MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

KEMALANGAN JALANRAYA - TAKDIR ATAU KELALAIAN

0

Ops Sikap ke-21: 11 lagi maut nahas

KUALA LUMPUR: Sebelas lagi kematian dicatatkan pada hari ke-13 Ops Sikap ke-21 kelmarin, menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya seramai 183 orang sejak operasi itu bermula 7 Februari lalu.

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Superintendan Rasdi Ramli, dalam satu kenyataan hari ini, berkata pengguna motosikal mencatatkan enam kematian, manakala empat kematian membabitkan pengguna kereta dan satu lori.

Jalan bandaran mencatatkan jumlah kemalangan paling tinggi dengan 379 kes, diikuti jalan Persekutuan (170 kes), jalan negeri (156 kes), lebuh raya (51 kes) dan jalan lain (50 kes) yang menjadikan jumlah kemalangan sebanyak 806 kes.
Sebanyak 10,034 saman dikeluarkan kelmarin bagi pelbagai kesalahan trafik. Ops Sikap ke-21 dilancarkan sempena Tahun Baru Cina berakhir hari ini. 
(ehsan ; BERITA HARIAN ON LINE)

0 comments: