MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri Gelanggang Seni Silat Bima Sakti Sejagat Alam dan PERSILAT

0
UCAPAN DARI GURU YUSMAN SEBAGAI WAKIL PERSILAT

UCAPAN GURU UTAMA RAHMAN B HAMID DAN JUGA MERUPAKAN PENASIHAT

BERSAMA TOK PAGOH DAN RADIN TENGKUJUH DARI SILAT BEREMBANG
 

BERGAMBAR BERSAMA SAMA GURU SILAT YANG HADIR PADA MALAM TERSEBUT.

0 comments:

22-7-2017 MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PENDEKAR BERSAMA PEMIMPIN PARIT RAJA

0
Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pada penghujung aidilfitri yang lepas saya telah diundang ke satu majlis sambutan hari raya anjuran PERSILAT dan Persatuan Kebudayaan dan Keseniaan Parit Raja.

Majlis tersebut telah dirasmikan dan diserikan oleh YB Datuk Aziz Karpawi.

Majlis ini santai dan telah menghimpunkan lebih kurang 50 orang guru guru silat sekitar batu pahat , Melaka , Johor dan sebagainya.

program ini adalah baik dan wajar menjadi contoh kepada penggiat seni yang lain.
TAHNIAH dan syabas...



0 comments:

20-5-2017 MAJLIS KHATAM JURUS PERSATUAN SENI SILAT PANJI RIA MALAYSIA GELANGGANG KUCHAI KL

0
20.5.2017

PADA TARIKH TERSEBUT SAYA TELAH DIJEMPUT OLEH PERSATUAN SENI SILAT PANJI RIA MALAYSIA GELANGGANG KL UNTUK MENGHADIRI KHATAM JURUS 1 &2.

ALHAMDULILLAH MAJLIS BERJALAN DENGAN LANCAR DAN BAIK SEKALI.

TAHNIAH KEPADA TUAN GURU UTAMA SHAM ABD RAHMAN DAN JUGA YDP PSSPRM CIKGU NAJIBULLAH DAN CIKGU NIK NAZLI KERANA BERJAYA MELATIH ANAK ANAK PERGURUAN DENGAN BAIK SEKALI.

WALAU DI TENGAH KOTARAYA DAN KEHIDUPAN YANG MENCABAR DI KL NAMUN MEREKA BERJAYA MENUBUHKAN GELANGGANG DAN MELATIH ANAK ANAK MUDA UNTUK BERSILAT.

TAHNIAH DAN SYABAS PSSPRM!!!!


 

0 comments:

24-3 KENDURI AQIQAH SIDDIQ NAUFAL

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN
 
TERIMAKASIH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN DAN MEMERIAHKAN MAJLIS KENDURI AQIQAH SIDDIQ NAUFAL..
SEMUGA ALLAH MERAHMATI SILATURRAHIM DAN MEMBERI KITA PERLINDUNGAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.
TERIMAKASIH PAK SYEIKH DAN JEMAAH CAHAYA DLIMA , KUMPULAN QASIDAH MADRASAH TAHFIZ DARUL AL YAMANI NYALAS , DAN SEMUA YANG MENJAYAKNNYA..
 
ALHAMDULILLAH
 
 
 




0 comments:

MESYUARAT AGUNG PSSKS DIRASMIKAN YAB KM PADA 25-4-2017

0




 
  1. YAB DATUK SERI IR HAJI IDRIS BIN HAJI HARON KETUA MENTERI MELAKA
  2. YB DATUK SERI HAJI ABD GHAFAAR BIN HAJI ATAN ADUN ASAHAN
  3. YB DATUK WIRA HAJAH NORPIPAH BINTI ABDOL
  4. YB DATUK WIRA ABD LATIF BIN HAJI TAMBiI CHIK PENGERUSI PESAKA MELAKA
  5. YB DATUK WIRA HAJI GHAZALE BIN MUHAMMAD TIMBALAN PENGERUSI PESAKA MELAKA
  6. YAM TUNKU ABD SAMAD IBNI ALMARHOM TUNKU ARCHIBALD YDP PERSILAT NEGERI JOHOR
  7. DATO MAULANA RAJA RAMLAN BIN MOHD ARSHAD YDP WARIS TANAH BERADAT NEGERI SEMBILAN
  8. DATO NAZRI KAMAL AL BENTAN PRESIDEN PERSATUAN KEBAJIKAN ZURIAT KETURUNAN PUSAKA BENTAN MALAYSIA
  9. ENCIK NAZARY BIN AHMAD PENGURUS BESAR PERBADANAN SUNGAI DAN PANTAI MELAKA
  10. TUAN GURU UTAMA RAHMAN BIN HAMID YDP PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG MELAKA

  1. Majlis perasmian mesyuarat agung persatuan seni silat kota sendeng asahan melaka kali ke 2
  2. Mesyuarat ini diadakan setiap tahun untuk memastikan perjalanan persatuan seiring dengan akta ROS 
  3. Persatuan seni silat kota sendeng ditubuhkan oleh Allahyarham Tuan Guru Sidek b Jantan dari Kg Hang Tuah sagil dan menumpahkan baktinya di Asahan dengan mengajar seni silat sendeng di kalangan anak anak muda asahan sekitar tahun 70an.
  4. Tuan Guru Rahman adalah merupakan salah seorang anak murid yang meneruskan perjuangan memartabatkan silat di Asahan khasnya dan dinegeri Melaka amnya
  5. Dan kini seni silat kota sendeng terus menerus memartabatkan seni silat samada di malaysia ataupun disekitar nusantara 
  6. Dan dari itu persatuan silat kota sendeng menyedari bahawa untuk terus maju kehadapan perlu mempunyai kerjasama strategik dengan lain lain persatuan silat atau kebudayaan supaya wujud kerjasama untuk membentuk ukhuwah dan persefahaman dalam bantu membantu menaikkan nama silat dipersada negara dan nusantara
  7. Dengan itu pada tahun ini persatuan seni silat kota sendeng memohon menjadi gabungan kepada beberapa ngo yang memperjuangkan silat dan kebudayaan
  8. Disamping itu bantuan dan sokongan kerajaan amat diperlukan bagi penyediaan peruntukan kemudahan latihan dan aktiviti supaya persatuan silat terus mendapat keupayaan untuk terus bersaing dengan seni beladiri lain
  9. Dengan adanya kerjasama yang erat diantara kerajaan dan ngo sudah pasti akan menjadikan persatuan silat lebih berdaya saing dan terus survival dalam mengharungi arus perdana
  10. Saya yakin dan percaya silat bukan hanya sekadar warisan tetapi silat mampu menjadi pemacu wadah memangkinkan TN50 supaya segala idea dan usaha ini diterima pelbagai golongan masyarakat di negara kita
  11. Usah terus terpengaruh dengan dakyah dan pemikiran kolot mengatakan silat hanya terikat dengan ajaran kebatinan dan seringkali dikaitkan dengan ajaran sesat tetapi sebaliknya silat  mampu membina displin diri dan jatiri diri yang teguh demi semangat patriotisme dan sayangkan Negara
 
TERIMAKASIH KEPADA YAB DSU IDRIS HARON ATAS KESUDIAN MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG PSSKS PADA 25 APRIL 2017 DI RESTOREN MELAYU MELAKA..
 
ALHAMDULILAH
 
 
PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG
ASAHAN MELAKA
Ruj kami : PSSKS 01//MesyAgung2017 ( )
Tarikh : Mac 2017
YAB Datuk Seri Utama Ir Haji Idris bin Haji Haron
Ketua Menteri Melaka
Pejabat Ketua Menteri , Tingkat 4 (Suite),
Blok Bendahara, Seri Negeri, Hang Tuah Jaya,
Ayer Keroh 75450, Melaka

YAB Datuk Seri Utama,

JEMPUTAN SELAKU PERASMI MESYUARAT AGUNG PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG MELAKA KE II /2016
Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dengan penuh ta’zim saya Tuan Guru Utama Rahman bin Hamid selaku Pengerusi Persatuan Seni Silat Kota Sendeng Melaka menjemput YAB Datuk Seri Utama selaku perasmi Mesyuarat Agung Persatuan Seni Silat Kota Sendeng Melaka seperti ketetapan berikut :-
Tarikh :- 25 hb April 2016 (Selasa)
Masa :- 9.00 malam
Tempat :- Restoren Melayu Melaka , Tepian Sungai Melaka
Pakaian :- Baju Melayu Lengkap

3. Semuga dengan kehadiran YAB Datuk Seri Utama akan meningkatkan lagi semangat dan iltizam kami mengembang dan mengekalkan seni warisan bangsa yang amat berharga di bumi Melaka ini. Segala kerjasama dari pihak YAB Datuk Seri kami dahului dengan gunugan terimakasih. Sekian.


BERSATU MEMPERTAHANKAN WARISAN BANGSA
BERKAT TEPAT CEPAT
MELAKA 755 TAHUN
Yang benar ,
(RAHMAN BIN HAMID)
Guru Utama
Persatuan Seni Silat Kota Sendeng
Asahan , Melaka.
Tel : Suhaizan Haji Noh (Setiausaha – 017 6876799)
ATURCARA MAJLIS
7.30 malam : Pendaftaran
8.00 malam : Jamuan makan malam
8.45 malam : Kehadiran VIP
9.00 malam : YAB KETUA MENTERI MELAKA tiba di Jeti The Shore
- YAB KETUA MENTERI MELAKA akan menaiki bot khas
- Demo memanah Lancang Kuning
- YAB KETUA MENTERI MELAKA sampai di Jeti Restoren
Melayu Melaka
- Disambut Silat dan Gendang
9.20 malam : Nyanyian Lagu Negaraku , Lagu Melaka Maju Jaya dan Ikrar
9.30 malam : Bacaan Doa
9.35 malam : Ucapan Alu-aluan Tuan Guru Utama Rahman bin Hamid
9.45 malam : Ucapan Perasmian YAB KETUA MENTERI MELAKA
10.00 malam : Gimik Perasmian
10.15 malam : Penyampaian selempang dan cenderamata
- Menyampaikan Surat Permohonan Kepada PESAKA Melaka
- Menerima Sijil Persilat Johor
- Menerima Sijil Warisan Tanah Beradat Negeri Sembilan
- Menerima Sijil Persatuan Zuriat Keturunan Laksamana Bentan
- Penyampaian selempang dan cenderamata
10.30 malam - Persembahan silat dari Guru Guru yang hadir
10.40 malam - Sessi bergambar dan sidang media
11.00 malam - Jamuan dan bersurai
- Mesyuarat Agung di mulakan.







(kemaskini – 5/4/2017)
 

0 comments:

24/7/2017 - KEHIDUPAN YANG PENUH SUKA DUKA

0
 
 
Assallammualaikum dan salam perjuangan
 
Sudah lama rasanya tidak menulis dan update dalam BlogSpot ini..mmm mungkin juga sibuk , atau mungkin juga buat buat sibuk ataupun dah muak menulis atau share dalam BlogSpot ini..
Namun saya tak nafikan...banyak sejarah sejarah besar yang berlaku sejak penghujung bulan mac hinggalah ke hari ini..
 
Kenangan dan sejarah kehidupan yang tidak mungkin akan dilupakan dan semuanya itu mempunyai pelbagai cerita , emosi dan pelbagai criteria kehidupan yang tidak mungkin akan berulang kembali...
 
bermula dengan majlis kenduri akikah siddiq naufal , selepas itu kemenangan bersejarah sdr Nizam Omar menduduki jawatan presiden GB4B Malaysia , kejayaan mesyuarat Agung PSSKS yang dirasmikan oleh YAB KM Melaka di restoren Melayu Melaka.
 
dan berita sedih yang kekal sedih dalam lipatan sejarah hidup saya apabila insan yang banyak berjasa kepada saya dari saya sebesar tapak tangan hinggalah saya besar dewasa kini...orang yang saya panggil abah akhirnya dijemput Illahi dan takkan kembali selama lamanya ke pangkuan saya...detik ini amat sukar untuk saya lalui dan saya amat terasa kehilanggan seseorang yang memberi saya panduan , sokongan , dorongan dan segala galanya dalam hidup saya....
 
selepas kehilangan ayah saya...kehidupan amat rasa kehilngan hingga ramadhan dan syawal disambut amat sederhana...keperluan raya untuk anak anak sahaja...
 
baru baru inilah saya kembali menyertai persembahan dan himpunan persilatan kerana kaki ini masih lagi lemah untuk bergelanggang kerana rindu pada ayahanda tidak dapat disangkal lagi...
 
InsyaAllah..jika ada masa lagi saya akan berkongsi cerita di BlogSpot ini semuga menjadi tatapan dan penceritaan untuk tinggalan anak anak nanti..
 
YA Allah... Allahu Akbar..

0 comments:

MENYIMPAN NOSTALGIA LAMA YANG BERHARGA - GELANGGANG ABBEY

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

ALHAMDULILLAH PADA 22.3.2017 JAM 9.00 MALAM SAYA DAN BEBERAPA ORANG PELAJAR TELAH MENGADAKAN MAJLIS PEMBUKAAN KEMBALI GELANGGANG SILAT KOTA SENDENG GELANGGANG KG ABBEY.

KEADAAN SEPERTI YANG LAMA DAN TERASA RINDU YANG AMAT SANGAT UNTUK BERAKSI DAN BELAJAR DI GELANGGANG TERSEBUT.

GELANGGANG BERPASIR DAN DITEMANI BUNYI CENGKRIK DAN SUASANA KAMPUNG MENYOROT KEMBALI PELBAGAI KENANGAN BERMULA DATI TAHUN 2000 HINGGA SEKARANG SUDAH BERUMUR 17 TAHUN GELANGGANG TERSEBUT.

PELBAGAI SUKA DUKA DAN KENANGAN YANG TELAH DIRAKAMKAN DI GELANGGANG TERSEBUT.

HANYA ALLAH JUA YANG TAHU AKAN SEGALANYA YANG TERSIMPAN PELBAGAI NOSTALGIA BERHARGA UNTUK TATAPAN DIRI SENDIRI..

DOAKAN SEMUGA GELANGGANG INI AKAN TERUS SUBUR DAN TERUS MELAHIRKAN PESILAT YANG BERBAKTI PADA KEDUA IBUBAPA , KELUARGA , AGAMA BANGSA DAN NEGARA.

INSYA ALLAH..




0 comments:

TAHNIAH SENI SILAT SENDENG GELANGGANG KG CHOHONG

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan

Alhamdulillah tahniah kepada Persatuan Seni Silat Sendeng Warisan Melaka Gelanggang Chohong kerana telah Berjaya mengadakan Majlis Kkhatam Asas pada 18.3.2017 di kg Chohong yang lepas. Majlis telah berjalan dengan baik dan dihadiri oleh YB Datuk Seri Ahmad Hamzah Ahli Parlimen Jasin dan YB Datuk Wira Haji Ghazale Muhammad Adun RIM.

Tahniah kepada cikgu Azhar yang telah Berjaya mendidik anak anak sendeng dengan baik sekali.

Terimakasih




0 comments:

MAKAM NISAN BELIMBING , CHOHONG JASIN MELAKA

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan
 
Alhamdulillah pada hari ini 19 Mac 2017 telah diberi kesempatan untuk menziarahi Makam Berlimbing yang ada di kampong Chohong. Saya bernasib baik kerana berjumpa dengan Tuan Haalim Noordin yang ketika itu sedang berbincang dengan sahabat dari Selangor untu menzaiarahi makam tersebut.
 
Setakat ini belum ada maklumat atau kajian berkaitan kawasan pemakaman tersebut. Diberitakan kawasan pemakanan tersebut sudah lama dan mungkin wujud sebelum atau semasa kerajaan negeri Melaka.
 
Sebenarnya bukan hanya bentuk belimbing saja nesan tersebut tetapi ada pelbagai bentuk nesan yang ada di kawasan tersebut. Namun setakat ini tiada keputusan atau jawapan khusus berkaitan kawasan pemakaman tersebut.
 
Mungkin ada sejarah bernialai yang boleh didapati di kawasan pemakaman tersebut dan mungkin pelbagai andaian akan muncul dengan menculnya kawasan pemakaman ini.
 
Pihak perzim atau issma akan mengerakkan pasukan arkeologi untuk menjalankan sisasatan berkaiatan penemuan makam ini..Sama sama kita nantikan penyelidikan tersebut.





0 comments:

PENDIRIAN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA NEGERI MELAKA DALAM ISU KOREA UTARA

0
PENDIRIAN GERAKAN BELIA 4B  MALAYSIA NEGERI MELAKA DALAM ISU KOREA UTARA 

Gerakan Belia 4B Negeri Melaka menyokong Penuh tindakan Kerajaan Persekutuan pimpinan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak dalam isu Korea Utara.

Tindakan Korea Utara yang menyekat rakyat Malaysia keluar dari Negara tersebut adalah satu tindakan yang melanggar prinsip hubungan diplomatik dan undang-undang antarabangsa.

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan budaya hidup yang memuliakan persahabatan dan mempunyai hubungan diplomatik yang sangat akrab dengan semua negara di dunia dan Negara ini wujud  bukan mengamalkan budaya peperangan

Gerakan Belia 4B Negeri Melaka juga menyokong Penuh Segala usaha Kerajaan Persekutuan dibawah pimpinan YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj  Abd Razak - Perdana Menteri dalam menyelamatkan Rakyat Malaysia di Korea Utara dan melakukan apa sahaja berlandaskan undang-undang sedia ada di peringkat antarabangsa.

Gerakan Belia 4B Negeri Melaka juga mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang masih berada di Korea Utara dan penyelesaian yang sebaiknya dalam hubungan Bilateral diantara Kuala Lumpur dan Pyongyang.

MOHD NIZAM BIN HJ.OMAR
Pengerusi 
Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Melaka
 

 

0 comments:

ISU KOREA UTARA - SILA HORMATI NEGARA LAIN

0



LAWAK ANTARABANGSA


Saya ingat Kim Jong-un (pemimpin Korea Utara) dah kira manusia paling lawak di dunia, rupanya ada yang lebih lawak daripada itu. Mengapa saya kata begitu?


Sebelum itu, mari kita “rewind” dulu pasal drama “Attack on Kim Jong-nam” ini. Kes dia macam ini: Kim Jong-nam abang Kim Jong-un dibunuh di KLIA. Polis Malaysia mahu melakukan bedah siasat. Kedutaan Korea Utara tak bagi, nak tuntut balik mayatnya. Pendirian polis kita ialah sila ikut prosedur Malaysia. Tak puas hati punya pasal, Duta Korea Utara iaitu Kang Chol mempertikaikan undang-undang Malaysia. Maka Malaysia mengisytiharkan Kang Chol sebagai “persona non grata” (orang yang tidak dihargai), dengan arti kata lain, halau. Korea Utara pula membuat pengumuman bahawa rakyat Malaysia (ada dalam 11 orang, kebanyakan kakitangan di Kedutaan Malaysia di Pyongyang) tidak dibenarkan meninggalkan Korea Utara. 


Adakah Malaysia berhak untuk mengisytiharkan Duta Korea Utara sebagai “persona non grata”? Ada. Ia telah diperuntukkan dalam Artikel 9, Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Diplomatik 1961. Yang bersalah dalam hal ini ialah Korea Utara kerana 11 rakyat Malaysia yang berkhidmat dalam Kedutaan (9 orang) dan World Food Programme (2 orang) ditahan itu mempunyai kekebalan diplomatik (“diplomatic immunity”). Dalam undang-undang antarabangsa, diplomat hanya boleh dihalau, tidak boleh ditahan. 


Dari permulaan drama ini Malaysia telah bertindak mengikut undang-undang dan norma antarabangsa. Namun, bedah siasat akan mendedahkan kebenaran tentang kematian misteri Kim Jong-nam. Kedegilan Korea Utara dalam memberi kerjasama seolah-olah memberi tanda ada udang di sebalik mee Jajangmyeon. 


Apa yang Korea Utara buat sekarang ialah “blackmailing” (peras ugut). Ini bukan kali pertama. Tanyalah jiran Korea Utara iaitu Korea Selatan dan Jepun sudah berapa kali diperas ugut olehnya. Di tahun 2009, Korea Utara juga menahan dua orang wartawan Amerika Syarikat, dan mereka hanya dibebaskan selepas bekas presiden Amerika, Bill Clinton melawat Pyongyang untuk rundingan rahsia. 


Dengan menjadikan rakyat Malaysia sebagai tebusan (“hostage”), rejim samseng Korea Utara berharap dapat menebus balik mayat Kim Jong-nam yang mengandungi kebenaran yang mereka cuba sembunyikan. Malaysia tidak mencari pasal dengan Korea Utara, Korea Utara yang mencari pasal dengan kita. Kalau kali ini Malaysia membenarkan Korea Utara membawa balik mayat sesuka hati, apa yang bakal terjadi selepas ini? Orang asing datang membunuh rakyatnya dan membawa balik? 


“Battle of the wills” ini menguji siapa yang mengalah terlebih dahulu. Dalam hal ini, orang asing sedang memijak kepala kita kerana kita mempertahankan hak kedaulatan kita, jadi kita harus bersatu sebagai rakyat Malaysia yang bermaruah, bukan memperlekehkan kerajaan sendiri. Kalau di saat ini pun anda masih mahu menjadi zombie politik, mohon berpindah ke Korea Utara. 


Dalam drama kali ini, ada sebuah aktor yang nampak berdiam, iaitu China. Sebenarnya China mengalami dilema di antara Korea Utara dan Malaysia: China melihat Malaysia sebagai rakan strategik di rantau Asia Tenggara, namun pada masa yang sama Korea Utara ialah bidak penting dalam percaturan geopolitik Asia Timur. Kalau China menyokong Korea Utara, Malaysia akan tersinggung. Kalau China menyokong Malaysia, Korea Utara pula akan tersinggung. Jadi lebih baik China berdiam. 


Tahun 1981, tiga kakitangan Kedutaan Soviet Union diisytiharkan sebagai “persona non grata” kerana disyaki mengintip. Dengar, Soviet Union itu. Malaysia pun tidak gentar. Apatah lagi Korea Utara.


“Ha ha ha… tengok, ada orang Malaysia kutuk kerajaan sendiri disebabkan masalah yang kita timbulkan. 바보 (babo)!” Kata seorang ajumma yang sedang menonton berita TV dalam rumahnya di Pyongyang. 


Siapakah lawak antarabangsa sekarang?


- Ayman Rashdan Wong -
(SUMBER FB - PATRIOTS)

0 comments:

PERSATUAN KEBAJIKAN ZURIAT KETURUNAN PUSAKA BENTAN MALAYSIA

0




 
LATAR BELAKANG PERTUBUHAN

PERSATUAN KEBAJIKAN ZURIAT KETURUNAN PUSAKA BENTAN MALAYSIA 

 

Dato’ Nazri selaku Presiden Pengasas terbentuknya Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan Bentan Malaysia, menjelaskan : persatuan kebajikan zuriat keturunan pusaka Bentan Malaysia telah didirikan tahun 2012. Tujuannya untuk membuat amal kebajikan serta budaya di bumi Malaysia dan Bintan, Kepulauan Riau serta Riau. Banyak kerja-kerja amal dan budaya sudah dilakukan khusus untuk merapatkan jaringan kekerabatan diantara anak cucu Melayu Bintan, dimanapun mereka berada. Objektifnya untuk membantu dan membangunkan tanah tercinta , tanah leluhur  iaitu Bintan

 
Gunung Bintan menjadi saksi peradaban kegemilangan bangsa Melayu dengan sejarah Melayu Bintan, dari istana Bukit Bijana hingga istana Kota Kara. Dari Tun Telani, permaisuri Wan Seri Beni, Sang Nila Utama, Laksamana Hang Tuah, Laksamana Megat Sri Rama, dan banyak lagi tokoh-tokoh pembesar-pembesar dari Bintan yang membuat sejarah Bintan begitu menjulang dai pelosok nusantara.
 


Sudah terbukti kemantapan sejarah Bintan. Dan hari demi hari, persatuan kebajikan zuriat keturunan Bentan Malaysia akan terus bergandeng bahu, bekerjasama dalam budaya dan kebajikan di Bintan mempromosikan Bintan ke mancanegara.
 


AKTIVITI-AKTIVITI PERTUBUHAN
 
Pada saat Dato’Nazri melakukan aktifitas Budaya dan Seni ini beliau juga melibatkan dan bekerja sama dengan Kepala Daerah setempat, seperti :
Gubernur dan Wakil Gubernur Kepri (masa Khidmat 2011-2016) Bapak Drs. H. Muhammad Sani dan Bapak Soeryo Respationo, bersama Dinas Pariwisata Provinsi dan LAM Provinsi Kepri
Walikota dan Wakil Walikota Batam ( DR. H Ahmad Dahlan dan H. Muhammad Rudi) bersama Dinas Pariwisata Kota Batam dan Lembaga Adat Melayu Kota Batam – Pelancaran Buku Sejarah Melayu tulisan DR. H. Ahmad Dahlan
Bupati Bintan ( Bapak Anshar Ahmad)  berserta jajaran
Bupati Karimun dan beberapa Daerah di Provinsi Kepulauan Riau.
Berbagai Kerjasama ini Dapat dibuka
 
 




 
 
Persatuan Bentan Malaysia ingin mengadakan Konsert Amal Otai Masih Berbisa” bersama-sama artis tempatn dan jemputan dalam program membantu serba sedikit kepada ibu tunggal yang berada di sekitar Seremban dan umumnya Negeri Sembilan.Persatuan kami juga telah beberapa kali membuat program kerja amal sebelum ini.Di antarannya:-
Perlawanan Bola Sepak Amal di antara artis melawan bekas-bekas pemain Negeri Sembilan bagi membantu kutipan derma Rumah Anak-Anak Yatim pada tahun 2013 di Stadium Tunku Abdul Rahman,Paroi.
Perlawanan Bola Sepak artis melawan pilihan Negeri Sembilan dan Malaysia bagi membantu kutipan tabung derma SELAMATKAN GAZA 2013
Perlawanan Bola Sepak pilihan artis Negeri Sembilan melawan pasukan kerabat Di Raja Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan,Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tunku Munawir,
Pertandingan Golf Amal bagi membantu Pusat Tahfiz Al-Quran As-Salihin,Seremban dan Maahad Nurul Nurul Quran Tunku Jaafar,Seri Menanti.
Menyalurkan bantuan pakaian kepada mangsa-mangsa banjir di Pahang.
Bekerjasama dengan Muzium Negeri Sembilan dalam menjayakan Progrm Persukuan Adat Perpatih di Istana Lama Seri Menanti.Persatuan ini mengadakan gelombang pendekar nusantara seramai 1282 pesilat nusantara pada tahun 2014
Program pelancaran buku sejarah Melayu bekerjasama dengan Yayasan Karyawan Malaysia dan Dewan Bahasa Pustaka Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 2015
BEBERAPA PENGHARGAAN YANG DIPEROLEH :
 
 
- Menerima anugerah Darjah Kebesaran Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato’dari Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 2014
- Menerima gelaran Dato’ Indera Setia dari Perhimpunan Agong dan kerabat  Kerajaan Riau Lingga (Indonesia) oleh Yang Dipertuan Besar Tengku Hussin Ibni Tengku Saleh Damnah pada tahun 2013
- Menerima anugerah dari Pemerintah Kota Batam  pada tahun 2015 oleh Walikota Batam iaitu anugerah Mitra budaya
- Menerima anugerah Ahli Kehormat Pasukan Rela Malaysia(penguasa rela) dibawah pasukan sukarelawan Malaysia (Wilayah Persekutuan),tempoh lantikan dari 2015-2019
- Dilantik sebagai penasihat khalifah Persatuan Seni Silat Gayong Pusaka Malaysia (Seri Pelangi Gangga Chula Sakti) pada tahun 2013
- Anugerah Perpat sebagai Tokoh Peduli Terhadap Sejarah,Budaya ,Masyarakat Tempatan & Berdedikasi Dalam Pembangunan Provinsi Kepulauan Riau pada tahun 2016
 
 

0 comments: