MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

WAWASAN 2020

0



WAWASAN 2020

Pada 28 Februari 1991, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk “Malaysia: The Way Forward” di Majlis pelancaran Malaysian Business Council.13 Kertas kerja ini mengandungi satu rangka kerja mengenai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020 - dikenali sebagai “Wawasan 2020”.

Sebenarnya Wawasan 2020 bukanlah merupakan sebuah dasar khas, sebagaimana dasar-dasar lain yang dibincangkan sebelum ini. Ia merupakan suatu tindakbalas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan 2020 wajar dibincangkan di sini kerana ia berkaitan rapat dengan usaha kerajaan untuk membangunkan dan mencapai taraf sebuah negara maju. 

Wawasan 2020 menekankan sembilan bentuk cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia, iaitu

(i) Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah “Bangsa Malaysia” dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.
 

(ii) Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan terbentuk jiwanya, yakin akan dirinya sendiri, bangga akan keadaannya kini dan segala sesuatu yang telah dicapainya, dan cukup tangkas untuk menghadapi segala macam rintangan. Masyarakat Malaysia itu mestilah mempunyai sifat-sifat mengejar kecemerlangan, benarbenar menyedari segala kemungkinan dirinya, tidak terkongkong jiwanya, dan dihormati pula oleh bangsa lain. 

(iii) Membentuk dan memperkembangkan sebuah masyarakat demokratis yang matang, yang mengamalkan sesuatu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul, berasaskan muafakat dan musyawarah, dan boleh dicontohi oleh negara-negara membangun lain.

(iv) Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

(v) Membentuk sebuah masyarakat yang matang yang bersifat toleran, dengan setiap warga bangsa Malaysia, tanpa mengira keturunan mahupun kepercayaannya, bebas mengamalkan dan melaksanakan adat resam, kebudayaan serta kepercayaan agamanya masing-masing, tanpa merasa tersisih daripada bangsa tersebut. 

(vi) Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, iaitu sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan. 

(vii) Membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan pada negara mahupun individu tetapi pada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap. 

(viii) Menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil ekonominya. Masyarakat itu akan menjamin pengagihan kekayaan negara secara adil lagi saksama, dengan kemajuan ekonominya dinikmati bersama oleh setiap rakyat. Masyarakat yang demikian tidak akan terbentuk selaga terdapat penentuan fungsi ekonomi berdasarkan kaum dan pemusatan kemunduran ekonomi kepada kelompok-kelompok kaum yang tertentu.

(ix) Membentuk sebuah masyarakat yang makmur, dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan.

Cabaran-cabaran di atas telah membangkitkan beberapa isu utama yang harus dihadapi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju. Isu-isu berkenaan termasuklah:

(i) Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia. Rakyat di negara ini tidak lagi diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Bagi membentuk satu negara bangsa Malaysia, beberapa istilah tertentu seperti perpaduan kaum, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlu difahami dan diamalkan. 


(ii) Negara Perindustrian. Mengubah corak ekonomi dari negara pertanian kepada perindustrian bagi mencapai status sebagai negara maju. Ini bermakna, rakyat harus bersedia bukan sahaja dalam proses perubahan dari kehidupan bertani kepada perindustrian, tetapi juga perubahan dalam teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan. 

(iii) Moral dan Etika. Berlainan dengan konsep negara maju yang lebih bercirikan kebendaan, negara maju alaMalaysia berpegang kepada falsafah moral dan etika yang berasaskan kepercayaan agama. Tanpa nilai-nilai ini, kesejahteraan dan keharmonian yang wujud tidak akan berkekalan, sebaliknya membawa keburukan. 

(iv) Keadilan Ekonomi dan Sosial. Aspek ini merupakan penegasan semula ke atas isu-isu yang menjadi perhatian utama seperti pembasmian kemiskinan dan keseimbangan sosio-ekonomi di antara kaum, di antara wilayah, di antara negeri dan di antara bandar dan luar bandar. Wawasan 2020 meminta semua rakyat Malaysia tidak membuat tafsiran salah terhadap bantuan yang diberi kepada sesuatu kaum tertentu. Sebaliknya ia merupakan usaha bagi membaiki ketidakseimbangan yang wujud dalam masyarakat. 

(v) Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan. Hakikat bahawa keluarga adalah asas pembentukan masyarakat dan masyarakat menjadi asas pembinaan negara tidak dinafikan. Ini bermaksud, kekuatan dan kemajuan sesebuah negara terletak pada keluarga dan masyarakat. Dengan itu, nilai dan cara hidup (seperti masyarakat penyayang) perlulah dibentuk pada peringkat awal lagi iaitu melalui institusi keluarga.

0 comments:

LANGKAH-LANGKAH PENUBUHAN MALAYSIA

0



LANGKAH-LANGKAH PENUBUHAN MALAYSIA

1. Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ( Malaysian   Solidarity Council Comitee - JPPM)

JPPM ditubuhkan bertujuan untuk menerangkan kepada rakyat mengenai gagasan pembentukan Malaysia dengan lebih jelas lagi. Walaupun pada peringkat awal Sabah dan Sarawak serta sesetengah pihak di Singapura menentang penubuhan Malaysia, namun sikap ini telah agak berubah apabila wakil Tanah Melayu yang hadir di Persidangan Komanwel di Singapura yang diketuai oleh Kapten Dr. Abdul Hamid Khan, dan  berpeluang menerangkan tentang gagasan penubuhan Malaysia. Hasilnya satu jawapan positif telah diterima dan selanjutnya Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) telah dibentuk pada 23 Julai 1961 yang telah dipengerusikan oleh Donald Stephen. Jawatankuasa ini bertanggungjawab dalam usaha untuk mendapatkan persetujuan  dari pemimpin-pemimpin Singapura, Sabah, dan Sarawak dan juga bertujuan untuk mendapatkan pandangan-pandangan yang berkesan mengenai penubuhan Malaysia.     Pembentukan JPPM merupakan satu kejayaan diplomasi yang besar dan merupakan pembuka jalan kepada rundingan-rundingan selanjutnya. Usaha-usaha yang lebih giat telah dijalankan oleh jawatankuasa ini melalui empat rundingan yang telah dijalankan, iaitu

(i) 21 Ogos 1961 di Jeselton; (ii) 18 Disember 1961 di Kucing; (iii) 6 Januari 1962 di Kuala Lumpur; dan (iv) 1 Februari 1962 di Singapura.

Dalam ke empat-empat rundingan ini, Brunei tidak menghantar wakil dan pada tahun 1962 mereka telah menyatakan pendirian bahawa mereka tidak berminat terhadap rancangan ini.

Dalam perjumpaan-perjumpaan ini, wakil-wakil dari Tanah Melayu seperti Ismail Yusof dan Datuk Ong Yoke Lim serta Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew telah memainkan peranan yang penting dalam memberikan maklumat kepada pemimpin Sabah  dan Sarawak tentang kebaikan menyertai penubuhan Malaysia. Di samping itu, mereka telah diundang dalam lawatan-lawatan muhibah ke Kuala Lumpur dan diberikan penerangan mengenai kemajuan-kemajuan yang telah dicapai oleh Tanah Melayu sepanjang tempoh kemerdekaannya.

2. Suruhanjaya Cobbold

Lanjutan daripada persetujuan yang telah dicapai dalam JPPM dan keputusan kerajaan Britain menyokong gagasan penubuhan Malaysia, satu suruhanjaya telah dibentuk  dengan untuk tujuan meninjau dan mengkaji pandangan penduduk Sabah dan Sarawak pada 16 Januari 1962. Ia telah dipengerusikan oleh Lord Cobbold, manakala ahli-ahli yang dilantik oleh Britain ialah Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Selain dari itu jawatankuasa ini juga turut dianggotai oleh ahli-ahli yang dilantik oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Ghazali Shafie dan Datuk Wong Pow Nee. Hasil dari  tinjauan yang telah dilakukan oleh jawatankuasa ini menunjukkan bahawa 81 peratus dari penduduk Sabah dan Sarawak menyokong dan mahu menyertai Malaysia.

Pada perkiraan rakyat negeri itu dengan menyertai Malaysia, maka Sabah dan Sarawak akan dapat mencapai kemerdekaan lebih awal dari Britain. Selain itu, mereka juga bimbangkan ancaman komunis yang semakin merbahaya. Sekiranya Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, ancaman komunis lebih mudah diatasi dengan bantuan Kuala Lumpur nanti. Selain dari faktor kemajuan dan kemakmuran yang telah dicapai oleh Persekutuan Tanah Melayu sejak mencapai kemerdekaan, penampilan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri dan ketegasan kerajaan Persekutuan terhadap komunis telah menarik sokongan penduduk Sabah dan Sarawak untuk menyertai Malaysia.

Jumlah peratusan ini meliputi satu per tiga dari penduduk di negerinegeri ini yang menyokong, satu per tiga tidak menentang,  tetapi mensyaratkan hak-hak mereka dijamin terlebih dahulu, manakala satu per tiga lagi tidak bersetuju dan mahukan kemerdekaan secara berasingan. Kebanyakan kumpulan yang menentang merupakan golongan minoriti dan golongan bukan Bumiputera. Mereka bimbang akan kehilangan hakhak mereka juga takut akan didiskriminasikan oleh kerajaan yang bakal terbentuk nanti. Di samping itu, juga mereka bimbangkan soal dominasi Melayu. Singapura pula telah menghantar referendum menyokong penubuhan Malaysia.

Setelah meninjau pandangan rakyat serta para pemimpin Sabah dan Sarawak, maka satu persetujuan telah dicapai oleh suruhanjaya tersebut. Persetujuan tersebut ialah

(i) Perlembagaan yang bakal di tubuh hendaklah berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. (ii) Malaysia adalah nama persekutuan yang bakal dibentuk.  (iii) Persetujuan dalam soal penghijrahan baik luar negeri mahupun dari Semenanjung dan Singapura, di mana kerajaan negeri Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa dalam menentukan kemasukan orang luar. (iv) Majlis Undangan Sabah dan Majlis Negeri Sarawak diberi hak untuk menentukan hal-ehwal yang berkaitan dengan agama. (v) Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan di kedua-dua negeri.

3. Pungutan Suara Singapura

Oleh kerana Singapura merupakan negeri yang telah mencapai taraf berkerajaan sendiri, maka ia tidak termasuk dalam bidang penyiasatan Suruhanjaya Cobbold. Walaupun barisan pemimpin Singapura mengalualukan rancangan penubuhan Malaysia dan mengatakan kesediaan mereka untuk bergabung, namun banyak pihak di Singapura menentang hebat rancangan ini. Antaranya ialah kumpulan kiri dan Parti Barisan Sosialis. Bagi membuktikan bahawa tidak ada sebarang paksaan dalam menyertai Malaysia oleh pihak Singapura ke atas rakyatnya, maka satu pungutan suara telah dibuat dan mendapati bahawa 71 peratus penduduk Singapura memilih untuk menyertai Malaysia.8

4. Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK)

Setelah persetujuan telah dicapai di kalangan pemimpin dan  penduduk, satu usaha telah dijalankan bagi merangka serta membentuk syarat pembentukan kerajaan Persekutuan yang terperinci. Sehubungan itu, pada Ogos 1962 Jawatankuasa Antara Kerajaan telah dibentuk. Ia telah dipengerusikan oleh Lord Landsdowne dan dianggotai oleh Tun Abdul Razak, Donald Stephen, Abang Haji Mustapha, Temenggung Jugah, dan seorang wakil dari Britain, serta seorang wakil dari Persekutuan Tanah Melayu. Dalam jawatankuasa ini, pemimpin-pemimpin Parti Perikatan Sabah mahukan kepentingan dan masalah rakyat Sabah yang dikemukakan dan Tuntutan 20 dipertimbangkan. Tuntutan tersebut antara lain mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, pendidikan, imigresen, bahasa, dan perwakilan ke Parlimen.   

JAK telah menubuhkan lima jawankuasa kecil bagi mengkaji dan meneliti aspek-aspek perlembagaan, kewangan, perundangan, kehakiman, dan organisasi jabatan. Setelah   bersidang beberapa kali dan  mengambil kira semua perkara yang berkait dengan tuntutan rakyat dari negeri yang akan bergabung dengan Tanah Melayu, maka satu laporan telah dikeluarkan dan menjadi asas kepada Perjanjian Malaysia. Penubuhan Persekutuan  Malaysia kemudiannya diisytiharkan di Stadium Negara pada 16 September 1963. 


0 comments:

Rundingan Baling

0





Rundingan Baling

Akibat tekanan daripada pelbagai penjuru oleh kerajaan, PKM merasakan corak dan cara perjuangan harus disesuaikan kembali pada tahun 1955. Perjuangan bersenjata dan kekerasan tidak lagi praktikal kerana pasukan keselamatan telah diperbesar dan diperlengkapkan, para penyokong dan yang memberi simpati telah dikawal serta sebahagian besar rakyat telahpun selesa dengan sistem dan peraturan yang kerajaan laksanakan. Lagipun, pada peringkat negara sekeliling dan antarabangsa telah memperlihatkan satu kompromi atau usaha damai antara perjuangan komunis dengan demokrasi. Misalnya di Indochina dan di Korea telah diadakan gencatan senjata pada tahun 1951 dan 1953 lagi. Perjuangan pemberontakan Huk di Filipina telah ditewaskan pada tahun 1954, dan pemimpin utama komunis Russia Khruschev telah menyarankan supaya diwujudkan suasana aman damai (peaceful coexistence), dan komunis China telah menyuarakan tidak akan membantu lagi perjuangan PKM semasa Sidang Bandung tahun 1955. Semua ini telah mempengaruhi arah tuju dan perjuangan PKM.

Satu lagi peristiwa dalam negeri yang mengubahkan pendirian mereka ialah Pilihanraya Umum Persekutuan Tanah Melayu pada Julai 1955. Bagi menyelamatkan maruah daripada gagal dalam perjuangan bersenjata, PKM merasakan perlu bagi mereka untuk turut serta dalam pilihanraya tersebut. Dengan ini mereka telah menawarkan untuk mengadakan perundingan dengan pemimpin-pemimpin politik. Dalam keadaan kesibukan mengadakan pilihanraya, tidak dapat diaturkan sebarang pertemuan. Lagipun, setiap pertemuan dengan PKM harus mendapat

kelulusan pihak kerajaan. Setelah Tunku Abdul Rahman (Tunku) dilantik menjadi Ketua Menteri pada 31 Julai 1955, beliau telah mendapat kebenaran kerajaan bagi memberi pengampunan kepada PKM yang menyerahkan diri mulai 9 September 1955. Namun tawaran ini tidak menarik perhatian anggota PKM yang mana mereka mahu keluar dari hutan dengan cara yang lebih terhormat.

Sehubungan itu, satu perundingan yang dikenali sebagai Rundingan Baling telah berlangsung selama dua hari pada 28 dan 29 Disember 1955. Rundingan ini telah diadakan di Dewan Persidangan di pekan Baling, Kedah. Persidangan pertama berlangsung pada jam 1415. Wakil kerajaan diketuai oleh Tunku dengan ditemani oleh David Marshall (Ketua Menteri Singapura) dan Tan Cheng Lok. Manakala PKM diketuai oleh Chin Peng dan dibantu oleh Chen Tien (menjadi penghubung PKM dalam menjayakan pertemuan perundingan) dan Abdul Rashid Maidin. Dari apa yang digambarkan oleh Tunku bahawa Chin Peng tidak bersedia menerima syarat menyerah diri dan meletakkan senjata. Meskipun Tunku memberinya peluang untuk tidak tergesa-gesa memberi jawapan, namun beliau terus bertegas tidak dapat menerima tawaran tersebut dalam pertemuan kedua pada esoknya. Bagi pihak Tunku pula, beliau tidak dapat menerima tuntutan PKM untuk menyerah diri dan meletakkan senjata tanpa syarat dan dibenarkan partinya bergerak sebagai parti politik yang sah.
 



Oleh kerana terdapat perbezaan matlamat dan cita-cita perjuangan, maka perundingan itu berakhir dengan tidak mendapat sebarang keputusan yang jelas dan dianggap gagal. Bagi Tunku, pengampunan yang diberi sebagai jalan penyelesaian kepada perjuangan PKM yang menakutnakutkan dan keganasan pada rakyat bukannya cara terbaik untuk menghalau penjajah. Ini disebabkan penjajah telah bersetuju untuk memberikan kemerdekaan dan beliau dalam tempoh yang terdekat akan berangkat ke London bagi merundingkan tarikh dan syarat kemerdekaan. Kebebasan bergerak bermakna memudahkan PKM mendampingi rakyat bagi mengembangkan ideologi komunis yang telah ditolak oleh hampir keseluruhan rakyat. Chin Peng pula melihatkan pengampunan sebagai satu kegagalan dalam perjuangannya menghalau penjajah yang selama ini diperjuangkannya. Mereka lebih mengharapkan perundingan ini untuk mendapatkan kerjasama pemimpin politik bagi sama-sama menghalau penjajah. Mereka mempunyai hasrat atau matlamat yang tersembunyi, iaitu setelah berjaya menghalau penjajah, mudahlah bagi mereka mengambil semula negara ini kerana mereka mempunyai kekuatan ketenteraan dan para pendokong perjuangan.

Semasa perundingan berlangsung, kawalan keselamatan diperketatkan bagi menjamin tidak berlakunya sebarang kejadian buruk. Pihak

keselamatan dan PKM telah bersetuju mengadakan genjatan senjata bagi membolehkan pihak PKM keluar mengiring dan memerhati perkembangan perbincangan. Apa yang menariknya perbincangan ini telah berjalan dengan suasana tenteram tanpa sebarang gangguan. Pihak PKM yang mengiringi wakil mereka telah dibenarkan berjalan-jalan di pekan Baling dan membeli keperluan makanan di pasar. Ini kerana Chin Peng meminta penyediaan makanan untuk mereka disediakan sendiri selain daripada makanan dalam tin kegunaan tentera yang disediakan untuk mereka.

Kegagalan rundingan ini telah diduga. Pihak kerajaan sebenarnya tidak begitu merestui rancangan Tunku memberi pengampunan dan mengadakan perundingan. Atas usaha yang telah dibuat, Tunku berjaya mendapat kebenaran mengadakan perbincangan itu bagi sekurangkurangnya untuk melihat dan menilai perjuangan sebenar PKM. Selain pihak kerajaan, akhbar-akhbar diseluruh dunia turut tidak yakin dengan hasil perundingan itu nanti. Bagi mereka Tunku seperti memperjudikan nasib negara dan masa depan politiknya apabila mengadakan perundingan tersebut. Memang tepatlah seperti apa yang diduga.

PKM tidak berputus asa. Ada usaha untuk mengadakan rundingan kedua setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Usaha ini ditolak oleh Tunku kerana yakin negara akan dapat mengatasi masalah komunis. Setelah gagal dengan usaha ini, bermakna untuk meneruskan perjuangan melalui saluran politik yang sah telah tertutup. Untuk meneruskan perjuangan dengan kekerasan pula telah tidak berkemampuan setelah ramai anggota terkorban dan kurangnya sokongan daripada rakyat. Dengan itu, Chin Peng telah mengarahkan para anggota dan penyokongnya di hutan supaya mengelakkan diri daripada bertembung dan bertempur dengan pasukan keselamatan. Tujuannya bagi mengelakkan anggota yang terlatih daripada terkorban dan dalam masa yang sama dapat menyusun strategi dan mempertingkatkan lagi latihan. Dalam masa yang sama PKM berusaha untuk memanjangkan lagi suasana darurat yang boleh melambatkan proses pembangunan dan menyusahkan rakyat setelah banyak peruntukan disalurkan kepada pasukan keselamatan. Bagi komunis, apabila negara menjadi lemah dan mundur, mudahlah rancangan jangka panjang mereka dapat dilaksanakan melalui kaedah pengeksploitasian isu semasa


0 comments:

PENDIDIKAN UNTUK MENYATUKAN PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA

0




PENDIDIKAN UNTUK MENYATUKAN PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA

Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama. Oleh itu, wujud aliran pendidikan dan amalan budaya yang berbeza antara kaum di Malaysia. Perkara ini telah menyukarkan usaha menyatupadukan penduduk Malaysia. Justeru kerajaan telah mengambil langkah bijak dalam menangani masalah tersebut.

Selepas negara mencapai kemerdekaan, timbul kesedaran tentang kepentingan penyatuan rakyat melalui pendidikan. Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk membentuk satu identiti baru. Setelah Parti Perikatan memenangi Pilihan Raya Persekutuan pertama pada tahun 1955, timbul keperluan untuk mengkaji semula masalah pendidikan di Tanah Melayu. 

Usaha ke arah penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan dibuat menerusi Laporan Razak 1956. Jawatankuasa Razak dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein iaitu Menteri Pelajaran pada waktu tersebut. Jawatankuasa tersebut yang terdiri daripada sembilan orang wakil Melayu dan enam orang wakil bukan Melayu, ditugaskan untuk meneliti dasar pendidikan dan merangka satu sistem pendidikan kebangsaan bagi semua kaum di Tanah Melayu. Jawatankuasa Razak mengadakan perjumpaan dari 30 September 1955 hingga 14 April 1956, dan telah menerima 151 memorandum dari badan awam, pertubuhan dan orang perseorangan. Jawatankuasa ini menerbitkan laporan pada 16 Mei 1956. Penyata ini dibentang dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 7 Mac 1957, dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1957. 

Ordinan tersebut disemak semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib yang dibentuk selepas Pilihan Raya Kebangsaan pada tahun 1959 di Tanah Melayu. Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran, Dato’ Abdul Rahman Talib dengan tiga orang ahli MCA seorang ahli MIC dan empat orang ahli UMNO. Laporan tersebut dikenali sebagai Laporan Rahman Talib 1960 yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Seterusnya dalam tahun yang sama, Dasar Pendidikan Kebangsaan telah digubal untuk mewujudkan perpaduan kaum melalui pendidikan. Dasar ini memberi penekanan kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti, pemantapan pemikiran dan perpaduan negara.

0 comments:

KE ARAH PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA

0


KE ARAH PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA
 

Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dilaksanakan pada tahun 1971 merupakan rancangan jangka panjang kerajaan mencakupi tempoh 20 tahun (1971-1990) sebagai usaha mewujudkan integrasi nasional. Matlamat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan keharmonian sosial melalui pembangunan ekonomi yang seimbang di Malaysia. DEB adalah rancangan pembangunan sosioekonomi dan perpaduan negara yang diperkenalkan untuk memastikan kekayaan dan peluang ekonomi di Malaysia dapat dinikmati secara adil dan saksama oleh semua kaum, dalam usaha mewujudkan perpaduan politik. DEB mempunyai matlamat serampang dua mata, iaitu

(i) Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. (ii) Menyusun semula masyarakat bagi mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan kegiatan ekonomi. 

DEB tidak bertujuan untuk merampas kekayaan orang lain dan memberikan kekayaan tersebut kepada orang miskin, tetapi bertujuan untuk mengagihkan semula pendapatan negara yang sedang berkembang supaya dapat dinikmati oleh semua rakyat. DEB diperkenalkan dengan harapan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang memiliki system nilai yang sama tanpa dibataskan oleh budaya dan sosioekonomi setiap kaum yang berbeza.
 

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000)

DPN telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada masa tersebut iaitu Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991. DPN merupakan kesinambungan daripada DEB. DPN berteraskan satu konsep pembangunan iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Pelbagai program telah dirancang untuk membela kehidupan rakyat miskin dan menyusun semula masyarakat.
 

Matlamat DPN:

(i) Melengkapkan rakyat Malaysia dengan nilai-nilai positif.  (ii) Melahirkan tenaga kerja berkualiti. (iii) Mewujudkan perpaduan kaum serta mengekalkan pertumbuhan ekonomi. (iv) Membolehkan Malaysia mencapai taraf sebagai negara maju dalam semua aspek pembangunan.
 

Wawasan 2020

Dasar Wawasan 2020 merupakan satu usaha kerajaan untuk menggerakkan perpaduan kaum dan membentuk bangsa Malaysia yang disegani dunia pada masa hadapan. Dasar ini diumumkan oleh Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur. Wawasan 2020 merupakan satu langkah murni, positif dan dinamik untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. 

Wawasan 2020 telah menggariskan sembilan cabaran strategik yang perlu diatasi:

(i) Cabaran untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu. 

(ii) Cabaran untuk mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang berjiwa merdeka. 
(iii) Cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat demokrasi. 
(iv) Cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat beragama, bermoral dan beretika. 
(v) Cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang matang, liberal dan bertolak- ansur. 
(vi) Cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang mengamalkan budaya saintifik dan progresif. 
(vii) Cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat penyayang. 
(viii) Cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang adil dan saksama dari segi ekonomi. 
(ix) Cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang kaya dan makmur.

Wawasan ini dilaksanakan berasaskan tujuh teras untuk melahirkan rakyat Malaysia yang maju dalam segenap aspek kehidupan:

(i) Membina masyarakat yang berdaya saing. 

(ii) Menggalakkan masyarakat yang saksama. 
(iii)  Pembangunan alam sekitar. 
(iv) Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan. 
(v) Mewujudkan ekonomi berdaya saing antarabangsa. 
(vi) Mengekalkan pertumbuhan ekonomi. 
(vii) Pembangunan sumber manusia.

0 comments:

RUSUHAN ETNIK MEI 1969 DAN KERAJAAN DARURAT

0

RUSUHAN ETNIK MEI 1969 DAN KERAJAAN DARURAT

Pilihanraya Persekutuan pada tahun 1969 dipenuhi isu-isu sensitif mengenai pendidikan dan bahasa. Semenjak merdeka, Malaysia telah berhadapan dengan ancaman luaran dan dalaman yang telah meredakan tuntutan kelompok etnik demi perpaduan negara. Pada tahun 1969, faktor-faktor tersebut tidak wujud lagi. Setiap kelompok etnik melihat pilihanraya tahun itu sebagai peluang untuk mengekalkan kepentingan sendiri terhadap pencerobohan kelompok lain. Keputusan pilihanraya itu merupakan satu pukulan teruk kepada Parti Perikatan. Walaupun masih memegang majoriti kerusi dalam Dewan Rakyat, jumlahnya telah jatuh merosot daripada 89 pada tahun 1964 kepada 66, dan jumlah undi merosot dari 58.4% pada tahun 1964 kepada 48.5% pada tahun 1969. Parti Gerakan, DAP dan PPP memenangi 25 kerusi, dan PAS memenangi 12 kerusi. Oleh itu, kerajaan Perikatan telah hilang majoriti 2/3 dalam Dewan Rakyat. Ini bermakna kerajaan tidak boleh lagi meminda Perlembagaan menurut sesuka hati (Leonard dan Barbara Andaya, 1983).

Pada 13 Mei, tiga hari sesudah pilihanraya, parti-parti pembangkang iaitu Gerakan dan DAP serta penyokong-penyokong mereka telah merayakan kemenangan mereka dengan bersorak di sepanjang jalanraya di Kuala Lumpur dan perkara ini membangkitkan kemarahan masyarakat Melayu (Malaysia Kita, 2002). Perarakan balas oleh para penyokong UMNO pada 13 Mei bertukar, menjadi keganasan yang sukar dikawal di seluruh Kuala Lumpur (Means, 1967). Keadaan darurat telah diisytiharkan di bawah artikel 150 dari Perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan telah dibubarkan dan Malaysia diperintah oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, selama 18 bulan. Berikutan peristiwa tersebut, Tunku Abdul Rahman telah meletak jawatan sebagai pemimpin UMNO dan Perdana Menteri. Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih tugas mentadbir negara dan membina semula struktur pembangunan negara (Malaysia Kita, 2002). Keamanan dan ketenteraman hanya dapat dipulihkan setelah empat hari pertumpahan darah. Selama dua bulan sesudah rusuhan 13 Mei, kejadian-kejadian keganasan perkauman masih berterusan. Kerajaan akhirnya mengancam akan mengambil tindakan keras ke atas kumpulankumpulan militan Melayu, terutamanya mereka yang mendesak Tunku supaya meletak jawatan kerana amalan polisinya yang terlalu mengalah kepada kaum-kaum etnik yang lain.

Pimpinan Melayu dalam Perikatan menyalahkan pihak pembangkang kerana kecaman mereka yang lantang terhadap hak-hak istimewa orang Melayu yang menyebabkan orang Melayu bertindak ganas. Namun dakwaan ini dinafikan dengan kerasnya. Kerajaan telah memberi amaran sekiranya perbuatan melampau itu berterusan, sistem pemerintahan secara demokrasi berparlimen perlu diubah. Rusuhan 13 Mei itu menggambarkan betapa kuatnya kecurigaan antara golongan etnik. 

Untuk mewujudkan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang pelbagai etnik, kerajaan darurat telah mengambil beberapa langkah. Pada Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara ditubuhkan untuk mencipta satu ideologi kebangsaan, disamping menyusun program sosial dan ekonomi yang baru. Pada 31 Ogos 1970, Hari Kemerdekaan Malaysia, ideologi baru yang dinamakan Rukunegara telah diisytiharkan dengan rasmi.

Pada bulan Januari 1970, Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan untuk mengadakan garis-garis panduan yang positif dan praktikal bagi kerjasama antara kaum dan integrasi sosial untuk pembentukan satu keperibadian nasional Malaysia. Badan ini mengandungi wakil-wakil dari menteri, kerajaan-kerajaan negeri, parti-parti politik, Sabah, Sarawak, kumpulan-kumpulan agama, badan-badan professional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, persatuan-persatuan majikan, pihak akhbar, guru-guru dan kumpulan minoriti. Majlis yang mewakili semua kelompok masyarakat boleh mencapai muafakat sebenar. Kerajaan memerintah secara muafakat dalam sebuah perhimpunan am secara demokrasi berparlimen, menurut corak barat. Melalui perbincangan-perbincangan yang telus, diharap dapat menyelesaikan masalah perpaduan antara kaum di Malaysia..

0 comments:

ISLAM , MELAYU DAN BAHASA MELAYU

0

====Islam Sebagai Agama Persekutuan

Kedudukan Islam sebagai agama rasmi termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Per 3 (1). Keadaan ini memberi implikasi bahawa kedudukan Islam sebagai agama rasmi mestilah dihormati kerasmiannya. Walaupun agama lain bebas dianuti dan diamalkan tetapi kedudukannya tidak sama dengan agama Islam. Oleh kerana kerasmiannya maka keutamaan diberikan kepada agama Islam dalam perancanganperancangan yang dibuat umpamanya Penerapan Nilai-nilai Islam. Namun apa yang lebih penting yang perlu dilihat juga ialah kebebasan beragama dan tiada paksaan dalam beragama dan setiap manusia harus seharusnya saling kenal mengenali antara satu sama lain. Al-Qur’an menegaskan:

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang teguh yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (2:256) 





===Ketuanan Melayu 

boleh dikaitkan dengan hak-hak istimewa orang-orang Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Per 153. Namun begitu dalam negara demokrasi setiap rakyat adalah sama di sisi undang-undang dengan setiap rakyat berhak untuk mengundi dalam pilihanraya. Dalam hal ini sudah tentulah kaum Melayu adalah majoriti berbanding dengan kaum lain. Oleh itu pembinaan jatidiri juga harus mengambil kira faktor ketuanan Melayu ini. Selain dari itu kewujudan kaum besar yang lain seperti kaum Cina dan India harus juga diberi perhatian dalam membina perhubungan yang sejahtera dalam negara Malaysia. Kaum-kaum minoriti yang lain seperti Kadazan, Dusun, Iban dan yang lain juga tidak boleh dipinggirkan dalam membentuk jatidiri rakyat Malaysia. Pelbagai kaum sebenarnya terlibat dalam pembangunan negara sebagai seorang rakyat yang merdeka.

===Kedudukan Bahasa Melayu

Bahasa merupakan satu medium yang cukup penting dalam perhubungan antara satu sama lain. Manusia saling kenal mengenali melalui bahasa dan dalam situasi negara, bahasa menjadi medium utama untuk berkomunikasi. 

Keutuhan dan kesepaduan antara kaum mampu dicorakkan oleh faktor bahasa. Dalam keadaan Malaysia yang berbilang kaum dan bahasa ini, kewujudan bahasa Melayu sebagai alat perhubungan adalah amat penting. Apatah lagi bahasa Melayu merupakan bahasa Kebangsaan seperti yang tertera di bawah Per 152 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Oleh kerana itu bahasa Melayu perlu diajar, disemai dan dipupuk dikalangan rakyat Malaysia keseluruhannya. Bahasa Melayu boleh menjadi alat yang amat penting untuk memupuk perpaduan. Walaupun begitu, kebebasan juga diberikan kepada rakyat berbilang kaum untuk bertutur  dan belajar  bahasa ibunda mereka. Kesimpulannya, pembinaan jatidiri perlu mengambil kira perkara-perkara di atas supaya tidak timbul perbalahan dan rasa tidak puashati antara etnik.


 

0 comments:

SIDDIQ PHOTOSTAT ATOK NOH JE

0




Assallammualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah pada minggu lepas 22/7/2018 sempat meluangkan masa untuk membawa anak anak ke Mydin Melaka..takde beli apa pun cuma outing je dengan diorg semua..

walaupun agak sibuk dengan mentelaah pelajaran namun masa kena lapangkan juga untuk membawa anak anak keluar walaupun mydin melaka jer..

layankan siddiq ni...huhuhu copy muka atuk jer bila pakai songkok..

hehehehe

0 comments:

UCAPAN HOS PERHIMPUNAN BULAN - UNIT AUDIT DALAM MPJ

0





BISMILLAHI SYAFI , BISMILLAHI KAHFI , BISMILLAHI MUAAFI

BISMILLAHILLAZI LA YUDURRU MAAS MIHI SYAIUN FIL ARD WALA FISSAMA I WAHUWASAMIUL ALIM

ASSALLAMMUALAIKUM WMT WBT

SALAM SEJAHTERA , SALAM MELAKA BERWIBAWA , PINTAR ,  HIJAU ,  BERSIH

TERIMAKASIH DIUCAPKAN KEPADA PENGACARA MAJLIS,


YANG BERBAHAGIA, TUAN HAJI MUSTAFA BIN ALI , YDP MPJ

YANG BERUSAHA, ENCIK ZAINOL ADNAN BIN MOHD SAID ,SETIAUSAHA MPJ

KETUA KETUA JABATAN , KETUA KETUA UNIT ,SETERUSNYA WARGA KERJA MPJ, YANG DIKASIHI SEKALIAN.

ALHAMDULILLAH , BERSYUKUR KITA KEHADRAT ILLAHI, KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA ,KITA DAPAT BERKUMPUL DAN BERHIMPUN, DI PERHIMPUNAN PAGI,YANG MULIA INI.

UNTUK MAKLUMAN, PERHIMPUNAN PAGI PADA KALI  INI, UNIT AUDIT DALAM , UAD , TELAH MENJADI HOS , DAN TERIMAKASIH DIUCAPKAN KEPADA KUMPULAN KOIR , USTAZ SUFIAN MARIDAN, SELAKU PEMBACA DOA SETERUSNYA ENCIK  AHMAD KAMAL YANG TELAH MENGETUAI , LAFAZ IKRAR , SEBENTAR TADI.



TUAN YDP,

UNIT AUDIT DALAM MPJ , TELAH DITUBUHKAN  PADA TAHUN 2010 , SEBAGAI SALAH SATU KRITERIA , UNTUK DINAIK TARAF , DARI MAJLIS DAERAH JASIN , KEPADA  , MAJLIS PERBANDRAAN JASIN.

SETAKAT HARI INI UAD ATAU UNIT AUDIT DALAM MEMPUNYAI 2 ORANG STAFF IAITU SAYA SENDIRI SELAKU KETUA UNIT AUDIT DALAM DAN PUAN AQILAH SELAKU PEMBANTU JURU AUDIT.

TUGAS DAN PERANAN UAD ADALAH PENTING UNTUK MEMBANTU MPJ DALAM MENJALANKAN OPERASI DAN AKTIVITI HARIAN SUPAYA SELARI DAN SEIRING DENGAN PERATURAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN.

PERATURAN TERSEBUT ADALAH SEPERTI ARAHAN PERBENDAHARAAN NEGARA PERKELILING PERKELILING YANG DITERIMA PAKAI OLEH PBT(PIHAK BERKUASA TEMPATAN). JUGA AKTA AKTA YANG BERKAITAN.




UAD AKAN MENJALANKAN AUDITAN BERKAITAN

YANG PERTAMA BAHAGIAN KEWANGAN ,

DIANTARA AKTIVITI AUDITAN IALAH PEMERIKSAAN MENGEJUT , PEMERIKSAAN STOR DAN PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN.

YANG KEDUA IALAH BAHAGIAN  PENGURUSAN ,

YANG KETIGA IALAH AUDITAN BAHAGIAN KUALITI , UNIT AUDIT DALAM JUGA TELAH DIBERI MANDAT SELAKU URUSETIA AUDIT DALAMAN BERKAITAN PENGAUDITAN KUALITI IAITU EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) , ISO 9001:2015 , DAN PENGAUDITAN AMALAN HIJAU JUGA MENJALANKAN AUDITAN KHAS DAN KERJA KERJA YANG DIARAHKAN OLEH YDP DARI MASA KE SEMASA.

DISINI UAD MENGAMBIL PELUANG MENGUCAPKAN TERIMAKASIH KEPADA SEMUA KETUA JABATAN DAN WARGA KERJA MPJ YANG TELAH MEMBERI KERJASAMA YANG BAIK TERHADAP UNIT AUDIT DALAM DAN

TERIMAKASIH JUGA KEPADA BARISAN JK AUDIT DALAM YANG DILANTIK UNTUK SAMA SAMA MELAKUKAN AUDIT DALAM SEPERTI JK AUDIT EKSA , BARISAN JURUAUDIT ISO YANG MANTAP DAN JK JURUAUDIT AMALAN HIJAU.

DIHARAP SEMUA WARGA KERJA MPJ TERUS BERUSAHA DENGAN LEBIH KUAT LAGI UNTUK KEARAH PENSIJILAN ISO 9001:2015 DAN PENSIJILAN EKSA. DAN PADA BULAN OKTOBER KITA AKAN DINILAI OLEH SSR PBT.YANG KINI TUAN SETIAUSAHA BERSAMA DENGAN SAYA DAN CIK ANITA CUBA MENILAI DAN MENYEMAK TERLEBIH DAHULUI KRITERIA YANG BERKAITAN MENGIKUT JABATAN MASING MASING.

TUAN YDP,


INSYA ALLAH PADA MASA AKAN DATANG UNIT AUDIT DALAM AKAN MENERUSKAN KERJASAMA DENGAN JABATAN AUDIT NEGARA DAN MANA MANA JABATAN KUALITI YANG LAIN UNTUK SAMASAMA MEMASTIKAN PROSES KERJA DI MPJ INI MENGIKUT STANDART DAN MENEPATI PIAWAIAN YANG DITETAPKAN.

SESUNGGUHNYA AUDIT BUKAN UNTUK MENCARI SALAH TETAPI SEBAGAI PENAMBAH NILAI UNTUK MUTU.

KERJA YANG LEBIH CEMERLANG.PROSES KERJA YANG TUNGGANG LANGGANG IBARAT KAIN BERKEDUT DAN KUSAM DAN APABILA DIGOSOK DENGAN PIAWAIAN KUALITI PASTI LICIN JUGA CANTIK DAN LEBIH KEMAS BILA SEMAKAN AUDIT BERSAMA DIBUAT. SUPAYA TERUS CANTIK DAN SELESA DIPAKAI.

DISINI UAD MERAKAMKAN TAHNIAH KEPADA TUAN MUSTAFA BIN ALI SELAKU YDP MPJ YANG BARU DAN KAMI MENGHARAPKAN AGAR KERJASAMA YANG RAPAT DIKALANGAN KITA SEMUA  BERSAMA UNTUK MEMAJUKAN DAN MEMBANGUNKAN MAJLIS PERBANDARAN JASIN SEIRING DENGAN HASRAT KERAJAAN NEGERI YANG BAHARU..MPJ DIHATIKU..

SETAKAT INI SAHAJA YANG DAPAT SAYA SAMPAIKAN PADA PERHIMPUNAN PAGI PADA BULAN INI..SAYA MEMOHON MAAF JIKA ADA TERSILAP BICARA  DAN AKHIR KALAM DARI UAD,

ASSALLAMMUALAIKUM WMT WBT DAN SALAM SEJAHTERA.  SEKIAN , TERIMAKASIH.


SUHAIZAN HAJI NOH
KETUA UNIT AUDIT DALAM
MPJ
25*7*2018


JADI HOS KETIKA 2014


0 comments:

MESYUARAT EKSA ZON NEPTUNE VISTA ALAMANDA

0



 Assallammualaikum dan salam perjuangan
Alhamdulillah hari ini telah berlangsung dengan aman ... ehehehehe.. mesyuarat bil 1 Zon Neptune Eksa Vista Alamanda Majlis Perbandaran Jasin.

Mesyuarat telah dijalankan dengan baik dengan melantik Jawatankuasa Kerja Eksa bagi zon kami..

beberapa perancangan dan aktiviti akan dijalankan untuk memastikan eksa di zon kami berjalan dengan lancar dan teratur..

NEPTUNE PENCETUS TRANSFORMASI EKSA

0 comments:

PETIKAN DARI NOTA SADN 1033 - PENJAJAHAN BARAT DI TANAH MELAYU

0

PETIKAN DARI NOTA SADN 1033

3.4.1 Kedatangan Penjajah Barat

Adakah anda tahu, negara barat manakah yang mula-mula sekali meluaskan kuasa mereka di Tanah Melayu? Portugis yang membuka lembaran baru penerokaan memulakan proses penjajahan barat di Tanah Melayu pada tahun 1509 apabila mereka datang untuk berdagang. Ketamakan dan rasa iri hati yang wujud secara berleluasa di kalangan orang-orang Melayu akhirnya mengakibatkan penaklukan Empayar Melayu Melaka oleh kuasa Portugis pada tahun 1511. Sejarah kemudiannya mencatatkan jatuhnya kuasa Portugis di Melaka ke tangan Belanda pada tahun 1641. Penguasaan Belanda ini berterusan sebelum British mengambil alih Melaka setelah perjanjian Straits Settlement ditandatangani pada tahun 1824.


 Pada pendapat anda, mengapakah Tanah Melayu amat menarik perhatian kolonialis barat? 


Persoalan di atas sering ditimbulkan kerana sejarah telah membuktikan bahawa Tanah Melayu sememangnya menarik perhatian penjajah sama ada dari Timur atau Barat. Sarjana telah menggariskan beberapa faktor yang menyebabkan Tanah Melayu menjadi tumpuan tarikan,  iaitu:

1.   Kedudukan Geografi Tanah Melayu

Kedudukan Tanah Melayu yang merupakan sebuah semenanjung dan betul-betul terletak di antara jalan perdagangan di antara benua sebelah timur dan benua sebelah barat amatlah strategik sebagai sebuah pusat perdagangan. Kawasannya yang meliputi hampir keseluruhan Selat Melaka dan dilindungi pula oleh Pulau Sumatera memberikan satu ruang atau jalan laut yang selamat dan terlindung dari taufan, ribut dan gelora lautan. Keadaan ini memudahkan para pelaut dan pedagang untuk berlabuh dan berlindung pada waktu perjalanan mereka apabila diserang angin monsun sama ada timur laut atau pun barat daya. Ciri-ciri geografi ini menjadi faktor penarik kepada sebarang kuasa besar yang memerlukan keselamatan untuk jalan perdagangan dan perlindungan bagi keselamatan dari ancaman semula jadi ataupun yang dilakukan manusia.   2.   Bahan Mentah

Tanah Melayu yang kaya dengan pelbagai bahan mentah seperti bijih timah telah menjadi sasaran kuasa-kuasa besar menjajahnya dan menguasai sepenuhnya sumber ekonomi di Tanah Melayu. Tanah Melayu telah terkenal dengan gelaran Golden Chersoneves ataupun Suvarnabhumi yang menggambarkan hasil buminya seperti emas dan timah yang
 50
banyak. Manakala, Tanah Melayu juga sering digunakan sebagai pelabuhan entrepot yang mengumpulkan hasil-hasil hutan terutamanya untuk para pedagang sejak awal kewujudan tamadun di tanah semenanjung ini. Bahan-bahan seperti kayu manis, buah pala, rotan, sagu dan lain-lain diperlukan oleh para pedagang selain bekalan air dan makanan untuk bekalan perjalanan mereka. Selepas kedatangan kuasa barat dan penemuan bijih timah secara meluas, Tanah Melayu menjadi bertambah penting bagi kuasa-kuasa penjajah ini. 

3.   Pasaran Baru

Sementara itu, di Eropah pada abad ke-14 dan 15 sedang rancak dengan projek penjelajahan dan penemuan (Exploration and Discoveries). Revolusi perindustrian telah menyebabkan kuasa-kuasa besar di Eropah keluar dari benua Eropah dan mencari penempatan dan pasaran baru bagi perdagangan mereka. Kedudukan Tanah Melayu di tengah jalan perdagangan menjadi tarikan kepada kuasa-kuasa Eropah untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai salah sebuah pusat pasaran dan perdagangan mereka. Pasaran di Eropah menjadi sukar akibat semua kuasa besar mula mencipta dan mengeluarkan bahan baru. Ini mewujudkan persaingan sengit untuk mendapatkan lokasi dan pasaran baru pengeluaran masing-masing. Selain itu, keperluan terhadap bahan mentah yang berkaitan dengan industri seperti bijih timah dan besi juga meningkat dengan mendadak. 

4.   Pangkalan Tentera

Anda telah sedia maklum kedudukan Tanah Melayu di Selat Melaka yang merupakan jalan perdagangan penting di Asia. Faktor kedudukan ini juga sebenarnya amat penting kepada kesesuaiannya menjadi pangkalan tentera. Kalau di lihat sejarah awal kedatangan kuasa penjajah barat ke Tanah Melayu, mereka datang bukan sahaja untuk mencari sebuah pelabuhan persinggahan tetapi juga adalah kerana strategi ketenteraan. Ini boleh anda fahami jika anda bayangkan kedudukan negara mereka yang jauh di Eropah dan kawasan-kawasan yang mereka lawati untuk tujuan perdagangan atau mendapatkan kekayaan adalah jauh di benua Asia. Di dalam konteks ini, perkara utama yang difikirkan oleh kuasakuasa besar ini tentulah keselamatan angkatan atau rombongan mereka. 

Oleh itu, satu cara terbaik yang perlu mereka lakukan ialah mencari sebuah tempat yang dapat menjadi pelabuhan persinggahan dan sekaligus memenuhi keperluan-keperluan keselamatan dan ketenteraan. Contoh terbaik yang boleh anda lihat ialah kedatangan Kapten Francis Light ke Pulau Pinang yang dipajak oleh British dari Kerajaan Kedah sebagai pelabuhan persinggahan, dan juga sebagai pangkalan tentera untuk
 51
mengawal ancaman pelanunan serta kuasa asing yang lain seperti Belanda, Perancis, dan Jerman dari menggugat kapal-kapal perdagangan mereka yang menggunakan laluan di Selat Melaka. Pulau Pinang kemudiannya kalau anda lihat telah menjadi antara tempat terawal dalam senario perluasan kuasa British di Tanah Melayu. 

5.    Prester John

Akhirnya, mungkin anda masih ingat apa telah saya jelaskan pada bahagian awal bab berkenaan kepentingan agama dalam menggalakkan aktiviti penjajahan. Sebagaimana yang anda maklum, pada waktu itu orang-orang Kristian di Eropah sedang rancak menentang penguasaan empayar Islam. Pihak gereja telah menjanjikan kedatangan seorang Messiah atau The Great Saviour atau penyelamat agung. Di antara versi yang timbul dari janji pihak gereja itu ialah kehadiran seorang yang bernama Prester John yang akan muncul di benua sebelah timur. Kepercayaan ini telah menyebabkan orang-orang Kristian seperti Putera Henry dari Portugal telah melancarkan gerakan mencari Prester John di sebelah timur dengan harapan gabungan kerajaan Kristian sebelah timur dan kerajaan Kristian mereka dapat menjatuhkan empayar Islam secara keseluruhannya.18

0 comments:

MPJ - KERJAYA DAN MASA DEPAN KU

0
SEDANG MENJALANKAN AUDIT STOR

DENGAN ORANG KUAT JLPB

SEDANG MESYUARAT DENGAN BUNGA-BUNGA MPJ

MEETING DAN SEDANG STUDY

MESYUARAT PAGI BERSAMA YDP

ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

ALHAMDULILLAH..SELEPAS BERLALU CUTI WALAU TAK CUTI KERANA HADIR KELAS PJJ..MINGGU SETERUSNYA TETAP MENGAHARUNGI TUGAS HAKIKI WALAUPUN MASIH JUGA MELUANGKAN MASA UNTUK MEMBACA DAN MENGULANGKAJI EXAM YANG AKIAN BERMULA PADA BULAN OGOS 2018.

TUGAS HAKIKI DILALUI DENGAN MESYUARAT DAN MENJALANKAN AUDIT DALAMAN YANG TELAH DIJADUALKAN DAN PERLU DILAKSANAKAN PADA MINGGU NI DALAM BULAN INI.

YANG NYATA SAYA AMAT GEMBIRA DENGAN KERJA DAN TUGAS SAYA DI MPJ.AMAT BERSYUKUR DENGAN REZKI YANG ALLAH BERI DAN BERTERIMAKASIH KEPADARAKAN RAKAN YANG BEKERJASAMA DI MPJ.

APA YANG PERLU BUAT SEKARANG ADALAH BERUSAHA UNTUK MEMAJUKAN DIRI DAN KERJAYA. SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENINGKATKAN POTENSI DIRI DAN BERMULA DARI BAWAH..WALAUPUN UMUR MENJANGKAU 40 TAHUN NAMUN DI GAGAHI JUGA DEMI MENCIPTA SEJARAH DAN PANDUAN KEPADA KELUARGA..

INGAT PESAN ABAH DULU..
KAU APA NAK SUSAH..ABAH TINGGALKAN KAU KEBUN NI SUPAYA KAU BOLEH SAMBUNG BELAJAR..MASA TU AKU MEMANG TAK NAMPAK MAKSUDNYA TAPI HAI INI AKU NAMPAK BAHAWA TANAH ITU SEBAGAI PENINGGALAN DIA UNTUK CAGARAN KEPADA AKU MENERUSKAN PELAJARAN DIPERINGKAT YANG TINGGI...
MASYAALLAH...AMAT RINDU ARWAH ABAH DAN EMAK....
INSYAALLAH AKU AKAN TERUS BERUSAHA SEHINGGA BERJAYA WALAU APA JUA RINTANGANNYA...

YA ALLAH...AKU MOHON HIDAYAH DAN KASIH SAYANG-MU...

KEPADA MU YA ALLAH AKU BERSERAH..

SUHAIZAN HAJI NOH 


 GENG MINUM PAGI

0 comments: