MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

11.12.2016 8.00pm MAJLIS PERSILATAN PSSKMKWM 2016

0
video


ASSALLAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI

ALHAMDULILLAH KENANGAN YANG MENJADI SEJARAH DALAM LIPATAN CERITERA PERSILATAN SAYA..
MAJLIS YANG DIADAKAN SECARA TAHUNAN INI AMAT BAIK DAN MENJADI CONTOH KEPADA SEMUA PERSATUAN SILAT YANG LAIN.
BERBEKALKAN SEMANGAT DAN AMANAH PSSKMKWM INI TERUS MAJU DAN BERKEMBANG UNTUK MEJADI SEBUAH PERTUBUHAN PERSILATAN YANG DISEGANI DAN TERNAMA.
TERUSKAN PERJUANGAN...SEMUGA TERUS SUKSES DUNIA DAN AKHIRAT..
TAHNIAH PERSATUAN SENI SILAT KUNCI MELAYU KESATRIA WARISAN MALAYSIA











0 comments:

Mesyuarat JK PSSKS Perguruan Kota Sendeng Melaka Bil 01/2017

0
18/01/2017 8.00pm
Mesyuarat JK PSSKS Perguruan Kota Sendeng Melaka Bil 01/2017 yang membincangkan pelaksanaan Mesyuarat Agung yang akan diadakan pada bulan Mac 2017.
Semuga dipermudahkan segala urusan dan terimakasih kepada Tuan Guru Utama Rahman dan Tuan Guru Hasan juga semua AJK yang sempat hadir..
Alhamdulillah syukurr.....








0 comments:

28/01/2017 GOTONG ROYONG PASCA BANJIR DUN ASAHAN

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI

TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN PROGRAM GOTONG ROYONG PASCA BANJIR DI DUN ASAHAN YANG TELAH DIKETUAI OLEH YB DATUK SERI HAJI ABD GHAFAAR ATAN ADUN ASAHAN MERANGKAP KETUA UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH.

MAJLIS JUGA TELAH DISERTAI OLEH ENCIK SHADAN OTHMAN YDP MAJLIS PERBANDARAN JASIN.

SERAMAI 200 ORANG SUKARELAWAN TELAH BERJAYA DIKUMPULKAN IAITU DARI PEMUDA UMNO,PUTERI UMNO,WANITA UMNO,MGBD JASIN, KEMAS DUN ASAHAN DAN PENDUDUK KAMPUNG SEKITAR..

TAHNIAH SEMUA YANG MENJAYAKAN DAN MENJADIKAN PROGRAM INI REALISASI.

ALHAMDULILLAH





0 comments:

TERIMAKASIH DI ATAS PELANTIKAN AHLI MAJLIS MPHTJ

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

PERTAMANYA SAYA BERSYUKUR KEHADRAT ILLAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA-NYA SAYA TELAH TERPILIH OLEH KERAJAAN NEGERI MELAKA YANG TELAH DILANTIK SEBAGAI AHLI MAJLIS DI MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA BAGI TAHUN 2017.

TERIMAKASIH TIDAK TERHINGGA KEPADA YAB DATUK SERI UTAMA IR HAJI IDRIS HARON KETUA MENTERI MELAKA KERANA TELAH MEMBERI PELUANG KEPADA SAYA MENDUDUKI KERUSI AHLI MAJLIS INI.

SAYA AMAT TIDAK MENYANGKA AKAN PERKARA INI DAN SEGALA GALANYA SAYA SERAHKA BURUK BAIKNYA KEPADA ALLAH YANG MAHA BERKUASA.

SELAKU LANTIKAN YAB KM DARI PORFOLIO BELIA , SAYA AMAT BERBANGGA KERANA HARI INI SAYA SEBAGAI BELIA MELAKA..SAYA MASIH INGAT LAGI BERSAMA SAMA SAUDARA MOHD NIZAM OMAR KETIKA ZAMAN TANSRI MOHD ALI RUSTAM SELAKU KETUA MENTERI MELAKA KAMI SENTIASA BERCAKAP DI DALAM MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGERI MELAKA SUPAYA KERAJAAN MELANTIK WAKIL BELIA DALAM AHLI MAJLIS PBT..DAN KETIKA ITU KERAJAAN NEGERI MELAKA TELAH MELULUSKAN BELIA SEBAGAI TURUT HADIR DALAM MESYUARAT AHLI MAJLIS...DAN KAMI RASAKAN ITU SEBAGAI SATU KEJAYAAN KEPADA KAMI KETIKA ITU.DAN TIDAK ADA SEDIKIT RASA PUN KETIKA ITU UNTUK DILANTIK SEBAGAI AHLI MAJLIS DIMANA MANA PBT..

NAMUN PERANCANGAN ALLAH SWT ITU MAHA BESAR DAN PADA TAHUN INI YAB KM TELAH MELANTIK SAYA SELAKU AHLI MAJLIS HANG TUAH JAYA...

TUGASAN PUN TELAH DIBERI DAN KINI PERLU MEMENUHI KPI YANG TELAH DITETAPKAN..SEMUGA SEGALANYA DILINDUNGI DAN DIRAHMATI ALLAH SWT. SOKONGAN DAN BANTUAN DARI RAKAN RAKAN SEMUA AMAT DIHARAPKAN..

TERIMAKASIH

BERKAT TEPAT CEPAT

SUHAIZAN HAJI NOH
AHLI MAJLIS
MPHTJ
2017








0 comments:

28.1.2017 PERSEMBAHAN SILATDI WALIMATUL URUS

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

TERIMAKASIH DIUCAPKAN KEPADA TUAN RAMLI SELAKU TUAN RUMAH KERANA MENJEMPUT DAN MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA KAMI UNTUK MENGADAKAN PERSEMBAHAN SILAT DIMAJLIS PERKAHWINAN ANAK BELIAU PETANG TADI..

PERSEMBAHAN TELAH DIIRINGI DENGAN PASUKAN GENDANG SILAT...PERSEMBAHAN DIMULAKAN DENGAN PEMBUKAAN GELANGGANG , JURUS DAN BUAH SENDENG ASLI..SILAT PENGANTIN TELAH DIPERSEMBAHKAN OLEH ABG AIMAN..

TAHNIAH SEMUA..PERSEMBAHAN YANG BAIK DAN BERSEMANGAT..






0 comments:

23.1.2017 MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PENGAWAS SEKOLAH RENDAH NYALAS

0
23.1.2017 8.30 PAGI

ALHAMDULILLAH PADA HARI INI TELAH SELESAI MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PENGAWAS , PENGAWAS PUSAT SUMBER , KETUA KELAS , PENGAWAS ASRAMA DAN PENGAWAS SPBT DI SEKOLAH KEBANGSAAN NYALAS YANG TELAH DISEMPURNAKAN OLEH YB SENATOR DATUK ZALI MAT YAASIN AHLI DEWAN NEGARA MERANGKAP KETUA PEMUDA UMNO NEGERI MELAKA.

MAJLIS TELAH DIJALANKAN DENGAN BAIK DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA CIKGU NIZAM BIN AZIZ DAN JUGA SELURUH GURU GURU SK NYALAS DAN PELAJAR PELAJAR YANG TERPILIH...

TERUTAMANYA TERIMAKASIH KEPADA YB SENATOR DATUK ZALI MAT YAASIN KERANA MELUANGKAN MASA UNTUK SAMA SAMA MENYEMPURNAKAN MAJLIS INI.
TERIMA KASIH SAHABAT DAN DOA SAYA TETAP UNTUK KESEJAHTERAAN DAN KESIHATAN YBS DATUK...TAHNIAH TERUSKAN KECEMERLANGAN MELAKA..

DONT MESS WITH MELAKA
BERKAT TEPAT CEPAT
MELAKA 755 TAHUN
SEMANGAT JUANG
PIBG KAMI SAYANG KAMI PRIHATIN








0 comments:

8.1.2017 Hiking ke Lampong Jatuh , Gunung Ledang Asahan

3
Assallammualaikum dan salam perjuangan.

Lampong Jatuh adalah salah satu kawasan air terjun yang cantik dan masih asli lagi di Gunung Ledang. Kedudukan Lampong Jatuh adalah di sebelah Asahan. Untuk menuju ke lampong jatuh perlu hiking bermula dari Kolam Air Asahan.

Perjalanan kami bermula dari lokasi masing masing dengan berkenderaan motorsikal kecuali sdr Azlan yang menaiki keretanya. semua kenderaan akan diletakkan di kolam air dan hiking pun bermula. Hiking ini mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan bersantai atau bersahaja.

Tidak dinafikan keadaan flora dan fauna masih lagi asli dikiri kanan jalan denai yang kami lalui.dan kami amat teruja dan amat gembira dengan perjalanan yang santai dan rehat...

setelah 35 minit berjalan kita akan berjumpa dengan kolam Y iaitu kawasan yang akan memisahkan 2 jeram...keadaan amat asli dengan udara yang segar dan bersih..berehat sebentar sambil mengambil gambar selfie atau bersama dengan rakan rakan yang lain.

hiking kami diteruskan dengan jalan yang agak mencabar dengan suasana mendaki.perjalanan diteruskan sehingga berjumpa dengan lampung jatuh tempat yang dituju...

Alhamdulillah suasana amat segar dan asli.....syukur..










3 comments:

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

0


ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

ALHAMDULILLAH...SEMUA TELAH KEMBALI KE SEKOLAH UNTUK MENYAMBUNG SESSI PEMBELAJARAN BAGI TAHUN 2017.

INI BERMAKNA TELAH MENINGKAT UMUR DUNIA INI DAN SEMAKIN TUA PENGHUNINYA UNTUK TERUS DUDUK DI BUMI SAMBIL BUMI MENGELILINGI MATAHARI DENGAN ORBITNYA.

PENDIDIKAN NEGARA TERUS MENCABAR DAN PELBAGAI DUGAAN DAN RINTANGAN MENDATANG..BUKAN MUDAH UNTUK MENENTUKAN DASAR DASAR PENDIDIKAN NEGARA KERANA SEBARANG KEPUTUSAN AMAT TERDEDAH DENGAN KOMEN KOMEN MEMBINA ATAU KOMEN KOMEN YANG MENGHENTAM DAN JUGA BANTAHAN BANTAHAN YANG AGRESIF ATAU PUN BERSIFAT AKADEMIK.

APATAH LAGI KADANGKALA ISU PENDIDIKAN NEGARA DISERET KE KANCAH POLITIK DAN JIKA TIDAK DITANGANI DENGAN BIJAK PASTI AKAN MENGUNTUNGKAN PIHAK YANG MENJADI MUSUH DALAM SELIMUT ATAU GUNTING DALAM LIPATAN.

KITA SEDAR DAN INSAF MELAYU KINI PERLUKAN PENYATUAN DAN KEMATANGAN DALAM BERPOLITIK. TIDAK SEMUA PEMIMPIN ITU BETUL APATAH LAGI MAKSOM TETAPI YANG ATAS HENDAKLAH SENTIASA MEMANDANG YANG BAWAH DAN YANG BAWAH HENDAKLAH SENTIASA RAPATKAN SHAF UNTUK PENYATUAN DAN KESTABILAN NEGARA.

KITA TIDAK BOLEH SENTIASA DALAM BERPOLITIK KERANA POLITIK ITU AKAN MENGAGUNGKAN KUASA DAN SANGGUPBUAT APA SAJA KERANA KUASA.

BESAR HARAPAN KAMI AGAR KITA SAMA SAMA MEMPERKEMASKAN JENTERA AGEN PENYATUAN BANGSA DAN SAMA SAMA MEMASTIKAN MUTU PENDIDIKAN NEGARA AKAN TERUS RELEVAN DAN MENJADI TUNJANG KEPADA KEJAYAAN ASET WARISAN NEGARA IAITU ANAK ANAK YANG MASIH BELAJAR DISINI..

TERUS KITA BERSAMA UNTUK KECEMERLANGAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA..

ALHAMDULILLAH 

0 comments: