MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

5.12.2016 KERTAS KERJA MALAM ASPIRASI SILAT NUSANTARA 2016

0


WAJADIRI MEMBINA JATI DIRI BANGSA BERMARUAH


A. Pendahuluan


Wajadiri adalah wadah penyatuan bangsa.Wajadiri adalah medium untuk melatih para pengamalnya menjadi lebih berkeyakinan dan berdisplin malah mampu mendidik akhlak mulia.Dari situ kita sedari bahawa wajadiri boleh membina Jatidiri yang kental dan bermaruah.


Takkan Melayu Hilang Di Dunia adalah kalimah keramat yang diwarisi oleh bangsa Melayu dari pahlawan ulung mereka iaitu Laksamana Hang Tuah. Sebagaimana yang kita tahu Laksamana Hang Tuan adalah pengamal pencak silat yang hebat dari segi ilmu zahir dan ilmu kebatinan. Hang Tuah juga adalah symbol kehebatan empayar agung Melaka yang mampu menakluk seluruh kepulauan Nusantara.Sejarah ini telah membuktikan bangsa Melayu adalah bangsa yang gemilang dan mampu mengubah mencorakkan peta dunia.


Namun apa yang berlaku hari ini? Ramai dikalangan anak bangsa kita yang kian melupakan sejarah dan ada juga yang tidak berminat dengan sejarah. Kesannya , mereka tidak tahu dan tidak faham apakah pencapaian bangsa mereka sendiri. Mereka tidak sedar bahawa kemerdekaan kita adalah hasil dari kebijaksanaan pemimpin-pemimpin UMNO kita dahulu tanpa menumpahkan setitik darah pun.Mereka pura-pura tidak berminat dengan politik namun pada yang sama mereka mereka telah menggunakan politik untuk mencurahkan segala ketidakpuashatian mereka. Hasilnya mereka tidak tahu kesannya pada masa akan datang , dan kini kini menghadapi konflik politik yang harus ditangani dengan bijaksana oleh pemimpin kita.


Dengan kesedaran itu kami PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG, mengadakan Malam Aspirasi Silat Nusantara bagi membina semangat nasionalisme dan patriotisme untuk memperkukuhkan Jati Diri Bangsa Melayu yang berdaulat ini.


Gendang sudah palu , gong sudah bersahutan , gelanggang sudah dibuka , pencak sudah ditari , mentera keramat sudah dikamitkan , nah ! mari kita bersatu menentang petualang bangsa , patahkan gunting dalam lipatan , Melayu mesti bersatu , demi Agama Islam yang dijunjung , demi adat yang dikelek , demi tanahair yang dipijak.Ayuhlah bangsa ku.

B. ANJURAN
Persatuan Seni Silat Kota Sendeng

C. TARIKH / MASA / TEMPAT
1. Tarikh : 30 Disember 2016

2. Masa : 8.00 malam

3. Lokasi : Kem Lagenda PLKN Asahan

D. PESERTA

BIL
PERGURUAN
GELANGGANG
BILANGAN AHLI
1
Persatuan Seni Silat Kota Sendeng
Asahan
50
2
 
 
   
3
 
 
 
4
 
 
 
5
   
 
6
 
 
 
7
 
 
 
8
 
 
 
9
 
 
   
10
 
 
 

**** JEMPUTAN

E. MOTTO

Waja Diri Membina Jati Diri Bangsa Bermaruah


F. JAWATANKUASA KERJA PROGRAM

Penasihat : Y.B Datuk Seri Hj Abd Ghafaar Atan
 
Pengerusi : Encik Rahim bin Abd Rahman

Naib Pengerusi : Encik Mohd Iham bin Aris

Setiausaha : Encik Suhaizan bin Haji Noh

Bendahari : Encik Sulaiman bin Othman

Jawatankuasa Urusetia/Protokol

Jawatankuasa Persiapan Tempat

Jawatankuasa Keselamatan / Pertolongan Cemas

Jawatankuasa Publisiti / Penerangan

Jawatankuasa Fotografi / Dokumentasi

Jawatankuasa Jamuan / Makanan

G. TENTATIF PROGRAM

Majlis Perasmian dan Demontrasi Waja Diri

8.00 : Tetamu VIP mengambil tempat

8.10 : Persembahan Nyanyian

8.20 : Ucapan alu-aluan

8.35 : Ucapan Tuan Guru Rahman bin Hamid

8.45 : Ucapan Perasmian – YB Datuk Wira Hj Abd Ghafaar Haji Atan

9.00 : Seni Buka Gelanggang

9.10 : Demontrasi Waja Diri


BIL
PERGURUAN
GELANGGANG
MASA
1
   
 
15 minit
2
 
 
15 minit
3
   
  
15 minit
4
   
 
15 minit
5
   
 
15 minit
6
 
 
15 minit
7
 
 
15 minit
8
 
 
15 minit
9
 
 
15 minit   
10
 
 
       15 Minit

11.30 : Majlis Penyampaian Cenderamata

11.45 : Jamuan

12.00 : Bersurai

H. ANGGARAN KEPERLUAN KEWANGAN

BIL
PERKARA
RM
BIL
RM

   




I
Pendapatan








a
Sumbangan Belia


 
b
Lain-lain Sumbangan


 

Jumlah


 


   



II
Perbelanjaan









Jamuan
 
 
 






PA Sistem
 
 






Cenderamata VIP
 






Selendang Amanah






Rakaman / Gambar
 






Kain Rentang






Luar Jangka


   




T Shirt

   
   





















0 comments:

MELAYU ISLAM PERLU SABAR PENUH HIKMAH

0

ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

KETIKA MENULIS DALAM BLOG INI KEADAAN MASIH LAGI TIDAK MENENTU MELANDA ARUS PERDANA POLITIK NEGARA.UMNO TERUS DIASAK DENGAN PELBAGAI DAKWAAN MELAMPAU HINGGAKAN MENJADI FITNAH YANG SEOLAHOLAH MAMPU MENJADI FITNAH DAJJAL..IAITU MEMAKAN DAGING SAUDARA SENDIRI DAN BISA MERUNTUHKAN SEBUAH KERAJAAN YANG BERTERASKAN ISLAM DAN BANGSA MELAYU...

APA DAH JADI SEBENARNYA .. DAN APA YANG SEBENARNYA AGENDA MEREKA.. SEHINGGA KINI PARTI BERSATU PIMPINAN TS MUHYIDDIN BERGANDINGAN DENGAN TUN M SENTIASA MENCARI RUANG DAN PELUANG UNTUK MENJAHANAMKAN NAJIB DAN UMNO...ADAKAH MEREKA LUPA YANG MEREKA BERASAL DAN KAYA KERANA UMNO SEHINGGA MEREKA MAMPU MENUBUHKAN PARTI SENDIRI..

SEMUA ORANG TIDAK BERPUASHATI ISU GST WALAU BERULANGKALI KERAJAAN MENYATAKAN KEBAIKAN KENAAN GST, BERULANG KALI MEREKA MENGHENTAM 1MDB WALAUPUN KERAJAAN TELAH MENYATAKAN TIDAK ADA PENYELEWENGGAN DUIT RAKYAT DALAM TRANSAKSI BERBILION TERSEBUT.

SEMUANYA ADALAH KERANA WANG...WANG YANG MEMPUNYAI KOSONG YANG PANJANG DIBELAKANG MENYEBABKAN RAKYAT SEMAKIN SUKAR UNTUK MENGETAHUI YANG MANA HAK DAN YANG MANA BATHIL..AKHIRNYA SEGELINTIR MEREKA TELAH BUTA HATI SANGGUP BEKERJASAMA DENGAN KUFFAR DAN MUSYRIKIN UNTUK MENJAHANAMKAN KERAJAAN DAN PIMPINAN BANGSA SENDIRI..

ADAKAH MEREKA LUPA JIKA JATUHNYA KERAJAAN DARI DEMONTRASI JALANAN DAN JUGA MENDAPAT KERJASAMA DARI KUASA ASING/LUAR ITU BERMAKNA PETANDA BURUK UNTUK NEGARA DAN BANGSA KITA..

TIDAK ADA SATU KERAJAAN PUN YANG AMAN SELEPAS PEMBERONTAKAN SEBAGAIMANA YANG BERLAKU DI ARAB SPRING DAN NEGARA NEGARA LAIN..

KETIKA KITA MERUSUH DAN BERTERIAK MEMFITNAH DAN MENGUTUK , TATKALA ITU DIMANA IMAN KITA..DIMANA ISLAM KITA DAN DIMANA KESANTUNAN BANGSA KITA YANG KITA WARISI DARI DULU...

ADAKAH INI KESAN PENJAJAHAN 500 TAHUN DAHULU YANG DIALAMI OLEH NENEK MOYANG KITA SEHINGGA KINI KITA MUDAH HILANG PEDOMAN...

ORANG MELAYU ISLAM HARUS INSAF DAN MEMANDANG JAUH TERHADAP MASA DEPAN ANAK ANAK KITA..MENURUT HAWA NAFSU BUKAN PENYELESAIAN TERBAIK UNTUK SETIAP PERMASALAHAN...DAN KITA YAKINI ALLAH ITU ADA DAN ESA JUGA MAHA BERKUASA..KITA YAKINI PEMIMPIN YANG KORUP DAN RASUAH PASTI AKAN MENERIMA BALASANNYA..TIDAK KIRA SIAPA SAMADA PARTI PEMERINTAH ATAU PARTI PEMBANGKANG.

NAJIB PERLU DIBERI PELUANG MENERANGKAN KEDUDUKAN SEBENAR DAN JUGA DISIASAT DENGAN SEADILNYA...BUKANNYA DISIASAT KERANA ANGGAPAN ATAU KERANA AGAK AGAK SAJA..TETAPI MELIHAT DARI SEGI FAKTA DAN BUKTI..

MELAYU HARUS BANYAK BERSABAR..AMUKAN JEBAT BUKAN SANDARAN YANG BAIK UNTUK WAKTU INI TETAPI KEDALAMAN JIWA DAN PERTIMBANGAN YANG DIDASARI DENGAN IMAN PERLU DILAKUKAN DEMI MELAYU MENCIPTA SEJARAH TERUS KEKAL AMAN DENGAN ACUAN SENDIRI BERPAKSIKAN KITABULLAH..

KITA SENTIASA MENGHARAP DAN MENDOAKAN AGAR TANAH MELAYU INI ATAU SEMENANJUNG EMAS INI AKAN TERUS MAJU JAYA DAN MENJADI SEBUAH TANAH BALDATUN TOYYIBATUN WARRABBUR GHAFUR...

SEMUGA TANAH INI TERUS BERTUAH DAN MENDAPAT MAGHFIRAH DARI ALLAH SWT.

IKHLAS DALAM PERJUANGAN

SUHAIZAN HAJI NOH
MELAKA

0 comments:

29.11.2016 BERDOA DAN BERUSAHALAH MENGHINDARI KEMALANGAN

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan..

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama lagi hari ini...Sama sama menghirup udara subuh segar dan lidah masih basah lagi dalam sentiasa menyebut dan memujiNya Ya Rabb...

Semalam 28.11.2016 masih lagi segar dalam ingatan apabila mendapat berita tentang kematian seorang pelajar tingkatan satu SMK Nyalas akibat kemalanan jalanraya di Kg Gubah. Arwah bersama rakan rakan pulang dari Kolam Air Asahan berkonvoi motorsikal ke rumahnya di Taman Nyalas Permai. Apabila sampai di Kg Gubah dipercayai dia bergesel dengan motorsikal rakannya dan terbabas melanggar tiang elektrik ditepi jalan..Menyebabkan kepala arwah terhentak di tiang elektrik dan adiknya yang membonceng motorsikal terbabit terhumban kehadapan.....Akhirnya..abangnya meninggal dunia di tempat kejadian dan adiknya sehingga blog ini ditulis masih lagi koma di hospital besar Melaka.

bukan nak menunding jari siapa yang perlu disalahkan...semua takdir yang telah tertulis...kebelakangan ini banyak kemalangan motorsikal yang melibatkan kanak kanak bawah umur..ada yang cacat kekal..ada yang jadi gila dan ada yang meninggal dunia..

motorsikal dipandu tiada lesen dan motorsikal kebanyakkan tiada cukai jalan...ibubapa memberikan lesen penuh kepada anak anak untuk menunggang motorsikal..dan ada juga yang curi curi bawa ketika ketiadaan ibu bapa...

akhirnya kemalangan...dimana nak tuntut gantirugi..adakah kematian dan kecelakaan mereka terbela...sampai bila nak mengharap pihak berkuasa untuk buat penguatkuasaan...sedang mereka juga dalam jumlah yang kecil pasti tak mampu saban hari buat sekatan jalan raya....

sebenarnya kesedaran itu terbit dari kita sendiri..penungang yang memegang stereng atau trotlee motorsikal terbabit...kita yang menentukan samada nak laju atau mahu berhati hati...namun segalanya subjektif dan dibawah Kuasa Allah SWT..namun apapun berdoa dan berusaha untuk menghindari dari kecelakaan perlu ada...kita dituntut untuk berusaha dan berdoa untuk masa depan kita...dan Allah pasti memakbolkan segala permohonan kita dan segala yang berlaku pasti ada hikmahnya...

Semuga Allah merahmati dan meletakkan arwah dikalangan orang orang yang beriman..
aminnn..



SUHAIZAN HAJI NOH
29.11.2016

0 comments:

03.09.2016 - ZIARAH DI GUNUNG LEDANG

0

ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

ALHAMDULILLAH PADA 3.9.2016 YANG LEPAS SAYA BERSAMA DENGAN PESILAT GELANGGANG NURZULFAKAR MENZIARAHI GUNUNG LEDANG SEMPENA MUHARAM YANG AKAN DATANG.

AMAT INDAH PEMANDANGAN DI AMPONG JATUH DAN DI DATARAN MINDA GUNUNG LEDANG SEBELAH ASAHAN.

DENGAN DESIRAN AIRTERJUN DAN GUA YANG MENARIK AMAT MENYENTUH JIWA SAYA..
TEMPAT YANG DAMAI INDAH UNTUK MENGAMALAN AMALAN KEBATINAN DAN JURUS PUKULANPENCAK SILAT.

SAMAAMAT MERINDUI SUASANA INI DAN PASTI AKAN KESINI LAGI..

INSYA ALLAH.














video


0 comments:

30.10.2016 KURSUS ASAS TEKPI BERSAMA PENDEKAR MUDA AHMAD SHAHMI

0



ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

ALHAMDULILLAH PADA 30.10.2016 TELAH BERLANGSUNG KURSUS ASAS TEKPI YANG TELAH DIADAKAN DI PERKAMPUNGAN HANG TUAH , DUYONG MELAKA.



TENAGA PENGAJAR ADALAH JUARA PENDEKAR MUDA 2016 PENDEKAR MUDA AHMAD SHAHMI DAN JUGA AYAHNYA CIKGU SHAHRI BASRI DARIPADA SENI SILAT SERUMPUN KALIMAH JATI.



DISINI SAYA BERPELUANG UNTUK MENGETAHUI SELOK BELOK PERMAINAN BERKAITAN TEKPI YANG JUGA DINAMAKAN SEBAGAI RAJA SENJATA DIKALANGAN SENJATA TRADSIONAL.

TERNYATA PERMAINAN TEKPI BUKAN MUDAH SEBAGAIMANA YANG DISANGKAKAN KERANA MEMERLUKAN KONSENTRASI DAN FOKUS YANG TINGGI.

NAMUN SEBELUM INI ADA JUGA MENJINAKKAN DIRI DENGAN TEKPI SEPERTI MELIHAT PERMAINAN CIKGU SHAHRI BASRI DI YOUTUBE DAN PERMAINAN DARI RAKAN RAKAN PERSILATAN YANG LAIN. NAMUN PERKARA PERKARA ASAS PERLU DIAMBIL KIRA SEBELUM PERMAINAN TEKPI DIPERSEMBAHKAN.


SEMUGA APA YANG DIPELAJARI AKAN DIMENAFAATKAN KEPADA SEMUA PELAJAR YANG MEMINATI SENI TEKPI INI.

TERIMAKASIH CIKGU AMY COCOS DAN CIKGU SHAHRI...

TERIMAKASIH DAUN KELADI
LAIN KALI AJARKAN LAGI


SUHAIZAN HAJI NOH



video

0 comments:

23.11.2016 MESYUARAT PERWAKILAN AGUNG TAHUNAN BIL 43

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA MESYUARAT PERWAKILAN AGUNG TAHUNAN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA NEGERI MELAKA KALI KE 43/2016 DI RESTOREN MELAYU MELAKA DI PERSISIR SUNGAI MELAKA YANG INDAH.

TAHNIAH KEPADA SDR MOHD NIZAM OMAR PENGERUSI GB4B NEGERI MELAKA YANG TELAH BERJAYA MENGNAKHODA GB4B MELAKA DENGAN TERSUSUN DAN BAIK.

MELAKA AKAN TERUS UNGGUL SEBAGAI SEBUAH NEGERI YANG SENTIASA MENGAMBIL BERAT HALATUJU DAN PRESTASI WARGA BELIA.

TAHNIAH JUGA KEPADA PERWAKILAN YANG HADIR DAN MEMBERIKAN UCAPAN DAN USUL YANG BERNAS SELARI DENGAN KETERBUKAAN MINDA DAN MATANG , MEMPUNYAI CIRI CIRI BELIA YANG BERJAYA DAN SEKALIGUS MENJADIKAN MELAKA MEMPUNYAI BARISAN PELAPIS BELIA YANG MANTAP SELAKU PEMIMPIN DAN MENJANA IDEA YANG KREATIF DAN INOVATIF.

KITA AKAN TERUS BERSAMA DENGAN PIMPINAN KERAJAAN NEGERI UNTUK MEREBUT PELUANG PENDIDIKAN DAN EKONOMI DI NEGERI INI SUPAYA KEMAKMURAN DIRASAI HINGGA KE AKAR UMBI.

INSYA ALLAH KITA YAKINI DENGAN GERAK KERJA YAN IKHLAS DALAM SEMANGAT BERPASUKAN DAN PERSAHABATAN YANG JITU PASTI GENERASI BELIA INI AKAN LAHIR KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN UNTUK AGAMA BANGSA DAN NEGARA YANG TERCINTA..

TAHNIAH DAN SYABAS.

BERGERAK....


SUHAIZAN HAJI NOH
Setiausaha Kehormat
Gerakan Belia 4B Melaka







0 comments:

23.11.2016 HARI KUALITI SEKOLAH KEB NYALAS TERIMAKASIH TUAN D/O

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

ALHAMDULILLAH TAHNIAH KEPADA SK NYALAS KERANA BERJAYA MENGADAKAN HARI KUALITI TAHUN 2016 PADA 23.11.2016. TAHNIAH KEPADA CIKGU NIZAM AZIZ SELAKU GURU BESAR YANG TELAH MELAKSANAKAN PROGRAM INI DENGAN BAIK DEMI KECEMERLANGAN ANAK ANAK SK NYALAS.


TERIMAKASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA TUAN PEGAWAI DAERAH KERANA SUDI MERASMIKAN PROGRAM PADA HARI TERSEBUT. KEHADIRAN TUAN PEGAWAI DAERAH AMAT DINANTIKAN OLEH SEMUA IBU BAPA DAN GURU DAN SAMA SAMA MERAIKAN KEJAYAAN ANAK ANAK SK NYALAS.

PROGRAM INI ADALAH BAIK KERANA MEMBERI MOTIVASI KEPADA SEMUA MURID MURID SUPAYA TERUS BERUSAHA UNTUK MENGEJAR KEJAYAAN SAMADA DALAM AKADEMIK DAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH.

JASA GURU GURU DALAM MENDIDIK ANAK ANAK MURID AMAT KAMI HARGAI DAN GUNUNGAN TERIMAKASIH.

PULAU PANDAN JAUH KETENGAH

GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA
HANCUR BADAN DI KANDUNG TANAH
BUDI YANG BAIK DIKENANG JUGA

TAHNIAH WARGA SK NYALAS...



SUHAIZAN HAJI NOH

YDP SK NYALAS
PIBG - KAMI SAYANG KAMI PRIHATIN








0 comments:

Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar 22 NOVEMBER 2016

0



JOHOR BAHRU: Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, dimulakan dengan Istiadat Letak Kerja sebagai simbolik bermulanya sambutan berkenaan, hari ini. Istiadat disempurnakan dengan menaikkan Bendera Istiadat Kerajaan Johor di Tugu Peringatan, Istana Besar, di sini kira-kira 9 pagi tadi. Upacara menaikkan bendera itu dimulakan dengan pengisytiharan Datuk Penghulu Istiadat, Datuk Latiff Yusuf dan bacaan doa yang diketuai Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Shamsudin. Latiff ketika membacakan pengisytiharan berkata, bendera istiadat itu akan berkibar sepanjang sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor 2016. Upacara menaikkan bendera disempurnakan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Rahim Ramli, diiringi pancaragam Timbalan Setia Negeri (TSN) Johor. Sejurus bendera dinaikkan, tujuh das tembakan meriam dilepaskan oleh TSN. Yang turut hadir dalam istiadat berkenaan ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim; Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd; barisan EXCO kerajaan negeri, ketua jabatan dan wakil agensi kerajaan.  






video

MERAFAK SEMBAH DENGAN UCAPAN SETINGGI TINGGI TAHNIAH DAN UCAP SELAMAT KEPADA DYMM SULTAN JOHOR SEMPENA HARI KEPUTERAAN BAGINDA YANG KE 58

0 comments:

18.11.2016 MAJLIS GRADUASI PRA SEKOLAH SK NYALAS

3








ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

18.11.2016

TAHNIAH KEPADA UNIT PRA SEKOLAH SK NYALAS KERANA TELAH BERJAYA MENGADAKAN GRADUASI UNTUK ANAK ANAK PRA SEKOLAH SK NYALAS.

TAHNIAH KEPADA CIKGU MARDIANA KERANA TELAH BERTUNGKUS LUMUS BERSAMA GURU GURU PRA SEKOLAH UNTUK MENJAYAKAN MAJLIS INI.

TAHNIAH JUGA KEPADA GURU BESAR KERANA TELAH MEMBERI MOTIVASI DAN SEMANGAT KEPADA CIKGU CIKGU TERSEBUT.

TERIMAKASIH KERANA TELAH SUDI MENJEMPUT SAYA UNTUK MERASMIKAN MAJLIS TERSEBUT.

MAJLIS INI JULUNG JULUNG KALINYA DIADAKAN DAN MERUPAKAN KALI PERTAMA MAJLIS SEBEGINI DIADAKAN.

SAYA AMAT MENYOKONG DAN BERSETUJU MAJLIS SEBEGINI DIADAKAN UNTUK MENJANA KREATIVITI DAN SEMANGAT JUANG DAYA SAING DIKALANGAN MURID MURID..

TAHNIAH SK NYALAS

TERUS MENJANA KECEMERLANGAN PELAJAR.


IKHLAS

SUHAIZAN HAJI NOH
YDP PIBG
SK NYALAS
PIBG - KAMI SAYANG KAMI PRIHATIN

3 comments:

17.11.2016 ANUGERAH PINGAT HANG TUAH DMDI

0





ASSALLAMMUALAIKUM WMT WBT
SALAM PERJUANGAN

ALHAMDULILLAH SYUKUR KEHADRAT ILLAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA-NYA TIDAK HENTI HENTI MEMBERI KITA NIKMAT DAN PELUANG UNTUK TERUS HIDUP DI MUKA BUMI YANG FANA' DAN PENUH MUSLIHAT INI...WALAU PUN SAKIT ITU TETAP NIKMAT DAN APATAH LAGI SUKA JUGA ADALAH SATU NIKMAT TAK TERHITUNG INDAHNYA..

AKU BERSYUKUR DIATAS PENGANUGERAHAN PINGAT HANG TUAH DARI DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM WALAUPUN KU SEDARI RAMAI LAGI YANG LEBIH LAYAK NAMUN KU ANGGAP INI SEBAGAI SATU MOTIVASI DAN PENGGALAK UNTUK TERUS MERANCAKKAN AKTIVITI SENI WARISAN DI NUSANTARA INI..

TERIMAKASIH KEPADA TAN SRI MOHD ALI RUSTAM SELAKU PRESIDEN DMDI DAN YAB DATUK SERI UTAMA IDRIS HARON JUGA TERIMAKASIH ATAS DORONGAN DAN SOKONGAN TUAN NIZAM OMAR.

SAYA AMAT BERSYKUR DAN AMAT BERTERIMAKASIH ATAS KURNIAAN INI YANG TELAH DISAMPAIKAN OLEH YAB DATUK SERI ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA..

ALHAMDULILLAH SYUKUR...

#bukankernanama
#semangatjuang
#semangatledang
#kembaratuahmencarisahabat
#berkattepatcepat
#sahabatpendekar
#pssks

0 comments:

29.10.2016 MAJLIS HOL MUHARAM ANJURAN PANJI RIA MALAYSIA

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

PADA 29.10.2016 JAM 8.00 MALAM PSSKS TELAH MENGHANTAR ROMBONGAN 1 BAS DARI ASAHAN UNTUK MENYERTAI MAJLIS HOL MUHARAM PANJI RIA DI ILP KUCHAI LAMA , KUALA LUMPUR. PROGRAM INI DIADAKAN SETIAP KALI MAJLIS HOL MUHARAM.

PADA KALI INI PSSKS ASAHAN TELAH DIMINTA UNTUK BERGENDANG PADA MAJLIS TERSEBUT.
TAHNIAH KEPADA GURU SHAM DAN SELURUH PESILAT PERSATUAN SENI SILAT PANJI RIA MALAYSIA YANG TELAH BERJAYA MENGADAKAN MAJLIS HOL MUHARAM TERSEBUT.

MAJLIS INI JUGA DISERTAI PERGURUAN SILAT YANG LAIN DAN SAMA SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS TERSEBUT.

SEMUGA UKHUWAH INI AKAN BERTERUSAN DAN TERUS KUKUH DENGAN UTUH SEKALI...
TAHNIAH....








0 comments: