MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

MEMPERKASAKAN BELIA

0


Belia Aset Negara , Belia Tunjang Negara , Belia Pewaris Bangsa..itulah di antara kalimah-kalimah keramat tentang betapa pentingnya belia untuk dijaga dan di baja bagi memastikan kesinambungan wasilah bangsa terus mapan. Lantaran itu wujudlah pertubuhan-pertubuhan belia dengan pelbagai nama dan latarbelakang di Negara kita. Namun matlamatnya adalah sama..Masa depan bangsa dan Negara adalah terletak kepada barisan belia pada hari ini. Maka dengan itu pembangunan Modal Insan menjadi teras kemajuan dan kemajuan itu mengikut acuan tradisi kita seperti termaktub dalam Wawasan 2020 negara kita. Saya sebagai pemimpin belia melihat tiga elemen penting yang perlu ditekankan iaitu 1. Pendidikan 2. Keagamaan  dan 3. Ekonomi. Selain daripada kesukanan , kebudayaan dan aktiviti rekreasi , tiga elemen itu amat penting untuk memantapkan insitusi belia hari ini. Saya juga akan memastikan 3 elemen itu diutamakan dalam pentadbiran belia yang saya uruskan. Semuga apa yang dirancang dan dihasratkan akan tercapai. Usaha , Doa dan Tawakal.

MEMPERKASAKAN BELIA , MEMPERKUKUHKAN BANGSA , MEMPERTAHANKAN NEGARA

SUHAIZAN HAJI NOH
CALON NAIB PRESIDEN
MAJLIS GABUNGAN BELIA MELAKA

0 comments: