MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

Penembak tepat Briged Izzuddin Al-Qassam

0
Video |
Penembak tepat Briged Izzuddin Al-Qassam berjaya menembak tepat seorang komander tentera penceroboh di dalam kereta kebal, tembakan itu seakan memotong tangannya ketika dia sedang menembak rumah-rumah di Utara Gaza, Beit Hanoun.
Dia merupakan "Komander Darat Kor Armor" Israel dan dilaporkan mati sejurus selepas terkena tembakan.

video

0 comments:

Mengaku Menembak Jatuh Penerbangan MH17???

0



KUALA LUMPUR: “Pegawai kami memberitahu bahawa kami menembak sebuah pesawat Kiev. Kami ingatkan kami mencari juruterbang Ukraine yang dikatakan sempat menyelamatkan diri, tetapi kami menemui mayat-mayat orang awam.”
Itu pengakuan yang dibuat oleh seorang anggota militan pro-Rusia dari unit kombat Oplot kepada akhbar Itali Corriere della Sera pada Rabu.
Menurut laporan portal tersebut, mereka menerima arahan untuk bergegas ke sebuah lokasi menggunakan sebuah lori dipenuhi muatan senjata dan peluru sejurus selepas satu letupan kedengaran di udara.
Mereka diberitahu bahawa pasukan mereka telah menembak jatuh sebuah pesawat milik puak fasis Kiev.
“Objek-objek putih kelihatan berterbangan di udara. Kami mungkin perlu bertempur untuk mengumpulkan objek-objek terbabit.” ujar anggota Oplot terbabit yang enggan mendedahkan namanya serta nama sekutunya.
Dia turut memberitahu bahawa ketika mereka mencari payung terjun di tanah dan pokok, dia menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan yang berusia tidak lebih dari lima tahun.
“Mayat itu tertiarap. Ia sangat mengerikan. Itulah ketikanya saya sedari bahawa pesawat yang ditembak itu ialah sebuah pesawat komersial dan bukan pesawat tentera.
Semua mangsa ialah orang awam. Beberapa beg pakaian mengesahkan jangkaan saya.” tambahnya.
Unit Oplot ini telah berada di lokasi nahas sejak tragedi itu berlaku.
Menurut portal Corriere della Sera, mereka bagaimanapun tidak menunjukkan rasa bersalah apabila mengeluarkan kenyataan bahawa bukan mereka sahaja yang menembak jatuh pesawat terbabit serta tidak mempunyai senjata yang mampu mencapai ketinggian pesawat itu.
“Jenayah ini dilakukan oleh penjahat yang menerima arahan daripada kerajaan Kiev. Salah seorang pejuang mereka mungkin menembak jatuh MH17,” kata mereka.
Pengkuan ini dibuat selepas lima hari pemimpin puak pemisah pro-Rusia Igor Girkin memuat naik di laman sosial bahawa mereka terlibat dengan nahas terbabit dan mereka yang menembak jatuh pesawat malang itu.
Muat naiknya berbunyi: “Kami telah menembak jatuh sebuah AN-26, ia kini berada di sekitar ‘Progress’. Kami telah memberi amaran kepada kamu – jangan terbang di ‘ruang udara kami’. Ini video pengesahan ‘kejatuhan burung’ itu.”
Muat naik itu bagaimanapun dipadam setelah pesawat yang ditembak jatuh itu merupakan sebuah pesawat komersial yang dinaiki orang awam.
Sumber: Awani

##########################################################
Washington: Tindakan menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 didakwa satu kesilapan oleh kumpulan pemberontak pro-Russia yang kurang terlatih, kata pegawai agensi perisikan Amerika Syarikat (AS).
Pegawai perisikan kanan itu turut menyatakan pembabitan Russia dalam nahas berkenaan hanyalah satu propaganda.
Menurutnya, bukti yang dikumpul jelas menunjukkan MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu bumi ke udara jenis SA-11, namun tidak dapat dipastikan pihak yang menembak serta tujuan jenayah itu dilakukan.
“Penjelasan paling munasabah adalah ia satu kesilapan,” katanya.
Katanya, peluru berpandu itu juga dilancarkan seseorang yang kurang terlatih untuk mengendalikan sejenis sistem yang memerlukan skil dan latihan.
Beliau turut mengambil contoh beberapa insiden pesawat ditembak jatuh dalam beberapa tahun kebelakangan ini oleh Russia dan AS.
Satelit AS dan beberapa perisik ‘teknikal’ mengesahkan pesawat yang membawa 298 orang itu ditembak peluru berpandu SA-11 ke udara dari satu kawasan yang dikuasai kumpulan pemberontak pro-Russia.
“Ia jelas peluru itu ditembak dari timur Ukraine di bawah bantuan Russia.
“Dua perkara yang kita tidak tahu ialah siapa yang menembaknya.
Kita tiada nama, pangkat mahupun kerakyatan serta kenapa dia menembak pesawat itu.
“Pihak menembak peluru itu bergantung kepada radar tunggal dan bukan dari sebuah rangkaian lebih besar yang mampu memberikan gambaran lebih jelas mengenai lalu lintas di udara,” katanya.
- AFP

0 comments:

Pemberontak Pro Rusia menembak jatuh dua jet pejuang Ukraine di timur Ukraine

0

KIEV: Pemberontak pro-Rusia pada Rabu menembak jatuh dua jet pejuang Ukraine di timur Ukraine, hanya beberapa hari selepas nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di wilayah itu, kata jurucakap tentera Ukraine kepada AFP.

"Dua jet pejuang Sukhoi milik Ukraine telah ditembak jatuh," kata jurucakap, Oleksiy Dmytrashkivsky.

Beliau menambah, kedua-dua jet pejuang itu ditembak jatuh di sebuah kawasan kira-kira 25 kilometer dari lokasi nahas pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh pada 17 Julai lalu.

Bagaimanapun, seorang lagi jurucakap tentera berkata bahawa jet pejuang itu ditembak jatuh di sebuah lokasi berbeza oleh peluru berpandu oleh kumpulan pemberontak.

Katanya, kedua-dua juruterbang berjaya menyelamat diri menggunakan payung terjun.

"Hari ini, pejuang pro-Rusia menembak dua jet pejuang Sukhoi-25 di selatan wilayah Lugansk dekat perkampungan Dmytrivka menggunakan sistem peluru berpandu," kata jurucakap Vladislav Seleznev.

"Juruterbang cuba bertindak untuk mengelak tetapi pesawat telah ditembak," katanya. - AFP 

0 comments:

Pesawat Terhempas di Taiwan..42 maut

0


TAIPEI: Sekurang-kurangnya 42 maut apabila pesawat TransAsia Airways penerbangan GE222 yang membawa 58 penumpang termasuk anak kapal terhempas di atas sebuah rumah berhampiran lapangan terbang Magong di Pulau Penghu, Taiwan pada Rabu.

Menurut laporan AFP, saksi dan media tempatan berkata pesawat terbabit terhempas ekoran cuaca buruk setelah beberapa kali cuba membuat pendaratan.

Pesawat jenis ATR 72-500 dengan dwi kipas turbo itu sedang dalam perjalanan dari bandar barat daya Kaohsiung menuju ke kepualauan terbabit setelah ditunda kerana cuaca buruk ekoran Taufan Matmo yang membadai Taiwan.

"Kami telah menemui 42 mayat dan beberapa cebisan bahagian badan,” ujar seorang pegawai bernama Tsai dari jabatan bomba daerah terbabit kepada AFP.

"Terdapat 58 orang di dalam pesawat termasuk empat anak kapal, empat kanak-kanak dan sehingga kini, mengikut maklumat yang ada, 12 cedera dan telah dihantar ke hospital manakala 46 masih hilang,” menurut Menteri Pengangkutan Yeh Kuang-shih yang bercakap kepada pemberita pada awal kejadian.

Tambah Yeh, dua warganegara Perancis dilaporkan berada di dalam pesawat dan kedutaan de facto Perancis telah pun dimaklumkan.


TAPI AGAK PELIK PENGIRAAN ASTRO AWANI NI

JUMLAH PENUMPANG                     58 ORANG

MAYAT DIJUMPAI                             42
CEDERA                                               12
HILANG                                                46
JUMLAH                                              100 ORANG

JADI MANA YANG BETUL 58 ORANG ATAU 100 ORANG??? 

ANGGAPAN SAYA YANG MASIH HILANG TU 6 ORANG BARULAH JUMLAH BETUL 58 ORANG...
BERITA CEPAT TAPI SALAH MAKLUMAT PULA.. HURMMM

0 comments:

China Press : Tregedi #MH17

0

Home / Berita Utama / China Press : Tregedi #MH17

Posted by: pisau in Berita Utama 7 hours ago 0 421 ViewsAkhbar China Press semalam membangkitkan dua perkara besar yang berlaku dalam satu malam melibatkan Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) – BN menemukan penyelesaian peringkat awal isu pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 tetapi PKR memilih untuk menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Artikel bertajuk ‘Dalam satu malam, BN cemerlang pembangkang hilang markah’ yang merupakan pandangan Chee Kian Seng disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C15.Sejak tragedi MH17 itu, Presiden Rusia hanya menghubungi negara-negara besar seperti England, Jerman, Australia dan Belanda tetapi tidak Malaysia, sedangkan pesawat itu milik negara ini serta mempunyai jumlah nahas kedua tertinggi.
Situasi ini menunjukkan bahawa hubungan diplomatik Malaysia tidak dipandang oleh negara kuasa besar itu.Segalanya nampak seperti ‘gelap’. Tidak melayan negara kecil adalah permainan biasa oleh mana-mana negara besar, namun Perdana Menteri tidak berputus asa dan tetap meneruskan rundingan. Akhirnya segala kekusutan terlerai, semua pihak terkejut dengan kejayaan Najib.
Situasi gelap menjadi cerah.Mengenai pembangkang, penulis menegur mereka yang sepatutnya turut membantu Perdana Menteri menyelesaikan masalah besar yang dihadapi negara, namun dalam semua pihak menangisi MH17, PKR pula memilih untuk mempromosikan krisis dalaman mereka kepada umum.
Tidak lama lagi umat Islam bakal menyambut Aidilfitri, bagaimanapun sempena bulan baik itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk ‘memancung’ orang, adakah ia sesuai dari segi kemanusiaan? Khalid telah menjadi Menteri Besar selama enam tahun, bagaimana parti itu mengetahui bahawa bekas tokoh korporat itu telah kehilangan sokongan rakyat yang memerlukannya diganti.
Bagaimana mereka boleh buktikan dengan penggantian Khalid itu menepati kehendak rakyat? Yang paling menyedihkan ialah Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail terpaksa menanggung rasa serba salah disebabkan jawatan itu bakal diserah kepadanya.
Jika pada masa akan datang Wan Azizah gagal menyelesaikan isu air di Selangor, bermakna sekali lagi Khalid akan dijadikan sebagai puncanya.
Sementara itu, dalam akhbar sama bertarikh 21 Julai 2014 melalui tulisan Tan Guan Fong dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C19, bertajuk ‘Pergolakan tidak jauh, hayati keamanan’ mempersoalkan keikhlasan ahli-ahli politik di negara ini yang mengutuk pelaku tragedi MH17.
Sila lihat kembali diri sendiri, apakah sikap kamu selari dengan reaksi yang dibuat? Adakah kamu akan melepaskan mereka yang melakukan jenayah atau kesalahan?Sesiapa sahaja tidak menjangkakan krisis yang berlaku jauh di Ukraine turut terkena tempiasnya ke negara ini. Perkara ini perlu diambil iktibar oleh semua pihak tentang kepentingan menjaga keamanan dan jangan sesekali cuba menjerat diri ke dalam permasalahan.
Penulis memberi contoh mengenai sikap segelintir pemimpin yang rakus memainkan isu sensitif seperti agama dan kaum. Mereka langsung tidak gentar apabila mengeluarkan kata-kata menghina antara satu sama lain.Dalam pada itu, ‘Kenapa begitu malang buat MAS’ merupakan tajuk artikel yang ditulis oleh Datuk Dr. Cheah See Kian dalam ruangan Pendapat Yan Lum halaman W3, penulis menggesa kerajaan memainkan peranan sepenuhnya untuk mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya mengheret penjenayah ke muka pengadilan.Dalam dunia ini tiada pihak yang boleh melakukan sesuatu kejahatan dengan sewenang-wenangnya. Tragedi yang menimpa negara perlu menjadi contoh dan pengajaran kepada dunia, sekali gus menyedarkan pengganas.

0 comments:

DIPLOMASI MELAYU..NAJIB TUN RAZAK

0

CNN - Ia merupakan detik kemenangan di tengah-tengah tragedi peribadi bagi pemimpin Malaysia Najib Razak.Pada awal pagi Selasa lalu, akhirnya, beliau berdiri membuat pengumuman ke seluruh negara tentang kejayaan rundingan -memperolehi kotak hitam pesawat MAS MH17 dari kawalan kumpulan pemisah, dan, yang lebih penting, membawa pulang mayat mangsa.Nenek tiri Najib sendiri antara penumpang penerbangan yang ditembak jatuh berhampiran sempadan Ukraine-Rusia 17 Julai. Isteri kedua datuk beliau terbang ke Malaysia untuk menyambut Hari Raya.Untuk menenangkan keluarganya sendiri, seperti juga semua yang telah kehilangan orang yang tersayang, pemimpin Malaysia itu berusaha untuk merungkai kebuntuan yang telah membangkitkan kecelaruan politik, kata sumber yang rapat dengan Perdana Menteri.Beratus-ratus mayat diletakkan di tengah-tengah serpihan pesawat di tempat terpencil dengan apa yang digambarkan sebagai "tempat kejadian jenayah yang paling besar di dunia." Mereka dikawal oleh kumpulan pemisah bersenjata yang enggan memberi akses kepada pemantau antarabangsa terhadap bahan bukti dan tapak kejadian.Sehari selepas kejadian malang itu, pengkritik mempersoalkan mengapa Najib tidak membuat kenyataan penuh emosi menuntut jawapan seperti yang dilakukan pemimpin-pemimpin  dunia lain.Pesawat yang ditembak jatuh di Ukraine itu adalah penerbangan milik negara. Ia membawa 298 orang, yang mempercayai bahawa mereka akan tiba ke destinasinya. Ia merupakan bencana kedua yang menimpa syarikat penerbangan Malaysia (MAS) dalam tempoh lima bulan, yang sebelumnya kehilangan misteri pesawat MH370.Selepas Belanda, rakyat Malaysia merupakan penumpang kedua terbesar penerbangan MH17: 43 orang, termasuk 15 anak kapal. Manakah kecaman dari pemimpin Malaysia ini?"Adalah penting beliau tidak menyalahkan sesiapa sebelum mendapat apa yang diinginkan," kata Wan Saiful Wan Jan, pengulas politik dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAL) di Kuala Lumpur."Jika beliau telah mengambil pendirian keras dari awal lagi, kita mungkin tidak mendapat mayat-mayat mangsa nahas dan kotak hitam itu," katanya.

0 comments:

TEN QUESTIONS FOR THE UKRAINIAN AUTHORITIES

0



TEN QUESTIONS FOR THE UKRAINIAN AUTHORITIES

1. Immediately after the tragedy, the Ukrainian authorities, naturally, blamed it on the self-defense forces. What are these accusations based on?
2. Can Kiev explain in detail how it uses Buk missile launchers in the conflict zone? And why were these systems deployed there in the first place, seeing as the self-defense forces don’t have any planes?
3. Why are the Ukrainian authorities not doing anything to set up an international commission? When will such a commission begin its work?
4. Would the Ukrainian Armed Forces be willing to let international investigators see the inventory of their air-to-air and surface-to-air missiles, including those used in SAM launchers?
5. Will the international commission have access to tracking data from reliable sources regarding the movements of Ukrainian warplanes on the day of the tragedy?
6. Why did Ukrainian air traffic controllers allow the plane to deviate from the regular route to the north, towards “the anti-terrorist operation zone”?
7. Why was airspace over the warzone not closed for civilian flights, especially since the area was not entirely covered by radar navigation systems?
8. How can official Kiev comment on reports in the social media, allegedly by a Spanish air traffic controller who works in Ukraine, that there were two Ukrainian military planes flying alongside the Boeing 777 over Ukrainian territory?
9. Why did Ukraine’s Security Service start working with the recordings of communications between Ukrainian air traffic controllers and the Boeing crew and with the data storage systems from Ukrainian radars without waiting for international investigators?
10. What lessons has Ukraine learned from a similar incident in 2001, when a Russian Tu-154 crashed into the Black Sea? Back then, the Ukrainian authorities denied any involvement on the part of Ukraine’s Armed Forces until irrefutable evidence proved official Kiev to be guilty.

0 comments:

Spanish Air Controller sudah melapurkan bahwa Ukraine sudah menembak jatuh MH17

0

Pada 18hb Julai Spanish Air Controller sudah melapurkan bahwa Ukraine sudah menembak jatuh MH17 bila ia terjadi. Layari berikut.....

http://www.globalresearch.ca/spanish-air-controller-kiev-borispol-airport-ukraine-military-shot-down-boeing-mh17/5391888
 —



UPDATE:
We are informed that the twitter account of the Spanish air controller  has been closed down. Following his statements, he and is family have been threatened by the Kiev regime, including death threats.
He has been deported from Ukraine. He is a man of courage and determination committed to the truth.
See his TV interview on RT Spanish
Forward this article far and wide.
Translated from Spanish by Luis Lopez
Source: Tweets by Spanish Air Controller - @spainbuca
10:21 – 17 de jul. de 2014 Autoridades de kiev, intentan hacer que pueda parecer un ataque de los pro-rusos
“Kiev Authorities, trying to make it look like an attack by pro-Russians”
10:24 – 17 de jul. de 2014 Ojo! Que puede ser un derribo B777 Malaysia Airlines en ukraine, 280 pasajeros
“warning! It can be a downing, Malaysia Airlines B777 in ukraine, 280 passengers”
10:25 – 17 de jul. de 2014 Cuidado! Kiev tiene lo que buscaba
“Warning! Kiev have what they wanted”
10:25 – 17 de jul. de 2014 Vuelven a tomar la torre de control en Kiev
“[Miitary] has taken control of ATC in Kiev”
10:27 – 17 de jul. de 2014 El avión B777 de Malaysia Airlines desapareció del radar, no hubo comunicación de ninguna anomalia, confirmado
“The Malaysia Airlines B777 plane disappeared from the radar, there was no communication of any anomaly, confirmed”
10:30 – 17 de jul. de 2014 Avión derribado, derribados, derribado no accidente
“Plane shot down, shot down, shot down, no accident”
10:31 – 17 de jul. de 2014 Kiev, tiene lo que buscaba, lo dije en los primeros tw, kiev es responsable @ActualidadRT
“Kiev have what they wanted, I said in the first tw [Tweets], Kiev is responsible @ ActualidadRT”
10:35 – 17 de jul. de 2014 Un accidente muy normal no es, no están amenazando en la misma torre del aeropuerto de kiev,
“An accident that is not quite normal, they are threatening us in the same tower of Kiev airport”
10:35 – 17 de jul. de 2014 Nos van a quitar, nuestros tlf y demás de un momento a otro
“they will take from our phones and others stuff at any moment”
10:38 – 17 de jul. de 2014 Antes de que me quiten el tlf o me rompan la cabeza, derribado por Kiev
“Before They remove my phone or they break my head, shot down by Kiev”
11:12 – 17 de jul. de 2014 Nosotros tenemos la confirmación. Avión derribado, la autoridad de kiev, ya tiene la información, derribado, estamos tranquilos ahora
“We have confirmation. Plane downed, Kiev authorities already have the information, downed, we are calm now”
11:13 – 17 de jul. de 2014 Que hace personal extranjero con autoridades de kiev en la torre? Recopilando toda la información
“What are doing foreigners with kiev authorities in the tower? Gathering all the information”
11:15 – 17 de jul. de 2014 Cuando sea posible sigo escribiendo
“When possible I´ll keep writing”
11:48 – 17 de jul. de 2014 El avión B 777 voló escoltado por 2 cazas de ukraine hasta minutos antes, de desaparecer de los radares,
The B777 plane flew escorted by Ukraine jet fighter until 2 minutes before disappearing from the radar,
11:54 – 17 de jul. de 2014 Sí las autoridades de kiev, quieren decir la verdad, esta recogido 2 cazas volaron muy cerca minutos antes , no lo derribo un caza
“If kiev authorities want to tell the truth, It´s gathered, 2 jet fighters flew very close minutes before, wasn’t downed by a fighter”
12:00 – 17 de jul. de 2014 Nada más desaparecer el avión B 777 de Malaysia Airlines la autoridad militar de kiev nos informo del derribo, como lo sabían?
“Malaysia Airlines B777 plane just disappeared and Kiev military authority informed us of the downing, How they knew?”
12:00 – 17 de jul. de 2014 A los 7:00 minutos se notificó el derribo, más tarde se tomó la torre nuestra con personal extranjero q siguen aquí
“7:00 minutes after [plane disappeared], the downing was notified, later our tower was taken with foreigner staff, they still here ”
12:01 – 17 de jul. de 2014 En los radares esta todo recogido, para los incrédulos, derribado por kiev, aquí lo sabemos y control aéreo militar también
“all this is gathered in radars, to the unbelieving, shot down by kiev, here we know it and military air traffic control also”
13:15 – 17 de jul. de 2014 Aquí los mandos militares manejan y admiten que militares a otras órdenes, pudieron ser, pero no, los pro-rusos
“Here the military commanders are in control and admit that the military could be following other orders , but no, the pro-Russian”
13:29 – 17 de jul. de 2014 El ministro del interior si conocía que, hacían los cazas en la zona, el ministro de defensa no, .
“Interior Minister knew what the fighters were doing in the area, the defense minister didn’t.”
13:31 – 17 de jul. de 2014 Militares confirman que fue ukraine, pero se sigue sin saber de donde vino la orden
“Military confirm It was Ukraine, but still does not know where the order came from”
13:36 – 17 de jul. de 2014 Hace dias lo dije aquí, militares de kiev querían alzarse contra el actual presidente, esto puede ser una forma, a las órdenes de timoshenko
“Days ago I said here, kiev military wanted to rise against the current president, this may be a way, ordered by timoshenko [following timishenko orders]”
13:38 – 17 de jul. de 2014 Los cazas volaron cerca del 777, hasta 3 minutos antes de desaparecer de los radares, solo 3 minutos
“The fighters flew close to 777, up to 3 minutes before disappearing from the radar, just 3 minutes”
13:43 – 17 de jul. de 2014 Se cierra el espacio aéreo
“Airspace closed”
13:45 – 17 de jul. de 2014 Se cierra el espacio aéreo, por miedo a más derribos
“Airspace is closed, more downings feared”
15:17 – 17 de jul. de 2014 Control militar entrega ahora mismo de forma oficial que el avión fue derribado por misil
“military control now officially [say] the plane was shot down by missile”
15:23 – 17 de jul. de 2014 El informe oficial firmado por las autoridades militares de control de kiev ya lo tiene el gobierno,,,, , derribado
“Government has the official report signed by the control military authorities in Kiev,,,, [plane] shot down”
15:26 – 17 de jul. de 2014 En el informe se indica de donde abría salido el misil, y se especifica que no proviene de las autodefensa en las zonas rebeldes
“The report indicates where the missile had come out [from], and specified is not from the selfdefence in rebel areas”
15:34 – 17 de jul. de 2014Los radares militares si recogieron los datos del misil lanzado al avión, los radares civiles no
“Military radar collected data from missile fired to the plane, civilian radars didn’t”
15:36 – 17 de jul. de 2014 Los altos mandos militares no ordenaron el lanzamiento del misil, ,,alguien se le fue la mano en nombre de ukraine
“military high command did not gave the order to fire the missile, someone screw it ine the name of ukraine”
15:38 – 17 de jul. de 2014 Para el que no lo sepa, digamos así, hay militares a las órdenes del ministro de defensa y militares a las órdenes del ministro del interior
“For those who do not know, Let’s say, there are military under the orders of the defense minister and military under the orders of Interior Minister”
15:38 – 17 de jul. de 2014 Los militares a las órdenes del ministro del interior conocían en cada momento lo que sucedió, .
“The military under the orders of Interior Minister knew what happened all the time .”
16:06 – 17 de jul. de 2014 Mandos militares aquí (ATC) torre de control, confirman que el misil es del ejercito de ukraine,
“Military commanders here (ATC) control tower, confirm that the missile is from the ukranian army,”
16:07 – 17 de jul. de 2014 Mandos militares que si lo sabían y otros mandos que no,
“military commanders that knew it and others didn´t ,”
16:08 – 17 de jul. de 2014 290 personas inocentes muertas, . Por una guerra inútil, donde el patriotismo se compra con dinero
“290 dead innocent people. What a useless war, where patriotism is bought with money”
16:09 – 17 de jul. de 2014 La forma de tomar la torre de control minutos después sabiendo todo los detalles, rápido nos hizo pensar que habían sido ellos
“The way the control tower was taken minutes after & knowing all the details, made us think that they [made it]”
16:10 – 17 de jul. de 2014 La cara de los militares que llegaron más tarde diciendo pero que habéis echo, no dejo dudas
“The face of the soldiers who came later saying [what you just did], no chance for doubts”
16:12 – 17 de jul. de 2014 Es tal la decadencia que los militares acompañados de extranjeros que llegaron primero nos llegaron a pedir que dijéramos su versión
“Such is the decline that military who came first accompanied by foreigners came to us asking us to tell their version”
16:13 – 17 de jul. de 2014 Nuestra respuesta, fue, estos radares no recogen el lanzamiento de misiles, los militares si, ya no quedaban dudas

“Our response was, these radars do not collect the launching of missiles, the military ones does, there were no doubts”

0 comments:

JASAMU DIKENANG - CIKGU KALTHOM SK NYALAS

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan

Pagi ini saya telah dijemput menghadiri majlis perpisahan Cikgu Kalthom bte Md Zan GPK Pentadbiran Sek Keb Nyalas.Saya mengenali cikgu kalthom sebagai seorang guru yang dedikasi peramah dan mudah untuk berbincang. Mempunyai misi yang nyata dan bersedia utk membantu meningkatkan mutu pendidikan anak anak bangsa.Saya doakan agara cikgu kalthom terus berjaya dan suksess dalam kehidupan sehariannya.

Bersama tetamu jemputan

bersama guru besar , GPK HEM , GPK Koku

Menyampaikan cenderamata kepada cikgu Kalthom

Ucapan penghargaan dari YDP PIBG 

Suasana ceria bercampur baur hiba dan sedih

0 comments:

TRAGEDI MH17 : RUSSIA BENTANG BUKTI DATA DAN IMEJ SATELIT HARI KEJADIAN

0


Pihak Russia telah membuat satu pembentangan intensif berkenaan tragedi pesawat MAS MH17 respon kepada tuduhan yang dilemparkan oleh banyak pihak terutamanya pihak barat dan sekutunya termasuk pihak berkuasa Ukraine sendiri.

Ikuti video dan sipnosis(kredit Cz Fab) pembentangan tersebut dibawah :-

http://tv.sukanstar.com/33/tragedi-russia-bentang-bukti-data-imej-satelit-hari-kejadian

Masak lah Ukraine dan sekutunya US! Russia dah sangkal dan keluarkan bbrp bukti. Bagi yang tak tgk video, boleh tgk ulasan yang saya buat menerusi gambar video. Habis telanjang Ukraine. Jadi benarlah laporan dari twitter "spainbuca" yg telah di delete oleh pihak twitter bahawa mmg terdapat jet fighter yg mengekori MH17. Maruah Malaysia skrg dah jadi kambing, kita semua kambing, sbb negara telah dikambinghitam utk kepentingan kuasa2 besar.

Semua aset yg ditunjukkan dlm gambar2 ni adalah milik Ukraine.

Gambar 1:
1. Menunjukkan MH17 membuat lencongan sebelum hilang dari radar Russia.
2. Russia tidak pasti arahan dari siapa samada dari Ukrainian traffic controller atau pihak lain.
3. Pada tarikh tersebut, Russia mengesan bbrp buah BUK M-1 kepunyaan Ukraine berdekatan tempat kejadian.
4. BUK M-1 boleh menembak sejauh 35km (> 110,000 kaki) dan sehingga altitud 25 km (> 82,000 kaki).
5. Russia mempertikai kenapa Ukraine meletakkan sejumlah BUK M-1 di kawasan berdekatan Donetsk walhal di sana memang tidak ada sebarang aktiviti penerbangan dari mana2 pihak tentera.
6. Dari gambar 1 boleh dilihat route yg asal MH17 dan lencongannya.
7. Dari gambar boleh dilihat 3 buah anti aircraft missile (BUK M-1) kepunyaan Ukraine di sekitar laluan MH17.

Gambar 2, 3 dan 4:
1. Gambar satelit diambil pada 14 julai sebaik shj kes kapal kargo AN-26 terhempas.
2. Terdapat self propelled launching system dan 2 system utk loading (Gambar 2).
3. Di kwsn berdekatan terdapat sistem radio iaitu 5km dari kawasan BUK-M1 (Gambar 3).
4. Di utara Donetsk terdapat 4-5 buah air missile system. Anda boleh lihat dgn jelas 60 jenis pelbagai peralatan2 yg ada (Gambar 3).
5. Gambar kwsn sama tapi diambil pada 16 julai, anda boleh lihat sistem launching tidak ada di situ (Gambar 4).
6. Pihak Russia tertanya kenapa Ukraine memiliki BUK-M1?
7. Pihak Russia menegaskan bhw pihak pro-Russian separatist (PRS) tidak memiliki sebarang anti aircraft missile termasuk BUK-M1.

Gambar 5 dan 6:
1. Terletak 5 km dari timur Donetsk.
2. Anda boleh lihat sistem anti aircraft missile.
3. Pihak Russia tertanya kenapa terdapat anti aircraft missile yang terlalu berdekatan dengan kwsn tragedi MH17.
4. Pada 18 Julai kawasan sama, sistem anti aircraft missile hilang dari peta (Gambar 6).

Gambar 7:
1. Radar Ukraine pada 17 Julai beroperasi tahap maksima iaitu 9 buah.
2. Pada 15 Julai, 7 radar beroperasi, 16 Julai pula 8 radar beroperasi dan pada 17 Julai iaitu hari tragedi, sebanyak 9 buah radar beroperasi.
3. Tiba2 pada 18 Julai, radar beroperasi turun hingga 4 buah hingga minima 2 buah radar dan pihak Russia mahu jawapan kenapa ini berlaku.

Gambar 8:
1. Gambar pada 17 Julai.
2. Ada 4 buah kapal iaitu 3 buah kapal komersil dan 1 buah (jumlah tidak diketahui) jet fighter Ukraine.
3. Empat buah kapal komersil adalah MH17, sebuah kapal terbang (Copenhagen-Singapore) dan sebuah lagi Paris ke Taipei.
4. Jet fighter Ukraine tiba2 naik ke ketinggian 10km (33,000 kaki) bersamaan dgn MH17 dan masuk ke laluan yg sama. Jarak jet fighter dgn MH17 adalah 3-4km.
5. Kemungkinan, selain BUK-M1, pihak Russia berkata mungkin misil udara ke udara dari jet fighter Ukraine terlibat. Keupayaan misil tersebut boleh menjangkau 12km dgn jarak jaminan misil sampai pada target iaitu 5km.
6. Russia pertikai kenapa jet fighter Ukraine terbang sama laluan dgn MH17.

Gambar 9:
1. Presentation dari Ketua Panglima Tentera Udara Russia (pangkat depa den tak tau, sori)
2. Gambar menunjukkan dari radar tentera udara Russia.
3. Lebih kurang jarak 51 km dari sempadan Russia, MH17 dikatakan mula mengurangkan kelajuan.
4. Pada kawasan terhempasnya MH17, pihak pegawai air traffic Russia dpt mengesan sebuah lagi kapal terbang tapi sukar dikesan oleh radar tentera kerana kapal tersebut ketiadaan alat pengesan secondary.
5. Kapal terbang tersebut juga dikesan masih berlegar-legar di udara sebaik kejadian berlaku.

Gambar 10:
1. Pihak Russia mengatakan kononnya pihak US mempunyai gambar bukti Russia atau PRS yg melancarkan missile dari BUK tapi sehingga sekarang tidak ada pihak pernah melihat gambar bukti tersebut.
2. Ukraine berkata tidak ada sebarang jet fighter mereka di kawasan kejadian telah disangkal oleh pihak Russia.
3. Pihak Russia menyangkal video youtube yang menunjukkan kononnya kenderaan BUK-M1 melalui sebuah kawasan di Ukraine memasuki sempadan Russia.
4. Terdapat sebuah papan iklan kenderaan dalam video dan tarikh pengiklanan iklan tersebut adalah 15 Mei 2014 dan pada tarikh ini, pihak Ukraine masih menguasai kawasan ini.
5. Jadi sekarang ni, pihak Russia pula yg bertanya pada Ukraine iaitu apakah jenis pelancar tersebut, ke mana ia dihantar dan dari mana asalnya, kenapa ia diisi dengan misil dan bila kali terakhir ia diisi dengan misil?
6. Pihak Russia bertegas tidak pernah beri sebarang anti anticraft missile kpd pihak PRS.

0 comments:

JAKARTA: Jokowi menang pilihan raya Presiden Indonesia

0

Jakarta: Dia dibesarkan dalam rumah diperbuat daripada buluh di tebing sungai di kawasan kotor di Pulau Jawa.Beberapa dekad kemudian budak dari kawasan terpinggir itu diangkat rakyat Indonesia menjadi presiden mereka iaitu yang ketujuh sejak merdeka. Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi bermula sebagai tokoh merendah diri yang aktif di luar lingkaran politik ketika Indonesia dicengkam amalan penguasaan melalui dinasti dan golongan elit daripada era Suharto. Keputusan muktamad diumum hari ini, mengesahkan Jokowi memenangi persaingan sengit dalam pemilihan pada 9 Julai lalu.Jokowi mengalahkan bekas jeneral era Suharto, Prabowo Subianto dengan perbezaan enam peratus.Bekas Datuk Bandar Solo itu memperoleh 53 peratus (atau 70,997,895 undi) berbanding Prabowo 47 peratus (62,576,444 undi). Menjelang pengumuman rasmi, Prabowo - bekas menantu Suhato - mengumumkan menarik diri daripada persaingan itu atas alasan berlaku banyak penyelewengan walaupun penganalisis bebas berkata, secara umumnya proses kali ini berlangsung dengan bersih dan adil. Jokowi juga gemar membuat pemeriksaan mengejut bagi memastikan pegawainya menjalankan tugas dengan betul. Pendekatannya yang secara langsung dan praktikal amat popular di kalangan rakyat ketika mereka sudah muak dengan amalan rasuah serta memencilkan ahli politik. Dia serang melawat kawasan terpinggir di Jakarta dengan cuma berpakaian biasa dan mengetepikan segala prosedur sebagai gabenor. Walaupun dibebani tugasan yang berat, bapa kepada tiga anak itu masih memperuntukkan masa melayani minatnya terhadap muzik heavy metal. Pada kesempatan tertentu Jokowi pernah dilihat menghadiri konsert di Jakarta. - AFP 

0 comments:

Pemisah pro-Rusia menyerahkan dua kotak hitam

0
DONETSK, Ukraine - Pemisah pro-Rusia menyerahkan dua kotak hitam kepada wakil kerajaan Malaysia kira-kira pukul 6 pagi tadi.
Mereka turut mengumumkan gencatan senjata di zon 10 kilometer dari tapak nahas MH17 bagi membolehkan pasukan penyiasat khas antarabangsa masuk dengan selamat ke lokasi tragedi.
“Kita membuat keputusan untuk menyerahkan kotak hitam itu kepada Malaysia,” kata pemimpin pejuang pemisah, Alexander Borodai kepada wartawan. - AFP


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib atasi komplikasi MH17 via runding terus dengan Putin dan Borodai. Mayat-mayat diserah kepada Belanda, 2 kotak hitam kepada Malaysia dan akses kepada penyiasat!
Kejayaan luarbiasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib beri pukulan teruk kepada Obama dan pemimpin-pemimpin Eropah yang selama ini bercakap dengan nada keras dan kasar tentang isu MH17!
Putin dan Borodai berjaya letak status politik AS dan Eropah dibelakang Malaysia. Mainan politik kuasa-kuasa besar seperti ini jadikan Malaysia terlalu hebat!

Kematangan Putin dan Borodai pamirkan mereka suka perundingan DARI tekanan dan kecaman yang senantiasa menjadi dasar, budaya dan amalan Barat.
Bersyukur kita rakyat Malaysia punyai pimpinan nasional yang mampu kendali isu-isu serius domestik disamping buat kontribusi kepada komplikasi global!

MH17 Black Boxes Handed Over To Malaysia


From Mohd Razman Abdullah

KIEV, July 22 (Bernama) -- The two black boxes of the crashed Malaysia Airlines (MAS) Flight MH17 aircraft have been handed over to the special Malaysian investigation team, its leader Khairil Hilmi Mokhtar said Tuesday.

He said the black boxes were given to the team in Donetsk, Ukraine, where the plane had crashed.

"We will take them to the Netherlands before bringing them back home to Malaysia," Khairil Hilmi told Bernama.

Malaysian Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said in Putrajaya Monday night that the black boxes would be delivered to a Malaysian team at 9 pm (2 am in Malaysia) after he had spoken to Alexander Borodai, who is in command of the troubled region where the crash occurred.

The MAS flight, MH17, was flying from Amsterdam to Kuala Lumpur when it went down in Donetsk, eastern Ukraine, near the Russian border on Thursday night.

The Boeing 777-200 aircraft was carrying 298 people - 283 passengers and 15 crew.

It is believed that the plane was shot down but until today no one has claimed responsibility for that.

-- BERNAMA


0 comments: