MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

PERJUMPAAN BERSAMA JAWATANKUASA KESELAMATAN SEKTOR KG PONDOK BATANG

0
TAKLIMAT DIBERIKAN OLEH ENCIK ROSLAN BERHUBUNG KAWALAN MALAM SUKARELAWAN KAMPUNG
salam perjuangan..
pada 4hb mei semalam saya bersama pengerusi jkkk en usly abu telah hadir ke bilik gerakan kg pondok batang untuk meninjau dan melihat aktiviti kawalan kampung yang telah dijalankan secara sukarela oleh jk keselamatan sektor kg pondok batang.ini adalah bertujuan melihat sejauhmana aktiviti kawalan dijalankan secara sukarela oleh rakan-rakan di kampung tersebut.
pertemuan juga diadakan bersama rakan-rakan bagi sama-sama bertukar-tukar fikiran untuk memastikan segalanya berjalan lancar dan mengikut prosedur keselamatanyang telah disusun oleh pihak polis..
dalam masa itu juga sumbangan berupa makanan dan minuman telah disampaikan oleh saya sendiri mewakili rakan-rakan pemuda umno menandakan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap program tersebut.
semoga apa yang dilakukan akan mendapat sokongan dari semua pihak dan diberi keselamatan dan perlindungan oleh Allah.
syabas rakan-rakan..teruskan perjuangan..

SUHAIZAN HAJI NOH

0 comments:

mesyuarat agung pemuda umno bahagian alor gajah

0
salam
pada 8 mei ini akan berlangsung mesyuarat agung pergerakan pemuda umno bahagian alor gajah yang akan diadakan di afarmosa resort jam 8.30 pagi yang akan dirasmikan oleh yb datuk mukhriz tun mahathir..

0 comments:

blogspot,twitter dan facebook.....

0
salam perjuangan..
sudah lama tidak mengemaskini blogspot peribadi saya ini..semenjak saya bertukar alamat daripada suhaizan578 kepada suhaizannoh...banyak juga aktiviti bersama penuda dan belia tidak diupdate dalam blogspot ini tetapi rakan-rakan boleh melihat di dalam http://www.facebook.com/SUHAIZANNOH ataupun dalam http://twitter.com/SUHAIZANNOH .. ini adalah kerana usaha saya dalam cuba untuk mempetingkatkan diri dalam penggunaan teknologi maklumat setakat mana yang termampu oleh saya..
bumi semakin berputar..hari silih berganti..jam kian memusingkan jarumnya tanpa henti dan tanpa menunggu kita..semua keputusan dan hala tuju perlu ditetapkan secara pantas dan segera..dunia ini tiada ruang lagi untuk orang yang lembab dan temanggu-manggu...berfikir pantas sebelum bertindak dan berfikir cerdas sebelum berkata-kata adalah pepatah yang tetap untuk memastikan kita tidak ketinggalan di arus perdana..
secara peribadi dalam diri saya juga telah banyak keputusan besar dan drastik telah saya buat demi kehidupan akan datang yang lebih sempurna dan diterima oleh Allah..walaupun kita sedar dan insaf bahawa kita bukanllah manusia yang sempurna namun dalam kedebuaan ini masih ada sucinya..suci dalam debu...tidak dinafikan pengaruh sekeliling amat besar impaknya dalam kehidupan seharian kita..bergelumang dalam politik..belia...perjuangan dsb telah banyak mematangkan diri kita tentang kehidupan yang penuh mencabar dan dicabar ini..
namun kita pasti yakin dan percaya selagi ada sekelumit kebenaran dalam diri kita pasti akan membawa hala tuju yang benar untuk kita..kalah menang bukan keputusannya tetapi keyakinan kita kepada keredhaan Allah pasti akan menempatkan kita dikalangan orang-orang yang beriman dan benar...dan sesungguhnya orang-orang yang beriman dan benar itu adalah orang-orang yang menang dalam pentempuran nafsu sendiri...
Ya Allah..mohon perlindungan dan hidayah Mu..

SUHAIZAN HAJI NOH
video
5mei2011

0 comments: