MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

SUARA HATI

1
BERSYUKUR KEPADA ALLAH DI ATAS KASIH SAYANG-NYA
TERIMAKASIH KEPADA KELUARGA YANG MEMAHAMI
TERIMAKASIH KEPADA WARGA BELIA MELAKA YANG MEMPERCAYAI

terlebih dahulu aku panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dan kasih sayang Nya aku terus dikurniakan nafas untuk terus hidup di muka bumi Allah yang fana' ini..segalanya amat indah di dunia ini kerana dunia adalah syurga bagi kita yang lalai tetapi sebaliknya ianya adalah sebagai destinasi persinggahan yang indah bagi mereka yang beriman...segala nikmat yang Allah kurniakan tidak ternilai harganya kerana setiap kejadiaan dan takdirNya pasti ada hikmah dan pengajarannya....saya hanya insan yang biasa dan hina pasti tidak terlepas dari kesilapan dan kesalahan samada kecil atau besar...
dan pada 10 julai 2010 yang lepas..sekali lagi Allah mengurniakan aku nikmat dunia sebagai tanda penghargaan manusia kepada aku diatas kerja-kerja bakti aku dalam belia..aku sedar dan insaf bahawa perjuangan dan pengorbanan aku dalam belia masih hijau dan rebung lagi..berbanding dengan rakan-rakan yang lain yang amat besar sumbangan dalam belia..aku pengiktirafan itu dengan ikhlas dan redha..aku tetap dan tidak putus mengharap kasih dan berdoa kepada Allah supaya nikmat ini tidak akan menyebabkan aku alpa dan terus leka dihanyuti kepalsuan duniawi..
TERIMAKASIH WARGA BELIA MELAKA.....kerana penganugerahan pingat PBB (PINGAT BAKTI BELIA) kepada aku adalah satu pengiktirafan yang tinggi nilainya di sisi aku sendiri..semuanya adalah kerana bantuan dan sokongan rakan2 yang ikhlas dan tidak berbelah bagi kepada aku selama berada dalam masyarakat belia...tiada kalimat yang mampu aku ucapkan diatas anugerah ini dan yang aku tahu adalah setiap kali bangun tidur di waktu pagi ada saja agenda untuk kepentingan belia harus aku laksanakan..
apa yang ada hanyalah keikhlasan dalam perjuangan untuk belia demi agama bangsa dan negara..
MEMPERKASAKAN BELIA , MEMPERKUKUHKAN BANGSA , MEMPERTAHANKAN NEGARA...............

IKHLAS

SUHAIZAN HAJI NOH
NAB PRESIDEN
MGBM

1 comments:

pu3ledang berkata...

congratulation...keep da good work...may ALLAH bless all effort that have u done...