SALAM UKHUWAH,
DEMI SEBUAH PERJUANGAN,
JIWA INI TIADA GENTAR,
DEMI SEBUAH PERJUANGAN,
DARAH INI RELA KERING,
DEMI SEBUAH PERJUANGAN,
HATI INI MENJADI SATU...
SATU MEMBINA UKHUWAH,
TAKKAN TUNDUK PADA DURJANA
PENGKHIANAT BANGSA YANG MERUNTUH MERDEKA
PENGKHIANAT BANGSA YANG MEMBAKAR KEAMANAN,
HANYA KERNA CITA-CITA BUSUK
SANGGUP MENGGADAI MARUAH BANGSA
SANGGUP MELACUR AGAMA
DEMI ANGAN-ANGAN MAKSIAT MEREKA..
DAN KINI
APABILA PEMUDA UMNO BERSUARA
DENGARLAH GEMPITA SATU NUSA
KITA TIDAK AKAN BERGANJAK WALAU SEINCI
MEMPERTAHAN ISLAM , MELAYU DAN NUSA..
BERAJA DI BUMI BERTUAH INI..
APABILA PEMUDA MULA BERSUARA
BANGKITLAH ANAK BANGSAKU
TEGUHKAN UKHUWAH
TEGUHKAN IMAN
DAN ALLAH PASTI BERSAMA
ORANG-ORANG YANG BENAR,
TERUSKAN PERJUANGAN..TERUSKAN AMALAN
USAHA..DOA...TAWAKAL..
ALHAMDULILLAH..DENGAN ADANYA SUARA PEDAS INI SAMADA DI BLOG MAHUPUN FACEBOOK MAMPU MEMBERI RUANG UNTUK KITA MEMBICARAKAN TENTANG PEMUDA UMNO DAN KEMAJUAN FIZIKAL DAN KEROHANIAN DI DUN ASAHAN..WALAUPUN HAMPIR 2 DEKAD DUN ASAHAN DIBAWAH PENTADBIRAN PARTI KOMPONEN MIC NAMUN SAYA KIRA DUN ASAHAN TIDAK TERKECUALI DENGAN ARUS PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN SEPERTI DI DUN DUN LAIN DI BAWAH BARISAN NASIONAL.
WUJUDNYA KOLEJ KOMUNITI , ILP , SEKOLAH BERASRAMA PENUH AGAMA , SEKOLAH INTEGRASI DAN LAIN-LAIN LAGI SUDAH CUKUP MENUNJUKKAN KOMITMEN KERAJAAN MENINGKATKAN MUTU PENDIDIKAN DI NEGERI INI.WALAUPUN DUN ASAHAN DI BAWAH DAERAH JASIN TELAH DIGAZETKAN DENGAN KAWASAN TADAHAN HUJAN NAMUN SAYA YAKIN DAN PERCAYA KERAJAAN NEGERI MELAKA TIDAK AKAN MEMINGGIRKAN DUN ASAHAN DI ARUS PEMBANGUNAN..
NAMUN DISINI SAYA MEMBERI RUANG YANG SELUAS-LUASNYA KEPADA PEMUDA DUN ASAHAN UNTUK MENYUARAKAN PENDAPAT DAN HASRAT BERTUJUAN UNTUK MEMBANGUNKAN DUN ASAHAN SELARI DAN SEJAJAR DENGAN MELAKA MAJU BANDAR BERTEKNOLOGI HIJAU..
INSYAALLAH KITA AKAN MENGUPAS SEDIKIT DEMI SEDIKIT PERMASALAH MASYARAKAT DAN RAKYAT DI DUN ASAHAN SUPAYA IANYA MENDAPAT PERHATIAN YANG SEWAJARNYA OLEH PEMERINTAH KITA..
INSYALLAH PEMUDA UMNO DUN ASAHAN AKAN SENTIASA DEKAT DENGAN RAKYAT SUPAYA SEGALA PERMASALAHAN DAPAT DISELESAIKAN BERSAMA..DAN SAYA MENYERU KEPADA SEMUA PEMUDA UMNO DUN ASAHAN SUPAYA LEBIH AGRESIF DAN BERILMU UNTUK SAMA-SAMA MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH DI DUN ASAHAN.
BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG , BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT,
SEDARLAH..
APABILA PEMUDA MULA BERSUARA
MAKA DENGARLAH UNTUK KEBAIKAN SEMUA PIHAK..
SEKIAN TERIMAKASIH..
SUHAIZAN HAJI NOH
PENGERUSI
PENYELARAS PERGERAKAN PEMUDA UMNO DUN ASAHAN
MELAKA
http://suhaizan578.blogspot.com/
SILA KLIK UNTUK LAYARI http://suarapedas.co.cc/