MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

Tahniah Panji RIA

0
Assallammualaikum dan salam perjuangan

Alhamdulillah..telah melaksanakan tugas dan amanah untuk terus sama memakmurkan dan mengembangkan seni silat warisan bangsa kita..dan sama sama dapat memeriahkan persembahan pencak silat persilatan di Central Market Pasar Budaya di Kuala Lumpur.


Satu persembahan yang baik dan dramatis dikalangan pesilat Panji Ria..


Tahniah Abg Sham.



Persatuan Seni Silat Kota Sendeng Asahan Melaka telah dijemput khas oleh Persatuan Seni Silat Panji RIA dari Kuala Lumpur untuk menjayakan program Muzikal Silat di Pasar Budaya Kuala Lumpur.

Panji RIA telah mementaskan elemen sejarah seperti pengkisahan puteri gunung ledang dan laksamana melayu hang tuah bersama sahabat sahabatnya ketika menuntut ilmu persilatan di gunung ledang.

Guru Sham bin Abd Rahman yang merupakan guru utama persatuan seni silat panji RIA berkata , majlis ini sebagai menarik minat kepada generasi muda untuk mempelajari silat disamping mengetahui sejarah berkaitan perkembangan silat dan sumbangan ilmu persilatan dalam peradaban bangsa kita. 

Persatuan Seni Silat Kota Sendeng hadir dengan menandakan silaturrahim dan ukhuwah dikalangan persatuan silat dan memberi gambaran bahawa kekuatan itu akan wujud sekiranya kita bersatu dan sefahaman.


KLIK SINI http://www.youtube.com







0 comments: