MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

TAHNIAH 6 KAWASAN DALAM NEGERI MELAKA BERJAYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN GB 4B

0
BARISAN JAWATANKUASA GB4B MELAKA
YANG BANYAK MEMBANTU DEMI KELANGSUNGAN DAN LESTARI GB4B DI NEGERI MELAKA

BARISAN JK GB4B KAWASAN BUKIT KATIL YANG BARU

BARISAN JK GB4B KAWASAN ALOR GAJAH YANG BARU


BARISAN JK GB4B JASIN YANG BARU


BARISAN JK GERAKAN BELIA 4B TANGGA BATU YANG BARU


BARISAN JK GB4B MASJID TANAH YANG BARU


BARISAN JK GB4B KOTA MELAKA YANG BARU

ALHAMDULILLAH

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERUS MENERUS BERUSAHA UNTUK MEMASTIKAN KELANCARAN DAN KESTABILAN GB4B DI NEGERI MELAKA..
TERIMAKASIH KEPADA SDR NIZAM OMAR PENGERUSI GB4B MELAKA YANG SENTIASA MEMBERI SEMANGAT DAN SOKONGAN UNTUK MEMASTIKAN GB4B TERUS RELEVAN DAN MENGANGKAT SUARA ANAK MUDA KE PERSADA NEGARA...

TAHNIAH

BERGERAK

0 comments:

27.11.2015 SEBAHAGIAN UCAPAN TERAKHIR SELAKU PENGERUSI GERAKAN BELIA 4B KAWASAN ALOR GAJAH

0



27.11.2015 (JUMAAT)

BUKIT SEDANAN OUTDOOR CAMP , MACHAP MELAKA

Assallammualaikum



Salam 1 Malaysia , Salam melaka maju negeriku sayang...


Ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan mesy agung

Rasa bangga menjadi ahli gb4b dan tidak pernah terfikir utk menjadi pengerusi dan apatah lagi timb pengerusi negeri...kerana saya amat menyedari kemampuan diri dan memakai baju ikut size sendiri..selebihnya saya berserah kepada Allah..dan saya bersyukur sehingga kini banyak petunjuk dan pengajaran yg diberikanNya utk menjadi khalifah dimuka bumi ini ...



Semua berpeluang menjadi pemimpin terhebat dan terbaik dalam gb4b kerana 4B tidak pwrnah menghalang atau menyekat tetapi apapun kita berserah pada takdir..pemimpin adalah pilihan dari Allah samada nak menjadikan kita contoh yang baik atau contoh yang tidak baik..maka kita hendaklah berdoa agar kita tergolong dikalangan pemimpin yg adil dan beriman...



Ceritakan kejayaan dan positif 4b




Ahli parlimen belia




Kekal konsisten dan tambah caw




Terbukti banyak membantu dan menyumbang kejayaan prog 4B diperingkat negeri..




Dan satu lagi rahsia kenapa saya melepaskan jawatan adlh kerana kata kata saya yg perlu sata kotakan ketika saya bertanding jwtn ketua pemuda yg lepas....saya akan melepaskan jawatan dalam 4B samada kalah atau menang...saya inginkan satu enviroment yg baik diantara pemuda dan belia 4B...saya amat menghurmati halim sebagai KP apatah lagi beliau seorang ahli 4B...dan saya mahukan suasana harmonis dikalangan org muda di AG..kerana saya sygkan 4B saya yakin HJ Bukhari akan terus mengnakhoda 4B menuju kejayaan bersama pemuda dan puteri UmNo..
Dan juga dasar belia negara yang menurunkan umur belia ke 40 tahun..maka alor gajah mesti bersedia dengan membariskan pemimpin pemimpin muda utk menjadi barisan pelapis pemimpin masa akan datang...
Dan sekrang pun saya agak komited dan fokus dalam pembangunan silat di melaka..apabila PM mengumumkan silat benteng negara ketiga dan wsrisan negara maka peluang ini harus diambil oleh penghidup silat supaya warisan bangsa ini tetap subur dan mekar di tanah air kita..insyaAllah..




0 comments:

Demo Silat Atas Kaca..Persembahan Berkualiti Tinggi

0




TAHNIAH KEPADA GERAK LINCAH SUMUR 7 KRAKATOA NUSANTARA

PERSEMBAHAN YANG BERMUTU DAN BERKUALITI TINGGI


0 comments:

Persembahan Guru Jemputan di Majlis Khatam Gerak Lincah Nur Fateh Sumur 7 Krakatoa

0




TAHNIAH DAN SYABAS SEMUA GURU SILAT YANG MEMBERI SUMBANGKAN LANGKAH BUNGA SILAT DI MAJLIS KHATAM INI

ALHAMDULILLAH...

0 comments:

21/11/2015 PERSEMBAHAN SILAT SAMBUTAN YAB KETUA MENTERI MELAKA

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

TERIMAKASIH DAN TAHNIAH KEPADA TAPEM DIBAWAH PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TUAN HAJI MUSTAFA MUSA (AJK UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH) YANG MENJEMPUT DAN MEMPELAWA KAMI MENGDAKAN PERSEMBAHAN UNTUK SAMBUTAN YAB KETUA MENTERI MELAKA PADA 21.11.2015 DI DEWAN PENJARA SUNGAI UDANG MELAKA.

KAMI AMAT RASA BERTUAH DAN BERTERIMAKASIH KERANA DIBERI KEPERCAYAAN UNTUK MENGADAKAN PERSEMBAHAN DI HADAPAN YAB KETUA MENTERI MELAKA.

SEMUGA USAHA KAMI INI DAPAT MEMARTABATKAN SENI SILAT WARISAN BANGSA YANG AMAT BERHARGA DAN BERNILAI INI..

TERIMAKASIH DAN TAHNIAH..

ALHAMDULILLAH





0 comments:

PANDUAN SOLAT QASAR DAN JAMA'

0


SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK
1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).
 
HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK
1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi  bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.

 
SOLAT QASAR
 
Bahasa ; Pendek dan ringkas.
Istilah   ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.
 
SYARAT-SYARAT  SOLAT QASAR
1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi  4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.

 
Cara Solat Qasar

1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.

 
SOLAT  JAMAK

Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah   : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
Solat  Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.
 
Solat  Jamak terbahagi  kepada ;

1. JAMAK TAQDIM  – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM 
1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram. Walau bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas memberi salam sbb solat sudah habis/selesai).
2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama  (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua  (Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama). Alasannya yang kedua ialah solat yang pertama (Zohor/Maghrib) telah masuk waktu, sementara solat yang kedua (Asar/Isya) belum lagi masuk waktu... Jadi amat wajarlah kita dahulukan solat(Zohor/Maghrib) kerana telah masuk waktu, sementara solat yang kedua hanya penumpang... belum masuk waktu.
Jika dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat sunat mengikut pendapat yang asah.

3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.
Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran spt terlupa atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak. Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh azan, iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak.
Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat  kerana mendapatkan sedikit air utk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.

4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua(sekurang-kurangnya Takbiratul Ihram solat yang kedua). Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.
5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua.
6. Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu sah.
 
Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu  (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
 

Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim
 
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim
 
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.
 
SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR
1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.

2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.
* Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar/Isya’), telah masuk waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.
 
Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR

1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama  (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir
 
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor  Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
 
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir
 
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib  Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
  Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya  Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

 
SOLAT QASAR DAN JAMAK

Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
 
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
 
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.
 
Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.

Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar.
 
أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
 
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor  Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib  Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya  Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

0 comments:

20/11/2015 PEMBUKAAN GELANGGANG PERGURUAN SENI SILAT KOTA SENDENG KG LUBOK KASAU BEMBAN

0
20/11/2015 PEMBUKAAN GELANGGANG PERGURUAN SENI SILAT KOTA SENDENG KG LUBOK KASAU BEMBAN

ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

ALHAMDULILLAH TAHNIAH KEPADA KEKANDA NOAZMAN DAN FIZILI YANG BERJAYA MEMBUKA GELANGGANG SILAT DI KG LUBOK KASAU.

SEMUGA USAHA INI AKAN BERJAYA MELAHIRKAN LEBIH RAMAI PENDEKAR MELAYI DAN SAMA SAMA MEMARTABATKAN SENI SILAT WARISAN BANGSA..

BERSAMA KITA BERDOA AGAR ALLAH MELINDUNGI DAN MERAHMATI PERJUANGAN KITA INI..

AMIN






0 comments:

21/11/2015 MAJLIS KHATAM GERAK LINCAH NUR FATIH SUMUR 7 KRAKATOA NUSANTARA

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Panji Wali kerana berjaya mengadakan Majlis Khatam Gerak Lincah Nur Fateh Sumur 7 Krakatoa Nusantara di gelanggang Pagoh , Muar Johor.

Semuga perjalanan kita ini terus dilindungi dan dirahmati Allah SWT






0 comments:

BEKALAN UNTUK PAK ABU MENUNAIKAN UMRAH 2015

0



1. USHALLI SUNNATAN IKTIKAF HAZAL MASJIDIL HARAM LILLAHI TA'ALA
  • (TARIK NAFAS [TONGKAT LIDAH DILELANGIT] DAN I'KTIKADKAN KITA SERAHKAN SEGALA GALANYA KEPADA ALLAH , TIADA KITA HANYA ALLAH SWT)

2. BERISTIGHFAR 3 KALI

3. MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAH 1 KALI

4. BERSELAWAT 3 KALI

5. FIDYAH AL FATIHAH

  • ILA HADRATIN NABI MUHAMMADIN MUSTAFA RASULILLAH HI SOLLALLAHU ALAIHI WASSALAM , SYAIUN LILLAH ILA HUMUL FATIHAH
  • KHUSUSAN ILA HADIATAN NABI ALLAH HIDDIR ALAIHI SALAM
  • KHUSUSAN ILA HADIATAN SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI
  • KHUSUSAN ILA HADIATAN RUHHI , ARWAHI SEKALIAN GURU GURU KU
  • KHUSUSAN ILA HADIATAN ARWAHI IBU DAN BAPA KU
  • KHUSUSSAN ILA HADIATAN RUH DIRIKU SENDIRI
  • SUMMA ILA RUHI AHLIL KUBUR WAL MUSLIMINAWAL MUSLIMAT , WAL MUK MININ NAWAL MUK MINAT AL AHYA MIN HUM WAL AMWAT, KULLUHUM AJMAIN , SHAIUN LILLAILA HUMUL FATIHAH

6. HARI PERTAMA

------- BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM------- 786 KALI

SAMBUNG

BISMILLAHI SHAFI
BISMILLAHI KAHFI
BISMILLLAHI MUAAFI
BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MAASMIHI SHAIUN FIL ARDHI WALA FIS SAMA I WAHUWAS SAMIUL ALIM.
BISMILLAHI BABUNA TABARAKA HI THO TUNA YAASIN SAKFUNA KAF , HA , YA ,'AIN, SHOD KIFAYATUNA , HA , MIM ,'AIN , SIN , KHOF , HIMAYA TUNA FASAYA FIKA HUMULLAH WAHUWAS SAMIUL ALIM.


7. HARI KEDUA

------- LA ILA HAILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZHOLIMIN ------ 500 KALI

8. HARI KETIGA

------- HASBUNALLAH WA NIKMAL WAKIL ------- 500 KALI

7. HARI KEEMPAT

------- YA LATHIF ------ 1,000 KALI SETELAH SELESAI SAMBUNG BACAAN

ALLAHULLATHIFUN BI ' IBADIHI YARZUKUMAN YASHAA WAHUWAL QAWIYUL AZIZ--------- 3 KALI




8. HARI KELIMA

--------- ALLAH HU-------1,000 KALI....... TURUN NAIK NAFAS (TONGKAT LIDAH LELANGIT)

SAMBUNG BACAAN

LA ILA HAILLALAH HU IMANAN BILLAH
LA ILA HAILLALAH HU YAKINAN BILLAH
LA ILA HAILLALAH HU AMANTU BILLAH
LA ILA HAILLALAH HU AMANATAN BILLAH
LA ILA HAILLALAH MUHHAMMADARRASULULLAH
LA ILA HAILLALAH HU IMANAN WA TAS DIKKAN
LA ILA HAILLALAH HU TOLATUKAN WARIZKAN
LA ILA HAILLALAH HU MALIKUL HAQQUL MUBIN
MUHAMMADUR RASULULLAH HI SODIKUL WAKDIL AMIN

9. HARI KEENAM

---------- ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM ------- 1,000 KALI
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM , AL LAZI LA ILHA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM WA ATUBU ILAIK.... 3 KALI

10. HARI KETUJUH

---------- SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILA HAILLALAH WALLAHU AKBAR------------------ 313 KALI

CADANGAN SOLAT SUNAT SEHARIAN

(1) Solat Sunat Awaabin

NIAT SEMBAHYANG SUNAT SUBUH
Usalli sunnatal subhi raka'ataini lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat subuh dua rakaat kerana Allah Ta'ala.
* Dilakukan sebelum Solat Subuh sebanyak dua rakaat.
NIAT SEMBAHYANG SUNAT SEBELUM SOLAT ZOHOR 
Usalli sunnatal zuhri raka'ataini qabliyatan lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat zohor dahulunya dua rakaat kerana Allah Ta'ala.
* Dilakukan sebelum Solat Zohor sebanyak dua rakaat.
NIAT SEMBAHYANG SUNAT SELEPAS SOLAT ZOHOR 
Usalli sunnatal zuhri raka'ataini baqdiatan lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat zohor kemudiannya dua rakaat kerana Allah Ta'ala.
* Dilakukan selepas Solat Zohor sebanyak dua rakaat.
 NIAT SEMBAHYANG SUNAT ASAR
Usalli sunnatal asri raka'ataini lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat asar dua rakaat kerana Allah Ta'ala.
* Dilakukan sebelum Solat Asar sebanyak dua rakaat.
 NIAT SEMBAHYANG SUNAT MAGHRIB
Usalli sunnatal maghribi raka'ataini lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat maghrib dua rakaat kerana Allah Ta'ala.
* Dilakukan selepas Solat Maghrib sebanyak dua rakaat.
 NIAT SEMBAHYANG SUNAT SEBELUM SOLAT ISYA' 
Usalli sunnatal isya'i raka'ataini qabliyatan lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat isya' dahulunya dua rakaat kerana Allah Ta'ala.
* Dilakukan sebelum Solat Isya' sebanyak dua rakaat.
 NIAT SEMBAHYANG SUNAT SELEPAS SOLAT ISYA'  
Usalli sunnatal isya'i raka'ataini baqdiatan lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat isya' kemudiannya dua rakaat kerana Allah Ta'ala.
* Dilakukan selepas Solat Isya' sebanyak dua rakaat.
(2) Solat Dhuha

bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengahtengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

1. Lafaz niatnya; “Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”
Ushalli Sunnatan Dhuha Roka'ataini Lillahi Ta'ala

Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat
Boleh baca sebarang surah yang hafal selepas alfatihah.


(3) Solat Sunat Taubat

Ushalli Sunnatan Taubat Roka'ataini Lillahi Ta'ala

Bacaan Selepas Al Fatihah
Rakaat Pertama : Surah Al Kafirun
Rakaat Kedua : Surah Al Ikhlas


(4) Solat Sunat Tahjud

Niat

Ushalli Sunnatat Tahjuddi Raka'ataini Lillahi Ta'ala

Bacaan Selepas Al Fatihah

Rakaat Pertama : Ayat Al Kursi 7 kali
Rakaat kedua : Surah Al Ikhlas


(4) Solat Sunat Musafir

Solat Solat Musafir atau Solat Safar adalah solat sunat dua rakaat yang didirikan di rumah kediamannya ketika seseorang itu ingin memulakan sesuatu perjalanan.
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam :
Tiada seorang hamba meninggalkan atas keluarganya sesuatu yang lebih utama daripada melakukan rukuk (solat) dua rakaat di dekat keluarganya ketika menghendaki musafir (safar).”
(Al-Imam An-Nawawi, Al-Majmu’, Dar Ihya’ At-Turots al-Arobiy)
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
 Jika kamu keluar dari rumahmu, maka lakukanlah solat dua rakaat yang dengan ini akan menghalangimu dari keburukan yang berada di luar rumah. Jika kamu memasuki rumahmu maka lakukanlah solat dua rakaat yang akan menghalangimu dari keburukan yang masuk ke dalam rumah.”
(H.R. Al-Bazzar; dinilai sahih oleh Al-Albani)

Sekiranya seseorang itu ingin memulakan perjalanan yang melebihi 2 marhalah (96 kilometer); Maka disunatkan baginya mendirikan solat sunat Musafir dua rakaat. Pada umumnya cara melakukan Solat Sunat Musafir adalah sama seperti solat-solat sunat biasa yang lain.


Lafaz niat

Usholli Sunnatas safari Roka'ataini Lillahi Ta'ala
Lakukan seperti solat sunat biasa dengan membaca surah:

Rakaat Pertama Surah Al Kafirun
Rakaat Kedua Surah Al Ikhlas atau Surah An NAss
Selepas salam bacalah Ayat Kursi dan surah Al-Quraish sekali.
Seseorang yang membaca Ayat Kursi sebelum keluar dari kediamannya maka tidak akan terkena sesuatu yang tidak disukainya sehingga kembali semula. Dan faedah dari Surah Al-Quraisy adalah supaya selamat dari semua keburukan. (Al-Imam An-Nawawi, al-Adzkar An-Nawawiyah hal 233, Dar al-Kutub al-Islamiyah.)

(5) Solat Sunat Hajat

Lafaz Niat

Usholli Sunnatan Hajatti Roka'ataini Lillahi Ta'ala

Selepas Al fatihah

Raka'at Pertama Ayat Al Kursi
Raka'at Kedua Surah Al Ikhlas

(6) Solat Sunat Ihram

Niat : Usholli Sunnatal Ihrami Roka'ataini Lillahi Ta'ala

.
Bacaan Surah
.
Surah-surah yang sunnah dibaca selepas Al-Fatihah adalah: 
a)Raka’at pertama:
Surah Al-Kafiruun (Qulya Aiyuhalla kafirun)

b)Raka’at kedua:
Surah Al-Ikhlas (Qul huallahu ahad) 
.
Cara Melakukan Solat Ihram

Cara melaksanakan Solat Sunat Ihram adalah sama dengan solat sunat dua rakaat biasa yang lain. Berikut adalah ringkasan kaedah mendirikannya:

Berniat Ihram
.
Selepas selesai Solat Sunat Ihram dua rakaat, maka pasanglah niat Ihram dalam hati bergantung kepada ibadah haji atau umrah yang ingin dilakukan.






(7) Solat Sunat Tasbih

Niat Solat Sunat Tasbih:
a)  Niat Solat Tasbih 2 Rakaat,
U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Daku Solat Sunat Tasbih dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.)
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
  1. Rakaat 1:  Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
  2. Rakaat 2:  Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
  3. Rakaat 3:  Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
  4. Rakaat 4:  Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.
3.  Bacaan Tasbihnya ialah:
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar;   Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Nota;
*Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja.
4.  Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan seterusnya.
5.  Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
  • Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
  • Rukuk – 10 kali tasbih
  • Iktidal – 10 kali tasbih
  • Sujud pertama – 10 kali tasbih
  • Duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih
  • Sujud kedua – 10 kali tasbih
  • Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, – 10 kali tasbih.
6.  Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih. Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.
7.  Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya.
8.  Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.



0 comments: