MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

MAJLIS RENDAM KERIS SEBELUM MANDI KERIS DIJALANKAN

0
ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

ALHAMDULILLAH TELAH SELESAI MAJLIS RENDAM KERIS DAN KINI MENUNGGU UNTUK MANDI KERIS YANG AKAN DIADAKAN PADA KHAMIS INI 20/11/2014 PADA JAM 9.00 MALAM DI GELANGGANG ABBEY.

TIADA UNSUR MISTIK DAN TAHYUL CUMA SEDIKIT PELAJARAN KIMIA DAN KAEDAH PENCUCIAN KERIS UNTUK MENGELAKKAN KARAT DAN TERJAGA.

TERIMAKASIH YANG MEMBANTU.






0 comments:

MAJLIS BACAAN YAASIN SEMPENA KESYUKURAN DAN KESELAMATN PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

TELAH BERLANGSUNG MAJLIS BACAAN YAASIN SEMPENA KESYUKURAN SEMASA MAJLIS DI TASEK TITIWANGSA..PADA MALAM INI JUGA DISELITKAN MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PENYERTAAN DARI PANJI RIA MALAYSIA..

TAHNIAH SEMUA








0 comments:

TAHNIAH PANJI RIA MALAYSIA

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

ALHAMDULILLAH PADA 8.11.2014 TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA MAJLIS PENYAMPAIAN SELENDANG WARIS DAN PENGKHATAMAN SENI SILAT PANJI RIA MALAYSIA DI TASEK TITIWANGSA KUALA LUMPUR.

BANYAK PERSATUAN SILAT YANG MENYERTAI DIANTARANYA
1. PERSATUAN SENI SILAT KOTA SENDENG
2. PERSATUAN SENI SILAT SENDENG PANJI MASAI
3. PERSATUAN SENI SILAT KESATRIA WARISAN
4. PERSATUAN AS SIDRAH
5. PERSATUAN SENI SILAT GAYUNG MAARIFAT
6. PERSATUAN SENI SILAT LEMBAYUNG PELANGI PERGUNUNGAN
7. PERSATUAN SENI SILAT PANJI RIA MALAYSIA

ALHAMDULILLAH DI MAJLIS TERSEBUT KAMI TELAH MENGHANTAR 60 ORANG PESILAT DAN KAMI BERSILATURRAHMI DAN MEMPERKUKUHKAN UKHUWAH DIANTARA KITA DAN PERSATUAN SILAT YANG LAIN...TAHNIAH SEMUA

ALHAMDULILLAH DIANTARA PESILAT PSSKS MENDAPAT SELENDANG KEHURMAT DARI PANJI RIA

A. SELENDANG SAHABAT 10
1. KEKANDA SUHAIZAN HAJI NOH
2. KEKANDA RAHIM TGU RAHMAN
3. KEKANDA IHAM ARIS

B. SELENDANG SERIKANDI
1. SITI SALBIAH
2. ERIN RAHIM

DALAM MAJLIS TERSEBUT JUGA PSSKS TELAH DIIKTIRAF SEBAGAI
1. PUKULAN TANGAN KOSONG TERBAIK
2. PASUKAN TERBAIK KESELURUHAN

SEMUGA USAHA BAIK INI AKAN BERTERUSAN DAN MENDAPAT BANTUAN DAN NAUNGAN DARI ALLAH SWT SELALU HENDAKNYA,..AMIN

TAHNIAH GELANGGANG KG ABBEY


TQVM ABG SHAM

UKHUWAH

0 comments:

DEMONTERASI SILAT DI TASIK TITIWANGSA....SEMANGAT JUANG

0
Assallamualaikum dan salam perjuangan

Alhamdulillah pada 8.11.2014 (sabtu) yang lepas di Tasik Titiwangsa saya bersama rakan rakan perguruan seni silat kota sendeng telah berjaya memenuhi jemputan dari perguruan panji RIA malaysia untuk mengadakan persembahan silat sempena Majlis Penganugerahan Selempang Waris dan Pengkhataman Silat Panji RIA Malaysia.

sebanyak 11 persatuan silat menyertainya dan mempersembahkan silat perguruan masing-masing.. Alhamdulillah perguruan kami telah mendapat anugerah persembahan tangan kosong terbaik dan mendapat anugerah persembahan terbaik keseluruhan dalam majlis tersebut.

lagi bertambah manis saya , kekanda amin dan kekanda rahim dianugerahkan selendang silaturrahim perguruan panji RIA dan saya sendiri dianugerahkan tokoh Silaturrahim persilatan..begitu juga Siti Salbiah dan Erin dikurniakan selendang serikandi oleh perguruan panji RIA.

Semuga ukhuwah ini akan berterusan dan dilindungi Allah SWT..amin





0 comments:

CURI MOTOR DAN DIBOGELKAN, INI PENJELASAN KARIAH MASJID Friday, 7 November 2014

0

Selain dari dua insiden buli yang hangat diperkatakan dalam media sosial sejak semalam seperti Blog dan 
Facebook
 serta WhatsApp, satu lagi isu ialah insiden pukul dan bogel.

Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dilaporkan telah dibogelkan oleh orang ramai setelah ditangkap ketika cuba mencuri sebuah motosikal di perkarangan Masjid Pauh Lima, Binjai Kota Bharu.

Dalam kejadian kira-kira 8.15 malam itu, suspek cuba mencuri sebuah motosikal jenis Honda Ex-5 milik seorang jemaah yang sedang solat di masjid berkenaan sebelum kejadian itu disedari orang ramai yang terus menangkapnya.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Rohaimi Md Isa berkata suspek turut cedera di bahagian kepala, bahu serta lengan dipercayai dipukul orang ramai.

"Mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini dan keadaannya stabil," katanya ketika di hubungi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek terbabit dalam beberapa kes curi motosikal di sekitar Binjai dan Melor.

"Menurut suspek terdapat seorang lagi rakannya yang berjaya melarikan diri ketika kejadian itu," katanya.

Beliau berkata kes berkenaan di siasat di bawah Seksyen 379A/511 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga setengah tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Mengulas tindakan orang ramai membogelkan suspek itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata Islam menegah umatnya membuka keaiban seseorang walaupun orang itu melakukan kesalahan. 

"Kita tak boleh mengambil tindakan sendiri yang menyimpang dari undang-undang negara dan hukuman tidak boleh diambil mengikut pandangan kita semata-mata," katanya menurut AstroAwani

Rentetan dari tersebarnya gambar tersebut di dalam media sosial banyak pihakan telah mempersalahkan jemaah masjid termasuk dengan Imam serta AJK Masjid.

Kerana ramai yang beranggapan suspek tersebut telah dipukul oleh kariah masjid tersebut disebabkan dalam gambar yang tersebar kelihatan jemaah Masjid turut berada disitu.

Persepsi yang timbul dari gambar tersebut ialah suspek dibelasah dan diaibkan oleh jemaah Masjid sendiri..

Bagaimanapun ahli kariah Masjid tersebut menafikan mereka yang memukul suspek, berikut adalah penjelasannya..

Salam hormat...
penjelasan mengenai kes curi motor di Masjid Mukim Pauh 5 semalam (4.11.2014)

Dato/Datin/Tuan/Puan/
Ramai yg mendakwa bahawa suspek telah dipukul dan dan ditelanjangkan oleh jemaah Masjid.
Untuk pengetahuan semua, suspek telah ditangkap oleh salah seorang ahli jemaah yg datang lewat utk solat isya..
Oleh kerana solat berjemaah sedang berada dirakaat akhir dan jemaah belum selesai melaksanakan solat, suspek telah dibawa keluar dari kawasan masjid dan pergi ke tepi jalan ditempat yang ada orang...
Suspek curi telah dipukul di luar kawasan masjid dan semakin ramai orang datang memukulnya termasuk pengguna jalanraya.
Sedikit pun tidak ada kaitan dengan imam dan Ahli jemaah yg lain. Ahli jemaah masjid hanya datang selepas suspek telah dipukul oleh orang ramai...
Akhirnya, saya tegaskan disini perbuatan memukul dan menelanjangkan pencuri motor itu bukanlah perbuatan Imam dan ahli jemaah seperti yg telah didakwa di WhatsApp, Telegram, Fesbuk dan lain2 laman sosial.
Akhir kata.. Siasatlah dulu Sebelum menghukum.
Muda2an kita semua dilindungi Allah..

Oleh: ahli Qaryah Pauh Lima.

0 comments:

JUMPA DI TASIK TITIWANGSA

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN INSYA ALLAH KAMI DARI PERGURUAN SENI SILAT KOTA SENDENG AKAN MENGADAKAN PERSEMBAHAN SILAT DI TASEK TITIWANGSA PADA 8.11.2014 MEMENUHI JEMPUTAN DARI PERSATUAN SENI SILAT PANJI RIA MALAYSIA.
ATURCARA PERSEMBAHAN
 1. JURUS PEMBUKAAN
 2. JURUS SENDENG 
3. BUAH PUKUL 
4. BUAH TARI 
5. BUAH SENDENG ASLI 
SEMUGA TERUS MAJU JAYA 
TAHNIAH PENGANJUR - PANJI RIA MALAYSIA




0 comments:

LATIHAN PELARASAN DEMO SILAT

0


ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN.

ALHAMDULILLAH PADA 03/11/2014 TELAH BERLANGSUNG LATIHAN PELARASAN DI DEWAN JAPERUN ASAHAN , PEKAN NYALAS PADA JAM 9.00 MALAM YANG TURUT DIHADIRI TUAN GURU UTAMA RAHMAN BIN HAMID.

SERAMAI 40 ORANG PESILAT MENYERTAI LATIHAN TERSEBUT YANG TERPILIH UNTUK MENGADAKAN PERSEMBAHAN SILAT DI TASEK TITIWANGSA , KUALA LUMPUR.

ANTARA ACARA YANG TELIBAT IALAH :- JURUS PEMBUKAAN , JURUS SENDENG , BUAH PUKUL , BUAH TARI DAN SENDENG ASLI.

SEMUGA PERSEMBAHAN INI AKAN MEMBERI SUNTUKAN MORAL DAN SEMANGAT UTK ANAK ANAK PERGURUAN MELANGKAH LEBIH JAUH DALAM PERJUANGAN MEMARTABATKAN PERSILATAN BANGSA..

TAHNIAH SEMUA

0 comments:

MAJLIS BACAAN YAASIN SEMPENA MAAL HIJRAH

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

ALHAMDULILLAH PADA HARI KHAMIS MALAM JUMAAT DI HARI MALAM JUMAAT PERTAMA DI BULAN MUHARAM (30.10.2014) KAMI TELAH MENGADAKAN MAJLIS BACAAN YAASIN , SELAWAT DAN DOA DIKEDIAMAN TUAN GURU UTAMA RAHMAN DI ASAHAN MELAKA.

MAJLIS BERMULA DENGAN SOLAT ISYAK BERJEMAAH , BACAAN YAASIN , SELAWAT DAN DOA BERSAMA TUAN GURU UTAMA.

BANYAK PERKARA DAN ILMU DAPAT KAMI KONGSI BERSAMA DENGAN TUAN GURU DAN PENGALAMAN BELIAU SEPANJANG BERJUANG DALAM MEMARTABATKAN SILAT WARISAN BANGSA.

TERIMA KASIH SEMUA..




0 comments: