KEMBARA
JEJAK HANG TUAH DI GUNUNG LEDANG
1.MUQADDIMAH
Kembara
Jejak Hang Tuah di Gunung Ledang adalah merupakan satu aktiviti mengenali
sebahagian fakta sejarah bagi Negeri Johor dan Melaka. Kehebatan Hang Tuah,
yang sudah termasyhur diserata Nusantara. Kisah Hang Tuah, yang pernah menuntut
ilmu persilatan dengan Adi Putera di Gunung Ledang dan cerita Hang Tuah
meminang Puteri Gunung Ledang untuk Sultan Melaka amat menarik seperti tercatat didalam buku
hikayat Hang Tuah yang ditulis oleh Tun Sri Lanang sekitar abad ke 15.
Tentunya
aktiviti begini dapat menarik pelancung luar, agar lebih mengenali Malaysia
amnya serta Gunung Ledang dan Hang Tuah khasnya. Program Kembara Jejak Hang
Tuah di Gunung Ledang ini bakal disertai oleh Perguruan-perguruan
silat,Persatuan NGO, Persatuan Pencinta Alam, Pengemar Busana, Persatuan
Sukarela & jabatan kerajaan dan Persatuan Sejarah Johor dan Melaka.
Program ini
diharap dapat memberikan satu pengalaman baru dalam sejarah bangsa Melayu,
khususnya di Johor dan Melaka. Peserta program ini dapat belajar dari kehidupan
alam semula jadi hutan serta mengsyukuri betapa Agungnya alam kazanah hutan yang dicipta oleh Allah.
Bertitik
tolak daripada itu, penganjuran Kembara Jejak Hang Tuah ini di Gunung Ledang
bakal menyajikan pengalaman yang berguna serta bakal mencatat Malaysia Book Of
Record, dengan penyertaan ramai pesilat memakai Busana Persilatan Melayu lama
(bersetanjak, bersamping ) untuk mendaki jejak Hang Tuah di Gunung Ledang.
2. OBJEKTIF
Kembara ini mempunyai beberapa objektif yang telah dirangka secara
sistemmatik dan praktikal untuk dicapai antaranya ialah :
1.
Memupuk perasaan cinta terhadap seni kebudayaan bangsa
berteraskan dunia kependekaran dan Busana Tradisi Melayu Nusantara.
2.
Memartabatkan seni budaya bangsa ketahap yang lebih
tertinggi dan membantu melahirkan pelapis yang bertindak sebagai ejen penyebar,
pengamal serta menjadi pemangkin mengembangkan seni budaya bangsa.
3.
Mendaki gunung Ledang dengan lengkap berbusana
kependekaran Melayu.
4.
Menampilkan daya tarikan yang tersendiri bagi
masyarakat dan industri pelancongan.
5.
Menolong memelihara seni budaya Melayu dan tapak
bersejarah zaman kegemilangan Hang Tuah di Gunung Ledang.
6.
Memantapkan ukhuwah dan Amal Jama’I ( Team building)
sesama pesilat dan perguruan.
7.
Merasai perit jerih pengorbanan pahlawan Hang Tuah,
Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu mempertahankan tanah air
daripada penjajah asing serta perjalanannya menempuh pelbagai ranjau dan
cabaran dalam menuntut ilmu persilatan Melayu di Gunung Ledang dan meminang
puteri Gunung Ledang.
8.
Meningkatkan kesedaran tentang kedaulatan Raja-Raja
Melayu dan semangat kependekaran Melayu Islam agar tidak pupus ditelan arus
zaman.
3. TEMA
”GENERASI BERMARUAH PENERUS BANGSA BERDAULAT”
4. TEMPAT
GUNUNG LEDANG RESORT, TANGKAK
5. TARIKH
20 dan 21 Desember 2014
( Sabtu dan Ahad)
6. ANJURAN
( PESAKA ) Silat Daerah Ledang.
Abdul Karim bin Abdul Latip
Setiausaha Pesaka ( silat ) Daerah Ledang
Batu 19, Kampung Payamas, 84900 Tangkak, Ledang,
Johor.
Majlis Kebudayaan Daerah Ledang.
Persatuan Seni Silat PANJI RIA MALAYSIA
(PPM-011-14-31122012), No 19, Jalan Cj 10/2-2,
Taman Cheras Jaya, Batu 9 Cheras (Balakong), 43200
Selangor.
Persatuan Seni Silat Kota Sendeng,
Tuan Guru Rahman bin Hamid,
Estet Ho Sen San, 77100, Asahan.Melaka
7. KERJASAMA
Majlis Kebudayaan
Negeri Johor
Persatuan Guru-guru Silat Negeri Melaka (SiGMA)
Persatuan Sejarah Johor
Persatuan Sejarah Melaka
8. SOKONGAN
Ahli Parlimen Ledang
Perguruan-perguruan
Silat Daerah Ledang,Johor /Melaka
Jabatan Pertahanan Awam (JPA 3) Tangkak
Jabatan Hutan Daerah Ledang
Polis Diraja Malaysia ( Ledang )
Bomba Daerah Ledang
Pusat Informasi Pelancongan Daerah Ledang ( LTIC )
Taman Negara Gunung Ledang
Batin Menggek bin Acai ( Batin Kg Air Tawas, Gg
Ledang)
9.PENYERTAAN PESILAT
Peserta Kembara Jejak Hang Tuah Di Gunung Ledang :
200 orang pesilat dari pelbagai
Perguruan Johor dan Melaka.
50 orang pesilat dari Perguruan Panji Ria Malaysia
BANTUAN KESELAMATAN
8 orang anggota Jabatan Pertahanan Awam
Renjer Gunung Ledang Resort
5 orang anggota bomba
3 orang renjer perhutanan ledang
6 orang Renjer/Guide Taman Negara Gunung Ledang
10.PAKAIAN
Busana
Persilatan Melayu
TENTATIF KEMBARA JEJAK HANG TUAH
SABTU ( HARI PERTAMA ) 20/12/2014
8.00 pagi -
Pendaftaran/Berkumpul
Di
Gunung Ledang Resort, Tangkak.
Minum pagi
( Pakai pakaian Busana
persilatan )
8.45 pagi - Taklimat program ( Dewan Tun Mamat )
- Bacaan Doa
9.30 pagi - Bergerak ke Tapak Perkhemahan
Taklimat keselamatan
Persiapan diri
11.00 pagi -
Bergerak ke Kolam Puteri/Kolam Gajah
3.00 petang -
Bergerak turun ke Tapak Perkhemahan
5.00 petang -
Dijangka sampai ke Tapak perkhemahan
Persiapan diri
Solat Mahgrib/Isyak
(
Makan tengahhari/makan malam)
Masak sendiri – bahan masakan peserta bawa.
* beras, sardine, bawang secukupnya
9.00 malam -
Perkongsian Sejarah Hang Tuah
12.00 malam -
Rehat / Selamat malam.
AHAD ( HARI KEDUA ) 21/12/2014
5.30 pagi -
Persiapan diri/pakaian busana silat Melayu
6.00 pagi -
Solat Subuh
7.30 pagi -
Sarapan pagi
( peserta bawa roti/kaya ) + air menerial
8.00 pagi -
Persiapan diri
Pembersihan kawasan perkhemahan
Berbusana
Persilatan Melayu
10.00 pagi -
Bergerak turun ke Dewan Tun Mamat
11.00 pagi - Majlis
penutup Kembara Jejak Hang Tuah
Persembahan
Tari silat perguruan
Ucapan Penutup
Kembara Jejak Hang Tuah
Ucapan
alu-aluan
Ucapan Pengerusi penganjur
Ucapan
Penutup oleh…
Penyampaian
cenderahati
Sesi bergambar beramai-ramai
1.00 petang -
Makan tengahari
( disediakan oleh Gunung Ledang Resort )
Menu – Nasi goreng Kampung/air tea o
Selamat pulang.
PENUTUP
Penganjuran Kembara Jejak Hang Tuah di Gunung Ledang, mengharapkan segala
perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan jayanya demi mencapai
objektif yang telah digariskan bagi melahirkan sebuah generasi yang celik
sejarah, mempunyai daya juang dan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi.
Penganjuran
ini juga berharap semoga semua pihak dapat bekerjasama membantu menyumbangkan
buah fikiran, tenaga mahupun sumbangan kewangan untuk menjayakan hasrat murni
kami. Semoga Allah memberkati usaha dan pengorbanan semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan program ini.
Disediakan bersama oleh,
(ABDUL KARIM BIN ABDUL LATIP)
Urussetia
Kembara Jejak Hang Tuah di Gunung Ledang
Ahli Jawatankuasa Majlis Kebudayaan Daerah Ledang
Setiausaha PESAKA (SILAT) Daerah Ledang.
“ SILAT WARISAN BANGSA “
KEPERLUAN
YANG PERLU DIBAWA :
1. Pakaian Busana pendekar Melayu/pakaian
silat.
2. Keris ( kalau ada )
3. Baju secukupnya
4. Kasut/selipar
5. Lampu picit/lilin
6. Khemah
7. Mestin/sudu/pinggan/cawan
8. Beras/sardine/meggi/roti/kaya
9. Air mineral secukupnya
Dan lain keperluan kiranya perlu.
Contohnya : coklat, makanan ringan,
·
Peringatan : air mineral penting untuk
memasak makanan dan membancuh air untuk minuman.