MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

PEMBUKAAN GELANGGANG SILAT KAMPUNG PONDOK BATANG

0






SALAM

PEMBUKAAN GELANGGANG SILAT

PERGURUAN SENI SILAT KOTA SENDENG DI KAMPUNG PONDOK BATANG
TARIKH : 20 DISEMBER 2008

JURULATIH : MOHD FAZILI / KAMARUL ARIFIN / SUHAIZAN HAJI NOH

DISEMPURNAKAN : TUAN GURU ABD RAHMAN BIN HAMID
GURU UTAMA PSSKS MELAKA



BERSATU MEMPERTAHANKAN WARISAN BANGSA

0 comments:

MESYUARAT PENYELARAS DUN ASAHAN

0
SALAM..

MAKLUMAN

MESYUARAT PENYELARS PEMUDA DUN ASAHAN

TARIKH : 2 JANUARI 2008
MASA : 8.30 MALAM
LOKASI : BALAIRAYA KAMPUNG ABBEY

0 comments:

JAMBATAN MELAKA DUMAI

0

Pembinaan jambatan Selat Melaka perlu kajian rapi


MELAKA 23 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cadangan untuk membina sebuah jambatan merentasi Selat Melaka yang menghubungkan Melaka dan Sumatera memerlukan satu kajian rapi dan menyeluruh.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, antara yang perlu dibuat kajian ialah kos pembinaan dan pulangan melalui pembinaan jambatan yang dianggarkan menelan belanja AS$$11 bilion (RM35.2 bilion) itu.
''Kita perlu buat kajian menyeluruh (terlebih dahulu) dan kemudian kita kemukakan kepada kedua-dua pemerintah. Kita kena tengok sama ada sesuai atau tidak dari segi kos dan pulangannya," katanya.
Najib berkata demikian pada sesi dialog sempena perasmian Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Kesembilan di sini hari ini.
Kira-kira 1,000 peserta tempatan dan luar negara terdiri anggota DMDI menghadiri konvensyen tiga hari itu yang bermula semalam.
Pada sesi dialog tersebut, beberapa peserta memberikan maklum balas positif berhubung pembinaan jambatan terpanjang di dunia itu termasuk menggariskan beberapa cadangan mengenainya.
Cadangan pembinaan jambatan merentasi Selat Melaka itu telah dicetuskan pada konvensyen DMDI kelapan tahun lalu dan ia dijelaskan lagi oleh Mohd. Ali pada kali ini.
Mohd. Ali dalam ucapannya berkata, pembinaan jambatan Selat Melaka sepanjang 52 kilometer itu dirangka bagi meningkatkan pembangunan sosial ekonomi di kedua-dua wilayah tersebut.
Kata beliau, pihaknya sedang mencari pelabur dari luar negara untuk membiayai projek mega tersebut dan berharap satu jawatankuasa peringkat Pusat dapat dibentuk.
Bagaimanapun Najib berkata, buat permulaan kedua-dua wilayah itu akan dihubungkan dengan perkhidmatan feri antara Kuala Linggi di Melaka dan Dumai di Sumatera.
''Kita mulakan dengan feri dari Dumai ke Linggi dahulu. Mana tahu jambatan ini akan menjadi kenyataan," kata beliau sambil memaklumkan perkhidmatan feri tersebut akan beroperasi mulai April tahun depan.


SUMBER: UTUSAN MALAYSIA 24/12/2008

0 comments:

BELIA DAN DMDI

1


Sebagai Aset Masa Depan

Belia Diminta Bersedia Jadi Pewaris Perjuangan


AYER KEROH, 23 Dis - Golongan belia wajar bersaing dalam dunia yang mencabar serta mampu mengalas tugas menjadi pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan.Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, dalam usaha mengekalkan kecemerlangan pembangunan negara, golongan belia bukan sahaja perlu menjadi lebih cekap serta menguasai bidang sains dan teknologi baru, malah perlu lebih berinovatif, pintar, berdisplin, mempunyai nilai etika kerja yang luhur dan bertunjangkan jatidiri yang kukuh."Sesungguhnya, aset dan kekayaan yang paling bernilai bagi sesebuah negara atau bangsa bukanlah emas dan perak mahupun hasil-mahsulnya, tetapi yang bernilai dan berharga itu adalah manusia," katanya.Mohd Ali berkata demikian semasa berucap di perasmian penutup Perkampungan Belia DMDI 2008 yang diadakan di Seri Bendahara di sini, malam tadi.Teks ucapan beliau telah dibacakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh. Hadir sama Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Asmah Abd. Rahman; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad; Turut hadir, Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) merangkap Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang juga Pengerusi Sekretariat Pembangunan Belia DMDI, Datuk Ir. Idris Haron; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta 309 peserta Perkampungan Belia DMDI.Mohd Ali yang juga Ketua Menteri berkata, Perkampungan Belia DMDI ini telahpun melangkah ke tahun yang ke-sembilan pada tahun ini, pelbagai pengisian telah dilaksanakan, di samping pelbagai input disediakan supaya para peserta boleh menimba ilmu selari dengan kehendak semasa."Kita berkampung dalam keadaan dan suasana yang berbeza, berkampung ketika negara telah menyambut 51 tahun kemerdekaan, ianya suatu tempoh kemerdekaan yang bukan senang untuk dicapai oleh sesebuah negara," katanya."Ada negara yang merdeka lebih awal atau sama dengan negara kita, namun tahap kemajuan negara mereka jauh ketinggalan berbanding dengan negara kita dan setakat ini kita boleh berbangga apabila Malaysia telah mendahului kebanyakkan negara membangun dalam pelbagai bidang, malah kita berkeupayaan menandingi beberapa buah negara maju dalam bidang tertentu," ujarnya.Mohd Ali memberitahu, kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat kepada golongan belia untuk berlumba-lumba menerokai pelbagai disiplin ilmu pengetahuan bagi mencapai kejayaan yang lebih baik pada masa hadapan.

SUMBER: MELAKA HARI INI PADA 24/12/2008

1 comments:

0

Perkukuhkan Perpaduan Umat Islam

DMDI JADI PENCETUS KERJASAMA RUMPUN MELAYU


BANDAR HILIR, 23 Dis- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) boleh dijadikan pemangkin kepada usaha memacu dan menyemarakkan lagi semangat dan kerjasama erat di kalangan rumpun Melayu dan Islam sejagat.Beliau berkata, DMDI boleh memainkan peranan penting dalam memartabatkan imej Islam yang ideal menerusi kerjasama erat di kalangan negara-negara anggota.Berucap merasmikan Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam Ke-9, Mohd Najib menegaskan, perpaduan umat Islam perlu diperkukuhkan lagi sebagai agenda berterusan yang boleh dilakukan oleh DMDI.Turut hadir, Ketua Menteri yang juga Presiden DMDI, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Naib Presiden DMDI (Malaysia), Datuk Jamil Mukmin, Naib Presiden DMDI (Indonesia), Bapak Rusli Zainal, Naib Presiden DMDI (Filipina), Datu Pax Mangagadatu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad, Gabenor-Gabenor dari dari kepulauan di Indonesia, Barisan Exco Kerajaan Negeri serta 1,200 delegasi yang menyertai konvensyen kali ini.Katanya, manakala kerjasama ekonomi di kalangan negara-negara anggota gagasan itu boleh dijadikan pemangkin kepada usaha memperkasa ekonomi masing-masing.Mohd Najib menjelaskan, sebarang bentuk kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara jiran yang mungkin bersifat etnik atau keagamaan boleh dijadikan asas untuk mengeratkan hubungan ekonomi, teknologi dan penyelidikan yang boleh dimanfaatkan bersama."Objektif utama konvensyen ini ialah untuk mengumpul para pemimpin, cendiakawan, peniaga, ulama dan penggiat budaya bagi membincang dan merangka pelbagai kerjasama di kalangan anggota DMDI," ujarnya.Menurutnya lagi, forum kerjasama DMDI mencerminkan suatu yang bersifat murni terutama dalam membantu rumpun Melayu yang menjadi minoriti di sesebuah negara."Di mana orang Melayu dan Islam adalah bangsa minoriti seperti bangsa Moro, Singapura, Sri Lanka, Kemboja, Afrika Selatan dan Selatan Thailand, kita boleh bantu mereka."Kita akan bantu, kelompok Melayu yang menjadi bangsa minoriti ini, untuk mereka mendapatkan hak yang sewajarnya termasuk pembelaan yang sebaiknya dan pembangunan, serta mengekalkan jati diri Islam dan Melayu," ujar Mohd Najib.Bagaimanapun Najib berkata, mereka (kelompok Melayu minoriti) juga mesti bersikap realistik, di mana usaha mengangkat senjata, melakukan revolusi untuk menubuhkan Kerajaan Melayu di sesebuah negara itu, tidak akan disokong."Saya yakin DMDI boleh berperanan dalam memaparkan imej Islam yang benar-benar ideal dalam memperjuangkan masa depan negara-negara yang mempunyai rumpun Melayu," ujar beliau.


SUMBER : KERATAN AKHBAR MELAKA HARI INI BERTARIKH 24/12/2008

0 comments:

KURSUS PERWARIS 4B MALAYSIA DITUNDA

0



SALAM..




CUMA NAK KONGSI MAKLUMAT SESAMA..


KURSUS 4B MALAYSIA PERWARIS PADA 26/12/2008 HINGGA 28/12/2008 YANG BERTEMPAT DI WATER CITY RESORT TERPAKSA DITUNDA..




GERAKAN BELIA 4B(M) NEGERI MELAKA BERSEDIA UNTUK TARIKH SETERUSNYA..




SEKIAN






SUHAIZAN HAJI NOH

0 comments:

TAHNIAH MGBM

0
salam..

saya ucapkan tahniah kepada MGBM kerana kesungguhan mengadakan perkampungan belia DMDI dari 19 dis - 22 dis 2008
seramai 198 orang peserta dari indonesia dan universiti dan malaysia sebagai anak angkat yang berlangsung di kampung bukit baru..

TAHNIAH...


SUHAIZAN HAJI NOH

0 comments:

TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM SAHAK KACHIN DAN ALLAHYARHAM ABDULLAH

0
salam..
pada bulan ini pelbagai peristiwa berlaku di kampung saya..di kampung Abbey...pada pembukaan bulan disember kampung saya telah mengadakan program yang terbaik iaitu gotongroyong aidiladha...mendapat pujian daripada rakan2 jiran kampung..di atas kerjasama dan program yang tersusun..

namun dicelah2 kegembiraan tersebut..pada 11 dis seorang warga kampung saya telah meninggal dunia iaitu pakcik saat , dan pada 13 dis pula dollah meninggal dunia..beliau meninggal dunia seorang diri dirumah kerana anak dan isterinya telah dihantar kekampung..beliau meninggal dunia kerana serangan jantung..

dan pada 18 dis seorang lagi sahak kachin meninggal dunia kerana penyakit paru-paru berair atau denggi..punca kematian tidak dapat disahkan...arwah dollah dan sahak kachin ini adalah merupakan orang yang periang dan mudah bergaul dengan masyarakat..

saya juga sempat melawat pakcik sahak di unit icu hospital besar melaka pada 17/12 jam 12.00 malam..memang keadaan beliau tenat dan tidak sedarkan diri hanya bergantung pada bantuan pernafasan..

kalau di kampung beliau memang terkenal dengan berniaga nasi ayam di kedai normah dan dollah merupakan pemikat burung yang terkenal..dan kedua-duanya mempunyai kemahiran serupa iaitu bertukang rumah..dan tiada lagi gelak tawa dan gurau mereka di kedai kopi ipin,majlis perkahwinan atau kenduri kendara di kampung ini.


semuga arwah kedua-dua sahabat ini dicucuri Rahmat dan kasih sayang Allah..
AL FATIHAH..

0 comments:

PROGRAM GOTONG ROYONG AIDILADHA 2008

0















salam..
pada 8 dis 2008 yg lepas adalah detik yang penuh bermakna untuk semua umat Islam.kita merayakan hari raya Aidiladha bagi memperingati pengorbanan dan juga ketinggian iman nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as.
pada hari raya aidiladha tersebut kampung Abbey telah ,mengadakan gotong royong aidiladha dengan aktiviti korban lembu dan kenduri di surau.
ini adalah anjuran Lembaga Surau Kampung Abbey / JKKK / Gerakan Belia 4B dan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kg Abbey/Pondok Batang.
Dihari tersebut sebanyak 5 ekor lembu telah dikorbankan.
Semoga kampung saya terus aman makmur dan sejahtera.

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT

ISLAM TINGGI MENJULANG ///


SUHAIZAN HAJI NOH
10 DISEMBER 2008

0 comments:

0















MESYUARAT MAJLIS GABUNGAN BELIA DAERAH JASIN

BIL 01/2008

TARIKH : 4 HB NOVEMBER 2008

MASA : 8.45 MALAM

LOKASI : BILIK MESYUARAT PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH JASIN , MELAKA



0 comments:

TERIMAKASIH KBS

0
TERIMAKASIH..
TERIMAKASIH...kepada kementerian belia dan sukan kerana memberi bantuan pengupayaan kepada persatuan-persatuan belia sebanyak RM 3,000.00.ini menunjukan komitmen kementerian dan kerajaan untuk memastikan institusi belia terus membangun dan maju dipersada negara,,bahkan persatuan belia dinegara kita boleh bersaing di negara luar..belia perlu dipelihara dan dijaga supaya kesinambungan panca warisan kemimpinan negara terurus dan terarah bagi menjamin kestabilan negara..

YB Dato' menteri sanggup turun padang untuk menyerahkan sendiri cek bantuan tersebut..YAB Ketua Menteri juga presiden GB4B Malaysia akan menambah bantuan sebanyak RM 1,000 kepada persatua-persatuan tersebut..Ini menjadikan persatuan belia di negari melaka mendapat RM 4,000.00..

terimakasih diucapkan kepada YAB KM Melaka dan KBS Malaysia..
semoga bantuan ini berpanjangan dan mampu memberikan kebaikan kepada belia-belia kita..
TERIMAKASIH...

GERAKAN BELIA 4B(M)
CAWANGAN KAMPUNG ABBEY/PONDOK BATANG
MELAKA

0 comments:

TAHNIAH BAHARUDDIN ABU BAKAR

0
salam..

TAHNIAH..TAHNIAH..TAHNIAH...kepada saudara Baharudin bin Abu bakar ketua pemuda panchor kerana berjaya memenangi ketua pemuda bahagian alor gajah...ini adalah berkat keikhlasan dan kesabaran saudara dalam mengharungi cabaran getir untuk memenangi undian tersebut..begitu juga saudara Azman Che Man kerana berjaya memenangi naib ketua pemuda bahagian alor gajah..
namun apa yang dikesalkan undian untuk 15 jawatankuasa terpaksa dibatalkan kerana kesilapan teknikal..perkara ini tidak seharusnya berlaku memandangkan usia UMNO itu sendiri sudah menjangkau lebih 60 tahun..
perkara ini seharusnya menjadi iktibar kerana ia menunjukkan kurang kecekapan dan ketelitian dalam menjalankan tugas yang dimanahkan oleh ahli umno kepada jk penyelaras pilihanraya merebut jk pemuda umno bahagian alor gajah ini..
kerana itu undian semula untuk jawatankuasa akan diundi semula pada 1 nov 2008 di ILP selandar..
saya mengharapkan agar jk yang akan dipilih ini adalah jk yg boleh bekerja untuk agama , bangsa dan negara...saya sendiri menjadi calon untuk bertanding dalam pemilihan kali ini..
bersama kita berdoa agar PEMUDA Alor Gajah terus maju dan suksesss..
Insya Allah selepas ini saya akan terus memberikan info-info mengenai aktiviti pemuda dan belia yang saya ikuti..
sekian..

HIDUP MELAYU...HIDUP UMNO
ISLAM TINGGI MENJULANG

0 comments:

PEMILIHAN JK PEMUDA BAHAGIAN

0
salam..kini ahli umno sibuk berkempen dan melobi untuk mendapat tempat dalam jawatankuasa bahagian masing-masing samada puteri , pemuda , wanita dan UMNO..ada bahagian yang berkompromi dan ada bahagian yang bertanding sampai titsan darah yang terakhir..tapi bagi saya semua ini adalah satu situasi yg sihat.saya lebih suka memandang dari sudut positif..bagi saya saya menawarkan diri untuk bertanding dalam jawatankuasa pemuda bahagian alor gajah..dalam alor gajah sendiri terdapat 2 set pemuda yang bertandingan..satu set bahar iaitu set yang saya bernaung dan satu lagi set farok set yang diwar-warkan sebagai set yang dipersetujui oleh bahagian..pelbagai isu dan serangan peribadi yg wujud dalam pertandingan ini namun bagi saya itu adalah proses kematangan politik dalam pemuda..kita masih lagi dibawah satu bumbung dan panji perjuangan..dan pengalaman ini ternyata mematangkan saya dan memberi pengalaman baru tentang perjuangan politik yang sebenar..
lihat sajalah apa yang berlaku dan pastinya pertandingan ini masih diperingkat permulaan..
Hidup UMNO..

0 comments:

KEDAMAIAN

0
Senario kini memang terbukti bahawa rakyat kita semakin matang berpolitik.mereka kini membaca banyak sumber samada di internet , blogs , media cetak dsb.mereka sentiasa menilai dan melihat sendiri bahkan ada juga yang merasai sendiri apa yang dilakukan oleh dua pihak kini iaitu kerajaan dan pembangkang.kita sudah boleh menilai akan tahap pemikiran , idealogi yang dilontarkan dan berkemampuan membuat keputusan tanpa ada sebarang paksaan , ugutan ataupun bayaran.UNDI adalah kuasa terbesar rakyat.Parti kerajaan seharusnya menggunakan masa kini untuk memulihkan kembali kepercayaan rakyat kepada mereka bukannya berselisihan pendapat sesama sendiri.wujudkan kembali pakatan parti yang kuat seperti dulu.bukannya rakyat dihidangkan dengan percanggahan pendapat sesama sendiri seperti isu MB Terengganu yang belum selesai.Istana adalah Institusi Melayu yang Kukuh dan sebagai alternatif terakhir untuk membela nasib Melayu.Kita sebagai rakyat sentiasa kukuh berada dibelakang kerajaan dan parti untuk membuktikan bahawa UMNO dan BN masih relevan dan berkarisma untuk memerintah Malaysia berdaulat ini.Dan Istana adalah simbol Ketuanan Melayu di Tanah Melayu.Kita perlu bersama membina kepercayaan rakyat untuk negara tercinta.Apapun hasilnya kita sebagai rakyat tetap mementingkan Kedamaian untuk mencipta kemajuan dan kemakmuran di dunia dan di akhirat.

0 comments:

salam

0
salam perkenalan...

0 comments: