MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

KENYATAAN MEDIA LOKMAN NOOR BIN ADAM EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA

0


Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi pada hari ini harapan kita umat Islam termakbul dengan keputusan mahkamah rayuan yang menolak rayuan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan dan Majlis Agama Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Heral. Perjuangan kita selama ini di bawah naugnan Kesultanan Melayu selaku penjaga Daulat dan Kesucian Agama Islam akhirnya memperlihatkan sesuatu yang positif kearah menjaga maruah dan kesucian kalimah Allah.

Perlu diingatkan bahawa dalam kes ini jangan kita terkeliru dengan dakyah-dakyah dan tomahan pihak-pihak tertentu bahawa perkataan ini biasa digunakan oleh golongan arab kristian, malah dikatakan bahawa Allah itu adalah perkataan arab bagi tuhan.

Memang benar, "Allah" dirujuk sebagai tuhan di Mesir umpamanya, namun dalam kes ini perkataan Allah digunakan untuk penulisan Bahasa Melayu dan bukan Bahasa Arab. Umum sedia maklum bahawa "Allah" dalam konteks bahasa Melayu bermaksud Tuhan kepada orang-orang Islam dan ini juga sama untuk Bahasa Inggeris di negara ini. Sebab itu dapat kita lihat, terjemahan ucapan dua kalimah syahadah ditulis sebagai..

“Aku naik saksi, bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH, dan aku naik saksi, bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah”

Malah kalau kita lihat terjemahan dalam Bahasa Inggeris pula

Allah - The name of God among Muslims (and Arab Christians).
- Oxford English Dictionary-               Menjadi kegusaran umat Islam dan Melayu terutama di Semenanjung Malaysia apabila pihak gereja katolik mahu menggunakan perkataan Allah hanya untuk penulisan Bahasa Melayu sahaja dan membiarkan perkataan God untuk Bahasa Inggeris. Sememangnya ada yang menyatakan bawah perkataan Allah ini telah digunakan oleh penganut Kristian di Sabah, Sarawak dan Indonesia namun harus di ingat bahawa kesucian agama Islam adalah di bawah jagaan Sultan dan Yang Dipertuan Agong dan kami berpegang teguh kepada panji ini di bawah semangat perlembagaan.

Saya merasa lega bahawa mahkamah telah memutuskan perkara yang betul. 
Janji saya dan teman-teman Pemuda UMNO, perjuangan ini akan diteruskan selagi mana kesucian dan kemuliaan agam Islam dicabar oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab demi Agama, Bangsa dan Negara.

22hb Ogos, 2013

0 comments:

ALHAMDULILLAH.....SYUKUR DI ATAS SEGALA KURNIA DAN NIKMAT NYA

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan..

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia Nya kita pada hari ini dapat meneruskan kehidupan dengan aman dan damai.kita beruntung kerana berada dan terpilih untuk hidup dalam negara yang aman damai dan jauh dari kacau bilau dan bencana alam yang meragut kebahagiaan dan kegembiraan kita semua..
Setelah sebulan kita berpuasa dan kita juga telah melalui 1 syawal dengan penuh gembira dan kesyukuran dan juga telah menyambung kerja kerja hakiki khas untuk meneruskan mencari rezeki dan kehidupan kita seharian.

Semuga apa yang kita usahakan dan inginkan akan diredhai Allah jua..

terimakasih...

0 comments:

TAHNIAH YBS BAHA TAHUN KE5 GOTONG ROYONG KACAU DODOL PANCHOR

0

Assallammualaikum dan salam perjuangan..

Tahniah kpd YBS Baha kerana setiap tahun untuk mengadakan program gotong royong kacau dodol di cawangan panchor..Sebagaimana setiap tahun program ini akan disekalikan dengan program berbuka puasa dan ini akan mendapat sambutan dari peringkat cawangan dan kawan kawan pemuda yg lain..
tahniah kpd ybs dan selamat maju jaya..

0 comments:

TAKZIAH KEPADA ENCIK YUSOF KETUA UMNO GANUN

0

Assalamualaikum dan salam perjuangan..

Takziah diucapkan kpd sdr yusof ketua UMNO caw Ganun dun Gadek kerana kehilangan anak bongsunya dalam kemalangan jalanraya..dimaklomkan kereta anaknya dirempuh dipersimpangan traffic light di lebuh AMJ. Anaknya baru sahaja bekerja selama setahun sebagai MA di klinik pt bakar muar..
Seluruh keluarga en yusof berdukacita kerana arwah merupakan seorang yang periang dan merupakan anak bongsu dari 3 adik beradik..apatah lagi kehilangan amat terasa ketika keluarga sibuk menyediakan persiapan hari raya di bulan ramadhan ini.
semuga keluarga sdr yusof akan tabah dan redha menghadapi dugaan ini..semuga Allah mencucuri rahmat ke ats ruh Allahyarham Mohd Izat bin Yusof..
takziah dari barisan Aspirasi Muda AG
Al Fatehah...

0 comments:

PROGRAM DODOL PEMUDA UMNO GANUN BERSAMA BATAS MELAKA

0

Assallammualaikum dan Salam Perjuangan..

Pada 2 Ogos yang lepas saya bersama sahabat Aspirasi telah hadir sama dalam Program bubur lambuk di Ganun anjuran Pemuda UMNO Ganun dgn kerjasama BATAS Alor Gajah,Gadek dan Melaka.. Tahniah saya ucapkan kpd Ayahanda Ismail kerana bertungkus lumus menyiapkan dodol bersama sdr Zaharin Paijo mengacau 3 kawah dodol..
Tahniah diucapkan kepada pihak pihak yang menjayakan majlis tersebut dan tahniah ayahanda Akai presiden BATAS yang turut serta dlm program tersebut..

tahniah daripada Aspirasi!!!

0 comments:

TAZKIRAH HARIAN SOLAT 34 MINIT SEHARI

0
Assallamualaikum dan Salam Perjuangan..
Suka saya menyampaikan nasihat dan tazkirah dari seorang kawan yang dihantar melalui whatsapp saya pada pagi tadi melalui group Aspirasi Muda AG..terimakasih sahabat..Sdr Rostam Haron dari Kemuning.





34 MINIT SEHARI

Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan, kadang-kala kita terlalu sibuk sehinggakan kita jadikan ia alasan untuk melengah-lengahkan solat atau lebih teruk lagi,meninggalkannya terus. Jika dilakukan sedikit pengiraan, dalam sehari, kita perlu menunaikan solat:
Subuh: 2 rakaat
Zuhur: 4 rakaat
Asar: 4 rakaat
Maghrib: 3 rakaat
Isyak: 4 rakaat
Jadi jumlah keseluruhan adalah 17 rakaat sehari. Katakan seseorang itu mengerjakan solat lebih kurang 2 minit untuk setiap rakaat, maka jumlah masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari hanyalah selama 34 minit. Dalam sehari ada 24 jam bersamaan 1440 minit. Jika dikira peratusan masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari, hanyalah 2.36%.
Bagaimana pula dalam masa seminggu? 34 minit darab 7 bersamaan 238 minit. 238 minit bersamaan dengan 3.97 jam. Jika dikira dalam sebulan pula, katakan purata dalam sebulan ada 4 minggu. 3.97 jam darab 4 bersamaan dengan 15.88 jam.
Dalam setahun pula, 15.88 jam sebulan darab dengan 12 sama dengan 190.56 jam. 190.56 jam ini jika ditukarkan kepada unit hari adalah bersamaan dengan 7.94 hari. Rupanya dalam setahun, masa kita untuk solat hanyalah lebih kurang 8 hari.
Kita kira dari segi purata umur manusia pula. Katakan purata umur seseorang adalah sehingga 60 tahun. Umur 10 tahun merupakan umur seseorang sudah mula wajib untuk menunaikan solat. Ini bermakna, seseorang yang berusia 60 tahun perlu bersolat selama 50 tahun. Jika dalam setahun, masa yang diambil untuk menunaikan solat hanyalah 7.94 hari, maka dalam tempoh waktu 50 tahun, masa yang diambil untuk menunai solat hanyalah 397 hari. 397 hari lebih kurang bersamaan 1 tahun 1 bulan.
Bayangkan dalam sepanjang umur kita, Allah hanya menyuruh kita menggunakan 1 tahun 1 bulan dari keseluruhan umur 60 tahun kita untuk menunai solat. Itupun kadangkala masa solat kita kurang. uzur, jama', kurang 2 rakaat untuk solat Jumaat.
Jika difikirkan kembali, 34 minit sehari adalah sangat singkat. Tengok wayang 2 jam, shopping berjam-jam, 34 minit tu tak luak pun masa 24 jam kita untuk sehari.
Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbaiki solat kita dan menghargai masa 34 minit itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh khusyuk.

0 comments:

DIPENGHUJUNG RAMADAN

0
Assallamualaikum dan Salam Perjuangan..
Salam Aspirasi Transformasi Peneraju Generasi

Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya kita hari ini terus dipinjamkan nyawa dan hayat kepada kita oleh Allah SWT untuk kita terus berbakti dan beribadah kepada Allah..segala pekerjaan dan perlakuan kita Lillahi Ta'ala. Alhamdulillah nikmat nafas yang Allah kurniakan ini terlalu indah dan agung.

Dipenghujung Ramadan ini hati berasa pilu untuk meninggalkan bulan yang penuh rahmat ini kerana kita sendiri tidak pasti dan semua orang tidak boleh memastikan bahawa adakah kita akan bertemu Ramadan ini pada tahun tahun akan datang..Kerana saya insan yang bersifat pelupa dan lemah ini tidak mampu sepenuhnya melakukan amalan sunat dan amalan amalan yang terbaik untuk dilakukan dibulan Barakah ini. Saya bermohon kepada Allah supaya diampunkan dosa dosa dan melimpahkan rahmat dan kasih sayang kepada saya..keluarga saya..ibubapa saya..guru guru saya..sahabat sahabat yang sayang pada saya dan sekalian umat muslimin dan muslimat yang hidup ataupun mati.

Dipenghujung ramadan ini juga sering dikejutkan dengan berita kemalangan jalanraya yang melibatkan kematian. Semalam ada kematian yang melibatkan kemalangan jalanraya iaitu anak kepada en Yusof ketua UMNO cawangan Ganun..dan berita ini pasti sedih apatah lagi aidilfitri kian menjelang tiba. Namun segalanya adalah ketentuan Allah dan kita sebagai hambaNya perlu redha dan berdoa utk kebaikan arwah.

dan semalam juga berlaku kemalangan melibatkan kakitangan Jakim yang mengorbankan 4 orang di sarawak. Kemalangan berlaku ketika mereka ingin menghadiri majlis berbuka puasa di sana.

harap semua sahabat berhati hatilah memandu dijalanraya dan kurangkan kelajuan semuga pemanduan kita semua akan selamat..kita tidak membahayakan nyawa diri kita dan penumpang dan juga tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain..

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130802/dn_19/Empat-pegawai-Jakim-maut-nahas#ixzz2alkT6MD5
SRI AMAN 1 Ogos - Empat pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sarawak termasuk Penolong Pengarahnya maut manakala dua lagi cedera termasuk seorang parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori balak di Skrang dekat sini hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.15 petang ketika Ibrahim Hailee, 35, bersama lima lagi pegawai Jakim dalam perjalanan ke Betong untuk menghadiri program berbuka puasa bersama masyarakat di sana.
Ibrahim yang memandu MPV jenis Toyota Innova berkenaan serta tiga lagi mangsa, Harliani Hanani, 29; Halimah Hamrie, 30; serta Qurratu Aini Rolfandy, 23, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Mangsa yang parah dan dilaporkan kritikal ialah Fakih Ikhwan yang kini dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS), manakala yang cedera ringan ialah Firdaus Ahmad, 23, dan dirawat di Hospital Betong.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mat Jusoh Mohamad memberitahu, siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku selepas lori balak tanpa muatan itu gagal dikawal ketika melalui satu selekoh sebelum masuk ke laluan bertentangan
“Kejadian itu menyebabkan MPV dipandu Ibrahim yang menghala ke Sarikei gagal mengelak lori berkenaan lalu bertembung.
“Akibat pertembungan itu, MPV mangsa remuk dan terhumban ke bahagian kanan jalan. Pemandu lori terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Mat Jusoh, mayat kesemua mangsa yang maut dihantar ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130802/dn_19/Empat-pegawai-Jakim-maut-nahas#ixzz2alkT6MD5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 comments: