MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

INTI UCAPAN PENANGGUHAN 4B NEGERI MELAKA

0
YAB Datuk Seri,Datuk-Datuk,Barisan Jawatankuasa Baru Dan Lama Gerakan Belia 4B Melaka,Pengerusi2 Kawasan dan Barisan Jawatankuasanya , Ketua2 Belia Cawangan , Rakan2 Perwakilan,Dan Ahli2 Belia Yang Dirahmati Allah sekalian..Assallamualikum wmt.wbt.

Tahniah dan syabas kepad GB4B Negeri Melaka kerana berjaya mengadakan mesyuarat Agung peringkat negeri Melaka dengan jaya dan gemilangnya..Sesungguhnya disini telah terbukti bahawa GB4B Melaka komited untuk membangunkan belia2 melayu di negeri melaka.

Dalam suasana peralihan kuasa 4B yang tenang dan tenteram memberi satu impak yang besar tentang keutamaan perpaduan dan ukhuwah yang tinggi dikalangan pemimpin2 belia dinegeri Melaka.Kami juga mengucapkan ribuan terimakasih dan setinggi2 penghargaan kepada kepimpinan lama yang diterajui oleh YB Datuk Yunus bin Hussin dan juga dinaungi oleh Presiden 4B yang berkeliber dan berkerisama iaitu tidak lain tidak bukan YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Presiden GB4B Malaysia merangkap Ketua Menteri Melaka yang boleh kita gelar Bapa Pembangunan Mampan Negeri Melaka..seorang arkitek pembangunan yang hebat dan seorang pemimpin yang terunggul yang lahir dari Kem Belia 4B. boleh disini saya katakan bahawa 2 nilai murni yang YAB datuk Seri tinggalkan kepada kita apabila Datuk Seri meninggalkan jawatan sebagai pemimpin belia nanti..iaitu nilai murni yang perlu kita gilap dan sebatikan dalam jiwa pemimpin2 muda seperti kita..kita adalah pewaris bangsa melayu..amanah dan tanggung jawab sudah terpikul dibahu kita kini..2 nilai-nilai itu adalah yang pertama KESUKARELAAN...Datuk seri adalah tokoh kesukarelaan bagi kita..tidak mengharapkan dan tidak pernah bertanya apa yang kita dapat dari segala usaha kita untuk pembangunan belia negara tetapi kita tanya pada diri kita sendiri apa yang mampu kita sumbangkan untuk agama bangsa dan negara tercinta...dan yang kedua iaalah KESETIAAN..datuk seri telah menunjukan kepada kita tentang kesetiaan kepada negara..kepada pemerintah dan sultan kerana tetap bersama seiringan walupun pernah berada di saat getir dalam perjuangan politik beliau..perkara ini bukan rahsia..yang mampu menjadikan rakyat melaka terkilan sebenarnya..tetapi apabila riak2 ketenangan timbul di muka datuk seri dan terus setia dan komited pada perjuangan bangsa ia telah memberi satu impak yang besar kepada kita dan morale of story..Kesetiaan melangkaui kepentingan peribadi..
Datuk Seri dan rakan2 sekalian..
We are the big and the biggest..4B mempunyai standart dan kedudukan yang tinggi dalam institusi belia kini..Pertahankan..Perjuangkan Hak belia kita..kalau kita perlu meneruskan menerima bantuan RM 3,000 setahun kita perlu mendesak KBDS teruskan..kalau kita perlu mendapat RM 3,000 untuk untuk usahawan kita dibawah MTEB kita perlu perjuangan..tapi yang penting kita perlu memperkukuhkan ukhuwah dikalangan 4B dengan menganjurkan program-program bersama..
Bersatulah diantara kita. Seperti firman Allah dalam Surah As Shaf ayat keempat yang bermaksud SESUNGGUHNYA ALLAH TA'ALA MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERPERANG DIJALAN-NYADALAM BARISAN YANG TERATUR SEAKAN-AKAN MEREKA SEPERTI BANGUNAN YANG TERSUSUN KUKUH.....buang yang keruh..ambil yang jernih demi perpaduan dan nasib belia kita kita,,Belajarlah ilmu duniawi dan ukhrawi demi modal insan belia kita yang lebih dihormati..Bekerjalah dengan rajin dan komited untuk pembangunan negara kita tercinta dan berkhidmatlah dengan ikhlas dan amanah untuk agama bangsa dan negara..Bergerak seiring bergerak sejalan demi memartabatkan Bangsa Melayu kita yang berdaulat ini..Dan jangan lagi saluran 3 dan empat dipersalahkan untuk PRU ke 13 kelak..
Dan akhir kata..saya memohon maaf andai ada terasalah bahasa..apa yang baik dan sempurna itu datang nya dari Allah SWT..jika ada yang kurang baik atau sia-sia itu datangnya dari sifat lemah dan lalai saya sendiri..Dari Dia kita datang dan dari Dia kita akan kembali..dan apa yang ingin kita bawa nanti adalah amalan yang baik dan ikhlas..Jadilah pemimpin 4B yang mengenggam amanh agama dan bagsa dengan ikhlas dan setia..Sekian Wassallam

SUHAIZAN HAJI NOH
PENGERUSI
GERAKAN BELIA 4B KAWASAN
ALOR GAJAH MELAKA

0 comments: