MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

KIBARKAN BANDERA UMNO DI DUN ASAHAN

0
UMNO JUARA RAKYAT...UMNO GEMILANG DI DUN ASAHAN....
TERIMAKASIH KEPADA RAKAN-RAKAN PEMUDA UMNO DUN ASAHAN KERANA BERTUNGKUS LUMUS MENGGANTUNG BANDERA UNTUK PERSIAPAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH DI ILP BARU-BARU INI...KITA AKAN PASTIKAN PANJI UMNO AKAN TERUS BERKIBAR DISELURUH DAN DISETIAP PELUSUK DI DUN ASAHAN..GELOMBANG MERAH PUTIH AKAN MELANDA DUN ASAHAN..TUNGGU.............

0 comments:

SUARA HATI

1
BERSYUKUR KEPADA ALLAH DI ATAS KASIH SAYANG-NYA
TERIMAKASIH KEPADA KELUARGA YANG MEMAHAMI
TERIMAKASIH KEPADA WARGA BELIA MELAKA YANG MEMPERCAYAI

terlebih dahulu aku panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dan kasih sayang Nya aku terus dikurniakan nafas untuk terus hidup di muka bumi Allah yang fana' ini..segalanya amat indah di dunia ini kerana dunia adalah syurga bagi kita yang lalai tetapi sebaliknya ianya adalah sebagai destinasi persinggahan yang indah bagi mereka yang beriman...segala nikmat yang Allah kurniakan tidak ternilai harganya kerana setiap kejadiaan dan takdirNya pasti ada hikmah dan pengajarannya....saya hanya insan yang biasa dan hina pasti tidak terlepas dari kesilapan dan kesalahan samada kecil atau besar...
dan pada 10 julai 2010 yang lepas..sekali lagi Allah mengurniakan aku nikmat dunia sebagai tanda penghargaan manusia kepada aku diatas kerja-kerja bakti aku dalam belia..aku sedar dan insaf bahawa perjuangan dan pengorbanan aku dalam belia masih hijau dan rebung lagi..berbanding dengan rakan-rakan yang lain yang amat besar sumbangan dalam belia..aku pengiktirafan itu dengan ikhlas dan redha..aku tetap dan tidak putus mengharap kasih dan berdoa kepada Allah supaya nikmat ini tidak akan menyebabkan aku alpa dan terus leka dihanyuti kepalsuan duniawi..
TERIMAKASIH WARGA BELIA MELAKA.....kerana penganugerahan pingat PBB (PINGAT BAKTI BELIA) kepada aku adalah satu pengiktirafan yang tinggi nilainya di sisi aku sendiri..semuanya adalah kerana bantuan dan sokongan rakan2 yang ikhlas dan tidak berbelah bagi kepada aku selama berada dalam masyarakat belia...tiada kalimat yang mampu aku ucapkan diatas anugerah ini dan yang aku tahu adalah setiap kali bangun tidur di waktu pagi ada saja agenda untuk kepentingan belia harus aku laksanakan..
apa yang ada hanyalah keikhlasan dalam perjuangan untuk belia demi agama bangsa dan negara..
MEMPERKASAKAN BELIA , MEMPERKUKUHKAN BANGSA , MEMPERTAHANKAN NEGARA...............

IKHLAS

SUHAIZAN HAJI NOH
NAB PRESIDEN
MGBM

1 comments:

CERAMAH ISRAK MIKRAJ ANJURAN LEMBAGA SURAU AL ABIDIN KG ABBEY

0

Alhamdulillah,,selesai juga penganjuran ceramah agama berkaitan israk mikraj dikampung tercinta..mudah berurusan dengan ustaz Rahimin Bani untuk meminta beliau memberi ceramah di surau tempohari.Banyak juga isu semasa diketengahkan untuk penghayatan dan keinsafan penduduk kampung tempohari..semuga kami semua mendapat peengajaran dan petunjuk dari Allah SWT









0 comments:

UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT PEMUDA UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH

0

TERIMAKASIH YG ARIF PENGERUSI TETAP SDR RANI BIN JANAS , TIMB PENGERUSI TETAP SDR YUSOF BIN JAMBAK. YANG DIMULIAKAN KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAH AGAJAH SDR BAHARUDIN BIN ABU BAKAR , WAKIL PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI MELAKA SDR……………………………………………….. , WAKIL UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH , NAIB KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO AGAJAH SDR AZMAN BIN CHE MAT , BARISAN KEPIMPINAN AJK PERGERAKAN PEMUDA UMNO ALOR GAJAH , KETUA-KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO , PARA PERWAKILAN SETERUSNYA KEPADA HADIRIN YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALAIAN..


ASALLAMUALIKUM WMT WBT.

SETINGGI-TINGGI TERIMAKASIH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA KETUA-KETUA PEMUDA DAN PARA PERWAKILAN KERANA DAPAT HADIR DI MAJLIS YANG PENUH BERMAKNA DAN BERTUAH INI IAITU MAJLIS MESYUARAT PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH KERANA INI MENGGAMBARKAN PERPADUAN DAN KEKUATAN PEMUDA UMNO TERUS KUKUH DAN UTUH DI ALOR GAJAH.SYABAS DAN TAHNIAH JUGA KEPADA BARISAN JKUASA YANG BERTUNGKUS LUMUS BERKERJA KERAS BAGI MEMASTIKAN MESYUARAT INI BERJALAN DENGAN LANCAR.SUDAH MENJADI KEWAJIPAN KEPADA KITA SEMUA SELAKU AHLI PARTI TUNJANG KEDAULATAN DAN KEMAKMURAN BANGSA MELAYU INI IAITU UMNO UNTUK MENGADAKAN MESYUARAT INI SECARA TAHUNAN BAGI KITA SAMA-SAMA MENILAI SEJAUHMANA SUMBANGAN KITA KEPADA UMNO DAN SEJAUHMANA SELAMA INI KITA MEREALISASIKAN JANJI KITA PADA BANGSA IAITU TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA..

RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN SEKALIAN..

SUKA SAYA BERCAKAP DISINI DAN SELAKU WAKIL DARI PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAH DALAM UCAPAN PENANGGUHAN INI UNTUK MEMAKLUMKAN KEPADA RAKAN-RAKAN SEMUA TENTANG INTIPATI PERJUANGAN KITA SELAMA INI..

AUZUBILLAHIMINASHAITOONIRRAJIM

INNALLAH HA YUHIBBULLAZI NA YU KHOOTILUNAFI SABILIHI SAFFAN KAANAHUM BUNYANUM MARSOOH. SURAH AS SHAF AYAT (4)

BERMAKSUD : SESUNGGUHNYA ALLAH AMAT MENYUKAI ORANG YANG BERPERANG DI JALANNYA DALAM BARISAN YANG TERATUR SEAKAN-AKAN MEREKA SEPERTI SUATU BANGUNAN YANG TERSUSUN KUKUH..

DAN FIRMAN ALLAH INI NYATA , DAN PASTINYA FIRMAN ALLAH INI BENAR DAN PASTINYA MAKSUD AYAT INI MENJADI INTIPATI PERJUANGAN PEMUDA KITA..DAN INI JUGA MENJADI INITIPATI PERJUANGAN UMNO..PENYATUAN PEMUDA UMNO MENJADI AGENDA PERJUANGAN KITA..KITA MENOLAK KEEGOOAN DAN KEPENTINGAN INIDIVIDU DEMI ALIF BA TA KITA IAITU AGAMA , BANGSA DAN TANAHAIR KITA..DAN HARI INI SAYA CUMA BERCAKAP BERKAITAN PENYATUAN INI..

DAN KENAPA HARI INI MASIH ADA LAGI AGENDA PERPECAHAN DALAM PEMUDA KITA DI ALOR GAJAH..SEPETI KATAPEPATAH MELAYU DAHULU…BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT..ITU BERMAKNA SIAPAPUN YANG MENJADI KETUA DALAM SESEBUAH ORGANISASI PERLU KITA AKUR..APATAH LAGI IA BERKAITAN PERPADUAN BANGSA MELAYU ITU DSENDIRI DAN SEHINGGA KAN AKHIR-AKHIR INI WUJUD LAGI SATU ISTILAH FIRAUN KECIL DAN PADA MULANYA SAYA PUN TAK TAHU APA DIMAKSUDKAN DENGAN FIRAUN KECIL..TETAPI APABILA DIAMATI DALAM POLITIK KITA DAN DIKECILKAN FOKUS ADA FIRUAN KECIL DALAM KELOMPOK KITA YANG CUBA MELEBARKAN LEGASI HANYA KERANA NAFSU DAN EGOIS SENDIRI..DAN PERKARA INI MEYEBABKAN JURANG YANG DIBESAR DIANTARA KELOMPOK SEHINGGAKAN MEMBAHAYAKAN DAN MEMPERTARUHKAN KEWIBAWAAN MELAYU SENDIRI..MEREKA TIDAK KIRA APA YANG AKAN BERLAKU ATAUPUN APA NATIJAHNYA KESAN DARIPADA GERAKAN MEREKA SEHINGGAKAN WUJUD POLIMIK POLITIK DAN KADANGKALA MENGUNDANG PENDEMIK DI BAHAGIAN KITA..PEMUDA KITA PANIK..RAGU-RAGU..WAS-WAS KERANA SENTIASA DIGULA-GULAKAN DENGAN FITNAH DAN JANJI MANIS YANG TIDAK BERTULANG..DAN AKHIRNYA PEMUDA BOSAN BOSAN DENGAN KEADAAN INI DAN TERUS BERALIH ARAH KEPADA PEMBANGKANG..KITA JUGA YANG HANCUR..SEDANGKAN SEGALA PERKARA YANG TIMBUL PERLU KITA BAWA BERBINCANG DAN DISELESAIKAN SECARA MUHIBBAH.SEDANGKAN KITA DIPERGERAKAN PEMUDA UMNO INI DI ALOR GAJAH ADA TUGAS YANG LEBIH PENTING PERLU KITA LAKUKAN.KITA GOLONGAN PENDESAK YANG BERDISPLIN DAN BERHEMAH TINGGI..KITA BUKAN PEMUDA PKR / PEMBANGKANG YANG MENGGUNAKAN DEMONTRASI JALANAN DAN MEMBURUK-BURUKKAN IMEJ NEGARA MELALUI INTERNET ATAU SEBAGAINYA.KITA ADA SALURAN DAN MESYUARAT INI ADALAH SALAH SATU SALURAN TERBAIK UNTUK KITA BERCAKAP MENGENAI KELESTARIAN DAULAT BANGSA MELAYU DI TANAH MELAYU..DAN KITA MENDESAK SUPAYA KERUSI PARLIMEN ALOR GAJAH DIKEMBALIKAN KEPADA UMNO..DAN KITA SENTIASA MENDESAK SUPAYA KERUSI ADUN PARTI KOMPONEN DI ALOR GAJAH DIEKMBALIKAN KEPADA UMNO..BUKANNYA KITA TIDAK FAHAM KONSEP 1MALAYSIA DAN PERPADUAN KAUM TETAPI IAINYA PERLU DIGILIRKAN DITEMPAT-TEMPAT LAIN..DAN JUGA KITA SENTIASA MENDESAK AGAR JAWATAN YDP MPAG PERLU DI JAWAT OLEH ANAK-ANAK PARLIMEN ALOR GAJAH YANG BERWIBAWA..WALAUPUN IANYA LANTIKAN EKSEKUTIF TETAPI ALOR GAJAH PERLU DIBERI PERHATIAN KERANA PENGORBANAN KITA MENGUNDI CALON KOMPONEN JANGAN CUBA-CUBA DIPERTIKAIKAN OLEH ORANG LUAR.INI KITA KENA INGAT DAN TAHU..

SUKA JUGA SAYA DISINI MEMAKLUMKAN KEPADA RAKAN-RAKAN TENATANG TULISAN TUN MAHATHIR DALAM BLOG BELIAU KEMANA MELAUI..DIANTARA KATA-KATA BELIAU SAYA PETIK ;

18. Dengan ini besar kemungkinan Melayu secara sebenar sudah menjadi puak minoriti yang tidak berkuasa di negara sendiri. Kalau mereka berpendapat mereka akan diberi layanan yang baik apabila sudah tidak sebenar berkuasa, lihatlah sahaja nasib kaum mereka yang sudah menjadi kaum minoriti di negara jiran.



19. Masa sudah tiba untuk orang Melayu memikir dengan mendalam akan nasib masa depan mereka. Bersatu teguh, bercerai roboh. Pilihlah yang mana satu.



20. Saya akan dituduh "chanuvinist" dan "racist" kerana menyuarakan pendapat saya ini. Saya sanggup dilabel dengan apa sahaja label. Niat saya ialah untuk memperingati kita semua sebelum nasi jadi bubur. Berpecah dan berebutlah. Akhirnya yang dikendong akan berciciran dan yang dikejar tidak tercapai.



Wahai Melayu,

Kemana kamu?

DAN PASTINYA PEMUDA UMNO ALOR GAJAH MAHUKAN PENYATUAN BANGSA MELAYU KITA DEMI MASA DEPAN UNTUK ANAK-ANAK KITA , UNTUK KESUCIAN AGAMA ISLAM KITA TERCINTA TERUS TERPELIHARA DAN TERBELA..

MAKA TEPATLAH AGENDA PERJUANGAN PEMUDA BAHAGIAN ALOR GAJAH ADALAH PENYATUAN..DAN KAMI SENTIASA BERLAPANG DADA .DAN BERFIKIRAN TERBUKA UNTUK SAMA-SAMA MENDENGAR CADANGAN DAN KOMEN DARI RAKAN-RAKAN UNTUK KEMAJUAN DAN PERPADUAN PEMUDA UMNO DI ALOR GAJAH..KAMI MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMAKASIH KEPADA SEMUA PEMUDA KERANA SEPANJANG TEMPOH INI BANYAK MEMBARI SOKONGAN , TUNJUK AJAR YANG BERMAKNA UNTUK MEJADIKAN PEMUDA ALOR GAJAH PROGRESIF DAN MESRA PEMUDA.

APA YANG RALULULLAH PINTA ITU YANG KAMI PINTA..DAN APA YANG RASULULLAH MOHON JAUH ITU YANG KAMI MOHON JAUH..KAMI MOHON AGAR ALLAH SWT MEMBUKA HATI KEPADA SEMUA PEMUDA ALOR GAJAH UNTUK TERUS BERSATU DAN MENUTUP HATI KAMI UNTUK PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MENGHANCURKAN PENYATUAN KAMI.KERNA PESAN RASULULLAH DALAM KHUTBAH WIDA’ (PERPISAHAN) BAGINDA..BAGINDA ADA BERKATA :

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

AKHIRKATA ; SAYA MEMOHON MAAF DIATAS KESILAPAN DAN KESALAHAN SAYA SEPANJANG SAYA BERKATA-KATA DI ROSTRUM INI.APA YANG BAIK SEGALA NYA DATANG DARI ALLAH DAN APA YANG KURANG ATAU TERKASAR BAHASA HADIR DIRI SIFAT LEMAH DAN ALPA SAYA.

SEKIAN TERUSKAN PERJUANGAN , TERUSKAN MENJADI GOLONGAN PENDESAK YANG BERHATI MULIA DEMIA BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM KITA.

UMNO JUARA RAKYAT , PEMUDA PEMBELA BANGSA , PEWARIS KEDAULATAN MELAYU.

ASSALLAMUALAIKUM WMT WBT.

0 comments: