MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

SUSUNAN TEMPAT DUDUK BAGI MAJLIS DAN ACARA JAMUAN

0



Nama Pelajar
SUHAIZAN BIN HAJI NOH              MATRIKS  : 257744
RAFFI BIN TUMINOH                               MATRIKS   : 257679
Pusat
UUM, BANDARAYA MELAKA
TahunPendaftaran
Semester  Oktober Sesi 2017/2018



TUGASAN
VKMB 1021 - PEMBANGUNAN MASYARAKAT II
Tuliskan soalan/tajuk pilihan anda
TAJUK : SUSUNAN TEMPAT DUDUK BAGI MAJLIS DAN ACARA JAMUAN



Tarikh Serahan
( diisi oleh pelajar )
SerahankepadaPensyarah
PERTEMUAN 2  =
18 NOVEMBER 2018
PN.SITI ROHANA BINTI OMAR
019-3043027



Markah diperolehi
Catatan Pensyarah





MUKA HADAPAN TUGASAN





ISI KANDUNGAN



BIL
KANDUNGAN
MUKASURAT

1
PENDAHULUAN
3
2
SUSUNAN TEMPAT DUDUK
4
3
PRINSIP SUSUNAN
6
4
BENTUK SUSUNAN MEJA MAJLIS JAMUAN
8
5
RUJUKAN
11


1.PENDAHULUAN

Setiap bangsa di dunia ini mempunyai pelbagai latarbelakang adat dan budaya dalam menjalani kehidupan seharian. Adat istiadat ini juga melambangkan kekayaan budaya dan ketamadunan setiap bangsa di dunia ini.Mereka menjalankan kehidupan seharian mengikut pelbagai lapisan masyarakat daripada golongan hamba abdi hinggalah ke peringkat kepimpinan sesebuah kerajaan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, penjagaan adat ini yang berterusan mampu mencerminkan ketinggian penghayatan agama pada diri seseorang.Titah baginda, adat yang dikaitkan dengan ketertiban, bersopan-santun dan berbudi-pekerti itu juga boleh menunjukkan jati diri seseorang.“Sebagai seorang Muslim, penghayatan dan pengamalan adab, adat, pekerti dan budaya yang baik serta mulia, harus ditonjolkan kerana ia memberikan imej yang baik terhadap agama Islam.

Terdapat beberapa jenis Majlis dan acara yang boleh kita kenali supaya mudah untuk membuat pengurusan dari segi protokol dan istiadat mengikut amalan disesebuah negeri. Jenis jenis majlis adalah seperti berikut iaitu majlis rasmi. Majlis Rasmi ialah sesebuah majlis yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri  yang mendapat kelulusan peruntukan Kerajaan. Manakala Majlis  Rasmi dan Formal ialah Majlis/aktiviti yang sumber peruntukannya dari Kerajaan  seperti hari bekerja dari Isnin sehingga Jumaat dipejabat, diluar pejabat,majlis penuh istiadat ,majlis jamuan (malam atau hujung minggu  aitu diluar waktur kerja).Majlis yang melibatkan pembesar Negara / Negeri dan menepati aspek protokol secara penuh. Majlis Rasmi dan Tidak Formal ialah Majlis / aktiviti yang sumber peruntukannya dari Kerajaan seperti program turun padang, lawatan dan majlis perasmian.

Terdapat sedikit kelonggaran dari segi protokol.Majlis Tidak Rasmi ialah merupakan majlis yang dianjurkan oleh Agensi-agensi Kerajaan /swasta yang tidak melibatkan peruntukan kerajaan serta aspek protokol sepenuhnya. Majlis Tidak Rasmi Tetapi Formal ialah majlis  /aktiviti yang sumber peruntukannya bukan dari Kerajaan seperti individu atau pertubuhan/kelab. Majlis dihadiri oleh orang-orang kenamaan daripada Senarai Keutamaan Persekutuan dan Negeri (mengikut rujuk senarai yang terkini). Majlis Separa Rasmi pula ialah majlis/aktiviti seperti  kejohanan sukan dan riadah dimana sebahagian sumber peruntukan dari Kerajaan dan sebahagiannya daripada sumbangan oleh wang kelab sukan  atau pertubuhan.

Terdapat beberapa jenis acara yang boleh menjadi panduan untuk kita menguruskan mengikut kesesuaian dan protokol kerajaan tertentu. Acara-acara tersebut adalah seperti berikut :- Seperti acara  Dalaman iaitu Acara dalaman lebih merujuk kepada penyertaan dikalangan  ahli-ahl iorganisasi penganjur sendiri.Untuk Acara Luaran pula acara terbuka merujuk kepada skoppeng libatan peserta yang tidak terhad kepada pekerja atau ahli-ahli dalam sesebuah organisasi atau kumpulan sahaja. Acara kebangsaan ini ialah acara peringkat kebangsaan memerlukan penglibatan atau penyertaan dari pelbagai Negeri.

Acara  Antarabangsa pula ialah acara peringkat antarabangsa biasanya bercorak sukan,kebudayaan, kempen pelancongan, mesyuarat Ketua-ketua Negara serta agenda lain yang melibatkan penyertaan daripada beberapa Negara tertentu.



2.SUSUNAN TEMPAT DUDUK 



Untuk memudahkan lagi pengurusan susunan tempat duduk bagi sesebuah majlis atau acara kita perlu lihat senarai jemputan untuk sesebuah majlis. Daripada ini kita akan mendapat gambaran jelas kedudukan tetamu jemputan pada hari tersebut. Adalah perlu untuk membuat senarai jemputan dan mengadakan semakan terhadap kehadiran tetamu yang telah dijemput.

Susunan tempat sesuatu majlis / acara hendaklah berdasarkan kepada Susunan Keutamaan Persekutuan  dan Negeri serta peranan dan kepentingan tetamu penganjur sesebuah majlis / acara. Walaubagaimanapun bagi program turun padang tempat duduk tetamu kehormat diletakkan bersama dengan rakyat dan orang ramai.

Dalam majlis rasmi dan formal susunan tempat duduk mesti mematuhi susunan keutamaan yang diwartakan. Jika majlis diadakan di negeri dan tetamunya pula terdiri daripada tetamu persekutuan dan negeri maka satu persetujuan hendaklah dicapai antara Protokol Persekutuan dan Protokol Negeri mengikut prinsip-prinsip yang ditetapkan. Dalam apa jua majlis kecuali Majlis Konvokesyen Universiti dan jamuan makan tetamu yang duduk di pentas atau meja khas hendaklah dihadkan. 

Susunan tempat duduk di atas pentas adalah seperti berikut ,

 Susunan tempat duduk perlu mengikut susunan protokol yang terkini dan seboleh-bolehnya jumlah tetamu kehormat dihadkan dan bilangan ganjil adalah lebih baik. Pergerakan tetamu kehormat juga perlu diselaraskan dan bersesuaian dengan susunan tempat duduk diatas pentas; dan pastikan pegawai pengiring atau perhubungan tetamu kehormat mengetahui akan pergerakan dan peranan nntetamu kehormat semasa majlis/acara.

Penentuan susunan tempat duduk mengikut kepada bentuk bentuk susunan tempat duduk yang telah disusun. Susunan mengikut kepada susunan keutamaan kepada tetamu mengikut hireki jemputan. Dif dif jemputan paling hampir sekali dengan tetamu kehormat.

Penentuan ini adalah mengikut bentuk-bentuk susunan tempat duduk dan juga susunan mengikut keutamaan. Dif-dif paling hampir sekali dengan Tetamu Khas ialah dif terkanan. Kekananan bermula  dari kanan Tetamu Khas.Penentuan ini juga mengikut susunan tempat duduk di pentas dan dif-dif hendaklah mengikut kekananan.

Kita juga perlu melihat pentas utama mengikut acara perasmian dan sebagainya. Susunan ini juga tertakluk kepada Majlis jamuan rasmi mengikut jumlah ganjil atau genap. Adalah perlu dihadkan tetamu penting kepada tiga , lima , tujuh atau empat enam dan lapan orang termasuk pasangan masing-masing jika ada. Urusetia tetamu jemputan hendaklah memberikan perhatian berpusat ke Tetamu Kehormat. Bagi dif yang paling hampir dengan Tetamu Khas ialah dif yang paling utama sekali. Urusetia hendaklah memberikan keutamaan bermula dari kanan tetamu kehormat.





3. PRINSIP SUSUNAN


 Prinsip 1 - SUSUNAN HENDAKLAH MENGIKUT KEUTAMAAN

Susunan tempat duduk sama ada di pentas khas atau di tempat para jemputan ianya  hendaklah mengikut Susunan Keutamaan. Jika jemputan tanpa isteri, keutamaan di pentas khas bermula dari kanan Tetamu Khas  diikuti dengan kiri, balik ke kanan, ke kiri dan seterusnya berselang seli. Bagi jemputan bersama isteri, kekananan bermula dari kanan Tetamu Khas membawa ke  tepi (suami/lelaki) dari kiri isteri Tetamu Khas membawa ke tepi (isteri/perempuan) 


Prinsip 2 - JUMLAH DIF DI PENTAS KHAS HENDAKLAH TERHAD

Jemputan seorang – jumlahnya angka ganjil seperti lima , tujuh dan Sembilan.Sekiranya jemputan dengan isteri – jumlahnya angka genap iaitu enam , lapan , sepuluh dan duabelas. Perinsip ini diwujudkan bertujuan untuk memberi penghormatan dan tumpuan kepada mereka yang berkenaan/berkaitan sahaja

Prinsip 3 - TUAN RUMAH ATAU ‘HOST’ DUDUK DI SEBELAH KANAN TETAMU KEHORMAT

Tuan Rumah biasanya dikenali sebagai orang yang menjemput atau bertanggungjawab menganjurkan sesuatu majlis atau upacara. 


Prinsip 4 - ISTERI DUDUK DI SEBELAH KIRI SUAMI

Prinsip ini adalah amalan biasa dalam apa jua majlis apabila para jemputan dijemput  bersama isteri. 


Contoh-contoh susunan kerusi dan meja.

(1)   Kekakanan bagi empat orang dengan Isteri

(2)   Kekanan bagi enam orang dengan isteri



(3)   Kekanan bagi empat orang



4.BENTUK SUSUNAN MEJA MAJLIS JAMUAN 


Susunan tempat duduk bagi majlis jamuan makanan berbeza sedikit susunan tempat duduk bagi majlis lain. Bilangan tetamu di meja utama biasanya lebih daripada bilangan tempat duduk dalam majlis tersebut.Bagi menentukan kedudukan tetamu utama di meja bulat perkara berikut perlu diberi perhatian antaranya kehadiran tetamu tersebut datangnya seorang / bersama isteri / bilangan genap / ganjil.Majlis jamuan yang diadakan bertujuan untuk mengembirakan tetamu. Peraturan-peraturan yang perlu diketahui ialah :-

  • Tatatertib pergaulan , cara duduk dan berdiri
  • Bersopan santun dan berbudi bahasa
  • Saat ketibaan jemputan
  • Tertib di meja makan
  • Tertib semasa makan
  • Tertib semasa meninggalkan majlis

Bentuk susunan meja terbahahagi kepada empat iaitu :- Susunan Meja Panjang , susunan Meja Bulat , susunan Meja Gabungan Meja Panjang dan Meja Bulat dan susunan Meja Gabungan Meja Bulat dan Meja Panjang

Terdapat 3 prinsip yang berkaitan dengan susunan iaitu prinsip pertama , tetamu Kehormat hendaklah duduk di sebelah kanan Tuan Rumah sekiranya setaraf kecuali Tetamu Kehormat itu jauh lebih tinggi atau jauh lebih rendah dari Tuan Rumah. Manakala prinsip kedua ialah susunan dif-dif meja utama / khas hendaklah mengikut susunan keutamaan dan prinsip ketiga ialah anita tidak duduk di hujung meja khas / diRaja.

Terdapat juga Prinsip Am yang berkaitan meja jamuan iaitu Tuan Rumah di sebelah kiri Tetamu Kehormat yang lebih tinggi dan sebaliknya sekiranya  setaraf , Wanita tidak duduk di hujung meja diRaja/khas , Wanita tidak duduk mengetuai meja-meja panjang , Meja bulat hendaklah penuh kecuali dihadiri oleh SPBYDA/Raja-raja, dua kerusi di hadapannya hendaklah dikosongkan dan meja berhampiran diubahsuai untuk elak tetamu lain membelakangi tetamu utama.

(1)   Meja santapan bersama Yang DiPertuan Agong dengan Sultan dan Raja Melayu.



(2)   Meja jamuan Perdana Menteri bersama jemputan





5.RUJUKAN

(1)   Utusan Malaysia  - 8 Mac 2018

(2)   Buku Panduan Protokol dan Istiadat UKM

(3)   Buku Panduan Protokol dan Istiadat Rasmi – Jabatan Perdana Menteri








0 comments: