MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

MESYUARAT JK GERAKAN BELIA 4B NEGERI MELAKA

0

Assallammualaikum dan salam perjuangan..

tahniah kepada GB4B Melaka kerana telah berjaya mengadakan mesyuarat JK bil 2-2013 di bilik mesyuarat DMDI.

mesyuarat berkisar kepada laporan penghantaran PB09 disetiap cawangan dan aktiviti menjelang ramadhan..

GB4B Melaka juga mengucapkan terimakasih kepada Yg Bhg DS Mohd Ali Rustam kerana mentadbir dgn baik negeri Melaka dan juga mengucapkan tahniah kpd YAB DW Idris Haron yg dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka.

Kami berharap supaya segala usaha dan perancangan kita akan berjaya dan dilindungi Allah..

0 comments:

GELANGGANG ADE PUTRA SATU MATLAMAT

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan..

Sepintas langsung tentang perancangan untuk mebina gelanggang Ade Putra Kompleks Silat Melayu di kaki gunung Ledang di Asahan..

KOMPLEKS SENI SILAT MELAYU

 
GELANGGANG ADI PUTRA

ASAHAN MELAKA

  

KELAM KELIP KU SANGKA API

KALAU API MANA SUMBUNYA

HILANG GHAIB KU SANGKA MATI

KALAU MATI MANA KUBURNYA

 

*******************************************

LAGENDA ADI PUTRA

MAHAGURU SILAT DATO LAKSAMANE HANG TUAH

DAN LIMA PENDEKAR

MENGANGKAT MARTABAT BANGSA

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

1.0        PENDAHULUAN
Kompleks Seni Silat Melayu satu lagi mercu tanda pencak silat Melayu kian dimertabatkan di negeri bertuah dan bersejarah Melaka Bandaraya Warisan Dunia. Kemajuan Melaka bukan sahaja diukur dari pembangunan fizikal dan urbanisasi tetapi pembangunan Melaka juga sejajar dengan penjagaan dan pemeliharaan warisan seni Melayu iaitu silat warisan bangsa.

Gelanggang Ade Putra diwujudkan di kaki gunung Ledang kerana sejarah dan lagenda Dato Laksamane Hang Tuah dan Lima pahlawan Melaka bermula di gunung Ledang kerana mereka bukan sahaja menuntut ilmu kependekaran tetapi juga menuntut ilmu sufi dengan Pendita Sang Ade Putra di gunung Ledang. Ini juga akan menyuntik semangat dan jatidiri dikalangan anak bangsa untuk mempelajari dan mengembangkan silat seperti mana kata kata Dato Laksamane Hang Tuah..

Takkan Melayu Hilang Di Dunia dan kata kata keramat ini sebenarnya lahir dari Pendeta Sang Ade Putra yang diamanahkan kepada Dato Laksamane untuk anak melayu di dunia ini.

 

2.0        MATLAMAT
Menyediakan satu tempat latihan yang komprehensif untuk para pesilat dimana konsep adalah tradisional tetapi kemudahan fasiliti adalah moden dan terkini.

 

3.0        OBJEKTIF
A.   Menyediakan satu kemudahan yang lengkap untuk para pesilat kampong berlatih dan mempersiapkan diri untuk sebarang persembahan dan pertandingan.

B.    Memberi peluang yang luas kepada belia desa untuk mengenegahkan bakat dan meningkatkan potensi diri dan menjadi pusat kecergasan dengan aktiviti yang dijalankan.

C.   Menjadi pusat pengurusan dan pentadbiran silat kawasan / parlimen tersebut.

D.   Menjadi pusat penyebaran ilmu dengan mengadakan bengkel-bengkel atau kursus setiap bulan di pusat tersebut.

4.0        PENGISIAN  

A.   GELANGGANG SILAT ADE PUTRA

-      Ruang yang cukup dan berbumbung untuk mengadakan latihan pencak silat bersama dengan peralatan silat olahraga.

-      Ruang yang cukup untuk membuat lompatan dan seni tempur


B.    WAKAF UNTUK LATIHAN GENDANG

-      Tempat untuk latihan gendang dan instrument untuk mengiringi pencak silat.
  

C.   HALAMAN

-      Disediakan kiosk untuk peniaga menjual hasil kraftangan dan barangan tradisional samada makanan ringan atau makanan tradisi

D.   KELENGKAPAN GYMNASIUM (TINGKAT BAWAH RUMAH MELAYU)

-      Tingkat bawah disediakan gymanasium untuk pesilat menjalani latihan kecergasan dan kekuatan fizikal.
 

E.    RUANG PENTADBIRAN DAN GALERI SILAT MELAYU (TINGKAT ATAS)

-      Tingkat atas adalah merupakan ruang galeri dan pentadbiran untuk menguruskan persatuan silat di kawasan berdekatan 

5.0        RANCANGAN AKTIVITI

A.   SETIAP HARI

·         Membuka latihan gym kepada belia kampong.

·         Latihan pesilat olahraga atau kick boxing kepada belia kampong.

·         Kios dibuka untuk jualan makanan kepada pengunjung.

·         Latihan tarian kebudayaan boleh diadakan.

 
B.    HUJUNG MINGGU

·         Bengkel bengkel keilmuaan dan motivasi boleh dijalankan

·         Kursus juga boleh diadakan disegenap lapisan masyarakat.

·         Kursus kemahiran seni beladiri setiap jenis pencak silat.

·         Kursus kemahiran jurulatih untuk silat dan pelbagai seni beladiri lain.

·         Mesyuarat pelarasan aktiviti belia juga boleh diadakan.

 
C.   BERKALA ATAU BERMUSIM

·         Program sembang sembang belia bersama pemimpin

·         Tempat pertemuan pelbagai persatuan silat

·         Tempat perhimpunan pesilat

·         Tempat pertandingan persilatan

·         Mengadakan ceramah ditempat terbuka

 

6.0        LOKASI

Dicadangkan dibina di atas tanah kerajaan di kaki gunung ledang di Asahan lebih kurang 20 km dari Bandar Jasin dan 60 km dari Bandaraya Melaka. Pekan Nyalas terletak di dalam dun Asahan dan dalam Parlimen Alor Gajah.

 7.0        AKTIVITI BELIA , NGO DAN MASYARAKAT SETEMPAT

Persatuan belia terbesar di Parlimen Alor Gajah ialah Gerakan Belia 4B , Majlis Belia Felda dan Persatuan Silat-silat Melayu.

·         Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Alor Gajah

·         Majlis Belia Felda

·         Persatuan Seni Silat Melaka

o   Seni Silat Kota Sendeng

o   Seni Silat Gayung Malaysia

o   Seni Silat Gayung Fatani

o   Seni Silat Kilau Cendana

o   Seni Silat Cekak Malaysia

o   Seni Silat Pukulan Melaka

 

·         Persatuan NGO yang lain seperti:-

o   Pekida Malaysia

o   Perkasa Malaysia

o   Pergerakan Pemuda UMNO

o   Pergerakan Puteri UMNO

 





0 comments:

MGBD JASIN TERUS MENGORAK LANGKAH

0

Assallammualaikum dan salam perjuangan..

Tahniah kepada Yg Bhg Tuan Mohd Nizam Omar MNO selaku pengerusi MGBD Jasin yang banyak telah merancakkan aktiviti belia dan menyusun aktiviti belia di daerah jasin dengan jayanya.. malam tadi 29Mei telah berlangsung mesyuarat MGBD Jasin untuk merancang dan menyusun aktiviti belia di daerah Jasin sepanjang bulan Jun,Julai dan Ogos..

Semuga apa yang dirancang akan memberi impak yang besar kepada pembangunan sahsiah dan pemikiran para belia kita.

Tahniah MGBD Jasin!!

0 comments:

SALAH SIAPA? PENJUAL TIKET ATAU PENONTON YANG TIDAK BERDISPLIN

0

Assallammualaikum dan salam perjuangan..
Alhamdulillah tidak ada kemalangan atau kecederaan berat ketika berlaku ensiden penyokong membanjiri stadium darul makmur. hanya berlaku kecederaan ringan diantara penyokong johor dan pahang kerana insiden baling botol antara kedua penyokong..namun tahap displin dan tahap kesabaran kedua dua penyokong masih tinggi sebab kalau perkara ini berlaku diluarnegara sudah pasti keadaan lebih huru hara dan perkara buruk akan berlaku..
namun apa yang kita harapkan ialah supaya pihak penganjur jangan leka bab keselamatan dan bersedia dgn segala kemungkinan..
Kuantan: Dua penyokong Pahang dan Johor Darul Takzim (JDT) cedera terkena objek dibaling individu tidak bertanggungjawab pada aksi separuh akhir kedua Piala FA yang melakar episod mendukacitakan di Stadium Darul Makmur, malam tadi.
Seorang wanita dipercayai penyokong Pahang terpaksa dibawa keluar polis selepas mata kanannya cedera terkena objek dibaling ketika dia dan lebih 7,000 penyokong tuan rumah terpaksa duduk di trek gara-gara stadium skuad Tok Gajah itu penuh sesak.

Seorang penyokong Johor DT pula memegang kepalanya selepas terkena balingan objek sekali gus menghidangkan risiko besar buat Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) terhadap tindakan yang boleh dikenakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang pasti berang dengan insiden ini.
Pertemuan yang diungguli Johor DT hasil kemenangan 1-0 di Stadium Larkin, Sabtu lalu itu gagal dimulakan mengikut jadual sebenar selepas 7,000 penyokong tuan rumah memenuhi trek, memaksa semua pihak terbabit mengadakan mesyuarat tergempar mencari jalan penyelesaian serta-merta.

Perlawanan dijadual bermula 8.45 malam tertangguh satu jam 40 minit sebelum pengadil perlawanan membatalkan aksi itu pada jam 10.25 malam.

Untuk rekod, Stadium Darul Makmur hanya mampu menampung 35,000 penyokong tapi 42,000 penyokong kedua-dua pasukan dianggar membanjiri stadium yang pernah menyaksikan anak didik Dollah Salleh menewaskan Johor DT, 3-2 pada saingan Liga Super, beberapa bulan lalu.
Foto
SULTAN Ahmad Shah (dua dari kiri) berbincang dengan pegawai perlawanan.
Bagi meredakan keadaan, Sultan Pahang yang juga Presiden FAM Sultan Ahmad Shah serta Presiden PBNP Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah turun bertanyakan situasi sebenar kepada barisan pegawai perlawanan selain bertemu penyokong Tok Gajah di trek.

Berdasarkan peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), setiap perlawanan tidak boleh dilangsungkan andai ada penyokong pasukan duduk terlalu hampir dengan padang kerana dibimbangi bakal mencetuskan keadaan tidak selesa pemain yang pastinya risaukan keselamatan masing-masing.
Penyokong Johor DT, Salehan Sakiran, 39, yang datang bersama rakan dari Muar kesal insiden ini berlaku dan menyifatkan ia berpunca daripada kesilapan PBNP kerana menjual tiket melebihi kapasiti stadium.





0 comments:

Bot Karam Dipercayai Terlebih Muatan - Pesurujaya Polis Sarawak

0

Assallammualaikum dan salam perjuangan..
Takziah kepada keluarga mangsa bot karam dan semuga roh yang meninggal dunia ini tenang dan tenteram.. Ini adalah satu kemalangan yang menyayat hati dan amat menyedihkan. Kerajaan perlu mengambil satu langkah drastik bagi memastikan keselamatan penumpang bot ini lebih terjamin dimasa akan datang. Kerana kita tahu bahawa perkhidmatan bot ini amat diperlukan kerana ini adalah salah satu perkhidmatan pengangkutan yang terpenting di sekitar sungai sungai di sarawak.
Satu agensi yang mengawal pergerakan bot ini perlu diwujudkan supaya boleh membendung penumpang yang lebih muatan dan keselamatan bot penumpang itu sendiri dari segi teknikal dan kemahiran kendalian oleh pemandu bot tersebut..
sama sama pastikan supaya kemalangan ini tidak berlaku lagi...
KUCHING: Berdasarkan siasatan awal, polis percaya bot ekspres yang karam di Sungai Rajang dekat Belaga pagi ini terlebih muatan dengan dinaiki lebih 200 penumpang, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.
Beliau berkata penumpang yang menaiki bot ekspres itu dengan muatan jauh melebihi jumlah yang dibenarkan iaitu 67 penumpang duduk dibuat berdasarkan cerita mangsa yang terselamat dalam insiden itu.
"Identiti mereka yang hilang masih samar kerana belum ada jumlah rasmi penumpang memandangkan pengusaha bot ekspres itu dipercayai tidak menyimpan senarai penumpang," katanya kepada Bernama.
Setakat ini laporan tidak rasmi menyebut 21 orang masih hilang manakala 181 orang lagi berjaya berenang menyelamatkan diri apabila bot ekspres itu terhempas ke batu kira-kira 40 minit selepas meninggalkan pekan Belaga.
Beliau berkata anggota polis, yang terdiri daripada pasukan mencari dan menyelamat, masih berada di tempat kejadian dan sebarang maklumat tepat atau pengesahan berhubung jumlah sebenar mangsa hanya dapat diketahui dalam beberapa jam lagi. -BERNAMA


0 comments:

GABENOR BANK NEGARA ALAM BUNIAN?? MENARIK!!

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan..

Menarik juga fakta ni yang mengatakan Gabenor Bank Negara Alam Bunian bantu kita..


klik sini : http://rahsiakayubatudanlogam.wordpress.com/2012/08/18/aishah-gabenor-bank-alam-bunian/


Anda tentu pernah melihat tandatangan AISHAH pada matawang ringgit Malaysia. Sejauh manakah anda mengenali AISHAH ini sebagai gabenor Bank Negara Malaysia?
Semakan melalui Bank Negara Malaysia juga mengesahkan tiada gabenor Bank Negara bernama Aishah! Bank Negara juga mengesahkan satu-satunya gabenor wanita ialah Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, yang merupakan gabenor Bank Negara Malaysia ke tujuh dan masih berkhidmat sehingga kini.
Apakah duit dengan tandatangan AISHAH ini merupakan duit dari alam bunian sepertimana yang heboh diperkatakan suatu masa dahulu. Kononnya ketika dunia mengalami kemerosotan ekonomi malah Malaysia juga diserang oleh George Soros menyebabkan ekonomi kita lumpuh, sahabat-sahabat dari alam bunian telah membantu rakyat Malaysia dengan mengeluarkan sejumlah besar wang dari alam mereka untuk digunakan oleh rakyat Malaysia.
Mungkin kedengaran mustahil namun percayalah tiada apa yang mustahil di dalam dunia ini sekarang. Sejauh mana kebenaran cerita ini tidaklah dapat dipastikan. Namun sekiranya anda mempunyai pendapat mengenai kisah ini eloklah kita kumpulkan bersama untuk tatapan generasi masa kini. Berikut disertakan senarai nama gabenor Bank Negara Malaysia :
Tan Sri W H Wilcock (Januari 1959 – Julai 1962)
Tun Ismail bin Mohamed Ali (Julai 1962 – Julai 1980)
Tan Sri Abdul Aziz bin Taha (Julai 1980 – Jun 1985)
Tan Sri Dato’ Jaffar bin Hussein (Jun 1985 – Mei 1994)
Tan Sri Dato’ Ahmad bin Mohd Don (Mei 1994 – Ogos 1998)
Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998 – April 2000)
Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (Mei 2000 – Kini)
Apa yang pasti, sebenarnya tandatangan AISHAH yang diperkatakan milik bunian ini sebenarnya adalah milik Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, gabenor Bank Negara Malaysia keenam.

0 comments:

HINA PEMIMPIN UMNO MELAKA??

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan..

Tindakan seorang bloggers yang menghina dan menuduh seorang pemimpin UMNO hanya terpana dengan kehangatan pemilihan UMNO tahun ini adalah satu langkah yang menongah arus dan songsang.. Segala butiran didalam bloggers tersebut adalah spekulasi dan andaian semata tetapi isinya telah menghina seorang pemimpin UMNO yang juga merupakan seorang pengerusi perhubungan UMNO negeri.

Kenapa ianya berlaku???

Inilah faktor utama yang menyebabkan BN kalah beberapa kerusi di parlimen dan Dun pada PRU yang lepas..dia merasakan dirinya hero dan lantang bersuara tetapi tindakannnya menyiarkan keaiban pemimpin UMNO yang lain telah menampakkan siapa dirinya sebenar..

Belum ada pun sebarang pengesahan untuk pemimpin UMNO itu bertanding...cuma andian sinis yang sebenarnya bertujuang untuk menghina pemimpin tersebut dan bertujuan untuk merosakkan parti UMNO itu sendiri.. Adakah ini dikatakan sebagai pejuang siber atau hanya lebih kepada perjuangan individu..

Jika dia seorang yang bertanggung jawab hendaklah memohon maaf kepada pemimpin UMNO tersebut dan menarik balik artikel di blogspotnya yang menghasut dan boleh merosakkan pemimpin dan UMNO itu sendiri.. JK displin UMNO perlu mengambil tindakan jika tidak maka banyaklah bloggers celupar yang akan merosakkan peribadi pemimpin dan hanya meruntuhkan kredibiliti UMNO itu sendiri...

Wajarkah DS Ali Rustam dihina sehingga tidak menghurmati rakyat Melaka yang menyanjung beliau sebagai seorang Ketua Menteri yang terbaik???



diantara keceluparan bloggers ini :-


Soal yang kedua,mampukah Ali Rustam menjalankan tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung sedangkan sewaktu beliau memPengerusikan Biro Latihan,semua orang tahu apa yang terjadi kepada Biro tersebut dan kita perlu tahu bahawa popularity Ali Rustam hanyalah kerana `kebaikan’nya menganugerah darjah-darjah kebesaran kepada rakan-rakannya dalam UMNO,ini dilihat oleh sesetangah pihak sebagai jalan memancing undi dan sokongan sedangkan hakikatnya andai Ali Rustam kekal bertanding di DUN baru-baru ini pun berkemungkinan besar beliau akan turut kalah.
*mempertikaikan penganugerahan darjah kebesaran negeri Melaka???

Kalaulah Ali Rustam itu dilihat hebat rasanya Ghani Othman lagi hebat daripada Ali dan tidak pernah dihukum oleh parti walaupun beliau kalah di Parlimen Gelang Patah,sekurang-kurangnya ada juga jasa Ghani Othman terhadap Johor kalau mahu dibandingkan dengan Ali Rustam yang dikatakan meninggalkan hutang hampir 450 juta sewaktu mentadbir Melaka.Apa pembangunan.yang Ali Rustam buat,itu kalau mahu dibuat perbandingan antara Ali dengan Ghani Othman.
*Fitnah kepada kerajaan negeri Melaka???

Ataupun PM Najib sedang berkira-kira untuk melantik Ali Rustam sebagai Senator,dilantik Menteri bagi menghalalkan jawatan Ketua Penerangan UMNO.Lagi sedap pembangkang menyerang PM Najib di Parlimen.PM Najib tentu tidak lupa bagaimana Mat Taib yang dilantik Senator.diberikan jawatan Menteri,menawarkan diri bertanding Timbalan Presiden parti,kalah dan akhirnya menikam parti daripada belakang dengan menyertai PAS,PM Najib tidak bimbangkah akan berulang peristiawa yang sama dan kita pasti Ali Rustam masih lagi bercita-cita untuk jawatan itu?

*Menyamakan Muhamad Taib dengan Ali Rustam dan memungkinkan Ali Rustam menikam parti dari belakang???

klik sini :http://www.sanggahtokjanggut.blogspot.com/

kami warga Melaka berharap UMNO dan kerajaan Negeri Melaka mengenakan tindakan tegas kepada bloggers ini supaya tidak sewenang wenangnya menghina pemimpin UMNO apatahlagi bekas Ketua Menteri Melaka yang kita tahu telah banyak menabur jasa kepada bumi bertuah Melaka tercinta..kami warga Melaka menghurmati Tok Janggut sebagai pejuang negara dan janganlah guna nama seorang ahli sufi dalam bloggers kalau niat hanya untuk menghentam sesama bangsa Melayu dan seagama Islam kerana itu bukan amalan Tok Janggut...kalau nak jadi pejuang guna nama sendiri dan boleh tukar kepada sanggah tok jambang!!!

PETIR SAMBAR MENYAMBAR DAN GURUH BERDENTUM AIR SETEMPAYAN SUDAH DIBUANG....AKHIRNYA HUJAN TAK JADI..........


0 comments:

SEMANGAT YAB DW IDRIS HARON

0
SILA KLIK SINI
http://www.melakainsider.blogspot.com/2013/05/amanat-awal-ketua-menteri-melaka.html


Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 751 Tahun.....

Alhamdullilah..... sudah hampir 3 minggu rakyat Malaysia menjalankan kewajipan untuk mengundi dan syukran Ya Allah.... Barisan Nasional yang diketuai oleh Parti Keramat Orang Melayu UMNO terus mendapat mandat dan kepercayaan..... 

Jebat tertarik dengan ucapan YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Ir Hj Idris Bin Haron yang mengatakan kemenangan BN Melaka pada PRU ke 13 ini merupakan kemenangan "Suka Dalam Duka (SUDU)" bilamana tatkala BN Melaka memperolehi majoriti 2/3 di Dewan Undangan Negeri (DUN), Panglima Perang BN Melaka yang amat disayangi YBhg. Datuk Seri Hj Mohd Ali Rustam yang juga merupakan Ketua Menteri Melaka ketika itu telah tewas di Parlimen Bukit Katil.


YAB Ketua Menteri mengatakan kekalahan DAR bukan kerana beliau tidak bekerja, tetapi sikap segelintir manusia yang tidak tahu menghargai jasa dan pengorbanan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin BN.

YAB Ketua Menteri juga menyifatkan yang "Sembang Santai" yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tangga Batu ini merupakan titik tolak gerak kerja untuk Pilihanraya Umum (PRU 14) yang akan datang. Datuk Wira Ir Idris meminta semua pihak termasuk Puteri, UMNO, Wanita dan Pemuda untuk memulakan gerak kerja menambah sekurang-kurangnya 5 orang pengundi sebulan disetiap cawangan terutamanya pengundi melayu kerana beliau mendapati statistik menunjukkan yang pengundi-pengundi muda kaum cina lebih berminat untuk menyumbang kepada pembangunan politik tanah air dari pengundi-pengundi melayu. Beliau juga mengingatkan yang supaya diperkukuhkan kekuatan parti untuk terus bekerja demi menjamin kemenangan parti.

Dalam pada itu, YAB Ketua menteri sempat memberikan tips-tips yang boleh digunakan oleh semua " Apa yang kita dengar dalam politik kita simpan, lebih baik diam dari berkata-kata bak kata pepatah diam-diam ubi, diam berisi." satu lagi tips yang diberikan ialah "dont be to slow because they will kick u out, dont be to fast because they will chop u off, so get the right mood, the right step and the right speed, hit when there is right!! Beliau mendoakan yang terbaik untuk Puteri UMNO N. Melaka dan juga Bahagian Tangga Batu.


saya berharap agar yab km akan terus berkhidmat di negari melaka dengan jayanya dan cemerlang..sepanjang bersama yab sebelum ini bagi saya beliau adalah satu mutiara yang bersinar untuk memastikan melaka terus dipinpin dengan jayanya.
beliau sentiasa memberi keyakinan dan iltizam kepada anak muda supaya sentiasa mengembeling tenaga usaha dan pemikiran bagi menjadi modal insan yang berguna dan berkualiti.
saya percaya dengan gaya kepimpinan yang berkarisma dan jitu dari yab km pasti akan menjadikan melaka negeri contoh dan berprestij.
tahniah yab dw kerana berjaya menjadi org pertama dalam negeri melaka...
tahniah!!!

SUHAIZAN HAJI NOH

0 comments:

Enam lagi pemimpin pembangkang didakwa di Mahkamah Sesyen

0



Kuala Lumpur: Enam lagi pemimpin pembangkang didakwa di Mahkamah Sesyen di lima negeri, semalam, mengikut Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, kerana menganjurkan perhimpunan haram sepanjang bulan ini. 

Dua daripada mereka didakwa di Perak, manakala masing-masing seorang di Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor dan Pahang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 9(1) APA 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000.

Di IPOH: Ahli Parlimen Ipoh Timur dari DAP, Thomas Su Keong Siong, 47, dan Setiausaha PKR Perak, Mohammad Anuar Zakaria, 46, didakwa menganjurkan dua perhimpunan haram pada 9 dan 12 Mei lalu.Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah.Keong Siong didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Wisma Chin Woo, No 36 Jalan Hussein, di sini jam 7.30 malam, pada 9 Mei lalu, manakala Anuar didakwa melakukan kesalahan di hadapan Pejabat PKR negeri di Jalan Medan Istana di sini, 12 Mei lalu.Julie Lack menetapkan 19 Julai depan untuk sebutan semula, manakala kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM4,000 masing-masing dengan seorang penjamin.

Di SEREMBAN: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Mohd Nazree Mohd Yunus didakwa kerana menganjurkan Ceramah Umum Pasca PRU-13 di Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland di sini, jam 8.30 malam, 17 Mei lalu.
Mohd Nazree, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di depan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh.Jagjit menetapkan sebutan semula kes pada 25 Jun ini dan membenarkan Mohd Nazree diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Di BUTTERWORTH: Setiausaha Eksekutif Pakatan Pembangkang Pulau Pinang, Ong Eu Leong, 44, didakwa kerana menganjurkan perhimpunan haram di Stadium Negeri Batu Kawan, jam 8.30 malam, 11 Mei lalu.
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan semula kes dan membebaskan tertuduh tanpa dikenakan sebarang jaminan.

Di JOHOR BAHRU: Setiausaha Kerja PKR Johor, R Yuneswaran, 27, didakwa menganjurkan Program Himpunan Black 505 Bantahan Terhadap SPR, jam 8.30 malam, 15 Mei lalu di hadapan Pejabat PKR di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram.
Hakim Muhammad Jamil Husin menetapkan 10 Jun depan untuk sebutan semula kes dan membebaskan tertuduh tanpa sebarang jaminan.

Di KUANTAN: Setiausaha PKR Pahang, Kamarzaman Mohamed Yunus mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menganjurkan program Datuk Seri Anwar Ibrahim Bertemu Rakyat di Pejabat PKR negeri, Lot 1051, Jalan Beserah, jam 8.30 malam, pada 14 Mei lalu.
Hakim Fathiyah Idris membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Jun depan untuk sebutan semula kes.

INFO: Anjur perhimpunan

Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012: Seseorang penganjur perhimpunan hendaklah, 10 hari sebelum tarikh perhimpunan, memberitahu Ketua Polis Daerah tempat perhimpunan diadakan.

0 comments:

SATU LANGKAH NAMUN MENGORAK HALATUJU MASA DEPAN YANG CEMERLANG

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan..

Sejajar dengan senario semasa dan fenomena media baru yang meluas kita barisan belia yang bersyukur dan berterimakasih kepada negara harus mengorak langkah seiring dengan peredaran zaman. Kita seharusnya kehadapan dan sentiasa dinamik berdaya saing untuk memastikan segala usaha dan iltizam kita menjadi satu natijah yang positif untuk anak bangsa yang berjaya.

Kita harus keluar dari kepompong yang hanya mengharapkan sentiasa perlu ditunjuk ajar tetapi kita mesti berani keluar dengan idea idea baru yang telah kita hasilkan setelah melihat dan menilai buruk baiknya pada diri kita masyarakat dan negara. Kepentingan untuk agama bangsa dan negara perlu dijadikan perkara asas dalam setiap pertimbangan supaya kita tidak tersasar dari prinsip rukunegara.

Media baru harus diteroka untuk kebaikan bersama bukannya digunakan untuk memenuhkan nafsu serakah atau hanya ingin merosakan sebuah tamadun bangsa.Kebebasan bukannya tiket untuk kita melakukan apasaja hanya kerana fahaman yang sedikit mengenai kebebasan tetapi gunakanlah dengan iman dan akal supaya media baru yang kita gunakan akan memberi menafaat kepada semua.

Saya mengucapkan syabas kepada sahabat Gerakan Belia 4B Kawasan Alor Gajah kerana kini sedang giat membangunkan laman web GB4B Alor Gajah dan aplikasi media yang lain dan ini pasti menjadi satu lagi aset belia yang membanggakan untuk kita semua. Diharap gunakanlah kemudahan ini untuk sebagai satu tanggung jawab kepada masyarakat untuk menyebarkan info info terkini dan kebenaran supaya masyarakat belia kita lebih terjamin dengan cerita dan berita yang tepat lagi benar...Kita Cipta Sejarah Hari Ini Untuk Masa Depan Yang Gemilang..Anda Pilih Kami Buktikan..

Tahniah dan Syabas..

Bergerak!!!

ikhlas,

SUHAIZAN HAJI NOH

Masih Dalam Penyelenggaraan :


http://www.gb4balorgajah.com/v1/

0 comments:

Presiden Melayu Pertama Singapura tinggal sejarah. Rakyatnya sudah lupa!

0
Sekadar renungan dan iktibar bersama

Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim berkata, Presiden Melayu Pertama Singapura kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah dan tidak lagi diingati rakyat negara itu pada generasi mutakhir ini. Menurut Dr Lily, ketika Singapura berusaha untuk bergabung dengan Malaya sekitar tahun 1963, kerajaan PAP (Parti Tindakan Rakyat) pimpinan Lee Kuan Yew mempotretkan negaranya sebagai beridentiti Melayu dengan melantik Yusof bin Ishak sebagai Yang di-Pertuan Negara menggantikan Sir William Allmond Codrington Goode, Gabenor Singapura. Lagu kebangsaan Singapura juga berbahasa Melayu, “Majulah Singapura” yang digubah pada tahun 1957 oleh seorang penggubah muzik filem yang terkenal pada masa itu, Encik Zubir Said.

Begitu juga dengan lambang bendera Singapura yang terdapat bulan dan bintang sebagai simbol Islam dan para pelajar diwajibkan mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di negara itu. “Ironiknya, pada masa kini, elemen soalan ‘Siapa nama kamu ? Di mana kamu tinggal ? dan perkataan ‘Majulah Singapura’ tidak lagi difahami oleh kebanyakan rakyat Singapura.” Dr Lily berkata demikian dalam bukunya bertajuk “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009. Pada 31 Ogos 1963, Singapura memperolehi kemerdekaan daripada pihak British apabila negara itu menyertai Malaya (Persekutuan Tanah Melayu) dan Borneo Utara (Sabah & Sarawak) membentuk negara Malaysia.
Dua tahun kemudian, pada 7 Ogos 1965, Singapura dikeluarkan dari Malaysia kerana berlaku rusuhan kaum apabila PAP sering mempertikaikan hak keistimewaan kaum Bumiputera, menuntut persamaan hak antara Bumiputera dan bukan Bumiputera serta melaksanakan sistem meritokrasi berasaskan konsep Malaysian Malaysia. Rusuhan kaum di Singapura pada tahun 1964 itu membawa kepada rusuhan kaum di Kuala Lumpur pada 1969 yang lebih dikenali sebagai ‘Peristiwa 13 Mei.’

Pada 9 Ogos 1965, Singapura membentuk negaranya sendiri yang dinamakan Republik Singapura, dengan Yusof bin Ishak dilantik sebagai Presiden dan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri pertama. Yusof Ishak hanya bertahan menjadi Presiden Melayu pertama Singapura selama lima tahun, dari 9 Ogos 1965 hingga saat beliau meninggal dunia pada 23 November 1970. Selepas Yusof Ishak tiada lagi Presiden Singapura berbangsa Melayu kerana selepas kematiannya, jawatan Presiden itu diganti oleh Benjamin Henry Sheare, Devan Nair, Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, Sellapan Ramanathan dan Dr. Tony Tan Keng Yam.

Manakala Setiausaha Agung PAP, Lee Kuan Yew pula memegang jawatan Perdana Menteri selama 31 tahun diganti dengan Goh Chok Tong dan pada 12 Ogos 2004, anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong mengambil alih semula jawatan Perdana Menteri Singapura hingga sekarang.






0 comments:

PROGRAM JATIDIRI PSSKS DI GUNUNG LEDANG 25-26 MEI 2013

0

Assallammualaikum dan salam perjuangan..

Tahniah sahabat seperguruan kerana telah berjaya sama sama mengikuti ke program JatiDiri PSSKS di Lampong Jatuh Gunung Ledang..Satu kawasan air terjun batu yang semulajadi dan tenang..

Program ini bermula dgn pwrbincgan tidak formal antara ahli persatuan namun apabila kita sama sama melihat kebaikannya maka telah bersetuju utk menjadikannya satu program utk Perguruan..sebuah program yang santai namun mantap utk semua ahli perguruan yg mengikutinya..

Lampong Jatuh di gunung ledang adlh sebuah lokasi yg baik dan bagus untuk program jatidiri utk meningkatkan semangat setiakawan dan keikhlasan dlm perjuangan sesama dlm gelanggang yg bermakna..

semuga apa yg kita hajati akan dimakbulkan oleh Allah swt..

tahniah sahabat semua....

0 comments: