USUL PEMUDA UMNO DUN ASAHAN DALAM MESYUARAT AGUNG CAWANGAN PADA TAHUN 2012
0
USUL PEMUDA UMNO DUN ASAHAN DALAM MESYUARAT AGUNG CAWANGAN PADA TAHUN 2012
USUL
: PERGERAKAN PEMUDA UMNO DUN ASAHAN
TAJUK : PENYATUAN AHLI UMNO DEMI PERJUANGAN
AGAMA BANGSA DAN NEGARA
MENGINSAFI…..Kelemahan orang Melayu pada
pilihanraya yang lepas bila orang Melayu menindas dan memperkecilkan sesama
bangsa sedangkan mereka adalah bersaudara dan seagama.Sikap menutup hati untuk menerima
sebarang usaha memartabatkan Melayu inilah yang menyebabkan orang Melayu terus
lemah dan berpecah belah dan menghairankan ialah jika kita boleh bekerjasama
dengan bangsa-bangsa lain, kenapa tidak sesama Melayu? Yang rugi ialah orang
Melayu itu sendiri kerana tidak mempunyai suara dan kekuatan satu. Jika pada
zaman dahulu, Melayu dapat menumbangkan kuasa pemerintah yang terkuat melalui
penentangan Malayan Union,namun pada hari ini perpecahan Melayu amat ketara
hanya kerana isu dendam dan fitnah.
MENYEDARI……Parti UMNO ini adalah wadah
penyatuan kembali semua orang Melayu dengan melupakan segala perbezaan
ideologi, duduk bersama dan bersikap terbuka dengan hanya satu matlamat iaitu
penyatuan Melayu. Kita berbincang bersama untuk memajukan orang Melayu dan
agama Islam. Bukannya dengan membazirkan masa menjatuhkan sesama sendiri.Yang
paling penting ialah perlu meniupkan kembali semangat kesatuan Melayu dan
mewujudkan hanya satu suara dan kekuatan untuk mewakili semua orang Melayu.Perkara
ini dapat dilaksanakan kerana dunia tahu pada suatu ketika dulu ada satu bangsa
di Asia Tenggara telah menggegarkan kuasa penjajah sehingga mereka terpaksa
berundur akibat tekanan daripada bangsa itu iaitu bangsa Melayu.
Pemuda UMNO Dun Asahan melalui Pemuda
UMNO Cawangan ________________________
MENGGESA…..Supaya UMNO kembali BERSATU dengan
erti penyatuan yang sebenar untuk membina kekuatan demi kemenangan besar
Barisan Nasional di PRU 13 ini dengan bersetuju UMNO menjadi calon di dun
Asahan setelah 6 penggal dibawah parti komponen.
HARAPAN…Pemuda UMNO berharap agar usul ini
akan diterima kerana gendang perang sudah dipalu , PRU semakin hampir tiba dan
kita Parti keramat UMNO perlu Bersatu untuk menjadi nadi dan tunjang
pentadbiran negara Malaysia yang tercinta..Sekian , terimakasih.