MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

KERTAS KERJA KURSUS JENAZAH

15
Ì PROGRAM : PROGRAM GERAK DAKWAH
Ì TAJUK : KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 2009
Ì ANJURAN : GERAKAN BELIA 4B CAW. KG ABBEY / PONDOK BATANG
Ì KERJASAMA : BAHAGIAN DAKWAH , JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA
: MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA (MAIM)
Ì TARIKH : 21 MAC 2009 ( SABTU )
Ì LOKASI : SURAU KAMPUNG ABBEY , ASAHAN MELAKA




Ì MUQADDIMAH

Pengurusan Jenazah adalah Fardu Kifayah dan wajib dipelajari dan diketahui oleh semua orang Islam.Perkara ini tidak hanya perlu diketahui oleh imam,bilal atau pegawai syarak tetapi ianya adalah ilmu yang wajib dituntut oleh orang-orang yang beriman.

Dengan kesedaran inilah Gerakan Belia 4B Cawangan Kampung Abbey / Pondok Batang ,Melaka mengambil inisiatif untuk mengadakan kursus ini bagi menerapkan semangat ingin tahu kepada belia untuk mempelajari dan menginsafi perihal berkaitan pengurusan jenazah dan kematian. Inilah Modal Insan yang cuba dibina oleh persatuan kami supaya menjadi agen pengembang , membina wasilah bangsa yang beriman lagi bertaqwa dan aura kendiri yang positif. Program ini diharapkan mendapat perhatian dari semua pihak untuk membantu dari segi pembiayaian dan kelancaran tentatifnya.

Semoga Allah SWT memberikan perlindungan dengan Rahmat dan kasih Sayang-Nya di dunia dan di akhirat.



Ì VISI

Membentuk Belia Melayu Islam Beriman Dan Bertaqwa Sebagai Aset Modal Insan Cemerlang Di Dunia dan Di Akhirat.

Ì RASIONAL PROGRAM

Menyedari kemajuan bukan sahaja diukur dengan kemampuan fizikal atau infrastruktur tetapi menitik beratkan faktor sahsiah dan sosio budaya masyarakat yang didokong oleh akhlak remaja / belia yang beriman dan bertqawa.

Menyuntik jatidiri untuk maju dan berdaya saing kepada belia bagi mewarisi bangsa yang kebal dari sebarang ancaman rohani atau jasmani.

Mendekatkan belia dengan golongan pemimpin supaya bakat atau tanggung-jawab itu meresap ke dalam diri belia untuk menjadi pemimpin yang berkarisma dan berketerampilan di masa akan datang.



Ì OBJEKTIF

1. Memberi pendedahan kepada para belia tentang pengurusan jenazah yang tepat dan seiring dengan syariat Islam dan mengikis unsur-unsur tahyul dan mistik.

2. Mendidik generasi belia supaya meneruskan tanggungjawab pengurusan jenazah di kampung masing-masing.

3. Menyemai semangat persaudaraan dan bertanggung –jawab para belia dalam merancang bersama membangunkan perbadi selaras dengan saranan Perdana Menteri Malaysia.



Ì SASARAN

40 orang belia berumur 15 tahun sehingga 45 tahun



Ì MOTTO

INSPIRASI BELIA BERIMAN & BERTAQWA TUNJANG NEGARA GEMILANG

Ì JAWATANKUASA KERJA PENGURSAN JENAZAH 2009


Penasihat : Encik Abu Talib bin Karim
Pengerusi JKKK Kampung Abbey / Pondok Batang

Pengerusi : Encik Suhaizan bin Haji Noh
Naib Pengerusi : Encik Usli bin Abu
Setiausaha Kerja : Puan Norazilah binti Md Noh
Bendahari : Encik Mohd Ariffin bin Mat Nor
Penerangan : Encik Asnor bin Ahmad


Jawatankuasa Kerja

Biro Acara : Encik Ameen bin Md Tahir
: Encik Mohd Zaki bin Mansor

Biro Penceramah : Encik Maznon bin Karim
: Puan Norlizawati binti Md Noh

Biro Keceriaan : Encik Mohd Tazar bin Haji Othman
: Encik Azizul bin Mamat

Biro Ekonomi : Encik Khamaludin bin Haji Othman
: Encik Mohd Khairy bin Haji Ramli

Biro Tugasan Khas : Encik Mohd Ashrani bin Abu Talib
: Encik Zulkifli bin Ramlan
: Encik Zulfadzli bin Indzam
: Encik Rozmi bin Abd Rahim
: Puan Saliza binti Md Shah
: Encik Mohd Soufi bin Talib

Ì MAKLUMAT BANK

Nombor Akaun : 02-073-23305-65
Nama Bank : Bank CIMB (M)
Alamat Bank : Jalan Kesang , 77000 Jasin Melaka
Di atas Nama : Gerakan Belia 4B Kampung Abbey


Ì TENTATIF PROGRAM


Masa
Acara

Pagi

8.30
Pendaftaran peserta
9.30
Minum pagi
10.30
Ceramah satu
11.00
Praktikal A
12.00
Makan tengahari
Petang

1.00
Solat zohor
2.00
Ceramah dua
3.00
Praktikal B
4.00
Minum petang
4.30
Solat Asar
5.00
Majlis Perasmian Penutup
6.30
Bersurai


Ì PENGISIAN TENTATIF PROGRAM


BIL
SESI

TAJUK

1.
Ceramah Satu
Pengurusan Jenazah
2.
Praktikal A
· Mengurus jenazah selepas meninggal dunia.
· Memandikan mayat
· Mengkafankan jenazah
3.
Ceramah Dua
Solat Jenazah dan Mengkebumikan Jenazah
4.
Praktikal B
· Solat jenazah
· Mengkebumikan jenazah
· Talkin

Jumlah bantuan yang diperlukan ialah RM 2,110.00
( Ringgit Malaysia : Dua Ribu Satu Ratus Satu Puluh Sahaja

Segala Sumbangan / Pembiayaian / Bantuan disalurkan melalui akaun kami seperti di bawah :
Nombor Akaun : 02-073-23305-65
Nama Bank : Bank CIMB (M) Berhad
Alamat Bank : Jalan Kesang , 77000 Jasin Melaka
Di atas Nama : Gerakan Belia 4B Kampung Abbey





Ì PENUTUP

Semoga kertas kerja ini mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak tuan untuk membantu kami membiayai program ini.

Hang Tuah pendekar perkasa
Hang Tuah laksamana lima perwira
Belia bertaqwa negara sentosa
Moga bertambah makmor sejahtera

Semoga usaha kami ini dilindungi dan di Redhai Allah SWT.


BERSATU , BELAJAR , BEKERJA , BERKHIDMAT
BERGERAK
KOMITED DAN BERJAYA
REMAJA CEMERLANG 3 K + 1 K

Disediakan oleh ;


SUHAIZAN BIN HAJI NOH
Ketua Belia
GERAKAN BELIA 4B(M)
Cawangan Kg Abbey / Pondok Batang


Rujukan

v Pegawai Belia Daerah Jasin , Melaka
v Setiausaha Gerakan Belia 4B Kawasan
v Majlis Gabungan Belia Jasin
v Pengerusi JKKK Kampung Abbey / Pondok Batang

15 comments:

Irnal berkata...

Tahniah buat seluruh warga belia Kg Abbey...semuga terus aktif dalam semua lapangan dan jauhi dadah..SELAMAT MAJU JAYA..

paisk2sg berkata...

ASSALAM.. SAYA MOHON IZIN UNTUK MENGGUNAKAN KERTAS KERJA INI UNTUK RUJUKAN SAYA MENYEDIAKAN KERTAS KERJA PENGURUSAN JENAZAH DI TEMPAT SAYA

Tanpa Nama berkata...

salam......mohon keizinan menggunakan kertas kerja ini sebagai rujukan saya menyediakan kertas kerja pengurusan jenazah di tempat saya

mohd sabri berkata...

assalam...mohon share kertas kerja

Pencinta Ilmu berkata...

WAHAB BERKATA..
Mohon share kkd ini tuan..semoga Allah memebrikan tuan kesihatan dunia akhirat...syukran

syatila berkata...

salam......saya juga ingin memohon keizinan menggunakan kertas kerja ini sebagai rujukan saya menyediakan kertas kerja pengurusan jenazah di tempat saya

syatila berkata...

salam......saya juga memohon keizinan menggunakan kertas kerja ini sebagai rujukan saya menyediakan kertas kerja pengurusan jenazah di tempat saya

nuruladeq berkata...

mohon izin copy sbg panduan utk buat kertas kerja.tq

Tanpa Nama berkata...

slm tuan. mohon izin utk guna kertas kerja tuan untuk buat di tempat saya. jazakallah khairon kathiran.

Unknown berkata...

Mohon izin guna sebagai panduan program disek.terima kasih tuan.

Unknown berkata...

mohon izin untuk guna sebagai panduan program di sekolah saya

Unknown berkata...

assalamualaikum,minta izin utk guna sebagai panduan untuk program di sekolah

nurzulfakar berkata...

boleh saja..maaf jika tidak lengkap

Unknown berkata...

salam......mohon keizinan menggunakan kertas kerja ini sebagai rujukan saya menyediakan kertas kerja pengurusan jenazah di tempat saya

nurzulfakar berkata...

Alhamdulillah..tidak ada masalah..ok jer tuan