MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

MBAH YATIM DALAM KENANGAN

0
kenapa abah bungkus baju ni...kata anak kepada abahnya...aku mahu pulang..mahu pergi baroh ketemu ibu mu....kata abahnya kepada anaknya........dialog ini berlaku di suatu petang..
dan tidak sangka dialog ini adalah diantara pengakhiran kisah riwayat seorang insan yang merentasi usia dari zaman sebelum merdeka..merdeka dan selepas merdeka..selang beberapa hari dari kisah itu..atuk itu jatuh sakit dan tidak bangun dan sukar untuk bergerak sendiri..isterinya hampir setahun meninggal dunia iaitu 4 hari lagi nak puasa pada tahun lepas..baroh itu pula merupakan kawasan perkuburan di kampung seri makmur, kampung halamannya...dan niatnya itu kini dimakbulkan Allah selepas berjumpa dengan semua anak-anaknya kecuali anak yang di JB kerana sakit..
saya mengenali mbah yatim ini sebagai seorang atuk yang kuat semangat dan melalui zaman kegemilangannya sebagai seorang yang penting dikampung..seorang ketua kompang , bilal masjid dan berkemahiran dalam perubatan tradisional.pendek kata full pakej sebagai seorang yang berguna untuk masyarakat..dan beliau merupakan orang yang tertua di kampung ketika hidupnya..setianya pada isteri dan keluarga dan mempunyai anak-anak yang ramai dan cucu cicit yang ramai..dan kuburnya pun bersebelahan dengan isteri tercinta..
mungkin apa yang saya tahu amatlah sedikittentang beliau tetapi apa yang saya tahu sudah cukup memberi gambaran yang jelas tentang hayatnya..semuga Allah merahmati dan mencucuri rahmat ke atas ruh mbah yatim dan menempatkannya dikalangan orang-orang yang beriman..segala-galanya adalah ketentuan Allah dan tak siapa yang mampu menghalangnya....Al Fatehah...

(dibelakang pembaca talkin itu merupakan kubur isterinya yang tercinta iaitu jemiah binti dasuki..)

0 comments: