MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

MENEMUKAN KHUSU' SOLAT

0


Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk
waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari
melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak
memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah.
Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa
saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil
wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk
bertemu denganNya secara formal.
Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat)
dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah
Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala
anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan
kemaksiatan.

4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran
bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.
Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu
Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu.
Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar
datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya
memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam
Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini
memahami apa yang diucapkan adalah….
“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya
Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya
Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”
“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit
dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya
Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”
“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah,
hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”
“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan
untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang
yang berserah diri.

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip
hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita
berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita
komunikasikan dengan Allah adalah….
“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang
terkutuk ya Allah.”
“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan
Penyayang ya Allah”.
“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya
Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah.
Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.
Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami
mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan
tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini
bergetar)
Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah
Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan
jalan yang sesat ya Allah.”

ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.

10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah
kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan
bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah.
Terima kasih yang datang dari hati ini.
Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati.
Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.
” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”
Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping
fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada
tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan
jantung.
Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan
solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN..
bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….. tetapi
Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah..
Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….
“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”
Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
siapa kita yang sering ingin dipuji?
Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah.

13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini
kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi.
Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita
mengharapkan redha Allah semata-mata.
Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….
“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”
Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian
itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.

14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya.
Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi
mohonlah…mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang
daripadaNya.
“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”
“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”
“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”
“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik
jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.
Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak
mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan
kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus
hidup).
“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”
“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”
“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”
“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”
Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan
lebih berserah kita padaNya.
****
Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan
solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah
sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat
solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.
Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah
sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.
Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham
mengapa solat itu sering ditunggu-tunggu.

Dari tinta Dr Fuad Latip
5 Sept 2014.

0 comments:

Majlis Ukhuwah Silaturrahim Gelanggang Kg Abbey

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan

Terimakasih dan tahniah kepada semua sahabat yang menjayakan Majlis Ukhuwah Silaturrahim di gelanggang Kampung Abbey yang berlangsung pada 15 September 2014 pada jam 9.00 malam. Antara perguruan yang sempat bersama memeriahkan acara
1. Panji Ria
2. Chemande Mega Malam
3. Gayung Maarifat (Selangor dan Melaka)
4. Pesaka Ledang
5. Persaudaraan Cahaya D'Lima

Abdullah Chemande bersama sahabat 

Tahniah Semua


Ukhuwah

bersama tuan Guru Utama

barisan guru guru yang banyak berjasa

kata kata hikmah dan nasihat ang sham kepada pesilat


kumpulan gendang cahaya dlima yang terbaik

bersama sahabat seperjuangan

pesilat dari chemande dan kota sendeng

0 comments:

Majlis Sambutan Hari Kelahiran Anak Perguruan Gelanggang Kg Abbey

0
Assallammualaikum dan salam perjuang..
Selamat hari lahir diucapkan kepada anak anak gelanggang perguruan seni silat kota sendeng dan didoakan semuga panjang umur..murah rezeki dan sihat tubuh badan...Semuga dengan inisiatif ini akan terus memberi semangat kepada anak anak perguruan untuk terus berlatih utk kelestarian silat warisan bangsa ini..Tahniah diucapkan...
Terimakasih




0 comments:

DIPLOMA UNTUK AHLI (taraf GURU) SENI BELADIRI

0




DIPLOMA UNTUK AHLI (taraf GURU) SENI BELADIRI
Diploma dalam Jurulatih Seni Beladiri (Tahap 4) PPT Khas
Malaysia negara pertama dunia mengangkat Seni Beladiri - Malaysia Pusat Seni Beladiri Dunia.
(Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia - MAGMA)
Pencapaian Dan Pengiktirafan Kepakaran adalah khusus untuk individu yang
berpengalaman dan mempunyai kemahiran serta diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
1.Mendapat surat perakuan daripada Persatuan Guru-guru Seni Beladiri Malaysia (MAGMA). 2.Mempunyai pengalaman dalam industri berkaitan sekurang-kurangnya 15 tahun; dan, 3. Telah merekabentuk produk/perkhidmatan dan mendapat
pengiktirafan di peringkat kebangsaan; atau, 4. Telah menghasilkan sekurang-kurangnya lima (5) journal atau sekurang-kurangnya tiga (3) buah buku
ilmiah berkaitan kemahiran; atau 5. Telah terlibat sebagai hakim dalam
mana-mana pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan sekurang-kurang
dua (2) kali; atau, 5.Mendapat pengiktirafan dari mana-mana
badan profesional dalam negara untuk mempamerkan kepakaran yang dimiliki.
*Pendaftaran MAGMA kepada yang berminat, akan dibuka tidak lama lagi.
MEMULIAKAN PERJUANGAN GURU
- Pendita Prof Dr Azlan Ghanie (Presiden MAGMA)

0 comments:

PERSILATAN MELAYU

0
salam.




Silat adalah seni beladiri Melayu yang amat berharga.Allah telah memberi kurniaan kepada bangsa Melayu satu seni persilatan @ seni beladiri yang berharga dan amat tulus seni geraknya.Semua pergerakan mempunnyai maksud dan makna yang bersusurgalur kepada pegangan agama yang utuh.Silat adalah pakaian kiai , ulamak , ustaz dan orang-oranng yang beriman.


Amalan silat tidak bertentangan dengan ajaran Islam.Amalann silat yang sesat adalah hasil dari bisikan syaitan yang sentiasa cuba menyesatkan anak-anak adam.


jadikanlah silat sebagai asas disiplin dan sebagai asas kekuatan jasmani.


Saya percaya...dengan persilatan kita mampu mendisplinkan dan mempertingkatkan keyakinann diri untuk terus hidup dimuka bumi yang penuh dengan dugaan dan canaran.


Pakaian zahir adalah ilmu persilatan yag tulus dan pakaian batin adalah agama yang lurus.


semangat satria terus mekar dijiwa kita..


janngan mengalah sebelum berperang..

CATATAN TAHUN 2008






0 comments: