MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

IBARAT SIREH PULANG KE GANGGANG

0


Assallammualaikum dan salam perjuangan..

Setinggi tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana pada PRU ke 13 ini setelah penantian 25 tahun untuk dun Asahan mendapat calon UMNO akhirnya terlaksana.

Kami warga pemuda amat mengalu alukan kehadiran Yg Bhg Datuk Wira Abd Ghafaar Atan pulang kepangkuan pengundi di dun Asahan untuk menjadi calon BN dan terus berbakti untuk rakyat di dun Asahan di atas tiket Barisan Nasional.

Kami juga mengucapkan ribuan terimakasih kepada Yg Bhg Datuk R Perumal , Yg Bhg Datuk R Raghavan dan Mendiang Arunasallam dari parti MIC yang pernah menjadi YB Adun di kawasan Asahan ini kerana sama sama telah berjaya mengekalkan dun Asahan di bawah pentadbiran BN.

Kami warga Asahan amat berterimakasih kepada YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku PM kita kerana telah mendengar dan menunaikan hasrat kami untuk mengembalikan UMNO di dun Asahan..Kembalinya UMNO di dun Asahan adalah hasil kesabaran dan kesetiaan pada parti yang tiada tolok bandingnya.. Kami barisan pemuda akan terus berikrar akan bersama sama dengan DW Abd Ghafaar sama sama memastikan kestabilan keamanan dan kemajuan di dun Asahan akan terlaksana dan terbina.. Hanya dengan kestabilan politik mengambil kira faktor dalaman dan luaran dalam dun Asahan akan menjamin kejayaan di dun Asahan..

Terimakasih Najib
Selamat datang DW Ghafaar dan berkhidmat utk rakyat Dun Asahan

Kapal Dagang , Dari Seberang
Sarat Muatan , Kayu Meranti
Ibarat Sireh , Pulang Keganggang
Selepas 25 tahun , UMNO Kembali

Kapal Dagang , Dari Inderagiri
Sarat Muatan , Emas dan Berlian
Dun Asahan , Dunku Harmoni
Datuk Ghafaar , Sinar Pembangunan

0 comments: