNO dan bahagian.

Alhamdulillah kematangan ahli UMNO kian terasa dan menular kerana masing masing sudah bijak berpolitik dan mengetahui selok belok politik dengan baik sekali kerana antara penawaran diri untuk bertanding dan persahabatn dapat dibezakan dan semuanya berlaku dalam ruang lingkup yang sama iaitu UMNO adalah sebuah keluarga yang besar dan kita semua diseru untuk bersatu demi survival UMNO di masa hadapan. Proses pemilihan ini berjaya memberi suntikan baru kepada ahli UMNO dan parti keramat ini sendiri untuk memastikan pemilihan berjalan dengan lancar dan pemimpin yang dipilih adalah dari suara akar umbi..

Dan hujung minggu kami bersama group Aspirasi Muda AG akan terus mengunjungi sahabat dan bersama berborak dan berbincang untuk brainstorming halatuju dan masa depan pemuda yang lebih baik dan terpuji..Tahniah semua dan terimakasih semua yang bersama sama inginkan pemuda lebih aktif dan bertenaga...

UMNO TERUS MARA
UNTUK RAKYAT MALAYSIA

YA HANANA DI STADIUM HANG TUAH MELAKA

0
Assallammualaikum dan Salam Perjuangan


Alhamdulillah dapat bersama dengan sahabat di konsert Malam Cinta Rasul di Stadium Hang Tuah Melaka yang menampilkan Habib Syeikh As Saggaf dari Indonesia yang popular dengan Ya Hanana.

Lautan manusia yang sama sama berselawat memuji Rasulullah yang memberi keberkatan hidup kepada kita dimuka bumi yang fana ini.Usaha kerajaan negeri Melaka ini perlu mendapat pujiaan dari semua pihak kerana ini adalah satu satunya program yang berjaya dan mendapat tempat di hati masyarakat. Dan sesungguhnya program sebegini akan ditunggu tunggu oleh masyarakat kerana ia memberi kesan yang amat jelas dan nyata dikalangan penonton yang hadir.

Tahniah juga kepada YB Datuk Wira Hj Abd Ghafar Atan kerana menjadi pengelola kepada event yang besar ini dan ianya berjaya dan tip top.

Tahniah Semua

Salam Aspirasi Membina Kecemerlangan Ummah Demi Masa Depan yang Penuh Keberkatan dan Kebaikan Di Dunia dan Diakhirat.

Allahu Akbar

https://www.youtube.com YA HANANA DI MELAKA

ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد   بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad
Telah muncul agama yang didukung,  dengan munculnya sang Nabi Ahmad

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد  ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad   dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami

خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى   وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani   wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna

مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى   وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani   wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر    لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar    liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),


وَافتخَرَت الُ مُضَر   بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor     bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia

يَاهَانَانَأ
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon   wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا   سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon    saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT

يَاهَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام   المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami   al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama

صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا   يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu  yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

يَا هَنَانَا
Qasidah Ya Hanana - Lirik dan Maksud Melayu @ Lirikami


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/02/qasidah-ya-hanana-lirik-dan-maksud.html#ixzz2diBYvwN8


ASPIRASI SILAT MELAYU - BERSAMA MENGHAYATI KEMERDEKAAN NEGARA

0
Assallammualaikum dan Salam Perjuangan

Alhamdulillah pada 31hb Ogos yang lepas pasukan Seni Silat Kota Sendeng telah bersama untuk memeriahkan sambutan Merdeka di dataran Ledang Tangkak Johor. Ini adalah memenuhi undangan dari sahabat di Johor untuk sama sama memeriahkan sambutan kemerdekaan disana..

Kami amat rasa gembira dan bertuah kerana kita telah sama sama berbusana pahlawan Melayu dan sama sama menyambut kemerderkaan disana. Dan ini memberi gambaran jelas bahawa perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan juga adalah hasil usaha dari pahlawan melayu dahulukala yang sentiasa menyuntik semangat kepada anak bangsa supaya sayangkan bangsa dan negara dan menuju syahid dimedan pertempuran demi mempertahankan agama Islam yang haq ini.

Dan pastinya pada sambutan kemerdekaan akan datang perguruan kota sendeng bersemangat untuk menghantar 1 kontijen dengan kekuatan 100 orang untuk mengikuti sambutan kemerdekaan di negeri Melaka Negeri Bersejarah..

Terimakasih kepada Yg Bhg Tuan Guru Utama Fakiruilullah Syeikh Rahman Hamid LK kerana sudi bersama dalam perarakan tersebut..

Tahniah semua....


KEMERDEKAAN NEGARA 56 TAHUN

0
Assallammualaikum dan Salam Perjuangan
Salam Aspirasi

Alhamdulillah pada hari ini tanggal 31 Ogos 2013 genap 56 tahun negara kita mengecapi kemerdekaan di tanah yang bertuah ini. Kita semua sebagai rakyat Malaysia wajib bersyukur kepada Allah SWT diatas nikmat kebebasan ini dan berterimakasih kepada pejuang kemerdekaan negara yang sanggup menggadai nyawa dan harta demi erti kemerdekaan ini...

Walaupun negara kita tatkala itu amat miskin dan ramai yang meragui kemampuan kita untuk menguruskan sendiri hal ehwal dan ekonomi negara dan pastinya kolonalis Inggeris ini ketika itu menjangkakan orang orang kita akan kembali tunduk kepada British kerana tidak tau mentadbir negara ataupun ketidakcekapan kita menguruskan negara.. Namun pada hari ini sehingga kehari ini kita kekal mentadbir negara dengan kebebasan yang mutlak tanpa perlu bergantung atau terikat dengan negara yang pernah menjajah kita.

Kecekalan ini dan keikhlasan ini memberi idola dan aspirasi kepada kita untuk mencontohi pemimpin terdahulu yang mempunyai semangat dan jatidiri yang terbaik untuk meneruskan misi menjadikan Malaysia negara yang kekal berdaulat dan berdaya saing di zaman yang kompetitif ini.

Kami selaku generasi muda akan sentiasa berganding bahu bersama kerajaan dan NGO yang lain untuk memastikan segala apa yang kita rancangkan untuk plan pembangunan negara akan berjaya..Untuk mendapatkan sebuah kemerdekaan amatlah sukar namun sekrang ini perjuangan kita untuk mengisi kemerdekaan ini juga adalah satu usaha yang sukar dan beranjau.

Alhamdulillah Ya Allah Rabbul Alamin
Terimakasih semua pejuang negara dan kemerdekaan
dan semua yang menyayangi negara kita MALAYSIA
MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA


SUHAIZAN HAJI NOH
Bersama Barisan Aspirasi Muda Alor Gajah
31 Ogos 2013

LANJUT DISINI http://pmr.penerangan.gov.my

SEJARAH KEMERDEKAAN NEGARA

Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang strategik iaitu titik pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.
Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula daripada tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.
Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih kepada bersifat perseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh British. Antara tokohyang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.
Semangat Nasionalisme
Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, Rahman telah memberi sinar Melayu mentadbir sendiri negaranya” muncullah golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan
sendiri.
Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk menamatkan penjajahan, mereka dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada penghujung tahun 1941 yang menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Jepun telah menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.
Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960).
Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.
Kemerdekaan Tanah Melayu
Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957.

Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.