MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

TAKZIAH DAN AL FATEHAH UNTUK PENDAKI EVEREST NEGARA YANG MENIGGAL DUNIA

1
Assallammualaikum dan salam Jumaat

Takziah dan Al Fatehah untuk pendaki Everest negara kita iaitu Mohd ShahrulNizam yang meninggal dunia ketika menunaikan misi negara dan hasrat peribadi beliau untuk mengikuti pendakian ke gunung everest. Kami berharap agar keluarga beliau tabah dan sentiasa bersabar.

Sesungguhnya mungkin dugaan ini berat untuk dihadapi namun perancangan Allah lagi Maha Besar dan Maha Sempurna. Doakanlah semuga ruh beliau ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman...
Amin.


PUTRAJAYA: Jenazah penolong jurutera Perbadanan Putrajaya (PPj), Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari yang meninggal dunia ketika menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kala Pathar dan Everest Base Camp di Kathmandu, Nepal dijangka diterbangkan ke Malaysia, Khamis.
Timbalan Pengarah Kanan Perhubungan Awam PPj, Zaharah Salamat berkata, jenazah Allahyarham berjaya dibawa ke Lukla pukul 3 petang Selasa (5.15 petang waktu Malaysia) namun tidak dapat diterbangkan ke Kathmandu berikutan cuaca yang berkabus serta batasan pergerakan trafik udara berikutan kedudukan di lereng gunung.
"Penghantaran pulang jenazah Allahyarham dijangka dapat dilaksanakan esok (Khamis) sekiranya jenazah selamat sampai di Kathamandu hari ini.
"Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu akan menggunakan penerbangan alternatif sekiranya usaha untuk menghantar jenazah menggunakan MAS yang dijadualkan pada 12.20 tengah hari esoknya tidak berjaya," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.
Zaharah berkata, kesemua 13 peserta ekspedisi lain kini dilapor berada dilaluan turun di kawasan Dingboche (berhampiran Periche).
Mohamad Shahrulnizam, 25, meninggal dunia pukul 7.15 malam waktu Malaysia pada Isnin ketika di Labuche dalam perjalanan ke Everest Base Camp selepas diserang penyakit akut gunung (AMS).
Ekpedisi yang bermula pada 27 Mei itu disertai 14 pendaki (11 lelaki dan tiga wanita) mewakili Kelab Rekreasi Sukan dan Kebajikan PPj.
Kumpulan ekspedisi berkenaan dijangka pulang pada 10 Jun ini. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan pemberian durian runtuh dan insentif sebanyak RM50,000 kepada tujuh pendaki utama Projek Everest FELDA 2013 berikutan kejayaan mereka menawan puncak tertinggi di dunia itu pada pertengahan bulan lalu. 

Manakala kumpulan sokongan dan pendaki simpanan mendapat RM10,000.Insentif terbabit adalah sumbangan FELDA dan Felda Global Venture. 

1 comments:

TRAGEDI RUNTUHNYA JAMBATAN KE2 PULAU PINANG

1


FAKTA KES:

Pada jam lkurang 1905  hrs @ 6/6/13 semasa pengadu bertugas di bilik gerakan 999 IPD Barat Daya terima maklumat menyatakan jembatan kedua di laluan lebuhraya Lim Chung Eu telah runtuh. Pengadu juga terima panggilan telefon dari perempuan cina menyatakan kekadian yang sama. Pengadu buat laporan jadikan maklumat
Fakta Dan Tindakan Awal;

Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh kira-kira pukul 1915@6/6/13.

Runtuhan yang berlaku di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung itu menghimpap kenderaan yang sedang melalui jalan berkenaan.

Runtuhan itu juga mengakibatkan laluan berkenaan ditutup untuk semua kenderaan. Sebuah kenderaan telah dihempap oleh runtuhan jambatan tersebut dan maklumat awal mengatakan kesemua 4 mangsa yang berada didalam kenderaan tersebut meninggal.

Dipercayai sebuah mkar jenis kelisa telah dihempap oleh konkrit jambatan yg runtuh. Konkrit yg runtuh adalah struktur jalan flyover menyusur masuk ke jembatan dari laluan batu maung. Sambungan antara dua bim jambatan runtuh dengan menghempap mkar yg melalui jalan pada bahagian bawah.

Pihak polis, bomba dan penyelamat serta ambulans telah digerakkan dan usaha mengeluarkan mangsa sedang dilakukan.

Balai polis bergerak ditempatkan di lokasi kejadian.

Lagi Mengenai Jambatan Runtuh

KEADAAN sebuah kereta dipercayai jenis Perodua Kelisa remuk selepas dihempap Perodua Kelisa remuk selepas dihempap runtuhan struktur Jambatan Kedua Pulau runtuhan struktur Jambatan Kedua Pulau Pinang di Jalan Batu Maung dalam kejadian Pinang di Jalan Batu Maung dalam kejadian petang semalam. Imej ini dirakamkan ketika petang semalam. Imej ini dirakamkan ketika kerja mencari dan menyelamat diteruskan pada kerja mencari dan menyelamat diteruskan pada jam 5.30 pagi tadi. Pasukan Bomba dan jam 5.30 pagi tadi. Pasukan Bomba dan Penyelamat mengesahkan membawa keluar Penyelamat mengesahkan membawa keluar satu mayat di dalam kereta terbabit dan setakat satu mayat di dalam kereta terbabit dan setakat ini jumlah mangsa dan kenderaan yang terbabit ini jumlah mangsa dan kenderaan yang terbabit dalam tragedi itu belum dapat dipastikan. - Foto dalam tragedi itu belum dapat dipastikan. - Foto Danial SaadJun 7, 2013 7:21 am

1 comments:

JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG RUNTUH

0
Assallammualaikum dan Salam Perjuangan..

Tragedi jambatan kedua runtuh di pulau pinang menggemparkan negara..malang tidak berbau itulah kata kata yang dapat diucapkan dengan peristiwa yang jarang sekali berlaku dinegara kita ini..

Takziah diucapkan kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang daripada ytagedi tersebut..

4 maut tragedi runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang

GEORGETOWN: Polis mengesahkan empat mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Kelisa maut dihempap runtuhan sebahagian rangka susur masuk Jambatan Kedua Pulau Pinang di sini, semalam.
Runtuhan terbabit dianggarkan seberat 200 tan dan panjang 50 meter. 
Sehingga jam 11 malam semalam, seramai 48 anggota termasuk pegawai polis; 11 anggota Persatuan Bulan Sabit Merah dan 50 anggota bomba dari lima balai sedang bertungkus lumus meneruskan usaha mencari dan menyelamat. 




0 comments:

SALAM ISRAK MIKRAJ

0

Assallammualaikum dan salam perjuangan...

Salam Israk Mikraj salam penuh keberkatan

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj merupakan satu perjalanan kilat Rasulullah s.a.w. pada sebahagian malam atas kekuasaan dan kehendak Allah dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratulmuntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah dengan menembusi tujuh lapisan langit, lalu kembali semula ke Mekah pada malam yang sama.

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku mengikut beberapa riwayat pada malam 27 Rejab tahun kesebelas kerasulan Baginda dan berlaku setahun sebelum hijrahnya Rasulullah s.a.w. ke kota Madinah. Walaubagaimanapun sebenarnya para ulama' tidak bersependapat mengenai tarikh sebenar berlakunya israk mikraj ini walaupun yang pastinya ia berlaku sebelum hijrah nabi ke Madinah....ada pelbagai pendapat tentang tarikh ini iaitu ada yang menyatakan ia berlaku pada 17 Rabiulawal, bulan Zulkaedah, Syawal, Ramadhan , Rejab, 17 Ramadhan, 27 Rejab dan lain-lain lagi.

Menurut Ibn Ishaq ia berlaku selepas 10 tahun baginda dilantik menjadi Rasul. Az-Zuhri pula berpendapat ia berlaku setahun sebelum baginda berhijrah ke Madinah iaitu pada bulan Rabiul Awal, sementara as-Suddi menegaskan ia berlaku pada bulan Rabiul Awal, 16 bulan sebelum baginda berhijrah. Ada pun al-Hafiz Abdul Ghani Ibn Surur al-Maqdisi berpendapat ia berlaku pada 27 Rejab sebelum penghijrahan baginda ke Madinah. 

Sementara Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat, bahawa riwayat mengenai peristiwa Israk dan Mikraj terdapat banyak pembohongan dan riwayat palsu yang boleh menggugat kedudukan iman Muslim, kerana peristiwa tersebut tidak berlaku pada bulan Rejab berdasarkan penjelasan al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani, di mana ia tidak berlaku pada malam 27 Rejab kerana ia tidak disokong dengan hadis-hadis Sahih atau pun kata-kata Sahabat yang Sahih. 

Itulah juga pendapat Imam an-Nawawi daripada mazhab Imam as-Syafie dan Imam Abu Ishaq yang berpendapat bahawa Israk Mikraj berlaku pada malam 27 Rabiul Awal.

Tetapi apa yang penting diambil iktibar daripada peritiwa itu, ialah pengajaran mengenai perjalanan baginda dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan mikraj Rasul hingga ke langit ketujuh (Sidratul Muntaha). 

Peristiwa ini bersabit dengan firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Isra’ ayat yang pertama maksudnya: Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Pada paginya, Rasulullah s.a.w. termenung, memikirkan bagaimanakah baginda dapat memberitahu umat manusia tentang peristiwa tersebut, kerana ia adalah sesuatu yang di luar kemampuan manusia. Sedangkan perjalanan ke Baitulmaqdis sahaja mengambil masa hampir sebulan, inikan pula dalam satu malam.

Begitu pun Rasulullah s.a.w. menyahut cabaran Abu Jahal agar dikumpulkan manusia untuk memberitahu mereka tentang peristiwa perjalanan Rasulullah s.a.w. ke Masjidil Aqsa. Apabila manusia telah berkumpul, dan Rasulullah s.a.w. menceritakan mereka tentang perjalanan baginda ke Masjidil Aqsa dalam satu malam, ramai daripada mereka yang tidak percaya. Malah, mereka yang lemah imannya juga mendustakan Rasulullah s.a.w. Namun, dalam masa yang sama, mereka yang sudah kuat imannya, bertambah kukuh lagi keimanan, seperti Sayidina Abu Bakar As-Siddiq r.a.

Keberanian Rasulullah s.a.w. memaklumkan kepada umat manusia tentang perjalanan Baginda tersebut, memberikan iktibar kepada umat Islam masa kini supaya perlu bersabar dan terus menunjukkan akhlak yang baik, walaupun ditentang oleh mereka yang tidak beriman dan tidak memahami Islam.

Sudah menjadi lumrah, mereka yang tidak memahami Islam akan mempunyai pandangan serong dan silap faham terhadap Islam. Tetapi, contohi Rasulullah s.a.w. Walaupun baginda diperli, dikeji dan didustai kerana menyampaikan berita Israk, Rasulullah s.a.w. tetap bersabar dan menunjukkan akhlak yang baik.

Maka, sebagai orang Islam yang tinggal di negara majmuk seperti Malaysia ini, ada kalanya kita menghadapi silap faham daripada mereka yang bukan Islam. Kita perlu tunjukkan akhlak yang baik serta bersabar dan terangkan kepada mereka tentang ajaran Islam yang sebenar, yang menggalakkan keharmonian dan juga kemakmuran.

Kita juga perlu tunjukkan bahawa kewujudan kita di negara ini, di tempat kerja, di sekolah dan di rumah, membawa kesejahteraan bagi orang di sekeliling kita. Sesungguhnya, orang Islam yang baik adalah juga rakyat, pekerja, majikan, pelajar dan ahli keluarga yang baik.

Di dalam perjalanan yang begitu istimewa ini, terlalu banyak yang dilihat oleh Baginda Rasulullah s.a.w. dan begitu banyak pelajaran yang dapat kita peroleh. Antara pelajaran yang harus kita renungkan bersama adalah manusia harus sentiasa memerhatikan hubungannya dengan Allah, dan sentiasa menilai kembali dan berusaha memperelokkan hubungan tersebut.

Hubungan dengan Allah s.w.t. ini mestilah wujud tatkala ditimpa kesusahan dan ujian mahupun di kala mendapat kesenangan dan kemudahan. Ini kerana hanya Allah sahajalah yang berkuasa dan mampu memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan kepada diri kita.

Menyingkap kembali peristiwa Israk dan Mikraj ini, Nabi telah ditimpa beberapa kesulitan sebelum terjadi Israk dan Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk dan Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah s.w.t. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan.

Caranya ialah kita sentiasa beristiqamah, terus-menerus melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya dan bukan menjadi orang taat hanya pada waktu susah dan melupakan Allah pada waktu senang.

Kehidupan kita yang ingin berjuang untuk kebaikan pasti akan dipenuhi dengan cabaran dan dugaan. Ia tidak akan sentiasa mudah tetapi kita akan berhadapan dengan kesusahan terlebih dahulu.

Namun, semua yang berlaku itu demi untuk mengukur dan menilai keimanan kita di dalam hati. Adakah kita sanggup menghadapinya dengan penuh ketabahan dan kesabaran atau kita tergolong dalam golongan yang mudah berputus harapan? Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6., Ertinya: Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu bahawa) Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): sesungguhnya tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan.

Seperti yang ditunjukkan Allah s.w.t. kepada Nabi-Nya yang tercinta, bahawa Allah tidak akan membiarkan hamba-Nya yang ikhlas dan benar berjuang keseorangan. Ia akan dibantu Allah s.w.t. Ia akan diberikan kegembiraan oleh Allah s.w.t. Bahkan Allah s.w.t. akan mengangkat darjat dan kedudukannya.

Pengajaran yang besar juga daripada Isra’ dan Mikraj ini ialah kewajipan untuk menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa peristiwa Israk dan Mikraj, Baginda Rasulullah s.a.w. telah ditunjukkan keadaan neraka dan ahlinya.

Baginda melihat pelbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali seperti sedia kala.

Nabi, juga melihat seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar kepada kita yang hidup di dunia ini, agar tidak melakukan segala perbuatan yang mungkar dan tercela, tidak kira apa bentuknya sekalipun kerana seksaan yang disediakan Allah s.w.t. amatlah dahsyat.

Selain itu, Perintah solat merupakan suatu bentuk ibadah yang begitu penting di dalam kehidupan seseorang hamba Allah s.w.t. Kewajipan solat begitu istimewa dibandingkan dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi s.a.w. daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail.

Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak.

0 comments:

JAWAPAN KEPADA 'PERSONA NON GRATA' NURUL IZZAH TAK DIBENARKAN MASUK SABAH !!

0

Artikel yang bagus untuk dibaca dan kita lebih mengenali dan memahami sahabat kita diSabah..Semuga sahabat disemenanjung tidak terus bebal macam NURUL IZZAH sebebal bapaknya.........

Di bawah adalah penjelasan terperinci isu Nurul Izzah yang tidak dibenarkan masuk ke Sabah dan tindakan beliau yang bercadang mahu menyaman Ketua Menteri Sabah.

Artikel itu menempelak Nurul Izzah supaya sedar diri dengan 'sekatan' berkenaan dan menyokong 'Autonomi Sabah' yang kononnya diperjuangkan dalam Buku Jingga yang dijadikan manifesto Pakatan Rakyat di Sabah semasa PRU-13 lalu!

Di antara artikel yang ditujukan khas kepada Nurul Izzah :

Oleh kerana hampir semua Ketua Menteri Sabah menggunakan kuasa autonomi mereka untuk menghalang Persona Non Grata; maka tidak ada hebat atau bezanya saudari jika dibandingkan dengan Peguam Kanan Sugumar Balakrishnan yang pernah dihalang daripada memasuki Sabah, sedangkan beliau mempunyai PR Sabah seperti saya dan puluhan ribu pemegang PR di Sabah yang tidak boleh membantah jika PR mereka dibatalkan kerana kuasa mutlak Ketua Menteri.

Tidak ada dinyatakan dalam mana-mana peraturan Ketua Menteri Sabah perlu memberi penjelasan atau mewartakan sebab musabah menahan 'Persona Non Grata' daripada memasuki Sabah kerana terletak di bawah bidang kuasa istimewa beliau; Pengarah Imigresen hanya melaksanakan tugas mengikut undang-undang.

Isu kuasa istimewa Ketua Menteri ini telah berlarutan sejak 1963 namun jarang dipedulikan oleh Ahli Politik Pembangkang, melainkan setelah mengalami 'gangguan emosi' dan merasa malu kerana dikategorikan sebagai 'Persona Non Grata'.

Tindakan menyaman Ketua Menteri Sabah atau Kerajaan Negeri Sabah tidak memberikan sebarang makna kerana hak-hak khas Perlembagaan dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Saudari berkata disekat masuk ke Sabah di bawah Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 dan akan mencabar keputusan menghalang itu di mahkamah; dan sepasukan peguam yang diketuai oleh Ahli Parlimen PKR Penampang, Darell Leiking sedang meneliti perkara itu dan kes itu akan difailkan di Kota Kinabalu, sebaik sahaja pasukan peguam itu sudah bersedia.

Namun saudari mungkin tidak sedar bahawa di dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberi kepada Kerajaan Negeri Sabah oleh Seksyen 65(1)(c) Akta tersebut, Kerajaan Negeri Sabah tidak perlu memberikan sebarang alasan.

Sebaliknya, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengambil tindakan bijak kerana enggan mengulas tindakan halangan masuk terhadap saudari ke Sabah bagi membuktikan bahawa hak Imigresen adalah hak mutlak Sabah yang tidak perlu dipertikaikan oleh sesiapa pun.

Walaupun ramai pihak menyifatkan tindakan menghalang saudari memasuki Sabah sebagai “Penahanan Anti Demokratik”, namun dalam masa yang sama sewajarnya saudari bertolak ansur dengan 'sekatan' berkenaan dan menyokong 'Autonomi' sebagaimana yang diperjuangkan dalam 20 perkara dan Buku Jingga yang dijadikan manifesto Pakatan Rakyat di Sabah semasa PRU-13 lalu.

Apa Locus Standi saudari untuk menuntut kerajaan pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengemukakan sebab-sebab kukuh mengapa larangan yang dikenakan terhadap saudari? sekalipun secara fizikalnya saudari tidak mengancam keselamatan warga Sabah seperti 'Snipper' Wanita Pengganas Kiram.

Oleh kerana saudari bukan individu milik negeri Sabah (bukan rakyat Sabah), maka saudari tidak diberikan hak mencari nafkah di negeri Sabah atau masuk secara bebas 'menebeng' kepada paksi politik; termasuk mengembangkan pengaruh politik di Sabah.

Jika Kerajaan Negeri Sabah mahu menghalang saudari, tidak ada siapa mampu menghalang Kerajaan Sabah memberikan status 'Persona Non Grata' kepada saudari; terutama ketika hebat berkempen PRU-13 lalu, namun insiden berkenaan tidak berlaku.

Persoalannya, kenapa Musa Aman mesti melayan pertanyaan politik yang dibangkitkan saudari sedangkan kuasa Imigresen adalah kuasa mutlak Ketua Menteri Sabah yang terhad hanya untuk orang 'Malaya' atau 'Sarawak' yang ingin masuk ke Sabah; tetapi tidak mempunyai autonomi terhadap warga asing.

Oleh itu, kutukan bahawa Kerajaan Negeri gagal mengekang kemasukan 'Bala Tentera Syaitan Kiram' dan PATI tidak seharusnya dilontarkan terhadap kerajaan negeri; melainkan jika saudari dan 221 orang Ahli Parlimen Malaysia membawa usul untuk memberi kuasa autonomi kepada Sabah melalui Akta Imigresen berhubung warga asing, sejajar dengan statusnya sebagai sebagai sebuah 'Negara' pada 16 September 1963.

Mungkin agak keterlaluan jika saya katakan saudari hanya salah satu watak 'Wayang Kulit' kerana Pakatan Rakyat tidak ikhlas menyelesaikan isu PATI di Sabah dan saya terpaksa berjuang bersendirian membongkar segala kejalangan yang dilakukan dan direstui kesemua Ahli Parlimen Malaysia demi kejayaan perselingkuhan politik dan merancang 'kudita' setelah pilihanraya umum tidak menjadi medan tempur yang bermaruah.

Sejak 1999 saya tidak pernah gentar atau undur untuk memperjuangkan kedaulatan Sabah; termasuk bertegas untuk menghalang kemasukan 'Warga Malaya' secara tidak sah ke Sabah dan Warga Asing secara berkomplot oleh pihak berkuasa politik di Malaysia sehinggalah tertubuhnya RCI di Sabah.

Adalah mustahil, sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia dan warganegara Malaysia, saudari tidak menyedari wujudnya 'Kuasa Mutlak' Ketua Menteri Sabah yang WAJIB dilaksanakan oleh Pengarah Imigresen Sabah untuk menyekat kemasukan sebarang pergerakan rakyat Malaysia ke Sabah.

Anggapan saudari bahawa adalah tidak rasional dan menganggap tindakan sekatan ini merupakan salah guna kuasa yang melampau dan cukup anti-demokratik; hanyalah 'Gurauan Nakal' seorang Ahli Parlimen Muda yang tidak tahu menghormati 'Tuan Rumah'.

Sebagai 'Tuan Rumah' atau Ketua Menteri, Musa Aman tidak perlu memberikan sebarang penjelasan kerana Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 sudah cukup jelas; malah tidak menghalang saudari menggunakan hak Perlembagaannya untuk memfailkan saman mencabar keputusan Kerajaan Negeri Sabah.

Sewajarnya mulai sekarang, saudari patut belajar menghormati Perlembagaan Negeri Sabah dan Perlembagaan Persekutuan sebelum berbahas di dalam Dewan Parlimen kerana orang bijaksana berbahas dengan minda dan bertingkah dengan tinta; bukannya demonstrasi atau membuat publisiti murahan seperti sekarang.

0 comments:

PUTRAJAYA - ILHAM NEGARAWAN ULUNG @TUN M

0

Assallamualaikum dan salam perjuangan..

Putrajaya......mercu tanda keharmonian dan perpaduan negarabangsa Malaysia..putrajaya bukan hanya dikenali dengan kemodenan dan pusat pentadbiran negara semata tetapi ianya juga dikenali dengan mercutanda perpaduan rakyat Malaysia..
kita semua bangga menjadi rakyat Malaysia dan sentiasa mengamalkan prinsip rukunegara..menjaga keharmonian sosiobudaya rakyat jelata dan kestabilan hubungan antara kaum..
walau ada satu pihak mengatakan putrajaya ini membazir dan ingin melelong semua bangunan dan asset putrajaya namun PADA HARI INI DAN TATKALA INI mereka sanggup gadai segala semata mata untuk menduduki putrajaya..sehinggakan perjuangan Negara Islam mereka yg retorik sanggup digadaikan kepada negara Berkebajikan hanya utk mendaptkn sokongan parti yang terang2x menolak Islam sbg amalan kehidupan demi menduduki kerusi empuk di putrajaya wlupun hanya sebagai menteri Pasola...menteri pencacai...
Semuga Allah melindungi Malaysia dan melindungi rakyat Malaysia..

Putrajaya, which was originally Prang Besar ڤراڠ بسر, was opened in 1918 as Air Hitam by the British. Its original land space was 800 acres (3.2 km2), which was later expanded to 8,000 acres (32 km2). Prang Besar later expanded and merged with its surrounding estates such as Estet Raja Alang, Estet Galloway and Estet Bukit Prang.The vision to have a new Federal Government Administrative Centre to replace Kuala Lumpur as the administrative capital emerged in the late 1980s, during the tenure of Malaysia's 4th Prime Minister, Dr. Mahathir Bin Mohamad. The new city was proposed to be located between Kuala Lumpur and the new KL International Airport (KLIA).The Federal government negotiated with the state of Selangor on the prospect of another Federal Territory and in the mid-1990s, the Federal government paid a substantial amount of money to Selangor for approximately 11,320 acres (45.8 km2) of land in Prang Besar, Selangor. As a result of this land purchase, the state of Selangor now completely surrounds two Federal Territories within its borders, namely Kuala Lumpur and Putrajaya.Planned as a garden and intelligent city, 38% of the area is reserved for green spaces by emphasising the enhancement of natural landscape. A network of open spaces and wide boulevards were incorporated to the plan. Construction began in August 1995 and it was Malaysia's biggest project and one of Southeast Asia's largest with estimated final cost of US$ 8.1 billion. The entire project was designed and constructed by Malaysian companies with only 10% of the materials imported.The Asian Financial Crisis of 1997/1998 had somewhat slowed the development of Putrajaya. In 1999, 300 staff members of the Prime Minister's office moved to Putrajaya and the remaining government servants moved in 2005. On 1 February 2001 Tun Dr. Mahathir declared Putrajaya as a Federal Territory with the ceremony of handing over Putrajaya township from the Selangor state authorities.In 2002, a high speed rail link called KLIA Transit was opened, linking Putrajaya to both Kuala Lumpur and KL International Airport in Sepang. However, construction of the Putrajaya Monorail which was intended to be the city's metro system, was suspended due to costs. One of the monorail suspension bridges in Putrajaya remains unused.In 2007, the population of Putrajaya was estimated to be over 30,000, which comprised mainly government servants.

0 comments:

HARGA ROKOK NAIK- TANDA MASA UTK BERHENTI MEROKOK SUDAH TIBA

0

Assallammualaikum dan salam perjuangan

Selamat pagi sahabat semua semuga kehidupan kita terus diberkati dan diredhai Allah..kita sentiasa merancang untuk kebaikan dan kelancaran segala usaha namun perancangan dan ketetapan Allah itu lagi Maha Agung dan kita pastinya menerima segala qada qadar Allah dengan sabar dan taqwa..

topik pagi ini adlh berkenaan harga rokok naik..mgkn akan memberi kesan kepada penghisap rokok tegar dan secara tidak langsung menaikkan imej perokok kerana hanya org yg kaya dan berpendapatan tinggi sahaja yg merokok..hahaa..hairan jugam tidam ada dlm manifesto pembangkang utk menurunkan harga rokok..hahaha

namun saya yakin dan percaya pendekatan yg dibuak oleh kerajaan ini pastinya cuba melindungi dan tanda sayang kerajaan pada rakyat dan menyedari perokok tegar tidak ramai..perokok ini bukan sahaja merosakkan diri sendiri tetapi kesan kepada perokok sekunder lebih teruk dari org yg merokok..

semuga kenaikan harga rokok ini diterima dgn hati terbuka dan kini tibalah masanya utk berhenti merokok....

British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi harga semua jenama rokoknya berkuat kuasa 3 Jun, 2013.

Mengulas mengenai kenaikan harga tersebut, Datuk William Toh, Pengarah Urusan, BAT Malaysia berkata, "Sama seperti semua syarikat lain, BAT Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi".

Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok haram (pada 2012 berada pada 34.5 peratus), katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Bagi menangani peningkatan kos dan tekanan perdagangan rokok haram kami memutuskan untuk menaikkan sedikit harga sebanyak 3.0 peratus bagi semua jenama rokok kami," kata Toh.

Harga baharu rokok yang berkuat kuasa pada Isnin, 3 Jun adalah seperti berikut:

DUNHILL range RM10.50
KENT range RM10.50
BENSON & HEDGES RM10.50
PETER STUYVESANT range RM9.00
PALL MALL range RM9.00
PALL MALL Plain RM10.90
LUCKY STRIKE PLAIN RM10.90
ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.90.

BAT Malaysia merupakan sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, kumpulan tembakau terkemuka dunia.-AstroAwani

0 comments:

JUNJUNG TITAH YANG DI-PERTUAN AGONG

0

Assallammualaikum dan salam perjuanga..

demi negara yang tercinta
dicurahkan bakti penuh setia
demi raja yang disanjung tinggi
kesetiaan tak berbelah bagi....

titah yang dipertuan Agung mengajak rakyat supaya bersatu dan kembali bekerja kuat utk kemakmuran negara..kita sebagai rakyat seharusnya memandang perkara ini bukan disudut politik sahaja tetapi kita seharusnya memandang sebagai satu tanggung jawab rakyat utk memastikan negara kita aman makmur dan terhindar dari ancaman..

kita perlu sedar bahawa kegolojohan dan tidak sabar bukannya satu cara utk mencapai cita2x sebaliknya itu adlh langkah secara total utk kehancuran segala kejayaan dan keamanan negara..

kita bangsa melayu yang beragama Islam perlu bersatu dan memperkukuhkan institusi raja berpelembagaan dan perlu membuka mata dan minda demi keamanan dan kestabilan negara tercinta..

orang cina dan india perlu menjadi bangsa yang bersyukur dan berterimakasih kerana bersama mencari kemakmuran dan kekayaan di bumi bertuah ini. rezki itu datang dari tuhan dan jangan khianati bumi yang memberi kita rezeki kerana itu amanah dari tuhan..

semuga kita semua yang menjadi rakyat Malaysia harus bersedia untuk mengikuti undang undang dan perlembangaan negara kita dan sekiranya mereka gagal untuk mengikuti perlembagaan atau suka melanggar undang undang negara MAKA dinasihatkan mereka jangan jadi warganegara Malaysia dan tinggalkan negara ini 24 jam! !!!

Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah bertitah,

"Jika ada perbezaan pendapat, gunakanlah kaedah penyelesaian seperti mana yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara."

"Tindakan menanam kesangsian kepada institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini ialah perbuatan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan."

"Janganlah kita sekali-kali melemah dan merosakkan sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen dan Falsafah Persekutuan yang selama ini mendasari ramuan kejayaan Malaysia,"

Dengan titah Yang Di-Pertuan Agung itu, maka segala perancangan Pakatan Pembangkang untuk mengadakan sebarang perhimpunan haram untuk meneruskan tohmahan buruk ke atas keputusan PRU13 yang lepas dengan secara sendiri terbatal dan tidak patut disokong oleh sesiapa pun mempunyai 'Kesetiaan Kepada Raja dan Negara' nya.

Maka selepas ini, sesiapa yang tidak menggunakan kaedah penyelesaian seperti mana yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara, maka mereka itu boleh dianggap engkar dan mengkhianati titah Yang Di-Pertuan Agung.

Sila baca :

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mahu rakyat di negara ini akur dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang telah ditentukan oleh mereka sendiri.
 
Sambil merakamkan tahniah kepada anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih, Seri Paduka berharap semua pihak di negara ini memelihara keutuhan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan sejak merdeka.

"Jika ada perbezaan pendapat, gunakanlah kaedah penyelesaian seperti mana yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara," titah baginda sempena ulang tahun keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong esok yang disiarkan secara langsung menerusi RTM di sini Jumaat malam.

Baginda bertitah: "Tindakan menanam kesangsian kepada institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini ialah perbuatan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan."

"Janganlah kita sekali-kali melemah dan merosakkan sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen dan Falsafah Persekutuan yang selama ini mendasari ramuan kejayaan Malaysia," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim bertitah sebarang perubahan politik di negara ini perlulah dilakukan secara aman dan menerusi peti undi berpandukan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.

"Apakah kita sanggup melihat Malaysia yang tercinta ini hancur dan lumpuh disebabkan oleh perbuatan kita sendiri. Merosakkan sebuah kejayaan amat mudah, namun untuk membinanya kembali amatlah sukar.

"Oleh itu, janganlah benarkan ia terjadi, wariskanlah Malaysia yang bersatu dan berjaya, kepada generasi Malaysia yang mendatang. Bak kata pepatah, sudah terhantuk baru terngadah, seribu penyesalan sudah tidak berguna," titah Seri Paduka.

Baginda mengingatkan anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih supaya berkhidmat dengan jujur, ikhlas dan terbaik untuk rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Tuanku Abdul Halim turut mengajak rakyat bersama-sama meneruskan usaha mencapai matlamat nasional untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Baginda mengingatkan semua pihak bahawa keamanan dan kemakmuran yang dinikmati saat ini bukannya datang bergolek, sebaliknya hasil daripada pelaksanaan yang teliti dan rapi oleh para pemimpin terdahulu. 

"Menjelang tanggal 31 Ogos ini genaplah 56 tahun kita mencapai kemerdekaan, manakala pada 16 Sept pula kita akan meraikan 50 tahun pembentukan Malaysia.

"Hakikatnya, walaupun secara relatifnya Malaysia merupakan sebuah negara yang masih muda, namun kita telah berjaya meletakkan kedudukan negara pada tempat yang membanggakan seperti yang ada pada hari ini.

"Namun, walau sempurna mana pun strategi yang telah dirangka oleh kerajaan, walau secekap mana pun pelaksanaannya, jika tidak wujud keamanan dalam negara, mana mungkin semua hasrat yang diimpikan mampu dizahirkan," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim turut mengingatkan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan anutan agama dipersatukan dengan lima prinsip Rukun Negara yang merupakan ideologi kebangsaan dan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.

0 comments: