MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

KEDAMAIAN

0
Senario kini memang terbukti bahawa rakyat kita semakin matang berpolitik.mereka kini membaca banyak sumber samada di internet , blogs , media cetak dsb.mereka sentiasa menilai dan melihat sendiri bahkan ada juga yang merasai sendiri apa yang dilakukan oleh dua pihak kini iaitu kerajaan dan pembangkang.kita sudah boleh menilai akan tahap pemikiran , idealogi yang dilontarkan dan berkemampuan membuat keputusan tanpa ada sebarang paksaan , ugutan ataupun bayaran.UNDI adalah kuasa terbesar rakyat.Parti kerajaan seharusnya menggunakan masa kini untuk memulihkan kembali kepercayaan rakyat kepada mereka bukannya berselisihan pendapat sesama sendiri.wujudkan kembali pakatan parti yang kuat seperti dulu.bukannya rakyat dihidangkan dengan percanggahan pendapat sesama sendiri seperti isu MB Terengganu yang belum selesai.Istana adalah Institusi Melayu yang Kukuh dan sebagai alternatif terakhir untuk membela nasib Melayu.Kita sebagai rakyat sentiasa kukuh berada dibelakang kerajaan dan parti untuk membuktikan bahawa UMNO dan BN masih relevan dan berkarisma untuk memerintah Malaysia berdaulat ini.Dan Istana adalah simbol Ketuanan Melayu di Tanah Melayu.Kita perlu bersama membina kepercayaan rakyat untuk negara tercinta.Apapun hasilnya kita sebagai rakyat tetap mementingkan Kedamaian untuk mencipta kemajuan dan kemakmuran di dunia dan di akhirat.

0 comments: