MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

Evolusi GB4B AG menzahir demokrasi ukhuwah

0

Salam perjuangan..

Alhamdulillah setelah melalui proses pencalonan yang mencabar dan amat menduga persahabatan dan ukhuwah akhirnya berjaya juga semua GB4B bermesyuarat agung caw utk memenuhi tanggung jawab sebagai ahli 4B.

Akhirnya 2 calon utk naib pengerusi kawasan, 2 calon naib pengerusi wanita kawasan, 14 jawatankuasa dan 3 org pemeriksa kira-kira..

Malam tadi telah diadakan majlis kompromi dan cabutan no calon di japerun Rumbia.

Setelah sessi kompromi berjalan sambil disaksikan oleh En Abd Latif Mohamad. Setelah kompromi hanya jawatan naib pengerusi kaw sahaja yg dipertandingkan dlm mesy agung tahunan pada 2 Disember 2012.

Semuga majlis pemilihan ini akan berjalan dgn lancar dan dlm semangat ukhuwah yg kental.

Tahniah..tqvmSHN

0 comments:

LAWATAN KERJA KE BANDUNG 22-25 NOV 2012

0

Salam perjuangan...
Selepas mesyuarat di caw GB4B padang kerbau bergegas pulang kerumah utk persiapan lawatan kerja bersama MPJ ke Bandung Indonesia..
Tahniah kepada sahabat yg brsama menjayakan solat hajat dan demo menentang tindakan israiel keatas kekejaman di palestine.
Bertolak ke KLIA bersama sahabat dan moga moga perjalanan di berkati dan dilindungi.. Amin..

0 comments:

MANDAT PERJUANGAN

0

Assallammualaikum dan salam perjuangan..
Saya mengucapkan terimakasih kpd rakan2x yg terus mencalonkan saya sebagai pengerusi GB4B Kaw AlorGajah bagi sessi ini..Saya amat terharu dan bersyukur dgn Allah swt diatas segala galanya..
Apa yg berlaku adalah satu transformasi positif dlm belia 4B kerana belia kita telah menjadikan GB4B sebagai platform terbaik utk memajukan diri dan bersedia sbg pemimpin yg berkarisma dan berwawasan.
Inilah evolusi GB4B AG yg berjaya saya lakarkan disepanjang orintasi saya di AG dari hanya sebuah pertubuhan belia yg lesu dan hanya memenuhkan dan meramaikan ahli dlm sesebuah program tetapi kini sudah berani kehadapan utk menawarkan diri sebagai pemimpin yg bermaruah dan futuristik.Kita telah berjaya menjadi aset yang berharga dan menjadi sekolah belia yg berkualiti dengan melahirkan pemimpin belia yang esklusif dan berwawasan.
Janganlah lupa disamping berkempen dan menawarkan diri janganlah sampai kita memijak atau memfitnah pihak lain kerana ini amalan pembangkang iaitu Pakatan Rakyat tetapi kita selaku persatuan belia yg dominan dgn BN harus sedar dan insaf bahawa masa kini adlah utk bersatu dan mengumpul kekuatan BN.
Semaikanlah semangat perjuangan harmoni agar kita mampu mengangkat martabat belia sebagai ejen pembangunan dan ejen penyatuan di kawasan AlorGajah.
Saya bersedia menawarkan diri sebagai pengerusi kawasan GB4B Alor Gajah dgn mengekalkan jawatan dan menerima dengan hati terbuka walaupun pencabar saya sendiri adlh sahabat baik saya sendiri..
GB4B adalah keluarga yg besar ibarat air yg dicincang tidak akan putus..
Wahai sahabat teruskan perjuangan dan jgn siasiakan usia muda kita dengan emosi dan sikap merendahkan org lain dan terlalu memandang negatif sesebuah perkara hingga lupa konsep Suci Dalam Debu..dan kita harus bijak menilai dan membezakan antara benar dan yg palsu dlm hidup kita.
Sabar dan teruskan usaha murni kita demi pembangunan bangsa dan negara sejajar dgn tuntutan agama..
Saya SUHAIZAN HAJI NOH menawarkan diri utk mengekalkan jwtn pengerusi GB4B Kaw Alor Gajah..
Sekian terimakasih...

0 comments:

LAWATAN PASCA BANJIR PARLIMEN ALOR GAJAH

0

Salam Perjuangan

Pada minggu ini parlimen AlorGajah digemparkan dengan fenomena banjir yang melanda di dun Gadek,Rumbia dan Durian Tunggal..
Manusia hanya mampu merancang dan berusaha utk mengelakkan bencana banjir tetapi Allah jua yang berkuasa dan menentukan segala kehendakNya.
Walaupun parlimen Alor Gajah ditimpa bencana banjir namun Alhamdulillah tidak ada kemalangan yang besar dan kehilangan nyawq yang berlaku..
Sesungguhnya apa yg berlaku adalah dugaan dan ujian dari Allah utk hambaNya. Hanya Dia jua yang mengetahui segala sebab musabab yang berlaku dimuka bumi Allah ini...
Sabar dan redha

0 comments:

Majlis ramah mesra Datuk Abu Dollah dan pemain futs parlimen Alor Gajah

0

Salam perjuangan..

Tahniah kepada para pemain futsal lelaki dan wanita yang berjaya terpilih mewakili team futsal parlimen Alor Gajah ke putrajaya bagi menggalas cabaran keperingkat kebangsaan.

Datuk Abu Dollah selaku penaung pasukan futsal dan mewakili Tan Sri Fong Chan On Ahli Parlimen Alor Gajah mengharapkan kejayaan dan kemenangan kepada team futsal AG. Dan yang paling ditegaskan adlh displin dan keselamatan semua pemain ketika berada di putrajaya kelak...

Majlis ramah mesracini berlangsung dengan baik dan 2 hala di restoren Subaida MITC.

TAHNIAH DAN TERIMAKASIH SEMUA

0 comments:

PAMERAN KERIS DAN MISTIK

1

Salam perjuangan

Tahniah kepada pak syeikh kerana diberi peluang utk membuat pameran di muzium negeri di seremban negeri sembila.

Pameran ini akan berlangsung selama 2 bulan bermula dari 11 November semalam..

Banyak keris keris lama dan baru dan pelbagai senjata lama yg dipamerkan..

Jom pergi beramai ramai ke muzium negeri utk saksikan dan kenali Keseniaan besi warisan bangsa kita..



1 comments:

LAWATAN KE PULAU PENYENGAT..

0

Salam perjuangan

Alhamdulillah dpt juga menjejakkan kaki ke pulau warisan kerajaan melayu johor riau iaitu pulau penyengat..

Sambil melihat kesan kesan tinggalan sejarah seprti tapak istana dan makam makam pembesar dahulu kita juga dpt mengenali saudara serumpun kita yang mengaku sebangsa dan serumpun.

Semuga kesedaran dan pengetahuan ini memberi kekuatan kepada kita utk menjaga dan memelihara warisan bangsa kita ini..




0 comments:

PAMERAN KERIS DAN MISTIK OLEH SYEIKH MAHARANI ABDULLAH SANI

0

Salam perjuangan.

Tahniah kepada pak syeikh yg telah dijemputvutk mengadakan pameran keris dan mistik di muzium negeri,Seremban Negeri Sembilan.

Diharap semua rakan rakan dapat hadir utk sama menyaksikan mistik keris dan barang batang misteri dan juga mistik.

Bersama kita support warisan bangsa kita dan kenal budaya kita.

TAHNIAH



0 comments:

Kata Alu Aluan Nizam Omar Sempena Perasmian RTC Linggi

0

Salam Melaka Maju Negeriku Sayang Negeri Bandar Teknologi Hijau Salam Melaka 750..kami warga belia mengucapkan tahniah kepada kerajaan Negeri Melaka dibawah kepimpinan YAB DS Mohd Ali Rustam kerana berjaya menyediakan fasiliti yang boleh menjana ekonomi dan kemajuan negeri iaitu RTC di Linggi ini..Terimakasih juga kepada kerajaan Malaysia dibawah PM tercinta iaitu YAB DS Najib Tun Razak kerana memilih Linggi utk kemudahan RTC selepas UTC di bandar bersejarah Melaka..Kami para belia bersedia berganding bahu utk memastikan objektif penubuhan RTC ini berjaya lantas memacu kemajuan dari desa hingga ke bandar..Tahniah Melaka diatas perasmian RTC di Linggi oleh PM kita hari ini...Melaka terus melakar sejarah pada hari ini utk kemakmuran dan kemajuan rakyatnya pada masa hadapan..Bergerak!!!!                        Mohd Nizam Omar.                                      Pengerusi GB4B Melaka

0 comments:

GOTONG ROYONG KORBAN

0

Salam perjuangan

AllahuAkbar AllahuAkbar AllahuAkbar

Tahniah kepada Lembaga Surau Al Abidin Kg Abbey kerana berjaya mengadakan ibadah korban berkelompok pada tahun ini.

Dimaklumkan 4 ekor lembu sedia dikorbankan dan ditambah seekor lembu saya sediakan utk ibadah korban tahun ini..

Alhamdulillah pada tahun ini ibadah korban dpt saya laksanakan utk keluarga tercinta..semuga diberikan keberkatan dan dicuci segala dosa dan rezki yg selama ini bercampur gaul dgn perkara yg shubahah dan ragu ragu..

Semuga Allah memberikan rezki yg melimpah ruah  dan memberi peluang kepada saya sekeluarga ke tanah suci Mekah..

Ya Allah ampunkanlah segala dosa dosaku..

Selamat hari raya Aidiladha..





0 comments:

PERUTUSAN RAYA AIDILADHA MOHD NIZAM OMAR DARI JORDAN

0

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ ,لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ, إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ, لاَ شَرِيْكَ لَك

Allahuakbar 3x

Assallamualaikum wmt wbt
Salam 1Malaysia Salam Melaka Maju Negeriku Sayang Negeri Bandar Teknologi Hijau..
Salam Melaka 750 tahun

Alhamdulillah Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam..Bersyukur kita dgn limpah rahmatnya kita ditemukan sekali lagi dengan hari yang agung dan penuh erti pengorbanan iaitu hari raya Aidiladha pada tahun ini..

Pada tahun ini saya menyambut hari raya aidiladha di perantauan..di sebuah negeri yang asing buat saya namun ianya cukup bermakna dan mengambarkan kepada saya betapa bertuahnya kita duduk di negara yang bernama Malaysia..

Dsini bersama rakan rakan seperjuangan yg merupakan sukarelawan Malaysia yang membantu mangsa peperangan di syiria..disini saya lihat penuh dengan kesedihan dan penderitaan hasil dari kerakusan manusia yang sanggup berperang membunuh sesama sendiri hanya kerana kuasa dan nama..

Pengalaman disini amat bermakna buat saya utk saya bawa pulang bagi menzahirkan bahawa kita amat bertuah menjadi warganegara Malaysia..

Kita malaysia hari ni mampu membantu negara lain yg ditimpa kesusahan dan malapetaka. Justeru itu bersempena dengan hari raya korban ini saya menyeru kepada semua rakyat malaysia korbankanlah hawa nafsu dan keegoaan sendiri yang ada dlm diri demi masa depan yg stabil dan cemerlang dan syiar islam kian kukuh dipersada negara..

Ayuh para belia marilah kita jadi pewaris negara yg bersatu berbilang bangsa yg menjaga keutuhan negara bangsa untuk mencapai wawasan 2020..Ikhlas Berkorban demi negara tercinta..

Allahuakbar 3x

Selamat Hari Raya Aidil Adha
Ikhlas dari saya berada di Misi Bantuan Kemanusiaan Jordan-Syiria..

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ ,لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ, إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ, لاَ شَرِيْكَ لَك

Mohd Nizam Omar

0 comments:

SELAMAT JALAN DAN SELAMAT KEMBALI MISI KEMANUSIAAN SYIRIA

0

Salam perjuangan..

Tahniah dan terimakasih kepada kerajaan negeri Melaka kerana menyumbang sebanyak RM 50k utk misi bantuan kemanusiaan ke Jordan dan Syiria. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Yb Datuk Gan Tian Loo Exco Kerajaan Negeri Melaka di KLIA semalam.

Tahniah juga kepada MOHD NIZAM OMAR kerana terpilih mewakili kerajaan negeri Melaka dalam misi murni tersebut. Selain itu juga Mohd Arif Faiz Zainuddin juga dari Melaka telah mengikuti misi keamanan selalu peserta program.

Kami warga melaka amat berterimakasih kpd YAB Mohd Ali Rustam kerana telah mempercayai belia utk mewakili belia dlm misi antarabangsa ini..

Tahniah..

Boleh klik disini



0 comments:

PENCAK SILAT HOL MUHARAM PANJI..

0

Salam perjuangan..

Masa yang dinantikan..masa yg penuh bermakna..tahniah kepada Panji Sendeng Pasir Gudang kerana dgn inisiatif menggembalikan kembali kegemilangan panji dgn mengamjurkan hol muharam dan telah menjemput Perguruan Kota Sendeng utk turut serta.

Program tersebut akan diadakan pada 24 November di kg Cahaya Baru Masai..

Tahniah Panji..



0 comments:

CERAMAH AGAMA DI SURAU AL ABIDIN KG ABBEY

0

Salam Perjuangan..

Terimakasih kepada bahagian RKSK Jabatan Ketua Menteri Melaka kerana memberi peluang kepada JK Surau Al Abidin menganjurkan ceramah agama sempena Aidil Adha di surau kg Abbey..

Alhamdulillah sambutan pada prog malam itu menggalakkan walaupun serentak dgn perlawaman akhir piala Malaysia diantara ATM dan Kelantan..

Tahniah kepada Ustaz Hanuar Talib kerana memberi ceramah dengan baik dan hebat..

Kami para jemaah dan penduduk kampung berharap agar RKSK akan terus memberi peluang kepada kami utk menganjurkan ceramah lagi..

Tahniah dan terimakasih semua..





0 comments:

Semangat Gotong Royong Kekal Subur

0

Salam Perjuangan

Bersyukur kerana kita dpt hidup di sebuah negara yg aman damai dan tiada kacau bilau walaupin kadangkala kita dengar dari lidah pembangkang bagaikan Malaysia ini tidak selamat dan kacau bilau..Tapi diperingkat kampung dan seluruh Malaysia ternyata aman dan tenteram..hanya penjenayah dan yg menyumbang ke arah porak peranda melalui fitnah yang merasa hidup mereka tidak selamat di Malaysia

Alhamdulillah hari ini saya bersama penduduk kampung mengaktifkan semangat gotong royong bagi prog ceramah agama di surau Al Abidin Kg Abbey..

Memang ini menjadi amalan kami di kampung Abbey sekiranya menganjurkan sesebuah program di kampung kami.

Tahniah org kampung semua...



0 comments:

SELAMAT JALAN SUKARELAWAN MALAYSIA KE SYIRIA

0

Salam perjuangan,

Malam tadi sempat bersama Mohd Nizam Omar dan rakan rakan bersama meraikan pelepasan sukarelawan Malaysia ke Syiria di KLIA.

Majlis ini telah dilepaskan oleh YB Datuk Seri Dr Zahid Hamidi menteri pertahanan. Misi ini telah diketuai oleh Datuk Azeez.

Kita doakan agar misi penyelamat Malaysia ini akan selamat dan sejahtera dan berjaya dalam misi kemanusiaan ini. Dan Malaysia kekal di mata dunia sebagai sebuah negara yg stabil dan kekal aman hingga mampu membantu negara seagama ketika negara tersebut dilanda musibah..

Tahniah Datuk Azeez
Tahniah PM DS Najib
Tahniah MALAYSIA..




0 comments:

KUNJUNG HURMAT DAN PENGHARGAAN KEPADA DATUK BORHAN BIN DOLLAH

0

Salam Perjuangan,

Alhamdulillah deligasi kami dari Melaka telah selamat sampai di Putrajaya utk mengadakan majlis kunjung hurmat dan penghargaan kepada Yg Berbahagia Datuk Borhan bin Dollah di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Datuk Borhan merupakan mantan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Malaysia yang telah banyak membantu perkembangan belia di Melaka.

Kami mengucapkan setinggi tinggi Tahniah dan penghargaan kepada Datuk Borhan kerana menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka DPSM yang membawa gelaran Datuk daripada kerajaan Negeri Melaka sempeda Hari Jadi TYT YDP Negeri Melaka ke 74 tahun..

Kami mendoakan agar Datuk Borhan terus majujaya dlm hidupnya sekeluarga....

Bergerak





0 comments:

TAHNIAH SEK PRA SK NYALAS

0

Salam perjuangan..

Alhamdulillah Tahniah kepada pasukan Senamtari Pra Sek Nyalas kerana tlh berjaya mendpt tempat ke 7 diperingkat negeri Melaka semalam yg berlangsung di groundfloor Melaka Mall.

Usaha yg gigih telah ditunjukkan oleh guru pembimbing dan semua pihak yg bersama dlm mengajar dan menunjukajar step step yg dipersembahkan dgn penuh komitmen dan menarik oleh murid murid pra sek yg terpilih..

Tahniah kpd nurin my luvly princess krn membuat persembahan yg baik dgn rakan rakan yg lain..

Semuga kreativiti dan keyakinan dikalangan murid murid pra sekolah akan terus digilap dan dikembangkan...

Tahniah Pra SK Nyalas...



0 comments:

SELESAI BENGKEL MS ISO 9001:2008

0

Salam perjuangan..

Alhamdulillah selesai sudah kursus atau bengkel Ms ISO 9001:2008 anjuran Jabatan Ketua Menteri Melaka dgn Inspin di Hotel Hang Tuah Harritage Melaka Raya Melaka..

Walaupun JKM berteraskan atau mengikut auditornya Sirim dan MPJ pula CI bagi ku tiada bezanya dari segi amalan dan pensijilan..Sebab nota nota yang diberi boleh digunakan utk amalan Iso di MPJ.

Semuanya mahukan yg terbaik utk jabatan masing masing dan memastikan amalan kerja seharian di jabatan kerajaan mengikut standart yg ditetapkan dan mengikut piawaian antarabangsa..

Walau ada org kata bahawa ISO itu Ini Susahkan Orang tapi bagi aku ia sebenarnya adlh penyelamat kepada penjawat awam dan satu cara utk diri kita dari didakwa kerana penyelewengan dan salah guna kuasa..sekiranya kita mengamalkan kerja seharian mengikut prosedur yg telah ditetapkan apayah lagi sudah di ISO kan dan telah mendapat sijil SIRIM atau CI maka kita dlm keadaan selamat..dan mudah menjawab segala tohmahan ataupun ditemubual oleh Sprm...

Semuga segala kerja seharian kita lebih mudah dan terus bersemngat menjadi penjawat awam yg dedikasi bersih cekap dan amanah..

Tahniah semua yg berjaya menamatkan bengkel hari ini...

MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG
NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU..


0 comments:

ZIARAH UKHUWAH DAENG ANDAK AL HABRAH KE ATAS SYEIKH ABDULLAH SANI

0

Salam Perjuangan...

Malam tadi saya bersama Daeng Andak Al Habrah dan Sdr Nazri Bakri telah menziarahi Syeikh Maulana Abdullah Sani di Bakri Muar Johor..Ini adlah kerana Ayahanda Daeng Andak sudah lama tidak menziarahi Pak Syeikh dan ingin bertukar tukar fikiran.

Kebetulan mereka ini minat dlm bidang warisan bangsa seperti keris badik dan rencung acheh maka pwrbincangan dan perbualan hanya berkisar kpd perkara perkara tersebut.

Bagi saya kedua dua individu ini mempunyai ciri yg sama iaitu ingin memelihara mengembang dan menjaga warisan bangsa..Pak Syeikh mengembang melalui Persaudaraan Cahaya DLima dan ayahanda Daeng dengan persatuan Ibunda..

Saya doakan agar 2 org tokoh budaya ini akan terus istiqamah dlm perjuangan mereka dan dlm peliharaan Allah SWT hendaknya..

Kliks sini sbg ole ole



0 comments:

TAHNIAH KEPADA PENERIMA DARJAH BINTANG TAULIAH PINGAT KEBESARAN NEGERI MELAKA

0

Salam Perjuangan..

Pada hari ini Melaka amat bertuah kerana menjalankan satu majlis rasmi penganugerahan Darjah Tauliah Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bersempena dengan Hari Jadi TYT negeri Melaka.

Majlis telah bermula dengan gilang gemilang dengan majlis rasmi disebelah pagi dan setelah itu majlis penganugerahan sessi 1.

Rakyat akan merasa bangga dan merasa bertuah duduk di Melaka apabila segala sumbangan mereka kepada negeri diiktiraf dan dianugerahkan tanda kebesaran negeri Melaka. Usaha ini akan memberi impak yang besar kepada pembangunan dan kemakmuran negeri Melaka.

Tahniah kepada rakan rakan setiap orang yang mendapat penganugerahan dari kerajaan Melaka daripda darjah kebesaran hinggalah ke pingat khidmat lama.

Semuga usaha kita memajukan Melaka akan dilipatgandakan dan semua usaha kita ini akan mendapat lindungan dan naungan Allah selamanya..

Tahniah Melaka

We Luv n We Protect..





0 comments:

SELAMAT HARI JADI TYT YDP MELAKA YANG KE 74 TAHUN

0

Salam perjuangan...

Saya mengucapkan Selamat Hari Jadi Kepada Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Melaka yang ke 74 tahun.

Semuga Allah memberikan kesihatan dan keberkatan umur utk menjadi seorang pemimpin yg berdedikasi dan beriman..

Semuga Melaka terus aman makmur dan maju dibawah naungan TYT Melaka..

SELAMAT HARI JADI Tun..


0 comments:

TAHNIAH TEAM SENAMTARI PRA SEK NYALAS

0

0 comments:

PELAYARAN BERSEJARAH

0

Salam perjuangan..

Pelayaran bersejarah dari Palembang ke Melaka adaptasi sejarah parameswara membuka Melaka..







0 comments: