MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

WARISAN BANGSA YANG HARUS KITA PELIHARA DAN JAGA - NO MISTIK ATAU NO TAHYUL

0

teruskan perjuangan dan teruskan amalan
semuga hidup kita diredhai dan diberkati Allah SWT..

0 comments:

25,26,27 MEI DIPUTRAJAYA

0
Alhamdulillah..selepas dari kursus induksi yang tamat pada 24mei saya dan family telah ke putrajaya persint 14 untuk menziarahi kakak ipar dan keluarga mertua di sana..dapat jugaklah bawa anak-anak ke pusat bandaraya dengan menaiki LRT dari sungai besi.
walaupun LRT kita tidak secanggih MRT di singapura tapi kita tetap merasa bangga dengan pencapaian negara untuk ke arah negara maju.train LRT ini harus diberikan nama 1malaysia sebab pelbagai bangsa dan kaum menggunakan perkhidmatan ini utk ke destinasi masing-masing..sama sama berdiri..duduk..dan memberi duduk kepada warga emas,ibu mengandung dan mereka yang uzur @ memerlukan.
apabila bersama dalam sebuah train yang sesak dan penuh masing-masing dengan fikiran masing-masing dan agenda masing-masing dan pelbagai perkara bermain dalam kotak fikiran kitta masing-masing..
adakah rasa bersyukur dan fikir untuk bersyukur timbul dalam fikiran kita..melihat keamanan dan kesenangan yang dikongsi bersama dalam sebuah negara yang aman tentu kita sama sama bercita cita untuk mengekalkanyya demi masa depan anak-anak yang lebih baik.
mengapa masih ada kelompok kecil yang menyangka mereka suara majoriti sanggup mempertaruhkan keamanan dan kemakmuran sekarang hanya untuk memenuhi cita cita politik dan peribadi mereka.
mereka semua itu adalah pengkhianat yang sanggup melihat negara berpecahbelah dan diambang kolonalis..aku tetap berdoa dan sentiasa berusaha untuk memastikan segala keamanan dan kemakmuran ini akan kekal berpanjangan demi mewarisi sebuah negarabangsa yang berjaya..
inilah perkara yang berlegar dlm kotak fikiranku sehingga sampai kedestinasi yang dituju..my wife nak pergi sogo , so berapalah yang kopak hari ini...
lets go my princess2x kita turun....hati-hati ye sayang...

peace n freedom
luv malaysia
luv my country

 my princess dan cousin dia tengah tunggu train lrt di sungai besi





alamak..pic nurin fatehah tak nampak kepala la pulak....steady nurin aleesya dengan beg angrybird

0 comments:

HILANGKAN STRESS TUAN TUAN (2)

0
video

0 comments:

TAHNIAH KEPADA PERSAUDARAAN CAHAYA D'LIMA DAN SYEIKH MAULANA ABDULLAH SANI KIYAI HAJI HASHIM

0
Pada bulan mei yang lepas persaudaraan cahaya d'lima telah dijemput untuk mengadakan pertunjukan keris di seminar keris tamingsari di Melaka. pak syeikh telah mempersembahkan tari silat keris dan keris berdiri dalam persembahan tersebut.Tahniah kepada pak syeikh dan persaudaraan cahaya d'lima bakri muar Johor..

penyerahan sijil kepada ahli persaudaraan yang mengikuti persembahan keris tempohari.

 peserta bersama pak syeikh dan sijil yang diberikan oleh penganjur.
 bersama menggalas amanah untuk seni budaya yang amat berharga

0 comments:

HILANGKAN STRESS TUAN - TUAN

0
video

0 comments:

KERTAS KERJA RINGKAS PENUBUHAN KIK DI JABATAN @ IKWAS KLUANG

0
KUMPULAN KARISMA - PENUBUHAN KIK DI JABATAN
 
*Ketua Kumpulan : GUNASILAN A/L  ANNADURAI  
                      
*Ahli-Ahli Kumpulan :
*1. Suhaizan bin Noh
*2. Thllaikumaran a/l Segaran
*3. Faridah binti Mat Zain
*4. Nurul Huda bintiMohd Shahrudin
*5. Hafizah binti Ab. Talib
*6. Noor Imani binti Mohd Yusoff
*7. Mardalina binti Mat Sonan
*8. Nur Syazwani binti Mohd Nooh
*9. Fauziah Hanim binti Mohd Nor
*10.Zawiah binti Hambali

OBJEKTIF KIK

*Bagi menambahbaik dan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui:
  • Mencipta cara bekerja baru atau menghasilkan inovasi
  • Menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan kerja
  • Penggalakan penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif

STRATEGI KIK

1. Mengenal pasti potensi diri
*Mengetahui kebolehan individu dalam kumpulan KIK supaya  dapat mengatasi masalah atau mengambil peluang yang wujud hasil daripada kreativiti dan inovasi.
2. Ubah persepsi diri
*Melihat masalah atau peluang daripada pelbagai perspektif.
*Analisis masalah dan peluang melalui pemecahan/peleraian masalah kepada bahagian yang kecil dan kemudian cari penyelesaian yang sebenar atau terbaik untuknya.
3. Ubah budaya organisasi
*Mendorong anggota organisasi menjadi kreatif dan inovatif.
*Ganjaran hendaklah diberikan kepada anggota yang betul-betul cemerlang dalam mencipta sesuatu yang baru atau unik.
4. Berani untuk gagal
*Setiap kegagalan atau kesilapan perlu dijadikan sebagai motivasi dan panduan untuk bertindak lebih jauh dalam mencari penyelesaian terbaik.

SOKONGAN JABATAN UNTUK KEJAYAAN KIK
*Sokongan dan komitmen daripada pihak pengurusan atasan.
*Penglibatan dan kerjasama menyeluruh daripada organisasi.
*Penyediaan program latihan, seminar, bengkel dan kursus  yang berkesan.
*Pemantauan terhadap projek-projek KIK yang dalam pelaksanaan oleh jawatankuasa pemandu KIK.
*Pemilihan pakar rujuk yang berpengalaman  kreatif dan positif serta mempunyai komitmen yang tinggi kepada KIK



0 comments:

KERTAS KERJA KHUSUS SEMASA INDUKSI UMUM DI IKWAS

0

KURSUS INDUKSI UMUM BIL 1
May 22
2012
NAMA                                      : SUHAIZAN BIN HAJI NOH
NO K/P                                   : 781101-01-5733
NO TELEFON                       : 012-3311452
EMAIL                                    : suhaizan78@gmail.com
JABATAN                               : MAJLIS PERBANDARAN JASIN
TARIKH KURSUS               : 10 MEI HINGGA 24 MEI 2012
PENGURUS PROGRAM    : PUAN RUZANA BINTI RUSLAN

KERJA KHUSUS INDIVIDU






KERJA KHUSUS INDIVIDU
TARIKH HANTAR                 : 22 HB MEI 2012 @ 11.00 PAGI
PENGURUS PROGRAM    : PUAN RUZANA BINTI RUSLAN

SOALAN
DI DALAM PERATURAN PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB 1993) TERDAPAT TUJUH JENIS HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN KEPADA MEREKA YANG MELANGGAR TATATERTIB. HURAIKAN SIFAT SIFAT TIGA DARIPADA JENIS HUKUMAN TATATERTIB BERIKUT :-
I. DENDA
II. TURUN GAJI
III. BUANG KERJA
CATATAN :
SILA CATATKAN RUJUKAN PERENGGAN YANG BERKENAAN DIDALAM PERATURAN PERATURAN YANG BERKAITAN BAGI JAWAPAN YANG DIBERIKAN.






JAWAPAN
Hukuman Tatatertib termaktub di dalam Perintah AM , Bab D , Bahagian VI , iaitu Jenis hukuman tatatertib.
Perintah AM Bab D 38
Jika seseorang pegawai didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib , mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman yang berikut , bergantung kepada keseriusan kesalahan itu , boleh dikenakan ke atas pegawai itu :
(a) amaran
(b) denda
(c) lucut hak emolumen
(d) tangguh pergerakan gaji
(e) turun gaji
(f) turun pangkat
(g) buang kerja
I. Denda
Denda ataupun lucut hak emolumen , (Ruj Perintah AM Bab D 39)
Sifat-sifat yang berkaitan adalah seperti berikut :-
1)     Hukuman denda atau lucut hak emolumen hendaklah dibuat mengikut subperaturan (2),(3),(4),(5) dan (6)[i]
2)     Apa-apa denda yang dikenakan pada mana-mana satu masa tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan emolumen bagi tujuh hari pegawai yang berkenan.
3)     Jika seorang pegawai didenda lebih daripada sekali dalam mana mana bulan calendar , agregat denda yang dikenakan ke atasnya dalam bulan itu tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan 45%(empat puluh lima peratus) daripada emolument bulanannya.
4)     Jika hukuman yang diberikan adalah kerana pegawai yang tidak hadir untuk bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah apa apa perlucuthakan emolumen pegawai itu hendaklah, melainkan jika diputuskan selainnya oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan, yang dihitung dengan mengambil kira tempoh sebenar pegawai itu tidak hadir.
5)     Pelaksanaan hukuman denda atau lucut hak emolumen tidak boleh dijalankan ke atas seseorang pegawai yang tidak hadir tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah jika emolumen pegawai itu dilucuthakkan, berkenaan dengan ketidakhadiran untuk bertugas itu dibawah peraturan 27[ii].
6)     Segala denda atau lucut hak emolumen hendaklah dipotong daripada emolumen bulanan pegawai itu dan hendaklah dimasukkan kedalam hasil kerajaan.
II. Turun Gaji
Rujuk Perintah Am Bab D 41
5 sifat-sifat berkaitan adalah seperti berikut :-
1)     Pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan boleh mengenakan hukuman turun gaji ke atas seseorang pegawai mengikut peruntukan-peruntukan yang berikut :
a)     Gaji itu hanya boleh diturunkan secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama;
b)     Penurunan gaji itu tidak boleh melebihi tiga pergerakan gaji ; dan
c)     Tempoh hukuman itu tidak boleh kurang daripada duabelas (12) bulan tetapi tidak boleh melebihi daripada tiga puluh enam bulan (36) pada mana-mana satu masa.
2)     Hukuman turun gaji yang dikenakan ke atas seorang pegawai hendaklah dilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan atau jika tiada tarikh ditetapkan , pada tarikh hukuman itu dijatuhkan.
3)     Tarikh pergerakan gaji seseorang pegawai yang ke atasnya hukuman turun gaji dikenakan hendaklah diubah ke tarikh pergerakan gaji yang berikutnya selepas hukuman itu tamat.
4)     Seseorang pegawai yang ke atasnya hukuman turun gaji dikenakan tidak berhak untuk menerima apa-apa pergerakan gaji bagi dan dalam tempoh hukuman itu sedang berkuat kuasa.

III. Buang Kerja
Didalam Perintah Am Bab D Bahagian VII (49) ada menyentuh tentang Penamatan Demi Kepentingan Awam yang berkait rapat tentang isitlah Buang Kerja kepada pegawai kerajaan yang didapati bersalah atau kerajaan perlu menamatkan perkhidmatan pegawai tersebut demi kepentingan awam.
Sifat-sifat yang berkaitan adalah seperti berikut :-
1)     Walau apa pun apa-apa peruntukan dalam Peraturan-peraturan ini , jika kerajaan mendapati atau jika respresentasi di buat kepada kerajaan bahawa adalah wajar perkhidmatan seseorang pegawai ditamatkan demi kepentingan awam kerajaan bolehlah meminta laporan penuh daripada ketua jabatan di mana pegawai itu sedang berkhidmat atau telah berkhidmat.
2)     Laporan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah mengandungi butiran-butiran berhubungan dengan kerja dan kelakuan pegawai itu dan ulasan-ulasan ketua jabatan , jika ada.
3)     Jika setelah menimbang laporan yang diterima di bawah subperaturan (1) kerajaan berpuashati bahawa memandangkan syarat-syarat perkhidmatan , kegunaan pegawai itu kepada perkhidmatan , kerja dan kelakuan pegawai itu dan segala hal keadaan lain kes itu adalah wajar demi kepentingan awam untuk berbuat demikian , kerajaan bolehlah menamatkan perkhidmatan pegawai itu mulai dari tarikh yang hendaklah ditentukan oleh kerajaan.
4)     Adalah sah disisi undang-undang bagi pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan untuk mengesyorkan kepada kerajaan bahawa perkhidmatan seseorang pegawai itu ditamatkan demi kepentingan awam walaupun prosiding tatatertib belum dijalankan dibawah mana mana peruntukan peraturan-peraturan ini ; dan kerajaan dengan demikian menamatkan perkhidmatan pegawai tersebut.
5)     Walau apa pun apa apa jua dalam Peraturan-peraturan ini dan mana-mana undang-undang lain yang berlawanan apabila menamatkan perkhidmatan mana mana pegawai demi kepentingan awam dibawah peraturan ini , pegawai itu boleh tidak diberikan apa-apa peluang untuk didengar dan seseorang pegawai yang perkhidmatannya telah ditamatkan demi kepentingan awam di bawah peraturan ini tidak boleh , bagi maksud Perkara 135(2) Perlembagaan Persekutuan[iii] , dianggapkan telah dibuang kerja , tidak kira samada penamatan perkhidmatan pegawai itu melibatkan satu elemen hukuman atau yang berkaitan dengan kelakuan berhubungan dengan jawatannya yang kerajaan menganggap tidak memuaskan atau patut disalahkan.


[i] Ruj Bab D 39
(2) Apa-apa denda yang dikenakan pada mana-mana satu masa tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan emolumen bagi tujuh hari pegawai yang berkenan.
(3) Jika seorang pegawai didenda lebih daripada sekali dalam mana mana bulan calendar , agregat denda yang dikenakan ke atasnya dalam bulan itu tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan 45%(empat puluh lima peratus) daripada emolument bulanannya.
(4) Jika hukuman yang diberikan adalah kerana pegawai yang tidak hadir untuk bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah apa apa perlucuthakan emolumen pegawai itu hendaklah, melainkan jika diputuskan selainnya oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan, yang dihitung dengan mengambil kira tempoh sebenar pegawai itu tidak hadir.
(5) Pelaksanaan hukuman denda atau lucut hak emolumen tidak boleh dijalankan ke atas seseorang pegawai yang tidak hadir tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah jika emolumen pegawai itu dilucuthakkan, berkenaan dengan ketidakhadiran untuk bertugas itu dibawah peraturan 27[i].
(6) Segala denda atau lucut hak emolumen hendaklah dipotong daripada emolumen bulanan pegawai itu dan hendaklah dimasukkan ke dalam hasil kerajaan.

[ii] Perintah Am Bab D 27-Pelucuthakan emolument kerana tidak hadir untuk bertugas (1),(2),(3)

[iii] Perlembagaan Persekutuan Perkara 135- Sekatan mengenai pembuangan kerja dan penurunan pangkat
   (2)   Tiada seseorang anggota mana-mana perkhidmatan yang tersebut di atas itu oleh dibuang kerja atau
   diturunkan pangkat dengan tidak diberi peluang yang munasabah untuk didengar.

0 comments: