MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

Group Meeting BN di Kampung Abbey

0

Assallammualaikum dan salam perjuangan..

malam tadi stay kat kampung dan join orang kampung buat group meeting di rumah Sidang Rozmi.

penceramah hebat malam ini iaitu Tuan Haji Mazlan Chahat. banyak info dapat dikongsi bersama bersama penduduk kampung..

terimakasih kepada dw kerana berjaya menghadirkan diri utk bersama sama tetamu yang hadir...

tahniah semua...tahniah org kampung Abbey

0 comments:

walkabout pasar malam nyalas bersama calon N10

0

Assallammualaikum dan salam perjuangan..

KAPAL DAGANG DARI SEBERANG
SARAT MUATAN KAYU MERANTI
IBARAT SIREH PULANG KE GANGGANG
SETELAH 25 TAHUN UMNO KEMBALI

bilik gerakan dun Asahan bersama sayap sayap telah mengadakan walkabout ke pasar malam nyalas utk bertemu pengundi disana bersama calon BN N10 iaitu Datuk Wira Hj Abd Ghafaar Atan.

seperti yang dijangkakan urusetia tidak sukar utk memperkenalkan calon kerana datuk wira telah sedia ada dikenali dan mudah mesra dengan penduduk setempat.DW merupakan anak tempatan dan saban tahun menabur khidmat kebajikan di dun Asahan.

DW mendapat sambutan yang baik dikalangan pengunjung pasar malam.Ini adalah kerana momentum BN dibawah YAB DS Najib telah memberi semangat dan keyakinan baru kepada rakyat utk mengundi BN.

Saya percaya dw akan terus berkhidmat dengan cemerlang demi kemajuan dan pembangunan dun Asahan.

Gelombang...Biru
Sokong....Najib
Undi...BN

0 comments:

LETUPAN DI NIBUNG TEBAL-STYLE BARU POLITIK???

0



Letupan di Nibong Tebal Buktikan Pembangkang Gunakan Taktik Keganasan.

Mangsa letupan bom tersebut adalah seorang petugas kempen BN dan beliau cedera di kaki. Sehingga kini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab. Semalam, seorang jurukamera RTM dipukul oleh penyokong PAS di Gua Musang. Beliau kemudian telah meninggal dunia dan anak Allahyarham inginkan keadilan bagi perkara ini.

Walaupun Anwar Ibrahim menafikan beliau menghasut rakyat untuk “Malaysian Spring”, bibit-bibit keganasan mula dibawa oleh penyokong-penyokong PR kerana terpedaya dengan retorik dan hasutan pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Anwar, Tian Chua & Mat Sabu.

Rakyat Malaysia harus menolak ekstremisme yang dibawa oleh PR agar keharmonian negara dapat terus dikekalkan. Perkara ini sudah dijangkakan awal lagi, di mana pembangkang akan menggunakan taktik kotor dan ganas untuk mewujudkan kekecohan pada PRU ini.

Penganalisis politik tersohor masa kini iaitu mantan perdana menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad telah menjangkakannya seawal tahun lepas. Pada 25 Mei 2012, beliau ada menulis di blognya mengenai politik ganas dan kotor amalan pembangkang.

Menurut Tun, pemimpin parti lawan mungkin akan menggunakan cara demonstrasi ganas dan berpanjangan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 berikutan cara demokrasi tidak memberi kemenangan kepada mereka berdasarkan kepada sejarah dan keputusan pilihan raya terdahulu.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata semua rakyat Malaysia dan pemerhati asing sehingga kini mengakui proses pilihan raya tidak dapat menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

“Majoriti rakyat Malaysia tetap memberi kemenangan kepada BN, kenapa tidak, semua terpaksa terima hakikat bahawa kerajaan BN telah membawa banyak kemajuan dan nikmat lain kepada rakyat.

“BN berjaya membawa keamanan dan kesejahteraan kepada negara. Tiap seorang dari rakyat Malaysia dapat mengecapi kehidupan yang lebih mewah dan lebih bahagia di bawah pemerintahan BN,” katanya dalam catatan blog beliau di chedet.cc pada tahun lalu.

Dr Mahathir berkata segala percubaan oleh parti-parti lawan untuk mengurangkan sokongan dan persepsi baik terhadap BN dan pemerintah yang didirikan olehnya tidak berjaya.

Justeru, katanya, maka Bersih dicipta dan tunjuk perasaan yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan pilihan raya jika parti lawan gagal memenanginya.

“Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan. Kemudian, mereka akan berusaha untuk mengadakan pilihan raya sekali lagi yang boleh di manipulasi mereka,” katanya.

Dr Mahathir berkata sudah tentu sebelum kerajaan pilihan rakyat digulingkan, negara akan diserang bertubi-tubi dengan demonstrasi ganas dan huru-hara selain segala perancangan dan perusahaan akan diganggu mungkin dengan mogok di sana sini anjuran parti lawan.

“Kestabilan negara akan tergugat. Polis dituduh melakukan keganasan supaya mereka tidak dapat kawal huru-hara dan demo dengan cara berkesan. Kuasa-kuasa asing akan mengecam kerajaan pilihan rakyat kerana kononnya mengguna kekerasan menghalang kebebasan bersuara dan berdemonstrasi.

Malaysia akan dicap sebagai Police State,” katanya. Beliau berkata Malaysia yang bangun dengan pesatnya akan bertukar menjadi negara yang tidak lagi stabil dan maju, dan tidak lagi memberi kebahagiaan dan rahmat kepada rakyatnya.

“Mereka tidak percaya dengan demokrasi maka akan hilanglah hak rakyat untuk memilih kerajaan. Negara ini akan menjadi miskin dan Wawasan 2020 tidak menjadi kenyataan,” katanya.

Dr Mahathir berkata inilah yang akan berlaku kerana parti bukan BN kecewa tidak dapat ke Putrajaya dan jika dengan cara ganas mereka ini membuatkan mereka berjaya merebut kuasa, maka demokrasi akan dihapuskan dan nasib yang buruk akan menimpa negara ini.

Jika ini yang ingin dibawa pembangkang, maka untuk mengecap sebuah negara maju dan aman adalah satu perkara yang amat mustahil. Jangan biarkan nafsu ghairah reformasi menguasai diri, sebaliknya biarlah fikiran yang waras menilai situasi yang terbaik untuk masa depan Malaysia.

0 comments:

TAHNIAH KOLEJ PEKIDA MALAYSIA

0

Assallammualaikum dan salam perjuangan

tahniah kpd Tuan Haji Yatim b Rejab kerana berjaya mengekalkan kolej pekida ini dan ini adalah merupakan tahun ke 5 penubuhan kolej ini di melaka.

tahniah juga kpd pelajar yang berjaya menamatkan sessi pembelajaran ini dengan mendapat sijil kemahiran malaysia dikalangan pelajar.

semuga ilmu yang dipelajari ini akan digunakan dgn sebaik mungkin utk meningkatkan taraf hidup dan kualiti keluarga..tahniah semua..

0 comments:

SENARAI TERKINI CALON PRU 13

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan

Senarai nama calon yang layak untuk bertanding di PRU 13 ini.




0 comments:

IBARAT SIREH PULANG KE GANGGANG

0


Assallammualaikum dan salam perjuangan..

Setinggi tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana pada PRU ke 13 ini setelah penantian 25 tahun untuk dun Asahan mendapat calon UMNO akhirnya terlaksana.

Kami warga pemuda amat mengalu alukan kehadiran Yg Bhg Datuk Wira Abd Ghafaar Atan pulang kepangkuan pengundi di dun Asahan untuk menjadi calon BN dan terus berbakti untuk rakyat di dun Asahan di atas tiket Barisan Nasional.

Kami juga mengucapkan ribuan terimakasih kepada Yg Bhg Datuk R Perumal , Yg Bhg Datuk R Raghavan dan Mendiang Arunasallam dari parti MIC yang pernah menjadi YB Adun di kawasan Asahan ini kerana sama sama telah berjaya mengekalkan dun Asahan di bawah pentadbiran BN.

Kami warga Asahan amat berterimakasih kepada YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku PM kita kerana telah mendengar dan menunaikan hasrat kami untuk mengembalikan UMNO di dun Asahan..Kembalinya UMNO di dun Asahan adalah hasil kesabaran dan kesetiaan pada parti yang tiada tolok bandingnya.. Kami barisan pemuda akan terus berikrar akan bersama sama dengan DW Abd Ghafaar sama sama memastikan kestabilan keamanan dan kemajuan di dun Asahan akan terlaksana dan terbina.. Hanya dengan kestabilan politik mengambil kira faktor dalaman dan luaran dalam dun Asahan akan menjamin kejayaan di dun Asahan..

Terimakasih Najib
Selamat datang DW Ghafaar dan berkhidmat utk rakyat Dun Asahan

Kapal Dagang , Dari Seberang
Sarat Muatan , Kayu Meranti
Ibarat Sireh , Pulang Keganggang
Selepas 25 tahun , UMNO Kembali

Kapal Dagang , Dari Inderagiri
Sarat Muatan , Emas dan Berlian
Dun Asahan , Dunku Harmoni
Datuk Ghafaar , Sinar Pembangunan

0 comments:

PECAT AHLI - TANDA UMNO TEGAS

0


Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin (LD) UMNO memecat seramai 61 orang ahli UMNO yang telah bertanding sebagai calon bebas di kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta.

Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen berkata tindakan ini dibuat selaras dengan fasal 20.10 Perlembagaan UMNO yang menyatakan mana-mana ahli UMNO yang bertanding sebagai calon bebas akan di pecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya.

"Surat-surat pemecatan keahlian yang telah ditandatangani oleh saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin telah dihantar pada hari ini juga untuk dimaklumkan secara rasmi kepada mereka yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelasnya, Jawatankuasa Khas LD UMNO juga akan memanggil 3 orang lagi ahli UMNO dalam minggu ini untuk tunjuk sebab kenapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap mereka kerana menjadi pencadang, penyokong atau gagal menyerahkan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon yang baru lepas.

"Mereka ini dipanggil di bawah falsal 20.8 Perlembagaan UMNO dibaca bersama perkara 3 Tataetika Ahli UMNO berikutan gagal mengikut perintah-perintah Parti atau gagal menjalankan dasar-dasar parti.

Berikut adalah senarai nama anggota parti yang dipecat dari UMNO:

1. PARLIMEN KUALA KANGSAR – DATUK KAMILIA IBRAHIM (NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA)

2. PARLIMEN TASEK GELUGOR & DUN SUNGAI DUA – DATUK SERI HAJI MOHD SHARIFF BIN HAJI OMAR (AHLI JAWATANKUASA BHG)

3. PARLIMEN SEPANG – DATO' HAJI SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI (KETUA PEMUDA BAHAGIAN)

4. HANAPIAH BIN MOHAMAD

5. DUN BUKIT NANING (BAKRI) – GHAZALI BIN SALAMON (AHLI JAWATANKUASA BHG)

6. PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK – SUKERI BIN ABD SAMAT (SETIAUSAHA KERJA BAHAGIAN)

7. MOKHTAR BIN SALEHUDIN (KETUA PENERANGAN CAW.)

8. DUN TITI TINGGI (PADANG BESAR) –  YAACOB BIN MAN (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

9. DUN PANTAI MERDEKA (SUNGAI PETANI) – MOHD. YUSOF BIN LAZIM (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

10. DUN NENGGIRI (GUA MUSANG) – ABDUL AZIZ BIN MOHAMED (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

11. PARLIMEN LEMBAH PANTAI – RUSLI BIN HAJI BABA

12. PARLIMEN BERA-  MOHD. WALI ALANG AHAMAD

13. PARLIMEN PERMATANG PAUH – DR ABDULLAH ZAWAWI SHAMSUDDIN

14. DUN LENGGENG (SEREMBAN) – ZULKIFLI BIN ABDULLAH (KETUA PENERANGAN CAW.)

15. DUN PENGKALAN BHARU (BERUAS) – MOHD NIZAM BIN IBRAHIM

16. DUN KAJANG (HULU LANGAT) – MOHD KHALID BIN KASSIM (KETUA CAWANGAN)

17. DUN ALOR MENGKUDU (ALOR SETAR) – FADZIL BIN HANAFI

18. DUN SUNGAI LIMAU (JERAI) – SOBRI BIN AHMAD

19. PARLIMEN ARAU & DUN SANGLANG-  ZAINUDIN BIN YOM

20. DUN SEBERANG JAYA (PERMATANG PAUH) – SHAMSUT TABREJ BIN G.M ISMAIL MARICAR

21. DUN BATU UBAN (BUKIT BENDERA) – MOHD NOOR SIRAJAJUDEEN BIN MOHD ABDUL KADER

22. PARLIMEN TANJONG KARANG – MASRUN BIN TAMSIR

23. DUN KUALA PERLIS (KANGAR) – SHAARI BIN LUDIN

24. DUN INDERA KAYANGAN (ARAU)-  AMEIR BIN HASSAN

25. DUN SUNGAI TIANG (PENDANG) – HAJI ROSLI BIN OMAR

27. PARLIMEN BAGAN SERAI – ABDUL LATIF BIN MASUD

29. DUN GUNONG SEMANGGOL (BAGAN SERAI) – HALIDI BIN WAHAB

30. DUN CHANGKAT JERING (BUKIT GANTANG) – ZULKEFLI BIN IBRAHIM

31. DUN PENGKALAN BAHARU (BERUAS) – AHMAD NIZAM BIN IBRAHIM

32. PARLIMEN KOTA BELUD – LAMSIL BIN HAMIDSOR

33. PARLIMEN LIBARAN – SAHAR BIN SAKA

34. PARLIMEN KALABAKAN – MOHD BIN MANUKE

35. DUN SULAMAN (TUARAN) – ALI AKBAR BIN KAWI

36. DUN LUMADAN (SIPITANG) – RAPAHI BIN EDRIS

37. DUN SUGUT (BELURAN) – ABDUL RAHMAN BIN ATANG

38. DUN LAHAD DATU (SILAM) – ALIANDU BIN ENJIL

39. DUN SULABAYAN (SEMPORNA) – GHAZALIE BIN PG. HINDI @ ABDUL GHANI

40. HUSSEIN BIN MUMAKIL

41. JULKALANI BIN ABD RAHMAN

42. MAMAT BIN BALHANA

43. DUN SENALLANG (SEMPORNA) – AB KARIM BIN TALIP

44. ABDUL MANANG BIN HATIB LAWARI @ OS

45. ATAL MUHAMMAD BIN K.K ABD MENANG

46. DUN MEROTAI (KALABAKAN) – RITA RUDIANSAH BIN ABU BAKAR

47. DUN SEBATIK (KALABAKAN) –  MOHAMAD YUSUP BIN LEWAH

48. DUN SULAMAN (TUARAN) – ARIFFIN BIN HARITH

49. AK. ALIUDDIN BIN PG. MOHD. TAHIR

50. DUN LUMADAN (SIPITANG) – SAUDI BIN SUHAILI

51. DUN KARANAAN (RANAU) – MAT JAILI BIN SAMAT

52. DUN LIAWAN (KENINGAU) – NUSLEH BIN MADARAK

53. PARLIMEN PENSIANGAN & DUN NABAWAN – FATIMAH BINTI AGITOR @ MOHD DAUD

54. PARLIMEN BELURAN & DUN SUGUT – DATU KAMARUDDIN BIN MUSTAPHA

55. DUN SUNGAI SIBUGA (LIBARAN) MOHD ARSHAD BIN ABDUL

56. DUN KUNAK (SILAM) – HUSSEIN BIN IBNU HASSAN

57. SHARIF SHAMSUDDIN BIN SHARIF SAGAF

58. PARLIMEN SEMPORNA & DUN SENALLANG – DATU BADRUDDIN BIN TUN DATU HAJI MUSTAPHA

59. PARLIMEN RANAU & DUN PAGINATAN – YAZID BIN SAHJINAN

60. PARLIMEN TAWAU – AHMAD BIN AWANG @ MADON

61. PARLIMEN KALABAKAN – YAHYA BIN ZAINAL

0 comments:

JELAJAH LAKSAMANA AUTO KE PORT DICKSON

0

Assallammualaikum dan salam perjuangan..

tahniah kpd semua peserta konvoi kerana telah bersama menjayakan konvoi ke port dickson.

seramai 30 orang peserta konvoi telah bergerak dan dilepaskan oleh En Razani Seman selaku Pengerusi Penyelaraa UMNO Dun Asahan dan juga Ahli MPJ pada jam 9.00 pagi di desa mesra perdana..

ternyata peserta konvoi amat gembira dan telah berjaya menanam semangat kerjasama antara satu sama lain.

tahniah sahabat semua..

0 comments:

CALON YB BN NEGERI MELAKA

0

Senarai calon bagi negeri melaka:

P- Jasin Datuk Ahmad Hamzah
N-Merlimau Roslan Ahmad
N-Rim Datuk Ghazale Mohamad
N-Sg Rambai Datuk Hassan Rahman
N-Serkam  Zaidi b Atan
N-Bemban Ng Choon Too

P-Kota Melaka Wee Kok Wah
N-Kesidang Lim Eng Teck
N-Kota Laksamana Datuk Chiew -PPP
N-Duyong Datuk Gan Tian Loo
N-Telok Emas Datuk Latiff Thamby Chik
N-Bandar Hilir Lee Swan Choo

P-Alor gajah Datuk Koh Nai Kwang
N-Rembia Norpipah Abdol
N-Gadek Mahadevan
N-Machap Lai Meng Chong
N-D. Tunggal Wahab Latiff
N-Asahan Abd Ghaffar Atan

P-Tangga Batu Datuk Dr Abu Bakar Md Diah
N-Krubong Lim Guan Ho
N-Paya Rumput Sazali
N-Pantai Kundor Abd Rahman Karim
N-Sg Udang Datuk Wira Idris Haron

P-M.Tanah Mas Emeryati
N-Taboh Naning Latifah Omar
N-Lendu Sulaiman
N-Air Limau Amiruddin Yusop
N-Tg Bidara Abd Karim Sulaiman
N-K. Linggi Ismail Othman

P-Bkt Katil Datuk Seri Mohd Ali Rustam
N-Ayer Molek Yunos Hussin
N-Ayer Keroh Yong Fu Yuan
N-Bachang Chua Yong Chai
N-Bkt Baru Karim Yaakob

0 comments:

Selamat Mengundi

0

Tarikh Penting PRU 13

Menurut Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan
SPR melantik 222 Pengurus Pilihanraya

379 Pegawai Penguatkuasa

8879 Pusat Mengundi

RM400 Juta diperuntukkan utk PRU13

Daftar Pemilih Induk 2011 sehingga Suku Tahun 2012
yg mgandungi 13,268,002 Juta Pengundi

11/4 writ
20/04 - Penamaan Calon
30/04 - Pengundian Awal 554 Pusat Mengundi
05/05 - Pengundian Awam
20/04/2013 - 04/05/2013 - Tempoh Bkempen

website - www.pru13.gov.my

0 comments:

BILA TAMAK SUDAH MENGUASAI DIRI..- DAP JOHOR BUBAR??

0

Assallammualaikum dan salam perjuangan..

tertarik membaca artikel berkenaan DAP PINCANG DI JOHOR apabila pemimpin kanan mereka meletak jawatan apabila Pengerusi..Timbalan Pengerusi dan Setiausaha DAP Negeri letak jawatannn...

Sungguh memalukan dan tamparan hebat kepada Lim Guan Eng DAP dan bapa beliau, Lim Kit Siang DAP.

Laporan terbaru yang mengejutkan arena politik negara ialah apabila tiga pemimpin kanan DAP Johor meletak jawatan sebagai ahli jawatankuasa pilihan raya parti negeri ! Mereka ialah Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau; Timbalan, Norman Fernandez dan Setiausaha DAP negeri Tan Chen Choon.

 Perletakkan jawatan 3 potfolio paling penting dalam parti DAP itu sekali gus akan melumpuhkan jentera pilihanraya DAP di Johor. Yang menjadi perbualan hangat sekarang ialah perletakkan jawatan tersebut dikaitkan dengan campur tangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan  Lim Guan Eng dalam pemilihan calon di Johor.

SEMUGA BN MENANG BESAR PRU KALI INI DENGAN MENDAPAT MANDAT LEBIH DARI 2/3 MEMENANGI KERUSI PARLIMEN MALAYSIA...

0 comments:

TAKZIAH KPD KELUARGA ALLAHYARHAM EN MANAP

0

Assallammualaikum dan salam perjuangan..

takziah kepada keluarga Allahyarham Encik Abd Manap bin Abd Rahman..

sebenarnya agak lama aku mengenali en abd manap dalam belia kerana beliau merupakan timbalan pengarah JBS Melaka dan banyak membantu pertubuhan belia dan amat rapat dgn belia..allahyarham juga menyokong usaha aku utk memartabatkan persatuan seni silat yang aku bawa dalam gb4b cawangan dan kawasan.

teringat kisah dulu yang baru tahu bahawa beliau adalah merupakan saudara dgn ayahanda ku kerana ayah allahyarham adlh merupakan datuk saudara ayahanda ku sebelah nenek..

semasa kami duduk di selandar kami bercerita ttng politik semasa dan aku bertanya pada Allahyarham nanti masa Pru mengundi di mana dan allahyarham menjawab mengundi di pagoh dan aku terperanjat knp pulak mengundi di pagoh sedangkan allahyarham duduk di tampin..rupanya allahyarham orang kg panjang sari dan aku pun mengatakan bahawa ayahandaku berasal dari pagoh iaitu kg tengah paya redan..

rupanya Allahyarham mengenali allahyarhamah makcik ku dan bapa saudaraku yg lain yg kini menetap di singapura..so dari situ aku mengenali allahyarham sebagai saudara..

pada hari raya yang lps 2012. . allahyarham dtg bersama keluarganya utk menziarahi keluarga ku di kg Abbey...

namun Allah lebih menyayanginya dan persaudaraan ini akan terus kekal dan terjalin selamanya dan kekal diabadikan dlm kenangan kehidupan..

kronologi lawatan ku bersama ayahku ke hospital ketika allahyarham berada di hospital.

24 Mac @Ahad Jam 11.00 malam - Menziarahi allahyarham di hospital bersama ayahanda dan ketika itu beliau sedar dan mengenali org yg datang menziarah..

31 Mac @Ahad Jam 4.30 ptg - Menziarahi allahyarham di wad ICU hospital bersama ayahanda..isteri..fatihah dan alesya dan kct..baliau separa sedar dan tahu kehadiran aku.

6 April @Sabtu 2.15 ptg - Menziarahi jenazah Allahyarham di kg panjang sari bersama ayahanda dan faizal dmp sehingga bawa jenazahnya ke kubur...Allahyarham meninggal dunia mgkn dalam jam 9.30am krn anaknya menghubungi saya dlm jam 9.50 pagi...

Semuga Allah merahmati ruhnya dan meletakkan ruhnya dikalangan org2x yg beriman..Amin...

0 comments:

PARLIMEN BUBAR 030413

0

Assallammualaikum dan salam perjuangan..

Tepat jam 1130am pagi semalam pada 03 hb April 2013 Yab DS Najib telah membuat pengumuman utk membubarkan parlimen setelah mendapat perkenan daripada Yang Dipertuan Agung Malaysia.

genap 4 tahun yab ds Najib menjadi perdana menteri malaysia..satu tempoh yang telah berjaya menjadikan malaysia terus maju dan berjaya membela rakyat Malaysia..

idea gagasan 1Malaysia dan transformasi telah melonjakkan nama Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berdaya saing dipentas dunia..

ini memberi tamparan hebat kepada pembangkang yang tidak putus2x memfitnah dan mengeji kepimpinan BN di negara kita..pemberian BR1M dianggap rasuah dan ibarat memberi makan kepada haiwan adlh bukti kebodohan para pembangkang utk menilai kerja kuat BN utk rakyat..

kita rakyat yg setia pada negara harus kerja kuat utk memastikan kemenangan 2/3 BN di parlimen hasil dari pentadbiran yg cekap dan terpuji oleh pemimpin BN kini..

Gendang perang telah dipalu...Jom berjuang utk kemenangan BN demi Agama Bangsa dan Negara....

0 comments:

BUBAR??

0

PARLIMEN BUBAR ESOK?

Parlimen bubar seawal esok
Perdana Menteri dijangka buat pengumuman selepas mesyuarat terakhir kabinet
Kuala Lumpur: Parlimen dijangka dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan.
Ini berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian lounge suit berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar.
Mengikut amalan sebelum ini, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri dan timbalannya pada mesyuarat terakhir Kabinet sebelum pengumuman pembubaran Parlimen selepas mesyuarat.
Difahamkan sesi bergambar diadakan sebelum mesyuarat Kabinet esok dan Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media bagi mengumumkan pembubaran Parlimen selepas itu.
Mengikut kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen.
Beberapa Menteri yang dihubungi mengesahkan menerima surat itu dan tidak menolak kemungkinan Najib mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet esok seperti kelaziman sebelum ini.
Tempoh 60 hari adakan PRU-13
“Saya sudah menerima surat dan mungkin ini adalah mesyuarat Kabinet terakhir penggal ini kerana mengikut tradisi Perdana Menteri sebelum ini, Parlimen dibubarkan selepas itu,” kata seorang Menteri kepada BH semalam.
Jika Parlimen dibubarkan esok, ia genap empat tahun Najib menerajui negara selepas dilantik menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.
Tempoh satu penggal atau lima tahun Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) akan berakhir pada 30 April ini dan Parlimen akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu.
Selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari sehingga selewat-lewatnya bulan Jun untuk mengadakan PRU-13 bagi membentuk kerajaan baru.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menjadi negeri pertama terbubar secara automatik pada Khamis lalu dan kini ditadbir kerajaan sementara yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

sumber : BH

0 comments:

APRIL FOOL???

0

Tapi cerita pasal April Fool. Tahukah anda apa sebenarnya disebalik sambutan tersebut?

Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan.

Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool.

Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.

Walaupun ia tidak sehebat perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda.

Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan.

Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur.

Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam.

Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.

Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami.

Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’ untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan.

Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya.

Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an.

Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah. Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing.

Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan.

Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan.

Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya.

Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk keluar dari Sepanyol.

Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana.

Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day).

Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan.

Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol.

Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari.

Wallahua’lam.

0 comments: