MELAYU PERLU BERSATU DAN PERLU BERGANDING BAHU MEMARTABATKAN MARUAH BANGSA , BERANI BERSUARA UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK BANGSA MELAYU TANPA MENIDAKKAN KEBAJIKAN BANGSA LAIN DI NEGARA KITA

TERKINI

TERKINI

Sifat 70 bagi Allah swt. (TUAN GURU HAJI DAUD, BUKIT ABAL)

1


Sifat 70 bagi Allah swt.
(TUAN GURU HAJI DAUD, BUKIT ABAL)
1. Ada
2. Sedia
3. Kekal
4. Bersalahan bagi segala mumkin
5. Berdiri Allah swt dengan sendiri
6. Esa
7. Hidup
8. Tahu
9. Kehendak
10. Kuasa
11. Mendengar
12. Melihat
13. Berkata-kata
14. Tidak berupa berbagai
15. Tidak bertubuh, bernyawa
16. Tidak berjuzuk, beranggota
17. Tidak berhad, berkadar
18. Tidak dikelilingi oleh sesuatu
19. Tidak bertempat, di mana-mana tempat
20. Tidak berpihak, di mana-mana pihak
21. Tidak bermasa, di mana-mana masa
22. Tidak bagiNya apa-apa pihak
23. Tidak bercahaya dengan apa-apa cahaya
24. Tidak berwarna dengan apa-apa warna
25. Tidak bersifat dengan segala sifat mumkin
26. Tidak berubah Zat Nya dan Sifat Nya
27. Tidak dapat dibanding-banding
28. Tidak dapat dilihat dengan mata luar dan dalam
29. Tidak dapat didengar dengan telinga luar dan dalam
30. Tidak dapat dengan pencium luar dan dalam
31. Tidak dapat dengan kecap luar dan dalam
32. Tidak dapat dengan perasa ( sentuh, jamah ) luar dan dalam
33. Tidak dapat dengan perasan otak
34. Tidak dapat dengan lintasan hati
35. Tidak dapat dengan fikiran dan akal
36. Tidak kecil, besar
37. Tidak tinggi, rendah
38. Tidak gerak, diam
39. Tidak dapat dengan waham (sangkaan)
40. Tidak berpindah, tetap
41. Tidak pergi, datang
42. Tidak turun, naik
43. Tidak berdiri, duduk
44. Tidak tidur, jaga
45. Tidak makan, minum
46. Tidak senang, susah
47. Tidak mudah, payah (susah)
48. Tidak aqal, nafsu
49. Tidak hati, otak
50. Tidak fikir, tilik
51. Tidak niat, cita
52. Tidak suka, duka
53. Tidak jauh, dekat
54. Tidak berhubung, bercerai dengan sesuatu
55. Tidak bercampur, bergaul dengan sesuatu
56. Tidak masuk, mengaib di dalam sesuatu
57. Tidak berluar, berdalam Zat Nya
58. Tidak bertempat penuh di dalam alam dan luar alam yang tidak bertepi
59. Tidak diatasi, atas Allah oleh sesuatu
60. Tidak membangkit oleh sesuatu, berbuat Allah swt akan sesuatu, akan menghukumkan Nya
61. Tidak sampai aqal akan haqiqat Zat Nya dan Sifat Nya, oleh sesiapapun dari dunia hingga akhirat
62. Terkaya Allah swt daripada sesuatu
63. Meliputi adanya di dalam alam dan luar alam yang tidak bertepi
64. Dapat dilihat oleh orang mukmin di akhirat dengan tidak berupa berbagai
65. Tidak sibuk dan membimbang Allah swt dengan sesuatu
66. Tidak bertempat di hati orang mukmin
67. Harus dilihat di dunia, tetapi janji Nya tak jatuh sekali-kali di dunia ini melainkan Nabi Muhammad saw sahaja
68. Harus bagi Nya berbuat mumkin, segala mumkin adalah kejadian Allah swt semata-mata
69. Ada bagi Allah swt beberapa sifat sempurna yang tidak terhingga banyaknya, segala sifat-sifat yang tidak terhingga banyaknya itu sempurna kesemuanya dan wajib, melainkan satu jua, iaitu sifat harus, dinamakan Sifat Af'al
70. Mustahil bagi Allah swt segala lawan sifat-sifat itu dan tiap-tiap sifat mumkin dan tiap-tiap sifat kurang, tiada terhingga banyaknya (mustahil itu)
**************************************
Jika, meliputi ada Allah Taala dan rata adaNya di dalam tiap-tiap zarah alam dan luar alam dan tiap-tiap juzuk keduanya itu bukan semacam meliputi dan rata mumkin ini hanya meliputi dan rata sebagaimana di bawah ini:
1. Mahasuci daripada HULUL yakni daripada bertempat pada tiap-tiap itu.
2. Mahasuci daripada ITTIHAD yakni daripada bersatu dengan tiap-tiapnya itu.
3. Mahasuci daripada ITTISHAL yakni daripada berhubung dengan tiap-tiapnya itu.
4. Mahasuci daripada INFISAL yakni daripada bercerai dengan tiap-tiapnya itu.
5. Mahasuci daripada DAHUL yakni daripada masuk di dalam tiap-tiapnya itu.
6. Mahasuci daripada TADAHUL yakni daripada bermasuk di dalam tiap-tiapnya itu.
7. Mahasuci daripada BERHAD yakni daripada bersakat pada tiap-tiapnya itu.
8. Mahasuci daripada BERKADAR yakni daripada ukuran pada tiaptiapNya itu.
9. Mahasuci daripada GHAIB yakni daripada lenyap pada tiap-tiapnya itu.
10. Mahasuci daripada MUKHOLATAH yakni daripada bercampur-gaul pada tiap-tiapnya itu.
11. Mahasuci daripada INTIDAD yakni daripada terhampar berpegangan daripada suatu zarah dan suatu juzuk kepada suatu zarah dan suatu juzuk daripadanya itu.
12. Mahasuci daripada dikeliling dan lingkungi oleh apa-apa suatu.
13. Mahasuci daripada berpehak mana-mana pihak dalam tiap-tiapnya. itu.
14. Mahasuci daripada berupa berbagai dan apa-apa kifiat dalam tiap-tiapnya itu.
15.Mahasuci daripada isyarat dan tunjuk kepadanya dengan perkataan.
- Dan tetaplah bukan ia daripada jenis jirim barang mana jirim pun.
- Dan bukan ia daripada jenis aradh bagaimana aradh pun.
- Dan bukan ia daripada jenis jauhar bagaimana jauhar pun.
- Dan bukan ia jauhar mujarrad (halus) barang mana jauhar mujarrad pun.

1 comments:

30.11.2015 TAHNIAH GERAKAN BELIA 4B MELAKA

0







ALHAMDULILLAH 
TAHNIAH KEPADA GERAKAN BELIA 4B MELAKA KERANA BERJAYA MENGADAKAN MESYUARAT PERWAKILAN AGUNG TAHUNAN 2015 KALI KE 42
TAHNIAH KEPADA SEMUA AJK YANG DILANTIK DAN TERIMAKASIH KEPADA SEMUA AJK YANG TELAH MEMBERIKAN KOMITMEN YANG TERBAIK UNTUK GERAKAN BELIA 4B NEGERI MELAKA
SEMUGA SEGALA USAHA YANG KITA LAKUKAN AKAN DILINDUNGI DAN DIRAHMATI ALLAH SWT
TAHNIAH SEMUA
BERGERAK!!!!

0 comments:

TAHNIAH 6 KAWASAN DALAM NEGERI MELAKA BERJAYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN GB 4B

0
BARISAN JAWATANKUASA GB4B MELAKA
YANG BANYAK MEMBANTU DEMI KELANGSUNGAN DAN LESTARI GB4B DI NEGERI MELAKA

BARISAN JK GB4B KAWASAN BUKIT KATIL YANG BARU

BARISAN JK GB4B KAWASAN ALOR GAJAH YANG BARU


BARISAN JK GB4B JASIN YANG BARU


BARISAN JK GERAKAN BELIA 4B TANGGA BATU YANG BARU


BARISAN JK GB4B MASJID TANAH YANG BARU


BARISAN JK GB4B KOTA MELAKA YANG BARU

ALHAMDULILLAH

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERUS MENERUS BERUSAHA UNTUK MEMASTIKAN KELANCARAN DAN KESTABILAN GB4B DI NEGERI MELAKA..
TERIMAKASIH KEPADA SDR NIZAM OMAR PENGERUSI GB4B MELAKA YANG SENTIASA MEMBERI SEMANGAT DAN SOKONGAN UNTUK MEMASTIKAN GB4B TERUS RELEVAN DAN MENGANGKAT SUARA ANAK MUDA KE PERSADA NEGARA...

TAHNIAH

BERGERAK

0 comments:

27.11.2015 SEBAHAGIAN UCAPAN TERAKHIR SELAKU PENGERUSI GERAKAN BELIA 4B KAWASAN ALOR GAJAH

0



27.11.2015 (JUMAAT)

BUKIT SEDANAN OUTDOOR CAMP , MACHAP MELAKA

Assallammualaikum



Salam 1 Malaysia , Salam melaka maju negeriku sayang...


Ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan mesy agung

Rasa bangga menjadi ahli gb4b dan tidak pernah terfikir utk menjadi pengerusi dan apatah lagi timb pengerusi negeri...kerana saya amat menyedari kemampuan diri dan memakai baju ikut size sendiri..selebihnya saya berserah kepada Allah..dan saya bersyukur sehingga kini banyak petunjuk dan pengajaran yg diberikanNya utk menjadi khalifah dimuka bumi ini ...



Semua berpeluang menjadi pemimpin terhebat dan terbaik dalam gb4b kerana 4B tidak pwrnah menghalang atau menyekat tetapi apapun kita berserah pada takdir..pemimpin adalah pilihan dari Allah samada nak menjadikan kita contoh yang baik atau contoh yang tidak baik..maka kita hendaklah berdoa agar kita tergolong dikalangan pemimpin yg adil dan beriman...



Ceritakan kejayaan dan positif 4b




Ahli parlimen belia




Kekal konsisten dan tambah caw




Terbukti banyak membantu dan menyumbang kejayaan prog 4B diperingkat negeri..




Dan satu lagi rahsia kenapa saya melepaskan jawatan adlh kerana kata kata saya yg perlu sata kotakan ketika saya bertanding jwtn ketua pemuda yg lepas....saya akan melepaskan jawatan dalam 4B samada kalah atau menang...saya inginkan satu enviroment yg baik diantara pemuda dan belia 4B...saya amat menghurmati halim sebagai KP apatah lagi beliau seorang ahli 4B...dan saya mahukan suasana harmonis dikalangan org muda di AG..kerana saya sygkan 4B saya yakin HJ Bukhari akan terus mengnakhoda 4B menuju kejayaan bersama pemuda dan puteri UmNo..
Dan juga dasar belia negara yang menurunkan umur belia ke 40 tahun..maka alor gajah mesti bersedia dengan membariskan pemimpin pemimpin muda utk menjadi barisan pelapis pemimpin masa akan datang...
Dan sekrang pun saya agak komited dan fokus dalam pembangunan silat di melaka..apabila PM mengumumkan silat benteng negara ketiga dan wsrisan negara maka peluang ini harus diambil oleh penghidup silat supaya warisan bangsa ini tetap subur dan mekar di tanah air kita..insyaAllah..




0 comments:

Demo Silat Atas Kaca..Persembahan Berkualiti Tinggi

0




TAHNIAH KEPADA GERAK LINCAH SUMUR 7 KRAKATOA NUSANTARA

PERSEMBAHAN YANG BERMUTU DAN BERKUALITI TINGGI


0 comments:

Persembahan Guru Jemputan di Majlis Khatam Gerak Lincah Nur Fateh Sumur 7 Krakatoa

0




TAHNIAH DAN SYABAS SEMUA GURU SILAT YANG MEMBERI SUMBANGKAN LANGKAH BUNGA SILAT DI MAJLIS KHATAM INI

ALHAMDULILLAH...

0 comments:

21/11/2015 PERSEMBAHAN SILAT SAMBUTAN YAB KETUA MENTERI MELAKA

0
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN

TERIMAKASIH DAN TAHNIAH KEPADA TAPEM DIBAWAH PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TUAN HAJI MUSTAFA MUSA (AJK UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH) YANG MENJEMPUT DAN MEMPELAWA KAMI MENGDAKAN PERSEMBAHAN UNTUK SAMBUTAN YAB KETUA MENTERI MELAKA PADA 21.11.2015 DI DEWAN PENJARA SUNGAI UDANG MELAKA.

KAMI AMAT RASA BERTUAH DAN BERTERIMAKASIH KERANA DIBERI KEPERCAYAAN UNTUK MENGADAKAN PERSEMBAHAN DI HADAPAN YAB KETUA MENTERI MELAKA.

SEMUGA USAHA KAMI INI DAPAT MEMARTABATKAN SENI SILAT WARISAN BANGSA YANG AMAT BERHARGA DAN BERNILAI INI..

TERIMAKASIH DAN TAHNIAH..

ALHAMDULILLAH





0 comments:

PANDUAN SOLAT QASAR DAN JAMA'

0


SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK
1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).
 
HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK
1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi  bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.

 
SOLAT QASAR
 
Bahasa ; Pendek dan ringkas.
Istilah   ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.
 
SYARAT-SYARAT  SOLAT QASAR
1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi  4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.

 
Cara Solat Qasar

1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.

 
SOLAT  JAMAK

Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah   : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
Solat  Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.
 
Solat  Jamak terbahagi  kepada ;

1. JAMAK TAQDIM  – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM 
1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram. Walau bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas memberi salam sbb solat sudah habis/selesai).
2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama  (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua  (Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama). Alasannya yang kedua ialah solat yang pertama (Zohor/Maghrib) telah masuk waktu, sementara solat yang kedua (Asar/Isya) belum lagi masuk waktu... Jadi amat wajarlah kita dahulukan solat(Zohor/Maghrib) kerana telah masuk waktu, sementara solat yang kedua hanya penumpang... belum masuk waktu.
Jika dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat sunat mengikut pendapat yang asah.

3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.
Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran spt terlupa atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak. Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh azan, iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak.
Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat  kerana mendapatkan sedikit air utk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.

4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua(sekurang-kurangnya Takbiratul Ihram solat yang kedua). Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.
5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua.
6. Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu sah.
 
Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu  (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
 

Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim
 
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim
 
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.
 
SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR
1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.

2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.
* Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar/Isya’), telah masuk waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.
 
Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR

1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama  (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir
 
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor  Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
 
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir
 
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib  Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
  Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya  Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

 
SOLAT QASAR DAN JAMAK

Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
 
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
 
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.
 
Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.

Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar.
 
أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
 
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor  Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya  Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib  Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى

Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya  Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

0 comments: