MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

TAKZIAH KPD KELUARGA ALLAHYARHAM EN MANAP

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan..

takziah kepada keluarga Allahyarham Encik Abd Manap bin Abd Rahman..

sebenarnya agak lama aku mengenali en abd manap dalam belia kerana beliau merupakan timbalan pengarah JBS Melaka dan banyak membantu pertubuhan belia dan amat rapat dgn belia..

allahyarham juga menyokong usaha aku utk memartabatkan persatuan seni silat yang aku bawa dalam gb4b cawangan dan kawasan.

teringat kisah dulu yang baru tahu bahawa beliau adalah merupakan saudara dgn ayahanda ku kerana ayah allahyarham adlh merupakan datuk saudara ayahanda ku sebelah nenek..

semasa kami duduk di selandar kami bercerita ttng politik semasa dan aku bertanya pada Allahyarham nanti masa Pru mengundi di mana dan allahyarham menjawab mengundi di pagoh dan aku terperanjat knp pulak mengundi di pagoh sedangkan allahyarham duduk di tampin..

rupanya allahyarham orang kg panjang sari dan aku pun mengatakan bahawa ayahandaku berasal dari pagoh iaitu kg tengah paya redan..

rupanya Allahyarham mengenali allahyarhamah makcik ku dan bapa saudaraku yg lain yg kini menetap di singapura..

so dari situ aku mengenali allahyarham sebagai saudara..

pada hari raya yang lps 2012. . allahyarham dtg bersama keluarganya utk menziarahi keluarga ku di kg Abbey...

namun Allah lebih menyayanginya dan persaudaraan ini akan terus kekal dan terjalin selamanya dan kekal diabadikan dlm kenangan kehidupan..

kronologi lawatan ku bersama ayahku ke hospital ketika allahyarham berada di hospital.

24 Mac @Ahad Jam 11.00 malam - Menziarahi allahyarham di hospital bersama ayahanda dan ketika itu beliau sedar dan mengenali org yg datang menziarah..

31 Mac @Ahad Jam 4.30 ptg - Menziarahi allahyarham di wad ICU hospital bersama ayahanda..isteri..fatihah dan alesya dan kct..beliau separa sedar dan tahu kehadiran aku.

6 April @Sabtu 2.15 ptg - Menziarahi jenazah Allahyarham di kg panjang sari bersama ayahanda dan faizal dmp sehingga bawa jenazahnya ke kubur...

Allahyarham meninggal dunia mgkn dalam jam 9.30am krn anaknya menghubungi saya dlm jam 9.50 pagi...

Semuga Allah merahmati ruhnya dan meletakkan ruhnya dikalangan org2x yg beriman..Amin...

0 comments: