MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

MAJLIS CINTA ALLAH DAN RASUL _ JASIN BERSELAWAT 2014

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan...

Alhamdulillah malam tadi telah berlangsung dengan baik sekali Majlis Cinta Allah dan Rasul Jasin Berselawat (29/05/2014) Di dataran Jasin sempena Karnival Usahawan Jasin 2014.

Terimakasih kepada Habib Zeid Abd Rahman Al Yaman dan semua yang mengetuai bacaan dan selawat pada malam tadi..Terimakasih juga YB Datuk Haji Ghazale , Tuan YDP dan tuan pegawai daerah Jasin..

terimakasih kepada semua sahabat yang membantu menjayakan dan terimakasih kepada pengunjung yang sporting..

Alhamdulillah..Allah jua yang menentukan segalanya...








0 comments:

Tahniah Panji RIA

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan

Alhamdulillah..telah melaksanakan tugas dan amanah untuk terus sama memakmurkan dan mengembangkan seni silat warisan bangsa kita..dan sama sama dapat memeriahkan persembahan pencak silat persilatan di Central Market Pasar Budaya di Kuala Lumpur.


Satu persembahan yang baik dan dramatis dikalangan pesilat Panji Ria..


Tahniah Abg Sham.



Persatuan Seni Silat Kota Sendeng Asahan Melaka telah dijemput khas oleh Persatuan Seni Silat Panji RIA dari Kuala Lumpur untuk menjayakan program Muzikal Silat di Pasar Budaya Kuala Lumpur.

Panji RIA telah mementaskan elemen sejarah seperti pengkisahan puteri gunung ledang dan laksamana melayu hang tuah bersama sahabat sahabatnya ketika menuntut ilmu persilatan di gunung ledang.

Guru Sham bin Abd Rahman yang merupakan guru utama persatuan seni silat panji RIA berkata , majlis ini sebagai menarik minat kepada generasi muda untuk mempelajari silat disamping mengetahui sejarah berkaitan perkembangan silat dan sumbangan ilmu persilatan dalam peradaban bangsa kita. 

Persatuan Seni Silat Kota Sendeng hadir dengan menandakan silaturrahim dan ukhuwah dikalangan persatuan silat dan memberi gambaran bahawa kekuatan itu akan wujud sekiranya kita bersatu dan sefahaman.

video

KLIK SINI http://www.youtube.com







0 comments:

TAZKIRAH JUMAAT HARI INI..

0
KeKUATAN DOA IFTHIROSH
Ketika duduk iftirosh , yaitu duduk diantara dua sujud ada do’a yang amat dahsyat. Sayang banyak umat islam yang tidak mengerti do’a ini dan membacanya dengan tergesa gesa dan kecepatan tinggi, tanpa memahami maknanya :
Robbighfirli….ya Allah ampuni aku,
Warhamni….rahmati aku,
wajjburni….tutupi semua keburukanku,
warfa’ni….angkat derajatku,
warzukni….beri aku rezeki,
wahdini…beri aku hidayah dan petunjuk,
wa’afini…beri aku kesehatan,
wa’fu anni….ma’afkan aku.

Jika do’a tersebut dibaca dengan sungguh sungguh dan khusuk, pasti Allah mengabulkannya. Apa lagi do’a tersebut dibaca 17 kali sehari semalam, Allah tidak pernah menolak do’a hambaNya yang dipanjatkan dengan sungguh dan sepenuh hati. Manfaat do’a tersebut antara lain sebagai berikut:
Robbighfirli (ya Allah ampuni semua dosaku)
Jika do’a ini dibaca dengan sungguh sungguh dan ikhlas niscaya Allah akan mengampuni dosa kita yang telah lampau dan yang akan datang. Dengan pengertian pada masa mendatang Allah akan memelihara kita untuk tidak melakukan dosa besar dalam kehidupan kita didunia dan akhirat. Hati yang sudah bersih dari dosa akan bersinar dan mudah menerima hidayah serta petunjuk Allah. Ia akan mendapat bimbingan dalam mengambil keputusan dan melangkah. Sehingga selalu mendapat kemenangan dan keberhasilan dalam hidupnya.
Hati yang kotor tertutup dosa mejadi hitam gelap dan susah menerima hidayah dan bimbingan Allah. Hati yang hitam dan gelap cenderung mengikuti bisikan syetan yang membawanya memperturutkan hawa nafsu dan mengambil keputusan yang keliru . Berbagai keputusan yang salah dan keliru membawanya pada kehidupan yang porak poranda penuh kesulitan dan penderitaan. Ia akan mengalami kesengsaraan hidup didunia maupun akhirat.
Warhamni (Rahmati aku)
Orang yang membaca do’a ini dengan khusuk dan sungguh sungguh akan dibukan kan Allah baginya pintu rahmat dari langit dan bumi. Ia akan mendapat Rahmat dan kasih sayang Allah dari segala penjuru. Di jamin hidupnya akan sejahtera berkecukupan . Tidak ditimpa kemelaratan dan kehinaan dimanapun ia berada. Dijauhkan dari kesedihan, duka cita, stres dan tertekan. Hidup bahagia dan sejahtera sepanjang waktu didunia maupun akhirat.
Wajburni (Tutupi segala aib dan keburukanku)
Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan sungguh sungguh niscaya akan ditutupi Allah segala aib , keburukan dan kekuarangannya. Pepatah mengatakan “ tidak ada gading yang tak retak “, demikian pula kita sebagai manusia tentu banyak punya kelemahan dan keburukan. Kita takut jika aib, dan kelemahan kita diketahui orang banyak. Insya Allah Dia akan menutupi semua kelemahan dan kekuarangan kita dari orang banyak. Orang tidak tahu dengan kelemahan dan keburukan kita, orang hanya melihat sisi baik dari kehidupan kita. Sehingga kita dapat meraih kejayaan demi kejayaan dalam kehidupan ini.
Sungguh celaka orang yang dibukakan aibnya dihadapan orang banyak. Tidak ada gading yang tidak retak, setiap kita tentu punya kelemahan dan kekurangan, Insya Allah dengan kekuatan do’a ini Allah akan menutupi semua aib dan kekurangan kita.
Warfa’ni ( Angkat derajatku)
Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan sungguh sungguh niscaya akan diangkat derajatnya oleh Allah , dijauhkan dari kehinaan , penindasan, kemelaratan dan lain sebagainya. Dengan berkah do’a ini umat Islam tidak akan menjadi umat yang lemah, dizalimi, tertindas , dicurangi dan difitnah. Umat Islam akan menjadi umat yang kuat , disegani, dihormati oleh lawan dan kawan. Seorang yang membaca do’a ini dengan khusu dan sungguh sungguh akan mendapat kemuliaan hidup didunia dan akhirat. Dia tidak akan menjadi orang yang susah, sengsara, hina , papa, miskin,tertindas, dizalimi, hidup serba kekurangan dan lain sebagainya. Ia akan menjadi orang yang dihormati dan disegani dimanapun berada.
Warzukni ( Beri aku rezeki)
Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan sungguh sunguh akan dijauhkan dari kemiskinan dan kepapaan . Ia akan hidup berkelimpahan dan dicukupkan semua hajat dan keperluannya. Allah akan mendatangkan rezeki baginya dari langit , bumi dan seluruh penjuru yang diberkahi. Apa saja bidang usaha yang diceburi akan mendatangkan rezeki berlimpah baginya.
Wahdini (Beri aku hidayah dan petunjuk)
Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan sungguh sungguh akan selalu mendapat bimbingan dan petunjuk dalam menjalani hidupnya. Baginya tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Apapun masalah yang menghadang dapat diselesaikannya dengan baik. Baginya tidak ada istilah putus asa. Ia tidak pernah mengalami kebingungan, kebuntuan dan putus asa dalam menghadapi berbagai masalah kehidupan.
Wa’afini (Beri aku kesihatan)
Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan sungguh sungguh insya Allah memiliki tubuh yang sehat dan kuat, jauh dari berbagai penyakit yang membuatnya lemah dan sulit menyelesaikan berbagai pekerjaan dan tugas yang dihadapinya sehari hari. Allah akan membimbingnya mendapatkan badan yang sehat dan kuat. Makanan dan pola hidupnya terpelihara baik sehingga badannya tetap sehat dan kuat terhindar dari berbagai penyakit yang banyak menyerang masyarakat kota dewasa ini. Bagi yang sentiasa sakit-sakitan insya Allah akan mendapat bimbingan secara naluriah untuk mendapatkan badan yang sihat dan kuat.
Wa’fu anni ( Maafkan aku)
Orang yang membaca do’a ini dengan khusyuk dan sungguh sungguh insya Allah akan mendapat ampunan dan maaf dari Allah atas berbagai kesalahan dan kekeliruan yang telah dilakukan. Dengan mendapat keampunan dariNya insya Allah ia akan dapat memperbaiki berbagai kesalahan dan kekeliruan itu untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dimasa yang akan datang.
Itulah do’a - do’a dahsyat didalam sholat yang telah membawa kemenangan dan keberhasilan pada umat Islam dimasa lampau meraih kejayaan dan kemenangan. Dengan kekuatan sholat umat Islam dimasa lalu mengalahkan musuh musuhnya dan menguasai dunia dimasa itu. Namun sekarang akibat mensia siakan sholat umat Islam di tindas dan dihina dimana mana. Mari kita perbaiki semua kekeliruan ini. Sedikit sekali umat Islam yang mengerti dan membaca do’a Iftirosh dengan khusuk dan sungguh sungguh. Kebanyakan orang membacanya dengan cepat dan tergesa gesa, tanpa mengerti arti dan maksudnya.
Mari kita perbaiki mutu hidup kita masing masing dengan memperbaiki mutu sholat. Jika umat Islam sudah melakukan sholat dengan benar dan khusuk niscaya kemenangan yang pernah diraih umat Islam dimasa lalu akan datang kembali . Berbagai kesulitan , fitnah, penindasan, tekanan, yang dialami umat Islam dewasa ini merupakan peringatan dari Allah. Karena banyak diantara kita yang sudah menjadi umat yang mensia siakan sholat dan memperturutkan hawa nafsu sebagaimana disebutkan dalam surat Maryam ayat 59 diatas.
Amin..

0 comments:

Perhimpunan 1001 Pendekar di Istana Seri Menanti

0
Majlis Perhimpunan 1001 Pendekar bersama DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan  Anjuran Persatuan Perwaris Zuriat Keturunan Bentan Malaysia
Bertempat Istana Seri Menanti Kuala Pilah.

Majlis ini telah dihadiri lebih 1000 orang pendekar yang berlatar belakang pelbagai perguruan persilatan sebagai contoh Silat Seligi Tunggal, Sendeng, gayung pusaka dan Putero Monggolo.
Persatuan seni silat kota sendeng dari Asahan Melaka juga mengikuti majlis tersebut dengan menghantar seramai 20 orang.Aktiviti kebudayaan sebegini adalah baik dan wajar diteruskan dan setiap negeri perlu menganjurkan majlis sebegini.Selain dari nerapatkan ukhuwah pesilat juga boleh bertukar tukar idea dan menambah pengalaman untuk memantapkan persatuan silat masing masing.


0 comments:

Penutupan Gelanggang bersama Guru Guru Silat yang hebat!!!!

0








0 comments:

Pertama Kali Dalam Hidup..haaaaa Buka Gelanggang di HTC

0
Assallammualaikum wmt wbt.. dan Salam Perjuangan

video

KLIK SINI http://www.youtube.com

Diamanahkan untuk membuka seni gelanggang silat di HTC Duyong Melaka.....aduss kenapa aku???






gabungan...jurus bunga..jurus lima......zasssssss

0 comments:

TAHNIAH KARNIVAL PENDEKAR DAN BUSANA TRADISI NUSANTARA...

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan..

Alhamdulillah dengan izin Allah telah selesai majlis Festival Pendekar dan Busana Tradisi Nusantara 2014 pada 10 dan 11 Mei yang lepas di HTC Duyong Melaka..tahniah kepada penganjur sdr Huzaifah, cikgu syam cekak dan JK Sigma yang lain.. mantap dan bertenaga...

Apa yang penting adalah pertemuan , perjumpaan , perbimcangan, berkenal kenalan dsb adalah tujuan utama utk kita berhimpun dan bersatu..banyak hikmah yang kita boleh dapati dari perjumpaan ini dan semuga perkenalan ini semua akan membibitkan rasa kasih sayang dan kecintaan kita semasa penghidup seni sikat yang tiada tandingan ini.

Semuga Allah merahmati kita semua..

Abg syam panji...haaa..banyak nak bincang lagi ni,,hehehe...






0 comments:

KUNJUNG HURMAT SIGMA KEATAS YB DATUK HAJAH NORPIPAH ABDOL

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

TERIMAKASIH KEPADA YB DATUK HAJAH NORPIPAH BINTI ABDOL TIMB EXCO PEMBANGUNAN BELIA DAN WARISAN NEGERI MELAKA KERANA SUDI MENERIMA KUNJUNGAN KAMI SEMALAM (5/5/2014)

BEBERAPA PERKARA DAPAT DISELESAIKAN DAN MENDAPAT NASIHAT DAN PANDANGAN YANG BERNAS DARIPADA YB DATUK

TERIMAKASIH DIUCAPKAN..





0 comments:

HARTA PULAU NANGKA.....BETUL KE??

0


MELAKA: Kerja-kerja pencarian harta karun oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd di Pulau Nangka akhirnya membuahkan kejayaan apabila syiling emas pertama ditemui pada pukul 11.15 malam.
Kejayaan terbabit disusuli penemuan syiling emas kedua pada pukul 11.30 malam yang dipercayai milik Kerajaan Majapahit berdasarkan tulisan yang terdapat di syiling berkenaan.
Pengarah Urusan syarikat, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said berkata, syiling emas itu ditemui semasa kerja-kerja pengorekan yang dilakukan di salah sebuah lubang yang dipercayai di dalamnya terdapat harta berkenaan.
“Syarikat akan menghubungi PERZIM dan kerajaan negeri untuk memaklumkan hal ini dan memohon untuk meneruskan kerja-kerja penggalian di Pulau Nangka akan dimaklumkan secepat mungkin. Berdasarkan pada imbasan bumi memang ianya terdapat dalam gua tersebut. Insya Allah jika tiada aral melintang
setelah blok batu dikeluarkan serta batuan kecil batu dibersihkan, kita akan dapat masuk ruang kosong tempat menyimpan peti peti harta tersebut,” jelas Mohammad Foad Khushairy.
Katanya, kerja-kerja penebukan siap sepenuhnya malam tadi dan dijangka kerja-kerja mengangkat batu keluar akan dilakukan hari ini bagi membolehkan harta terbabit dibawa keluar.
Mohammad Foad yakin harta itu terdapat di bawah batu terbabit selepas melakukan teknik geoteknikal menggunakan imej imbasan bumi.
Sekurang-kurangnya terdapat lima buah peti besi yang dipercayai mengandungi emas di ruang berkenaan daripada 20 bilik yang terdapat di dalam gua itu.
Katanya, berdasarkan imej imbasan itu, mereka menjangkakan terdapat 96 peti besi yang mengandungi pelbagai syiling emas, emas dan barangan berharga yang dikatakan disembunyikan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka bagi mengelak diceroboh pihak Portugis terkandung di gua berkenaan..Berita disunting oleh Muhammad Aiman & Sardy Hj Mahorm Melaka TV

0 comments:

Mesyuarat PSSKS Menyertai Festival Pendekar dan Busana Tradisi Nusantara 2014

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan

Alhamdulillah malam tadi telah berlangsung mesyuarat diantara gelanggang bersama Tuan Guru Utama Rahman Hamid untuk membincangkan penyertaan di festival pendekar dan busana tradisi nusantara di HTC Melaka.

Dijangkan seramai 80 orang pesilat daripada Perguruan Seni Silat Kota Sendeng akan menyertai untuk sama sama memeriahkan majlis tersebut.

Semuga apa yang dirancang akan berjaya dan mendapat berkat dan pertolongan dari Allah SWT.

Tahniah semua..




0 comments:

FESTIVAL PENDEKAR DAN BUSANA TRADISI NUSANTARA 2014

0
Assallammualikum dan salam perjuangan

Alhamdulillah pada cuti umum sempena hari pekerja semalam telah berlangsung satu program untuk mempromosikan festival ini secara media internet iaitu pengambaran video pendek mengenai festival pendekar dan busanan nusantara.


Tahniah kepada guru guru yang menyertainya dan sanggup berkorban cuti untuk bersama keluarga telah diisi dengan program pengambaran tersebut yang dijalankan di HTC duyong melaka. terimakasih juga kepada cikgu heirman yang menjadi director , produksi , screen play dan director untuk pengambaran tersebut.


tahniah dan terimakasih semua..semuga usaha ini akan diterima dan menjadi ibadah kita kepada Allah kerana niat kita tidak lain tidak bukan untuk memakmurkn bumi Allah ini dengan aktiviti memartabatkan budaya bangsa Melayu yang islam menjadi teras pokok kepada kegemilangan bangsa kita..


tahniah semua..


KLIK SINI http://www.youtube.com





0 comments: